All Chapters of Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]: Chapter 31 - Chapter 40

59 Chapters

BEM 30

SKRIN telefon bimbitnya ditatap lama. Hampir sejam dia dalam keadaan begitu. Entah ke berapa kali dia mengulang bacaan mesej ringkas yang dihantar oleh Indira melalui aplikasi WhatsApp itu. Sekejap-sekejap dahinya berkerut. Sekejap-sekejap dia meramas rambutnya perlahan. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia harus membalas mesej itu ataupun tidak. Hatinya masih lagi marah pada gadis itu. Sakit pada hatinya begitu susah untuk dipulihkan semula. Indira menghilangkan diri begitu saja bagaikan meninggalkan torehan yang paling dalam di hatinya."Bos..."Qarizh memalingkan wajahnya ke belakang. Kelihatan Saif dan Zane sedang berdiri di depan muka pintu biliknya yang tidak tertutup. Dia memang sengaja tidak menutup pintu biliknya itu. Senang dia hendak memanggil anak-anak buahnya dari dalam bilik sahaja."Hmmm...""Saya baru dapat info. Dan saya tak pasti sama ada bos nak hadir atau tidak,
last updateLast Updated : 2021-09-14
Read more

BEM 31

TUBUHNYA dipusingkan beberapa kali ke kanan dan ke kiri. Wajahnya berkerut-kerut melihat penampilannya sendiri di hadapan cermin meja solek. Entah berapa jam dia menghabiskan dengan hanya menilik pakaiannya itu. Biar betul Qarizh menyuruh dia memakai seperti ini untuk ke parti hari jadi itu. Dia mana biasa pakai gaun-gaun seperti puteri kayangan ini. Sudahlah boleh tahan seksi juga gaun yang diberikan oleh Qarizh ini."Biar betul dia suruh aku pakai macam ni? Ke wayar dalam otak dia dah putus? Dia tahukan yang aku tak minat pakai gaun macam ni. Aduh..." Indira bermundar-mandir di dalam biliknya. Masa hanya berbaki sejam saja lagi sebelum Qarizh sampai mahu menjemputnya."Dira, kau dah siap ke? Lagi sejam ajekan Qarizh nak datang ambil kau?" soal Aditya yang berdiri di luar bilik Indira."Haaa... ya. Aku tengah siap lagi ni."Aditya menggelengkan kepalanya. Perempuan memang kalau b
last updateLast Updated : 2021-09-16
Read more

BEM 32

TUBUHNYA dipusingkan beberapa kali ke kanan dan ke kiri. Wajahnya berkerut-kerut melihat penampilannya sendiri di hadapan cermin meja solek. Entah berapa jam dia menghabiskan dengan hanya menilik pakaiannya itu. Biar betul Qarizh menyuruh dia memakai seperti ini untuk ke parti hari jadi itu. Dia mana biasa pakai gaun-gaun seperti puteri kayangan ini. Sudahlah boleh tahan seksi juga gaun yang diberikan oleh Qarizh ini."Biar betul dia suruh aku pakai macam ni? Ke wayar dalam otak dia dah putus? Dia tahukan yang aku tak minat pakai gaun macam ni. Aduh..." Indira bermundar-mandir di dalam biliknya. Masa hanya berbaki sejam saja lagi sebelum Qarizh sampai mahu menjemputnya."Dira, kau dah siap ke? Lagi sejam ajekan Qarizh nak datang ambil kau?" soal Aditya yang berdiri di luar bilik Indira."Haaa... ya. Aku tengah siap lagi ni."Aditya menggelengkan kepalanya. Perempuan memang kalau b
last updateLast Updated : 2021-09-18
Read more

