SYAMIRA duduk menghadap televisyen di ruang tamu, sambil matanya merenung skrin televisyen itu, tangannya ligat memotong buah epal hijau yang dibelinya semalam. Otaknya ligat memikirkan nasib sahabat baiknya, Zuriana Imani tengah hari tadi, waktu petang tadi pula, sahabat baiknya itu menghubunginya dan memaklumkan bahawa dia balik lewat kerana lelaki yang dia langgar dalam restoran Mc'D tengah hari tadi mengajaknya keluar. "Pelik... berlanggar, lepas tu marah kaw-kaw! Si mangsa pulak menangis teresak-esak, tapi... lepas tu bila diajak keluar, dia setuju jugak... Haih! tak faham betul aku." Sepuluh minit selepas itu, kedengaran sepertinya ada sebuah kereta yang berhenti di hadapan rumah, Syamira bingkas bangun dari kerusi dan sepantas cahaya dia menapak ke arah tingkap seraya diselaknya kain langsir tingkap berwarna hijau muda itu dan be
Last Updated : 2021-08-27 Read more