Tiga bulan berikutnya...
MALAM itu Rayyan Zafrul tidak dapat melelapkan matanya, dia bingkas bangun dari katil, kunci kereta yang diletakkan di atas meja kecil di tepi katil itu disambar seraya bergerak menuju ke arah pintu. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan nombor telefon sepupunya Aryan Syah didail.
"Helo... Assalammualaikum Rayyan, ada apa call aku waktu ni?" soal Aryan Syah di hujung talian.
"Waalaikumsalam Aryan. Hmm... tak ada apa-apa, saja je aku call kau. Tak boleh ke? Buat apa tu?" jawab Rayyan Zafrul seraya bertanya.
"Kalau dah waktu macam ni... pukul 11.45 malam macam ni apa lagi? Mestilah aku nak masuk tidur. Kenapa kau tanya?" soal Aryan Syah pula.
"Lepak kedai mamak jom!"
"Eh, kau ni... mesti ada something ni..."
"Hmm... kalau dah tahu, kenapa tanya lagi? Cepat tau! Jangan pulak kau tak datang. Dekat tempat biasa, okey?" balas Rayyan Zafrul Lagi
"Alahai... yelah..." sahut Aryan Syah sebelum talian dimatikan.
Ketika Rayyan Zafrul menuruni tangga, dia terserempak dengan papanya, Dato' Azahari yang juga masih belum tidur. Papanya sedang duduk di sofa ruang tamu. Lagaknya seperti baru sahaja selepas berceramah kepada Zarul Amsyar, adiknya. Dia memberanikan dirinya untuk bertanya kepada papanya itu. "Papa... papa buat apa tu? Tak tidur lagi?"
Bukannya Rayyan tidak tahu papanya itu setiap kali marahkan Zarul Amsyar. Tak ada seorang pun yang berani menyampuk termasuk mama tirinya, Datin Safura. Dato Azahari sangat tegas orangnya. Lebih-lebih lagi kepada anak-anaknya.
"Hmm... belum lagi, Rayyan nak pergi ke mana pulak tu?" Dato' Azahari bertanya.
"Rayyan nak keluar jumpa Aryan sekejap, papa."
"Dah lewat dah ni... nak buat apa? Ni... kalau Rayyan ada jumpa Zarul, tolong sound sikit adik kamu tu. Suruh dia balik awal sikit. Esok papa nak dia lapor diri dekat pejabat awal pagi." Dato' Azahari sudahpun memulakan mukaddimahnya.
Sabar ajelah Rayyan... Zarul punya pasal, aku jugak yang jadi mangsa. Tunggu kau Zarul... Kalau aku jumpa kau kejap lagi. Memang nak kena budak ni, gerutu Rayyan Zafrul dalam hati.
DUA puluh minit kemudian, Rayyan Zafrul tiba di kedai mamak yang juga merupakan tempat dia selalu melepak bersama dengan Aryan Syah, kekadang dia melepak bersama dengan adiknya, Zarul Amsyar di kedai mamak ini juga, lebih-lebih lagi setiap kali selepas salah seorang daripada mereka berdua dimarahi oleh papanya.
Aryan Syah tiba dengan baju melayu dan hanya berkain pelikat. Tak pasal-pasal Rayyan Zafrul tersembur teh tarik yang baru disedutnya. Nasib baik tidak terkena lengan baju melayu Aryan Syah.
"Woi! Kau apa hal main sembur-sembur ni?" marah Aryan Syah.
"Hahaha! Sorry... sorry bro! Yang kau ni dah kenapa pakai kain pelikat ni?" jawab Rayyan Zafrul sambil mengekek ketawa melihat sepupunya itu.
"Kot ye pun, janganlah sampai main sembur-sembur ni... Nasib baik tak terkena aku." Aryan Syah menggeleng kepalanya seraya tangannya ligat mengelap meja di hadapannya yang sudah basah oleh semburan teh tarik Rayyan Zafrul itu tadi.
"Sorry bro... aku tak sengaja okey," ujar Rayyan Zafrul sambil kedua-dua belah tangannya diangkat memberi isyarat surrender pada sepupunya itu.
"Ni, ada apa hal kau nak jumpa aku ni?" soal Aryan Syah sambil tangan kirinya dilambaikan kepada pekerja kedai mamak itu untuk menempah makanan. "Mi goreng ayam satu! Teh tarik satu!"