BEM 33

INDIRA menggosok telinganya dek jeritan angahnya yang kononnya sangat terkejut apabila Qarizh menghubunginya pagi tadi memberitahu tentang perkahwinan mereka. Siapa saja yang terkejut? Baru beberapa hari saja mendarat di Malaysia, terus saja mahu berkahwin? Tak nampak gelojoh sangat ke?"Aduh... angah. Sakitlah telinga adik. Janganlah jerit macam tu. Ya... Qarizh lamar adik nak jadi isteri dia. Angah restukan tau! Kita orang dah dua tahun berpisah. Tak akan angah nak pisahkan kita orang lagi. Lagipun pasal kemalangan along tu bukannya salah dia. Tu salah saudara dia yang belah sana tu."Izz Benazir melepaskan keluhan panjang. Wajahnya diraup sekali. Anak matanya ditunakkan ke arah Alana yang sedang bermain dengan anak patung bersama Cempaka. "Adik dah fikir masak-masak ke? Qarizh tu tak ada cakap apa-apa ke pasal dua tahun lepas? Dia tak ada marah adik?"Soalan Izz dibiar sepi buat beberapa saat. Kepala ot
last updateLast Updated : 2021-09-20
Read more

BEM 34

TANGAN naik bersilang ke dada. Belikatnya disandarkan pada kerusi. Dia hanya merenung kosong ke arah luar tingkap. Tiada satu pun yang menarik perhatiannya kini. Dia tertanya-tanya, kenapa sepertinya Indira terburu-buru hendak ke tandas? Dan dia perasan ada air jernih bertakung pada tubir mata gadis itu. Menangiskah dia di dalam tandas? Gara-gara tidak mahu dia nampak."Dia nak menangis? Macam tak percaya pulak aku. Dia tu kan hati brutal. Bukannya hati tisu macam perempuan lain. Tak akanlah aku baru kasar sikit dah nak menangis?" Qarizh membuat andaian sendiri. Tangannya ligat mengusap dagunya sambil dahinya berkerut halus.Qarizh melepaskan dengusan kasar setelah beberapa minit dia mengelamun memikirkan tentang Indira. Lama benar gadis itu ke tandas. Entah apa yang dia buat pun, dia sendiri tidak tahu. Tidak betah dia hendak menunggu lama, punggungnya diangkat lalu membawa langkah ke kaunter untuk membuat pembay
last updateLast Updated : 2021-09-22
Read more

BEM 35

KAD JEMPUTAN yang diterima dipandang dengan hatinya yang panas menggelegak. Perlahan dia mengenggam kad tersebut sehingga renyuk seribu sebelum dibaling ke lantai. Zafi selaku orang kanan Yazir, menggantikan tempat Hilmi hanya memandang ketuanya dengan pandangan kosong. Yasmin yang berdiri di sebelah Zafi hanya bersilang tangan sambil berkerut-kerut. Hatinya turut sakit melihat Yazir begitu."Ibu, apa ni ibu? Kenapa dia boleh terlepas jadi suami lelaki tak guna tu? Patutnya Yazir la, ibu! Yazir!" tempelak Yazir sambil menepis segala bantal yang ada di atas katil itu."Sabar, Yaz. Jangan macam ni. Nanti kamu sakit. Ibu akan buat sesuatu agar mereka tak akan bahagia selagi anak ibu macam ni. Yazir berikan ibu masa, okey?" pujuk Yasmin sebaik saja dia melabuhkan punggung di sebelah anak lelakinya itu. Rambut Yazir dibelai lembut.Yazir mendiamkan diri. Tubuh Yasmin dipeluknya erat dengan wajahnya berkerut-ker
last updateLast Updated : 2021-09-25
Read more

