Share

BAB 18

Penulis: HeyL AryaN
last update Terakhir Diperbarui: 2024-10-29 19:42:56

PAGI itu semasa bersarapan bersama keluarga, Rayyan Zafrul mengumumkan bahawa dia bersama isterinya akan berpindah ke rumah banglo miliknya sendiri. "Papa, mama... Rayyan ingat, nak balik ke rumah Rayyan dekat Bukit Antarabangsa tu, dah lama Rayyan tak  tengok-tengokkan rumah tu, lagipun Rayyan sekarang kan dah ada isteri... Rasanya elok kami berdua duduk di rumah sendiri."

Zuriana Imani hanya memberikan senyuman palsu kepada kedua mertuanya itu. Ha... lagi cepat berpindah lagi bagus. Tak payahlah aku nak berlakon depan orang tua dua orang ni. Aku dah rimas pakai tudung di kepala ni lama-lama!

"Alah... abang dah nak pindah? Sunyilah rumah ni nanti." sampuk Zarul Amsyar.

"Eleh, sunyi atau tak, Zarul apa tahu? Lagipun Zarul tu bukannya melekat dekat rumah... asyik nak keluar melepak aje," sahut Rayyan Zafrul seraya menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.

"Itu dululah abang

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 19

    Satu bulan berikutnya...TELEFON bimbit Zuriana Imani yang diletakkan di atas meja ruang tamu itu bergetar menandakan ada panggilan masuk dari Shahril Rezwan.Hari ini genap satu bulan dia dan suaminya berpindah di rumah banglo milik Rayyan Zafrul di Bukit Antarabangsa. Zuriana Imani yang baru sahaja selesai bersiap untuk keluar berjumpa dengan Shahril mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja ruang tamu itu untuk menjawab panggilan."Helo awak," ucap Zuriana Imani."Helo sayang, saya dah on the way ke rumah awak ni. Awak dah siap ke belum?" soal Shahril."Ye, saya dah siap dah ni... cuma tunggu awak datang jemput aje," jawab Zuriana Imani sambil tersenyum."Okey sayang... awak tunggu sekejap lagi saya sampai,

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 20

    "ALHAMDULILLAH... Terima kasih, akhirnya sayang sudi jugak telan masakan abang," ucap Rayyan Zafrul. Dia sangat gembira kerana isterinya kini tidak lagi meninggikan suara kepadanya. Dia bersyukur, jika sebelum ini, setiap kali dia memasak dan menyediakan makanan untuk isterinya, isterinya pula langsung tidak menjamah masakannya, kekadang dia terpaksa membeli makanan di kedai untuk isterinya. Dia bingkas bangun dari sisi katil dan berjalan menuju ke arah pintu bilik itu, sebelum dia keluar dari bilik itu, dia sempat menoleh semula ke arah isterinya yang sedang duduk di birai katil. "Sayang, kalau sayang nak apa-apa, sayang panggil aje abang."Zuriana Imani hanya mengangguk.Telefon bimbit yang dilemparkan di atas meja itu tadi berdering semul

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 21

    "SAYANG..."Zuriana Imani menoleh ke kiri dan ke kanan seraya berpaling ke belakang memandang ke sekeliling mencari suara insan yang paling dicintainya, namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan kelibat insan yang paling dicintai dan dirinduinya. Tiada apa yang dapat dilihatnya. Seluruh kawasan diterangi dengan cahaya putih yang sangat menyilaukan pandangan matanya. Seketika selepas itu, dia merasakan ada satu sentuhan di bahu kirinya, sepantas kilat dia menoleh ke arah itu."Abang?"Itu suaminya, wajah suaminya kelihatan sangat tenang dan berseri-seri dengan mengenakan jubah berwarna putih dan juga berkopiah putih. Sepantas kilat Zuriana Imani memeluk tubuh suaminya itu dan diikuti dengan tangisan hiba. Rayyan Zafrul hanya tersenyum namun tidak berkata apa-apa."Abang, jangan pergi tinggalkan saya! Saya tak sanggup meneruska

