All Chapters of Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]: Chapter 11 - Chapter 20

59 Chapters

BEM 10

Lima tahun yang lalu,ALDI berpegangan tangan dengan isterinya sebaik saja keluar dari perut kereta. Rumah bungalow dua tingkat itu dipandang sekilas sebelum jari telunjuk naik menekan punat loceng rumah sehingga kedengaran loceng itu berbunyi nyaring."Abang, nak jumpa dia untuk apa? Bukan urusan hari tu dah selesai?" soal si isteri."Memang dah selesai. Abang dengan dia ada hal sikit nak dibincangkan.""Abang percayakan dia ke? Entah-entah dia pun musuh kita dalam selimut. Macam mana?"Aldi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali. Dia faham akan perasaan isterinya yang risau akan dirinya kerana selama ini mudah percayakan orang sehingga mereka
last updateLast Updated : 2021-07-28
Read more

BEM 11

TUBUH dihempaskan kasar di sebelah Alana yang sudah diulit mimpi sejak dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika itu juga, Izz Benazir baru saja memarkirkan keretanya di dalam garaj. Pelik Indira dibuatnya. Semakin kerap angahnya itu pulang lewat ke rumah. Bila ditanya, kerja yang menimbun tak pernah habis. Musykil."Haih, aku geram betullah. Siapa yang iri hati sangat dengan aku ni? Apa yang Qarizh buat dengan lelaki tu? Banyak betul soalan bermain dalam kepala otak aku. Boleh jadi gila macam ni...," bebel Indira seorang diri dengan nada perlahan. Tidak mahu si kecil yang sedang lena tidur terganggu dengan suara bebelannya."Angah pun asyik balik lambat aje. Kerja arkitek dah serupa kerja Perdana Menteri. Apalah dia buat sampai tengah malam macam ni baru nak balik?"
last updateLast Updated : 2021-08-01
Read more

BEM 12

SEPANJANG perjalanan, masing-masing hanya menyepi. Tiada seorang pun yang berani membuka mulut ketika ini dek wajah Qarizh yang menyinga itu. Alana yang duduk di atas riba Qasrina turut mendiamkan diri. Dahinya sekejap-sekejap berkerut. Hairan melihat mereka yang hanya membisu. Hendak bersuara takut dirinya dimarahinya."Qas minta maaf. Ini semua salah, Qas. Qas yang ajak akak keluar. Qas...""Diam."Percakapan Qasrina terbantut tatkala sepatah perkataan keluar dari mulut Qarizh. Indira di sebelah hanya menjeling. Sama sekali tidak puas hati dengan cara Qarizh."Patutnya kau bersyukur yang kita orang selamat. Maksud aku, adik kau selamat. Benda dah jadi. Salah kau juga yang suka biarkan adik kau terperap dalam ru
last updateLast Updated : 2021-08-04
Read more

BEM 13

KEMEJA biru gelap itu dimasukkan ke dalam seluar slack berwarna hitam supaya kelihatan kemas. Hari ini hari pertama dia akan bekerja di Mestika Royals Holdings atas suruhan Qarizh sendiri. Selain skop kerjanya menjaga Qasrina, kini dia berpeluang untuk mencari pengalaman bekerja di dalam suasana pejabat. Dia dilantik untuk menjadi kerani pertanyaan kaunter bersama Qasrina. Di mana ada Qasrina, di situ wujudnya dia.Anak-anak buah Qarizh yang sudah diberikan kepercayaan untuk menghantar dan menjemput Alana di sekolahnya. Izz Benazir juga sudah memberikan keizinan kepada mereka. Jadi, tiada apa yang perlu Indira khuatirkan sekarang ini."Kak, siap dah? Abang Hilmi dah tunggu kita dekat luar. Abang dah gerak dulu tadi sebab ada meeting pagi ni."In
last updateLast Updated : 2021-08-05
Read more

BEM 14

GAMBAR bersaiz kecil yang muat diletakkan di dalam dompetnya diusap perlahan. Entah kenapa hari ini, perasaan rindu pada arwah Ilman Renaldi membuak-buak di dalam hatinya. Setiap kali dia melihat Dara Alana, sepertinya Ilman berada di hadapannya. Masih segar lagi pesanan Ilman dan Kaisara sehari sebelum mereka meninggalkan dunia."Along takut yang along tak dapat nak jaga adik lagi. Semuanya abang serahkan dekat angah. Giliran dia pegang tanggungjawab along. Tolong jaga dan didik Alana bila along dengan kak long tak ada nanti. Itu saja pesanan abang. Dan pegang ayat yang pernah along ajar tu sampai bila-bila."Matanya terpejam rapat bila suara arwah bermain di gegendang telinganya. Dia kena kuat. Hatinya harus cekal. Dia tidak boleh lembik mahupun lemah sama sekali."Kak, jauhnya termenung," tegur Qasrina yang baru saja menuruni anak tangga."Hah, tak adalah. Akak tunggu kaulah. Dah siap ke?"Qasrina tersenyu
last updateLast Updated : 2021-08-07
Read more