"Woi, aku nak tanya sikit ni. Pasal Zuriana..." Rayyan Zafrul memulakan perbualan.
"Apa woi-woi? Aku ada nama bro... Nama aku Aryan Syah Bin Dato' Iskandar," balas Aryan Syah sambil memeluk tubuhnya dan memuncungkan bibirnya kepada Rayyan Zafrul sebagai tanda tidak puas hati.
Rayyan Zafrul menjulingkan matanya ke atas tanda meluat. "Alah... Yelah... yelah... Tu dah kenapa bibir tu muncung semacam aje? dah macam paruh itik aku tengok!"
Jeda.
Satu detik.
Dua detik.
Tiga detik.
"Kau nak cakap apa pasal Zuriana?" soal Aryan Syah tenang. Mulutnya yang dimuncungkan tadi sudah tidak kelihatan.
"Ha... kan elok buat muka macho macam tu, barulah nampak handsome," puji Rayyan Zafrul.
"Aku ni memanglah handsome dari dulu lagi... Kenapa? Kau Baru perasan ke?"
Jeda sekali lagi.
"Woi! Kau ni dah kenapa puji-puji aku macam ni? Geli pulak aku... Kau jangan Rayyan. Nabi tak mengaku umat bro!"
Ish... Apa kena si Aryan ni? Tiba-tiba aje fikir yang bukan-bukan! "Kau ni... Aku cepuk jugak dia ni karang! Ada ke sampai ke situ? Aku ni straight la bongok!"
"Hehehe, aku gurau ajelah bro..."
"Macam ni, aku ingat nak ambil Zuriana Imani untuk jadi PA akulah. Lagipun kau tahu kan, aku berkawan rapat dengan dia..." Rayyan Zafrul meluahkan niat sebenarnya.
Aryan Syah yang terkejut sebaik sahaja kata-kata sepupunya itu menampar telinganya menyebabkan teh tarik yang baru disedutnya tersembur betul-betul terkena muka Rayyan, dan menyebabkan semua manusia yang berada di kedai itu menoleh ke arah meja mereka berdua.
"Hoi! Kau ni dah kenapa main sembur muka aku ni, hah?!" tengking Rayyan Zafrul, terkejut dan marah. Habis basah seluruh mukanya dan merah padam mukanya kerana marah dan malu.
"Mma... maaf bro. Aku tak sengaja okey. Aku tak sengaja!" balas Aryan Syah polos.
Rayyan Zafrul bingkas bangun dari kerusi dan terus mengatur langkah pergi meninggalkan sepupunya di kedai mamak itu.
SEMASA Rayyan Zafrul memandu balik, dia singgah sebentar di stesen minyak untuk mengisi minyak, dia terserempak dengan kereta Honda Accord berwarna hitam milik adiknya, Zarul Amsyar. Rayyan Zafrul terus menghampiri kereta Honda Accord itu. Memang sah adiknya berada di dalam perut kereta itu. Dia segera mengetuk tingkap kereta itu.
"Eh, Abang Rayyan..." tegur Zarul Amsyar.
"Zarul, keluar sekejap. Abang nak cakap sikit."
Zarul Amsyar terus membuka pintu keretanya seraya menapak keluar. "Abang nak cakap apa?"
"Hmm..." Sambil memeluk tubuhnya. "Papa suruh Zarul balik awal. Sebab esok pagi-pagi lagi kau kena lapor diri dekat Office... No excuses!"
"Alah... Zarul belum bersedia lagilah abang. Lagipun Zarul..." Belum habis ayat Zarul Amsyar, Rayyan Zafrul cepat-cepat memintas.
"I said NO EXCUSES! tahu tak, kau punya pasal tadi, abang pulak yang jadi mangsa," marah Rayyan Zafrul.
"Papa marah abang ke tadi?" soal Zarul Amsyar lagi, terkejut.
"Kau rasa?" Rayyan Zafrul menjawab soalan adiknya itu dengan soalan sambil kening kirinya dijongketkan ke atas.
"Alah, abang ni! Okeylah... okeylah... Zarul nak baliklah ni." Zarul Amsyar terpaksa akur dan ikut perintah. Dia tahu bila abangnya sudah menaikkan kening kirinya itu bermakna dia serius, nanti tak pasal-pasal buku lima abangnya hinggap ke muka.