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 22

    SEMASA doktor memeriksa keadaan Rayyan Zafrul, Zuriana Imani hanya mampu menunggu di luar bilik wad itu dengan penuh harapan agar suaminya kembali sedar."Zuriana, papa tahu menantu papa ni seorang yang kuat semangat dan tabah. Jangan bersedih ye... Ingat Tuhan itu ada," ujar Dato' Azahari cuba untuk menenangkan menantunya yang kelihatan agak sugul duduk di kerusi berhadapan dengan bilik wad itu.Zuriana Imani mengerling ke arah papa mertuanya itu seraya menyeka air matanya perlahan. "Baiklah papa." Dia menundukkan kepalanya seraya menggengam erat kalung rantai emas yang dihadiahkan oleh suaminya lapan bulan yang lalu. "Papa...""Ye?" sahut Dato' Azahari."Saya ada satu permintaan...""Zuriana nak minta apa? Papa akan cuba untuk tunaikan permintaan menantu papa ni," jawab Dato' Azahari seraya mencapai bahu kiri m

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 23

    Empat tahun berikutnya...RAYYAN Zafrul balik agak lewat malam ini kerana banyak projek yang hendak diuruskan. Dia cepat-cepat menghabiskan kerjanya kerana tak sabar untuk bersama dengan isteri dan anak kesayangannya di rumah."Mama, papa lama lagi ke nak balik?" Damian Mikhail bertanya kepada mamanya."Papa sekarang dalam perjalanan baliklah sayang... sekejap lagi sampailah tu, Kenapa? Tak sabar tunggu papa balik ni? Mesti ada apa-apa ni," soal Zuriana Imani."Ada." Ringkas saja Damian Mikhail menjawab sambil bermain dengan permainan yang dibeli oleh Dato' Azahari untuk cucu kesayangannya."Eh, budak ni... Tak habis-habis, ini mesti Damian ada minta papa belikan mainan lagi ni, betul tak? Jangan bohong dengan mama.""Damian suruh papa belikan burger Mc'D," jawab Damia

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 24

    DAHI suaminya dikucup lembut sambil jari mulusnya membelai rambut suaminya yang sedang tidur itu. "Abang, semoga abang cepat-cepat sembuh..."Kekura tangan suaminya dikucup lembut, selepas itu bibirnya dirapatkan di dahi suaminya. Pada masa yang sama juga Rayyan Zafrul membuka matanya perlahan. Membulat besar matanya sebaik sahaja pandangan matanya tertumpu kepada wajah yang seolah-olah hancur sebelah itu begitu hampir dengannya dan sepantas kilat tubuh isterinya itu ditolak ke tepi. "Kau siapa hah?! Senang-senang aje sentuh kepala aku!"Zuriana Imani yang sedang mengucup dahi suaminya itu ditolak kuat tubuhnya sehingga terjatuh dan terduduk di atas lantai. "Abang... ini saya, bang... Zuriana Imani, isteri abang..."Dia tahu bahawa kini suaminya tidak ingat siapa dirinya lagi."Isteri? Bila masa pulak aku ada isteri? Aku tak kenal k

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 25

    Dua tahun berikutnya..."GOOD morning Tuan Rayyan.""Good morning Diana.""Tuan Rayyan, hari ini ada mesyuarat dengan CEO dari Syarikat Shahrils Holdings pukul sepuluh pagi.""Okay Diana, anything else?""Rasanya, itu saja untuk hari ni, Tuan Rayyan.""Okay. Thank you Diana." "Oh ya! tuan, sebentar tadi, Cik Raisya ada call, dia suruh tuan call dia balik.""Okay... I will"

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 26

    SEMASA memandu balik ke rumah papanya, dia asyik memikirkan tentang budak comel yang dijumpainya di pusat membeli belah Pavilion tadi. "Damian Mikhael... hmm... aku suka nama tu, tapi... kenapa cara budak tu renung aku tadi seolah-olah renungan itu penuh dengan harapan? Adakah dia kenal aku? Rasanya tak kot!"Pedal break ditekan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar ke warna merah.Sepuluh saat selepas itu lampu isyarat di hadapannya itu bertukar semula ke warna hijau, cepat-cepat dia meneruskan pemanduannya. Mindanya ligat memikirkan budak kecil itu tadi."Nama saya Damian Mikhael Bin Rayy..."Tiba-tiba sahaja dia teringat semula ketika budak kecil itu ketika hendak menyebut nama penuhnya sebelum dip

Bab terbaru

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 46 (Finale)