BEM 36

LAMA dia berdiri di balkoni biliknya sesudah saja dia membersihkan diri dan menukar pakaian kepada sehelai pijama tidur. Entah apa yang difikirnya dia sendiri tidak tahu. Bercampur-aduk. Sepatutnya dia bergembira dapat menikahi gadis pujaannya selama ini. Selama 10 tahun pencariannya, dan hari ini gadis itu sudah menjadi isterinya. Tamat saja majlis akad nikah dan jamuan tadi, dia langsung tidak bercakap dengan Indira. Sekadar mengangguk dan menggelengkan kepala saja."Qar..."Qarizh memejamkan matanya sesaat sebelum dia mencelikkan kembali matanya. "Hmm...""Tak tidur ke? Dah lewat malam ni.""Kau tidurlah dulu, kalau kau dah mengantuk. Aku belum mengantuk lagi."Indira mengemam bibirnya. Sangkaannya meleset. Fikirkan kalau mereka sudah berkahwin, Qarizh tidak akan bersikap dingin lagi dengannya. Rupa-rupanya sama sahaja. Izz sudah pun menjelaskan semuanya kepada
last updateLast Updated : 2021-09-27
Read more

BEM 37

BEG-BEG kertas dijinjit di tangan kanan dan kiri. Macam-macam yang mereka beli sehingga tidak sedar yang hari cerah sudah pun bertukar gelap. Keluar saja dari bangunan pusat membeli-belah itu, Indira dan Haura berpandangan sesama sendiri sebelum melepaskan tawa secara serentak."Ya Allah, boleh tak sedar yang dah malam? Memang kaw-kaw kita shopping ni kak! Sampai tak tengok langsung dah pukul berapa. Abang Qar ada call akak tak? Karang mengamuk pulak dia bila isteri dia tak balik lagi."Indira tersengih. Dia meletakkan beg kertas yang berada di tangannya di atas bangku coklat berdekatan dengan pintu masuk pusat membeli-belah itu tadi. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg silang."Hurm... tak ada pulak dia call akak. Chat dekat WhatsApp pun langsung tak ada. Mungkin sibuk sangat kut dekat pejabat tu."Haura mencebikka
last updateLast Updated : 2021-09-29
Read more

BEM 38

TAJAM anak matanya merenung susuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Kedua-dua belah tangannya dikepal sehingga tegang uratnya. Dadanya berombak laju dek menahan marah. Bila-bila masa saja gunung amarahnya boleh meletus. Sedaya-upaya ditahan memandangkan keadaannya yang belum pulih sepenuhnya."Maafkan saya, bos. Saya dah hampir berjaya culik Indira. Tapi ada malaun tak guna yang kacau rancangan saya."Yazir menumbuk kuat tempat pemegang sofa yang berada di sebelah kirinya. "Kau tak cekaplah, Zafi! Takkan perempuan kecik macam tu kau tak boleh nak melawan?""Tapi bos. Mula-mula saya memang lawan dengan budak kecik tu. Tiba-tiba ada seorang lelaki ni serang saya secara tiba-tiba sebelum saya sempat pengsankan budak perempuan tu."Yazir melepaskan dengusan kasar. Dari duduk, dia terus bangun sambil mencapai tongkat yang tersandar di tepi sofa. "Sial. Ada saja yang suka mengacau rancangan aku.
last updateLast Updated : 2021-10-02
Read more

BEM 39

SUDAH beberapa hari Qarizh pulang lewat ke rumah. Kadangkala, hatinya meronta-ronta mahu tahu ke mana suaminya pergi selama ini. Takkanlah langsung tidak mahu berbaik-baik bersama dengannya. Aditya banyak menasihatinya. Sudah masuk alam perkahwinan ini, kenalah hadap kesemuanya. Perlu banyakkan bersabar. Berbincang sesama suami dan isteri. Luahkan apa yang rasa tak puas hati. Bukannya menjauh dan berdiam diri begini.Mana pergi janji dulu,Mana cinta sayangmu,Mana semua itu....Matanya dibawa pejam rapat tatkala lagu itu bermain di radio yang baru saja dibukanya sebentar tadi. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Dari tadi dia menahan perasan sedih yang semakin membengkung dadanya. Lama-kelamaan, tangisannya menjadi teresak-esak. Kusyen yang berada di atas sofa, dibawa tarik masuk ke dalam dakapannya.Ting! Ting!Dahinya berkerut. Telefon bimbit
last updateLast Updated : 2021-10-06
Read more
PREV
123456
Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status