TUBUHNYA direbahkan di atas katil bersaiz King itu seraya tangannya mengambil telefon bimbit yang diletakkan di tepi bantal, aplikasi message dibuka. Carian nama diteruskan sehingga tertera nama Zuriana Imani tertera di skrin.
Assalammualaikum...
~ Rayyan Zafrul.Waalaikumsalam, awak tak tidur lagi?
~ Zuriana Imani.Kalau aku dah tidur, tak adanya aku nak hantar mesej untuk kau time macam ni... ð
~ Rayyan Zafrul.Yelah... eee... kenapa tiba-tiba ada emoji tu? Sebelum ni tak pernah guna emoji pun... Emoji jelir lidah pulak tu!
~ Zuriana Imani.Kenapa? Tak suka ya?
~ Rayyan Zafrul.Alamak, janganlah marah awak... Nanti cepat tua! ð
~ Zuriana Imani.ðĄ
~ Rayyan Zafrul.Alamak... awak marah betul-betul ke ni? Takpelah. Assalammualaikum, saya nak tidur dulu... Sweet dreams Encik Rayyan ð
~ Zuriana Imani.Eh, nanti!! Jangan tidur dulu! Esok aku nak kau datang ke RZA Holdings untuk melapor diri. Aku nak kau jadi PA aku... ARAHAN, MUKTAMAD!! ðĄ
~ Rayyan Zafrul.Hah?! ðą
Are you serious Mr. Rayyan Zafrul?!~ Zuriana Imani.Selama kita kenal ni, ada nampak aku main-main ke? Dah, tidurlah sana... Esok pagi-pagi aku nak tengok muka kau ada di dalam bilik office aku!
NO EXCUSES!! Good night, assalammualaikum, sweet dreams...~ Rayyan Zafrul.Telefon bimbit itu dilempar ke atas meja kecil di tepi katil. Yes! Mulai esok, tak adalah aku bosan dekat pejabat... Nak pergi ke mana-mana pun aku boleh bawak PA baru aku sekali. Rayyan bermonolog seraya menghempas tubuhnya di atas katil. Senyuman di bibir terukir seraya matanya dipejamkan.
USAI mencuci muka dan memberus gigi di bilik air, Zuriana Imani menapak keluar semula dan terus menuju ke bilik tidurnya, punggungnya dilabuhkan di birai katil seraya tangannya bergerak menghala ke arah meja kecil di sebelah katil itu.Diari merah jambu dan pen biru diambil seraya tangannya sibuk dengan aktiviti menconteng halaman muka surat diari merah jambunya itu.Perjalanan sepanjang hari ini seperti biasa...Hari ni, genap tiga bulan aku kenal dengan Rayyan. Ye! Si Rayyan Zafrul yang handsome tu! Bakal CEO RZA
"SELAMAT pagi tuan.""Selamat pagi Hawa."Siti Hawa, selaku penyambut tetamu agak terkejut sebaik sahaja pandangan matanya menangkap figura seorang gadis yang dia kenal semasa di bangku sekolah menengah dahulu sedang berdiri di sebelah kiri Rayyan Zafrul."Zuriana? Is that you?" Siti Hawa bertanya seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman."Ye, saya Zuriana."Jeda buat seketika."Eh, Hawa! Apa khabar? Lamanya tak jumpa." Tiba-tiba Zuriana Imani teringat akan Siti Hawa, rakannya sama satu kelas semasa di tingkatan empat dan lima. "Tak sangka kita boleh berjumpa dekat sini..."Rayy
ZURIANA IMANI berdiri lama di hadapan cermin, air matanya berjuraian mengalir membasahi pipi. "Kau harus kuat Zuriana. Kau sendiri yang pilih untuk mencintai dia... Ye, aku tahu Siti Hawa memang gedik dari zaman sekolah lagi. Pantang nampak lelaki handsome pasti dia akan ganggu orang yang rapat dengan lelaki itu! Aku takkan biarkan Hawa ganggu aku."Sedang Zuriana Imani leka merenung pantulan dirinya di hadapan cermin itu, tiba-tiba daun pintu dikuak dari luar. Seorang gadis menapak masuk dan berdiri di sebelahnya. "Si Hawa tu memang macam tu... jangan ambil hati sangatlah dengan dia, kau kena kuat... Kalau kau tunjuk diri kau lemah... semakin menjadi-jadilah dia pijak kepala kau nanti." Gadis itu berkata kepada Zuriana Imani seraya menyeka air mata yang mengalir membasahi pipi pembantu peribadi bosnya itu."Emm..." Zuriana Imani hanya menganggukkan kepalanya."Aku
