Share

BAB 11

Author: HeyL AryaN
last update Last Updated: 2021-08-29 01:03:18

PAGI ini Zuriana Imani bangun agak lewat, jam sudahpun menunjukkan pukul 11.15 pagi. Dia lewat tidur semalam kerana sibuk mencari diari merah jambu miliknya, namun tidak dijumpai sehingga kini. Dia bingkas bangun dari katil sambil menguap, tangan kanannya mencapai tuala yang digantung di penyidai kain di sebelah kiri katil seraya menapak masuk ke dalam bilik mandi. Otaknya bekerja keras untuk mengingati semula di mana dia meninggalkan diari merah jambunya itu.

Lima belas minit selepas itu ketika Zuriana Imani sedang sibuk mengelap rambutnya di hadapan cermin.

Pon... Pon... Pooonnnnn...

Kedengaran bunyi horn kereta, sangat jelas bunyinya. Sepantas kilat gadis manis itu berlari menuju ke arah tingkap, dilihatnya kereta Toyota Vios berwarna putih milik Rayyan Zafrul sudahpun berada di hadapan rumahnya. "Eh, ada apa pulak dia ni? Hari hujung minggu pun kena kerja jugak ke?"<

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 12

    TUBUHNYA direbahkan di atas katil. Kepenatan berjalan kaki di tepi pantai petang tadi masih lagi terasa. Otaknya masih ligat bekerja untuk mengingati di mana dia meninggalkan diari merah jambunya. "Wahailah diari kesayanganku, di manakah kamu? Terasa hidupku tak lengkap tampamu wahai si dairi merah jambuku. Eh, apa aku merepek ni?"Lengannya diletakkan di atas dahi, matanya layu. Baru sahaja hendak tertutup rapat matanya itu, tiba-tiba telefon bimbit miliknya berdering. Matanya terbuntang luas seraya mencari arah bunyi itu. Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya itu segera dikeluarkan. Tertera nama Rayyan Zafrul (The Boss) di skrin."Helo... Ye tuan, ada apa call?" soal Zuriana Imani, bosan."Ehem... Assalammualaikum awak," ucap Rayyan Zafrul di dalam talian.

    Last Updated : 2021-08-29
  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 13

    RAYYAN ZAFRUL melabuhkan duduknya di kerusi sementara menunggu atok dan pak ciknya datang untuk bersarapan bersama-sama. Otaknya ligat berfikir mengenai hubungan Zuriana Imani dengan lelaki yang dilihatnya semalam. Sedang dia duduk mengelamun di situ, tiba-tiba bahu kanannya disentuh oleh seseorang. Sepantas kilat dia menoleh ke sebelah kanannya dan mendapati Raisya yang sudahpun tersenyum kini sedang merenung manja. "Raisya, You buat apa dekat sini?""I ada photoshoot di sini... Wah, what a surprise! kita boleh berjumpa di sini," sahut Raisya gembira.Beberapa saat selepas itu telefon bimbit Rayyan Zafrul bergetar, cepat-cepat tangannya menyeluk untuk mengeluarkan telefon bimbit yang diselitkan di dalam poket seluarnya itu, tertera nama Zuriana Imani (The Angel) di skrin.Raisya mengerling k

    Last Updated : 2021-08-29
  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 14

    HARI ini genap tujuh bulan Zuriana Imani mengenali Rayyan Zafrul. Semuanya bermula dari insiden perlanggaran yang tidak disengajakan di restoran makanan ringan, Mc'D tujuh bulan yang lalu. Hari ini juga merupakan hari lahir gadis manis itu yang ke 23 tahun. Rakan-rakannya bercadang untuk membuat surprise party khas buatnya lebih-lebih lagi Syamira dan Natasya mereka berdua lebih teruja berbanding Zuriana Imani sendiri. Tengah hari ini dia keluar makan tengah hari bersama dengan Suria Natasya dan Syamira. Tidak seperti sebelum ini, jika sebelum ini, dia hanya akan keluar makan tengah hari bersama dengan Rayyan Zafrul sahaja, tetapi semenjak balik dari Langkawi empat bulan yang lepas, hubungan antara mereka berdua agak dingin.Rayyan Zafrul banyak menghabiskan masanya bersama dengan Raisya. Setiap hari keluar dengan Raisya. Selepas tamat waktu pejabat juga, dia m

    Last Updated : 2021-08-29
  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 15

