"RAYYAN...""Ye papa," sahut Rayyan Zafrul sambil menyeka air matanya."Rayyan dah dapat ingat semuanya?""Ye papa, Rayyan dah ingat, ingatan Rayyan dah kembali semula!""Alhamdulillah... baguslah kalau macam itu," sahut Dato' Azahari.Rayyan Zafrul melepaskan pelukan pada tubuh Damian Mikhael. Dia terkejut sebaik sahaja mendapati anaknya sudah tertidur di dalam pelukannya."Eh, tertidur pulak?" soal Rayyan Zafrul sambil ketawa melihat anaknya yang sudah lentok terlena itu. "Patutlah dia senyap aje...""Damian tu rindu kat papa dia... sebab itulah sampai tertidur dalam pelukan kamu tu Rayyan..." Datin Safura turut mencelah."Err... Rayyan, papa nak tanya satu benda dekat Rayyan, boleh?""Boleh, papa
Last Updated : 2021-08-31 Read more