TUBUHNYA direbahkan di atas sofa di ruang tamu. Otaknya ligat berfikir kenapa dan mengapa Siti Hawa membelasah Zuriana Imani semasa di pejabat dua hari yang lepas? Telefon bimbit yang diselitkan di dalam poket seluar dikeluarkan dan nombor telefon pembantu peribadinya itu didail.Nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi buat masa ini, sila cuba sebentar lagi."Zuriana, kau ni dah kenapa tak nak jawab panggilan dari aku?" Rayyan Zafrul mendail semula nombor Zuriana Imani namun tetap tidak dijawab."Zuriana... apa masalah kau sebenarnya? Hantar mesej de
"HARAP keputusan yang aku buat ni tepat. Baiklah untuk keselamatan aku dan aku tak nak menyusahkan Rayyan, so, Aku terpaksa buat keputusan ini. Walaupun berat rasa hati ni, maaf Rayyan." Zuriana Imani bermonolog seraya melangkahkan kakinya menghampiri pintu pejabat Rayyan Zafrul.EXECUTIVE MANAGERRAYYAN ZAFRUL Tanda nama Rayyan Zafrul yang tertampal di hadapan pintu itu direnungnya lama seraya tangan kanannya segera memulas tombol pintu sementara di tangan kirinya pula ada satu sampul surat berwarna kuning. Zuriana Imani meneruskan langkahnya untuk meletakkan surat itu di atas meja dan cepat-cepat keluar dari bilik itu. Sema
ZURIANA IMANI menapak keluar dari bilik air, dia berjalan sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor sahabat baiknya, Syamira didail, namun tidak dijawab. Mana pulak perginya si Mira ni? Busy sangat ke? Call tak jawab langsung ni. Beberapa saat selepas itu, dia terpandang pula ke arah meja di mana tempat dia dan Rayyan Zafrul duduk sebentar tadi. Satu figura wanita cantik duduk di kerusi di mana kerusi itu adalah kerusi yang sama dia duduk sebentar tadi. Hmm... muka perempuan tu, rasanya seperti biasa nampak aje, tapi dekat mana ye?"Tapi kan, Tuan Rayyan ada seorang kawan perempuan dari masa dia belajar di Oxford University dulu... Raisya
PAGI ini Zuriana Imani bangun agak lewat, jam sudahpun menunjukkan pukul 11.15 pagi. Dia lewat tidur semalam kerana sibuk mencari diari merah jambu miliknya, namun tidak dijumpai sehingga kini. Dia bingkas bangun dari katil sambil menguap, tangan kanannya mencapai tuala yang digantung di penyidai kain di sebelah kiri katil seraya menapak masuk ke dalam bilik mandi. Otaknya bekerja keras untuk mengingati semula di mana dia meninggalkan diari merah jambunya itu.Lima belas minit selepas itu ketika Zuriana Imani sedang sibuk mengelap rambutnya di hadapan cermin.Pon... Pon... Pooonnnnn...Kedengaran bunyi horn kereta, sangat jelas bunyinya. Sepantas kilat gadis manis itu berlari menuju ke arah tingkap, dilihatnya kereta Toyota Vios berwarna putih milik Rayyan Zafrul sudahpun berada di hadapan rumahnya. "Eh, ada apa pulak dia ni? Hari hujung minggu pun kena kerja jugak ke?"
TUBUHNYA direbahkan di atas katil. Kepenatan berjalan kaki di tepi pantai petang tadi masih lagi terasa. Otaknya masih ligat bekerja untuk mengingati di mana dia meninggalkan diari merah jambunya. "Wahailah diari kesayanganku, di manakah kamu? Terasa hidupku tak lengkap tampamu wahai si dairi merah jambuku. Eh, apa aku merepek ni?"Lengannya diletakkan di atas dahi, matanya layu. Baru sahaja hendak tertutup rapat matanya itu, tiba-tiba telefon bimbit miliknya berdering. Matanya terbuntang luas seraya mencari arah bunyi itu. Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya itu segera dikeluarkan. Tertera nama Rayyan Zafrul (The Boss) di skrin."Helo... Ye tuan, ada apa call?" soal Zuriana Imani, bosan."Ehem... Assalammualaikum awak," ucap Rayyan Zafrul di dalam talian.