    TUBUHNYA hanya ditutupi dengan baju T-shirt hitam yang sudah koyak akibat kerakusan Rayyan Zafrul sebentar tadi. Seluruh tubuhnya menggigil. Juraian air matanya berguguran tanpa henti.Dia tidak menyangka mahkota yang dijaga selama usianya itu akhirnya telah dinodai tanpa kerelaan dirinya. Walaupun ianya telah dinodai oleh insan yang paling dia cintai, namun bukan dengan cara ini yang dia harapkan!Esakannya semakin menjadi-jadi apabila melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di hadapan matanya itu. Cepat-cepat dia mencapai baju Rayyan Zafrul di atas lantai itu untuk menutupi bahagian pinggang sehingga bahagian yang itu. Bauan dari air kencing syaitan memenuhi segenap ruang bilik rumah yang kosong itu. "Rayyan... kenapa awak tergamak buat saya macam ni? Besar sangatkah kesalahan dan dosa saya kepada awak?"Rayyan Zafrul yang sudah tidak sedarkan diri itu direnungnya lama. R

    Last Updated : 2021-08-29
  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 16

    RAYYANZAFRULterjaga dari tidurnya. Dia bangun dari katil itu untuk ke bilik air. Baru sahaja tangannya mencapai suis untuk menghidupkan lampu, pandangan matanya tertumpu kepada figura isteri kesayangannya yang sedang tidur di atas sofa. Rayyan Zafrul berpatah balik ke arah katil untuk mengambil comforter di atas katil untuk menyelimuti isterinya yang sedang nyenyak tidur di atas sofa itu. Kesian isteri aku, mesti dia kesejukkan. Dia kembali melabuhkan duduk di birai katil itu seraya meraup mukanya. "Sayang, maafkan abang, sayang... abang tahu, sayang mungkin takkan lupa dan mungkin takkan maafkan abang selepas apa yang telah abang lakukan terhadap diri sayang. Abang dah bertekad, abang tak akan mengecewakan sayang lagi lepas ni... abang janji, walau apa yang terjadi, abang akan harunginya dengan sepenuh hati abang. Abang tahu masa ni sayang tak dapat terima diri abang. Tapi sayang adalah cinta pertama abang. A

    Last Updated : 2021-08-29
  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 17

    RAYYAN ZAFRUL balik lewat malam ini. Banyak kerja yang perlu disiapkan dengan segera, kerjanya banyak tertangguh kerana dia mengambil cuti selama dua minggu.Jam sudahpun menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Semasa Rayyan Zafrul tiba di rumah, kedua-dua orang tuanya sudahpun masuk tidur, yang tinggal hanyalah Zarul Amsyar seorang sahaja.Punggungnya dilabuhkan di sofa ruang tamu itu seraya mengerling ke arah adiknya yang khusyuk menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen. "Zarul, kenapa tak tidur lagi? Papa dan mama dah tidur ke?""Belum mengantuk lagi ni, bang... papa dan mama tadi dah diorang masuk tidur..." jawab Zarul Amsyar, matanya tetap merenung ke arah skrin televisyen."Eh Rul, Abang nak tanya sikit, kakak ipar Zarul tu macam mana? Dia okey tak dengan mama dan papa di dalam rumah ni semasa abang tak ada?" Rayyan Zafrul bertanya seraya tan

    Last Updated : 2021-08-29
  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 18

    PAGI itu semasa bersarapan bersama keluarga, Rayyan Zafrul mengumumkan bahawa dia bersama isterinya akan berpindah ke rumah banglo miliknya sendiri. "Papa, mama... Rayyan ingat, nak balik ke rumah Rayyan dekat Bukit Antarabangsa tu, dah lama Rayyan tak tengok-tengokkan rumah tu, lagipun Rayyan sekarang kan dah ada isteri... Rasanya elok kami berdua duduk di rumah sendiri."Zuriana Imani hanya memberikan senyuman palsu kepada kedua mertuanya itu. Ha... lagi cepat berpindah lagi bagus. Tak payahlah aku nak berlakon depan orang tua dua orang ni. Aku dah rimas pakai tudung di kepala ni lama-lama!"Alah... abang dah nak pindah? Sunyilah rumah ni nanti." sampuk Zarul Amsyar."Eleh, sunyi atau tak, Zarul apa tahu? Lagipun Zarul tu bukannya melekat dekat rumah... asyik nak keluar melepak aje," sahut Rayyan Zafrul seraya menyuap mi goreng ke dalam mulutnya."Itu dululah abang

    Last Updated : 2021-08-29
  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 19