    DATO' Azahari jatuh terduduk di hadapan pintu pagar rumah banglonya itu. Matanya yang berkaca-kaca itu sudahpun mula menitiskan titisan air matanya. Cepat-cepat dia memeluk anaknya, Rayyan Zafrul yang sudahpun seperti tidak keruan memikirkan nasib yang menimpa Damian Mikhael, anak kesayangannya itu."Papa, mereka culik anak Rayyan pa... Damian dah kena culik! Damian anak Rayyan pa..." laung Rayyan Zafrul dalam esakannya."Siapa? Siapa yang culik cucu papa tu Rayyan?!" soal Dato'Azahari sambil menggoncang bahu Rayyan Zafrul."Rayyan tak tahu pa... Tak tahu! Orang tu bertopeng!" jawab Rayyan Zafrul pula. Matanya sudah merah dengan deraian air matanya mengalir tanpa henti.Datin Safura pula sedang berusaha menenangkan menantunya, Zuriana Imani yang meraung seperti terkena serangan histeria sebaik sahaja mendapati anaknya diculik.

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 45

    PEDAL minyak ditekan semahu-mahunya. Kereta Toyota C-HR itu menyusur laju membelah jalan. Kerisauan jelas kelihatan di raut wajah Rayyan Zafrul. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan isteri dan anaknya sahaja."Sayang, abang takkan biarkan sayang diapa-apakan oleh Raisya. Abang terlupa nak ceritakan kepada sayang bahawa Raisya adalah orang yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari yang telah memisahkan kita dua tahun lepas. Damian, papa akan pastikan anak papa berada dalam keadaan selamat." Rayyan Zafrul bermonolog semasa memandu.Setiba sahaja Rayyan Zafrul di Hospital, langkahnya dilajukan menuju ke bilik wad di mana isterinya ditempatkan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat si isteri yang sudahpun bersedia untuk di bawa keluar."Abang, awalnya? Katanya tadi l

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 44

    DAMIAN Mikhael berlari menuju ke arah atoknya Dato' Azahari yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik wad di mana Zuriana Imani ditempatkan untuk menerima rawatan. "Atok!!" "Eh, cucu atok... Wah rindunya atok dengan cucu kesayangan atok ni," kata Dato' Azahari sambil merangkul tubuh cucu kesayangannya itu."Damian, lepas ni tak nak jerit-jerit lagi tau! Dalam hospital ni, kita tak boleh buat bising." Rayyan Zafrul yang berjalan di belakang anaknya itu berkata."Baiklah papa.""Dah, takpe... Damian kan masih budak kecil lagi... Damian, jom kita masuk ke dalam. Mama dan nenek sedang menunggu tu," Dato' Azahari pula berkata."Okey jom!""Selamat pagi sayang."Zuriana Imani membuka matanya perlahan. Alangkah gembira dan terujanya

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 43

    DUA puluh minit berikutnya, Rayyan Zafrul, Aryan Syah dan Damian Mikhael tiba di resort. Rayyan Zafrul cepat-cepat pergi mendapatkan Encik Aiman yang sedang berbual dengan seorang pegawai polis di hadapan kaunter pendaftaran. "Aiman, apa yang berlaku sebenarnya?" "Ha.. Tuan Rayyan, kenalkan ini Inspektor Radhi. Err... Tuan Rayyan, macam ni... tadi ada pengunjung resort kita terjumpa mayat seorang perempuan di tepi pantai yang tak jauh dari chalet di bahagian barat resort," jawab Encik Aiman seraya menunjukkan sekeping gambar kepada Rayyan Zafrul dan Aryan Syah. Mereka berdua terlopong sebaik sahaja mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Encik Aiman itu."Ini... ini Diana PA saya! Macam mana dia boleh berada dekat sini?""Rayyan, kau dah lupa ke? Bukan ke tadi aku

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 42

    "WAH, aku rasa macam tak percaya Rayyan boyfriend aku tu ada resort yang sebesar ni, tak sabarnya aku nak kahwin dengan dia," ujar Raisya dengan bangganya. Dia dan Diana baru sahaja tiba di resort milik Rayyan Zafrul yang diwasiatkan oleh mendiang atoknya , Sir Erricson.Raisya... Raisya... kau nak berkahwin dengan dia? Langkah mayat aku dululah! Aku tahu yang kau tu hanya nakkan harta Rayyan aje, semua kepunyaan Rayyan tu aku yang punyalah! Diana bermonolog dalam hatinya sambil memerhatikan sepupunya, Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum di hadapannya. Raisya perasan sepupunya itu semenjak balik dari London satu minggu yang lalu kelakuannya agak pelik. Sekarang pula Diana asyik merenung dirinya dengan tajam seperti renungan maut! "