DATO' Azahari jatuh terduduk di hadapan pintu pagar rumah banglonya itu. Matanya yang berkaca-kaca itu sudahpun mula menitiskan titisan air matanya. Cepat-cepat dia memeluk anaknya, Rayyan Zafrul yang sudahpun seperti tidak keruan memikirkan nasib yang menimpa Damian Mikhael, anak kesayangannya itu."Papa, mereka culik anak Rayyan pa... Damian dah kena culik! Damian anak Rayyan pa..." laung Rayyan Zafrul dalam esakannya."Siapa? Siapa yang culik cucu papa tu Rayyan?!" soal Dato'Azahari sambil menggoncang bahu Rayyan Zafrul."Rayyan tak tahu pa... Tak tahu! Orang tu bertopeng!" jawab Rayyan Zafrul pula. Matanya sudah merah dengan deraian air matanya mengalir tanpa henti.Datin Safura pula sedang berusaha menenangkan menantunya, Zuriana Imani yang meraung seperti terkena serangan histeria sebaik sahaja mendapati anaknya diculik.
PEDAL minyak ditekan semahu-mahunya. Kereta Toyota C-HR itu menyusur laju membelah jalan. Kerisauan jelas kelihatan di raut wajah Rayyan Zafrul. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan isteri dan anaknya sahaja."Sayang, abang takkan biarkan sayang diapa-apakan oleh Raisya. Abang terlupa nak ceritakan kepada sayang bahawa Raisya adalah orang yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari yang telah memisahkan kita dua tahun lepas. Damian, papa akan pastikan anak papa berada dalam keadaan selamat." Rayyan Zafrul bermonolog semasa memandu.Setiba sahaja Rayyan Zafrul di Hospital, langkahnya dilajukan menuju ke bilik wad di mana isterinya ditempatkan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat si isteri yang sudahpun bersedia untuk di bawa keluar."Abang, awalnya? Katanya tadi l
DAMIAN Mikhael berlari menuju ke arah atoknya Dato' Azahari yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik wad di mana Zuriana Imani ditempatkan untuk menerima rawatan. "Atok!!" "Eh, cucu atok... Wah rindunya atok dengan cucu kesayangan atok ni," kata Dato' Azahari sambil merangkul tubuh cucu kesayangannya itu."Damian, lepas ni tak nak jerit-jerit lagi tau! Dalam hospital ni, kita tak boleh buat bising." Rayyan Zafrul yang berjalan di belakang anaknya itu berkata."Baiklah papa.""Dah, takpe... Damian kan masih budak kecil lagi... Damian, jom kita masuk ke dalam. Mama dan nenek sedang menunggu tu," Dato' Azahari pula berkata."Okey jom!""Selamat pagi sayang."Zuriana Imani membuka matanya perlahan. Alangkah gembira dan terujanya
DUA puluh minit berikutnya, Rayyan Zafrul, Aryan Syah dan Damian Mikhael tiba di resort. Rayyan Zafrul cepat-cepat pergi mendapatkan Encik Aiman yang sedang berbual dengan seorang pegawai polis di hadapan kaunter pendaftaran. "Aiman, apa yang berlaku sebenarnya?" "Ha.. Tuan Rayyan, kenalkan ini Inspektor Radhi. Err... Tuan Rayyan, macam ni... tadi ada pengunjung resort kita terjumpa mayat seorang perempuan di tepi pantai yang tak jauh dari chalet di bahagian barat resort," jawab Encik Aiman seraya menunjukkan sekeping gambar kepada Rayyan Zafrul dan Aryan Syah. Mereka berdua terlopong sebaik sahaja mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Encik Aiman itu."Ini... ini Diana PA saya! Macam mana dia boleh berada dekat sini?""Rayyan, kau dah lupa ke? Bukan ke tadi aku
"WAH, aku rasa macam tak percaya Rayyan boyfriend aku tu ada resort yang sebesar ni, tak sabarnya aku nak kahwin dengan dia," ujar Raisya dengan bangganya. Dia dan Diana baru sahaja tiba di resort milik Rayyan Zafrul yang diwasiatkan oleh mendiang atoknya , Sir Erricson.Raisya... Raisya... kau nak berkahwin dengan dia? Langkah mayat aku dululah! Aku tahu yang kau tu hanya nakkan harta Rayyan aje, semua kepunyaan Rayyan tu aku yang punyalah! Diana bermonolog dalam hatinya sambil memerhatikan sepupunya, Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum di hadapannya. Raisya perasan sepupunya itu semenjak balik dari London satu minggu yang lalu kelakuannya agak pelik. Sekarang pula Diana asyik merenung dirinya dengan tajam seperti renungan maut! "