    Satu bulan berikutnya...TELEFON bimbit Zuriana Imani yang diletakkan di atas meja ruang tamu itu bergetar menandakan ada panggilan masuk dari Shahril Rezwan.Hari ini genap satu bulan dia dan suaminya berpindah di rumah banglo milik Rayyan Zafrul di Bukit Antarabangsa. Zuriana Imani yang baru sahaja selesai bersiap untuk keluar berjumpa dengan Shahril mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja ruang tamu itu untuk menjawab panggilan."Helo awak," ucap Zuriana Imani."Helo sayang, saya dah on the way ke rumah awak ni. Awak dah siap ke belum?" soal Shahril."Ye, saya dah siap dah ni... cuma tunggu awak datang jemput aje," jawab Zuriana Imani sambil tersenyum."Okey sayang... awak tunggu sekejap lagi saya sampai,

    Last Updated : 2021-08-29

Latest chapter

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 46 (Finale)

    DATO' Azahari jatuh terduduk di hadapan pintu pagar rumah banglonya itu. Matanya yang berkaca-kaca itu sudahpun mula menitiskan titisan air matanya. Cepat-cepat dia memeluk anaknya, Rayyan Zafrul yang sudahpun seperti tidak keruan memikirkan nasib yang menimpa Damian Mikhael, anak kesayangannya itu."Papa, mereka culik anak Rayyan pa... Damian dah kena culik! Damian anak Rayyan pa..." laung Rayyan Zafrul dalam esakannya."Siapa? Siapa yang culik cucu papa tu Rayyan?!" soal Dato'Azahari sambil menggoncang bahu Rayyan Zafrul."Rayyan tak tahu pa... Tak tahu! Orang tu bertopeng!" jawab Rayyan Zafrul pula. Matanya sudah merah dengan deraian air matanya mengalir tanpa henti.Datin Safura pula sedang berusaha menenangkan menantunya, Zuriana Imani yang meraung seperti terkena serangan histeria sebaik sahaja mendapati anaknya diculik.

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 45

    PEDAL minyak ditekan semahu-mahunya. Kereta Toyota C-HR itu menyusur laju membelah jalan. Kerisauan jelas kelihatan di raut wajah Rayyan Zafrul. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan isteri dan anaknya sahaja."Sayang, abang takkan biarkan sayang diapa-apakan oleh Raisya. Abang terlupa nak ceritakan kepada sayang bahawa Raisya adalah orang yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari yang telah memisahkan kita dua tahun lepas. Damian, papa akan pastikan anak papa berada dalam keadaan selamat." Rayyan Zafrul bermonolog semasa memandu.Setiba sahaja Rayyan Zafrul di Hospital, langkahnya dilajukan menuju ke bilik wad di mana isterinya ditempatkan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat si isteri yang sudahpun bersedia untuk di bawa keluar."Abang, awalnya? Katanya tadi l

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 44

    DAMIAN Mikhael berlari menuju ke arah atoknya Dato' Azahari yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik wad di mana Zuriana Imani ditempatkan untuk menerima rawatan. "Atok!!" "Eh, cucu atok... Wah rindunya atok dengan cucu kesayangan atok ni," kata Dato' Azahari sambil merangkul tubuh cucu kesayangannya itu."Damian, lepas ni tak nak jerit-jerit lagi tau! Dalam hospital ni, kita tak boleh buat bising." Rayyan Zafrul yang berjalan di belakang anaknya itu berkata."Baiklah papa.""Dah, takpe... Damian kan masih budak kecil lagi... Damian, jom kita masuk ke dalam. Mama dan nenek sedang menunggu tu," Dato' Azahari pula berkata."Okey jom!""Selamat pagi sayang."Zuriana Imani membuka matanya perlahan. Alangkah gembira dan terujanya

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 43

    DUA puluh minit berikutnya, Rayyan Zafrul, Aryan Syah dan Damian Mikhael tiba di resort. Rayyan Zafrul cepat-cepat pergi mendapatkan Encik Aiman yang sedang berbual dengan seorang pegawai polis di hadapan kaunter pendaftaran. "Aiman, apa yang berlaku sebenarnya?" "Ha.. Tuan Rayyan, kenalkan ini Inspektor Radhi. Err... Tuan Rayyan, macam ni... tadi ada pengunjung resort kita terjumpa mayat seorang perempuan di tepi pantai yang tak jauh dari chalet di bahagian barat resort," jawab Encik Aiman seraya menunjukkan sekeping gambar kepada Rayyan Zafrul dan Aryan Syah. Mereka berdua terlopong sebaik sahaja mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Encik Aiman itu."Ini... ini Diana PA saya! Macam mana dia boleh berada dekat sini?""Rayyan, kau dah lupa ke? Bukan ke tadi aku