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 41

    NOMBOR telefon suaminya didail banyak kali, enam belas kali dia cuba menghubungi suaminya, namun tetap tidak dapat dihubungi. Matanya agak sembam akibat menangis dari tengah hari tadi. Dia rindukan belaian si suami dan juga celoteh anak comelnya. "Abang, maafkan saya... abang pergi mana?"Zuriana Imani tidak hiraukan mama mertuanya yang turut berada di dalam bilik wad itu. Dia seolah-olah seperti seorang yang kehilangan arah tujuan. Puas Datin Safura memujuknya, namun esakannya semakin menjadi-jadi."Zuriana, mama mohon kepada menantu mama ni, lepas ni tolonglah jangan percaya pada siapa-siapa lagi selain dari suami sendiri," ujar Datin Safura sambil melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. "Mama ni kenal sangat dengan Rayyan tu Zuriana, mama dah jaga dan besarkan dia dari usianya empat tahun, boleh dikatakan semua mengenai Rayyan, mama tahu...""Mam

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 40

    HARI ini Zuriana Imani menjalani rawatan kaki kirinya di Hospital Kuala Lumpur, Dia ditemani oleh suami dan anaknya."Encik Rayyan, isteri encik akan dimasukkan ke dalam wad hari ini, dia akan menjalani pembedahan sebelah malam nanti, takpe kan, Encik Rayyan?" soal Doktor Khairunnisa kepada Rayyan Zafrul.Pergelangan tangan isterinya digenggam dengan erat sambil merenung wajah isterinya. Sayang, kalaulah boleh dipindahkan kesakitan yang sayang alami tu dekat abang, abang sanggup menanggungnya. Abang tak sanggup melihat insan yang paling abang sayang di dunia ni menderita."Encik Rayyan?" Doktor Khairunnisa memanggil. Rayyan Zafrul mendiamkan diri sambil merenung lama isterinya itu."Tak... takpe doktor, asalkan isteri saya sembuh. Itu dah cukup bermakna bagi saya.""Baiklah, kalau macam itu, Encik Rayyan da

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 39

    "KEMALANGAN?"Bagaikan hendak tercabut jantung Rayyan Zafrul sebaik sahaja diberitahu oleh Dato' Azahari bahawa isteri kesayangannya itu terbabit dalam kemalangan. Dia memeluk Zuriana Imani dengan lebih erat lagi sambil mengerling tepat ke wajah pucat isterinya itu. "Kesiannya isteri abang."Matanya agak sembam, mungkin akibat menangis setiap hari. Saat ini pun dia masih menangis dalam pelukan Rayyan Zafrul. Manakala anaknya, Damian Mikhael pula berada di dalam pangkuan atoknya."Kenapa papa tak maklumkan pada Rayyan pasal isteri Rayyan kemalangan?" Rayyan Zafrul bertanya."Hmm... papa tak nak Rayyan risau... lagipun bukan ke Rayyan dah pesan dulu... Rayyan dah lupa ke?" jawab Dato' Azahari seraya bertanya pula kepada anaknya itu.Rayyan Zafrul terdiam sejenak. Hmm... Oh ya, baru aku teringat. Dulu aku

  • Kekasih Hati Cik Dingin   BAB 38

    ENAM bulan Rayyan Zafrul dan Damian Mikhael pergi meninggalkan dia seorang diri, keadaan Zuriana Imani sekarang sangat tidak stabil. Dia sangat rindukan suami dan anak lelakinya. Malah kesihatannya kini juga tidak menentu.Abang, bila abang nak balik? Saya rindu... sangat rindukan abang... rindukan Damian. Kenapa abang pergi lama sangat? Gambar suami dan anaknya yang disimpan di dalam galeri telefon bimbit direnungnya lama. Juraian air mata sememangnya sentiasa menemaninya setiap hari. Sedang dia duduk termenung di atas kerusi roda itu, Syamira menapak masuk ke dalam biliknya sambil membawa ubat. Dia terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ataupun berkerusi roda, tulang kaki kirinya patah kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur enam bulan yang lalu."Zuriana, kau fikirkan a

DMCA.com Protection Status