NOMBOR telefon suaminya didail banyak kali, enam belas kali dia cuba menghubungi suaminya, namun tetap tidak dapat dihubungi. Matanya agak sembam akibat menangis dari tengah hari tadi. Dia rindukan belaian si suami dan juga celoteh anak comelnya. "Abang, maafkan saya... abang pergi mana?"Zuriana Imani tidak hiraukan mama mertuanya yang turut berada di dalam bilik wad itu. Dia seolah-olah seperti seorang yang kehilangan arah tujuan. Puas Datin Safura memujuknya, namun esakannya semakin menjadi-jadi."Zuriana, mama mohon kepada menantu mama ni, lepas ni tolonglah jangan percaya pada siapa-siapa lagi selain dari suami sendiri," ujar Datin Safura sambil melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. "Mama ni kenal sangat dengan Rayyan tu Zuriana, mama dah jaga dan besarkan dia dari usianya empat tahun, boleh dikatakan semua mengenai Rayyan, mama tahu...""Mam
HARI ini Zuriana Imani menjalani rawatan kaki kirinya di Hospital Kuala Lumpur, Dia ditemani oleh suami dan anaknya."Encik Rayyan, isteri encik akan dimasukkan ke dalam wad hari ini, dia akan menjalani pembedahan sebelah malam nanti, takpe kan, Encik Rayyan?" soal Doktor Khairunnisa kepada Rayyan Zafrul.Pergelangan tangan isterinya digenggam dengan erat sambil merenung wajah isterinya. Sayang, kalaulah boleh dipindahkan kesakitan yang sayang alami tu dekat abang, abang sanggup menanggungnya. Abang tak sanggup melihat insan yang paling abang sayang di dunia ni menderita."Encik Rayyan?" Doktor Khairunnisa memanggil. Rayyan Zafrul mendiamkan diri sambil merenung lama isterinya itu."Tak... takpe doktor, asalkan isteri saya sembuh. Itu dah cukup bermakna bagi saya.""Baiklah, kalau macam itu, Encik Rayyan da
"KEMALANGAN?"Bagaikan hendak tercabut jantung Rayyan Zafrul sebaik sahaja diberitahu oleh Dato' Azahari bahawa isteri kesayangannya itu terbabit dalam kemalangan. Dia memeluk Zuriana Imani dengan lebih erat lagi sambil mengerling tepat ke wajah pucat isterinya itu. "Kesiannya isteri abang."Matanya agak sembam, mungkin akibat menangis setiap hari. Saat ini pun dia masih menangis dalam pelukan Rayyan Zafrul. Manakala anaknya, Damian Mikhael pula berada di dalam pangkuan atoknya."Kenapa papa tak maklumkan pada Rayyan pasal isteri Rayyan kemalangan?" Rayyan Zafrul bertanya."Hmm... papa tak nak Rayyan risau... lagipun bukan ke Rayyan dah pesan dulu... Rayyan dah lupa ke?" jawab Dato' Azahari seraya bertanya pula kepada anaknya itu.Rayyan Zafrul terdiam sejenak. Hmm... Oh ya, baru aku teringat. Dulu aku
ENAM bulan Rayyan Zafrul dan Damian Mikhael pergi meninggalkan dia seorang diri, keadaan Zuriana Imani sekarang sangat tidak stabil. Dia sangat rindukan suami dan anak lelakinya. Malah kesihatannya kini juga tidak menentu.Abang, bila abang nak balik? Saya rindu... sangat rindukan abang... rindukan Damian. Kenapa abang pergi lama sangat? Gambar suami dan anaknya yang disimpan di dalam galeri telefon bimbit direnungnya lama. Juraian air mata sememangnya sentiasa menemaninya setiap hari. Sedang dia duduk termenung di atas kerusi roda itu, Syamira menapak masuk ke dalam biliknya sambil membawa ubat. Dia terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ataupun berkerusi roda, tulang kaki kirinya patah kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur enam bulan yang lalu."Zuriana, kau fikirkan a