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 42

    "WAH, aku rasa macam tak percaya Rayyan boyfriend aku tu ada resort yang sebesar ni, tak sabarnya aku nak kahwin dengan dia," ujar Raisya dengan bangganya. Dia dan Diana baru sahaja tiba di resort milik Rayyan Zafrul yang diwasiatkan oleh mendiang atoknya , Sir Erricson.Raisya... Raisya... kau nak berkahwin dengan dia? Langkah mayat aku dululah! Aku tahu yang kau tu hanya nakkan harta Rayyan aje, semua kepunyaan Rayyan tu aku yang punyalah! Diana bermonolog dalam hatinya sambil memerhatikan sepupunya, Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum di hadapannya. Raisya perasan sepupunya itu semenjak balik dari London satu minggu yang lalu kelakuannya agak pelik. Sekarang pula Diana asyik merenung dirinya dengan tajam seperti renungan maut! "

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 41

    NOMBOR telefon suaminya didail banyak kali, enam belas kali dia cuba menghubungi suaminya, namun tetap tidak dapat dihubungi. Matanya agak sembam akibat menangis dari tengah hari tadi. Dia rindukan belaian si suami dan juga celoteh anak comelnya. "Abang, maafkan saya... abang pergi mana?"Zuriana Imani tidak hiraukan mama mertuanya yang turut berada di dalam bilik wad itu. Dia seolah-olah seperti seorang yang kehilangan arah tujuan. Puas Datin Safura memujuknya, namun esakannya semakin menjadi-jadi."Zuriana, mama mohon kepada menantu mama ni, lepas ni tolonglah jangan percaya pada siapa-siapa lagi selain dari suami sendiri," ujar Datin Safura sambil melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. "Mama ni kenal sangat dengan Rayyan tu Zuriana, mama dah jaga dan besarkan dia dari usianya empat tahun, boleh dikatakan semua mengenai Rayyan, mama tahu...""Mam

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 40

    HARI ini Zuriana Imani menjalani rawatan kaki kirinya di Hospital Kuala Lumpur, Dia ditemani oleh suami dan anaknya."Encik Rayyan, isteri encik akan dimasukkan ke dalam wad hari ini, dia akan menjalani pembedahan sebelah malam nanti, takpe kan, Encik Rayyan?" soal Doktor Khairunnisa kepada Rayyan Zafrul.Pergelangan tangan isterinya digenggam dengan erat sambil merenung wajah isterinya. Sayang, kalaulah boleh dipindahkan kesakitan yang sayang alami tu dekat abang, abang sanggup menanggungnya. Abang tak sanggup melihat insan yang paling abang sayang di dunia ni menderita."Encik Rayyan?" Doktor Khairunnisa memanggil. Rayyan Zafrul mendiamkan diri sambil merenung lama isterinya itu."Tak... takpe doktor, asalkan isteri saya sembuh. Itu dah cukup bermakna bagi saya.""Baiklah, kalau macam itu, Encik Rayyan da

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 39

    "KEMALANGAN?"Bagaikan hendak tercabut jantung Rayyan Zafrul sebaik sahaja diberitahu oleh Dato' Azahari bahawa isteri kesayangannya itu terbabit dalam kemalangan. Dia memeluk Zuriana Imani dengan lebih erat lagi sambil mengerling tepat ke wajah pucat isterinya itu. "Kesiannya isteri abang."Matanya agak sembam, mungkin akibat menangis setiap hari. Saat ini pun dia masih menangis dalam pelukan Rayyan Zafrul. Manakala anaknya, Damian Mikhael pula berada di dalam pangkuan atoknya."Kenapa papa tak maklumkan pada Rayyan pasal isteri Rayyan kemalangan?" Rayyan Zafrul bertanya."Hmm... papa tak nak Rayyan risau... lagipun bukan ke Rayyan dah pesan dulu... Rayyan dah lupa ke?" jawab Dato' Azahari seraya bertanya pula kepada anaknya itu.Rayyan Zafrul terdiam sejenak. Hmm... Oh ya, baru aku teringat. Dulu aku

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 38

    ENAM bulan Rayyan Zafrul dan Damian Mikhael pergi meninggalkan dia seorang diri, keadaan Zuriana Imani sekarang sangat tidak stabil. Dia sangat rindukan suami dan anak lelakinya. Malah kesihatannya kini juga tidak menentu.Abang, bila abang nak balik? Saya rindu... sangat rindukan abang... rindukan Damian. Kenapa abang pergi lama sangat? Gambar suami dan anaknya yang disimpan di dalam galeri telefon bimbit direnungnya lama. Juraian air mata sememangnya sentiasa menemaninya setiap hari. Sedang dia duduk termenung di atas kerusi roda itu, Syamira menapak masuk ke dalam biliknya sambil membawa ubat. Dia terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ataupun berkerusi roda, tulang kaki kirinya patah kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur enam bulan yang lalu."Zuriana, kau fikirkan a

DMCA.com Protection Status