BEM 15

ENTAH ke berapa kali dia mendengar Qarizh melepaskan keluhan panjang. Sekejap meraup wajahnya. Sekejap meramas rambutnya. Dah serupa orang tidak terurus saja. Apalah yang menyerabutkan fikiran lelaki itu? Indira sendiri yang melihat pun naik serabut kepala dibuatnya."Kenapa ni, Qar? Kau fikir apa sampai macam ni sekali? Serabai dah rambut kau tu aku tengok. Kau dekat ofis sekarang ni. Jangan lupa pula," tegur Indira setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa tujuan Qarizh memanggilnya."Dira, Qas betul-betul marahkan aku pasal Yazir tu. Aku tak tahulah apa yang ada dalam fikiran dia tu. Dia lebihkan Si Yazir tu daripada aku. Dan sekarang ni, dia cakap. Dia dah tak nak kau jaga dia lagi. Dia dah duduk dekat rumah mak long. Apa aku nak buat sekarang ni? Puas dah aku pujuk."
last updateLast Updated : 2021-08-08
Read more

BEM 16

KERTAS-KERTAS yang siap disusun diletakkan di dalam fail mengikut bahagian. Itulah kerja sehariannya kalau tiada Qasrina. Kalau tidak, pasti mereka akan membahagi-bahagikan tugas dan buat bersama-sama. Tapi hari ini, hanya dia saja yang kena uruskan."Lepas ni, kerja aku dekat pejabat ni sajalah. Budak tu pun dah tak nak aku jadi penjaga dia. Nak buat macam mana, kan? Disebabkan si sepupu dia tu, sanggup buang aku dengan Qarizh. Entah apa yang hebat sangat tentang Tengku Yazir tu pun, aku tak tahulah." Indira melepaskan keluhan. Tertanya-tanya juga dia. Baik sangatkah Tengku Yazir itu sampaikan Qasrina terlalu marah pada Qarizh?"Dira..."Suara garau milik Qarizh sedikit memeranjatkan Indira yang sedang leka menyusun fail di dalam rak. Secara refleks kepalanya men
last updateLast Updated : 2021-08-10
Read more

BEM 17

SENYUMAN Qarizh tidak lekang dari bibir. Hatinya berbunga-bunga dapat meluangkan masa bersama dengan Indira pada petang ini. Hilang sedikit bebanan yang membengkung di dalam kepala otaknya. Lagi-lagi bila dia sudah meluahkan perasaannya pada Indira sebentar tadi. Lega sangat hatinya. Sekarang cuma tunggu jawapan dari mulut Indira sendiri."Kenapa kau suka aku, Qar?" soal Indira sebaik saja mereka berdiri di hadapan kereta Qarizh."Aku suka kau sebab personaliti kau yang lain daripada perempuan dekat luar sana. Dan sebab kau juga, aku tekad nak ubah diri aku supaya tak kena buli lagi dengan orang."Indira tersenyum. Kepala diangguk sekali. Sengaja dia bertanya soalan seperti itu kepada Qarizh. Entah kenapa, dia rasa macam mimpi sekarang ni. Dia tak sangka ada lelaki yang menyimpan perasaan terhadapnya."Kau boleh tunggu, kan?""Tunggu apa tu, Dira?""Tunggu
last updateLast Updated : 2021-08-13
Read more

BEM 18

PUNGGUNG dilabuhkan di atas sofa single lalu kaki kirinya diangkat diletakkan di atas paha kanannya. Jari-jemari bertaut sesama sendiri. Wajahnya dingin. Susuk tubuh seseorang yang berada di hadapannya langsung tidak dipandang. Hatinya sebal ketika ini. Entah kenapa semakin ramai musuh yang berani-beraninya menyentuh darah dagingnya itu."Dia orang nak apa sebenarnya? Asal adik aku jadi sasaran?" Bengis wajah Izz Benazir ketika bertanya kepada orang kanannya yang setia sejak dulu lagi."Indira menjadi sasaran kerana budak lelaki bernama Qarizh tu. Kiranya dia kena tempias Qarizh.""Kau rasa-rasa benda yang terjadi semua ni berkaitan dengan arwah along aku ke?"Kizo hanya menganggukkan kepalanya. Izz Benazir meraup wajahnya kasar. Dengusan marah dilepaskan kuat. Pemegang sisi sofa dihentaknya sekali. Nampak sangat dia tengah marah sekarang ni."Dulu attack
last updateLast Updated : 2021-08-15
Read more

BEM 19

TUBUHNYA berdiri tegak di hadapan sebuah cermin meja solek. Beberapa kali dia menarik kemudian menghembus nafasnya. Peristiwa semalam masih lagi berlegar-legar di dalam kotak fikirannya. Setiap kali dia memejamkan mata pasti gambaran objek itu muncul dalam ingatannya. Hendak bertanya kepada Izz, entah kenapa dia berasa serba-salah. Silapnya juga kerana menerjah masuk bilik abangnya itu tanpa keizinan. Tapi kalau dia tak masuk sampai ke sudah dia tidak tahu wujudnya objek itu di dalam rumahnya."Mama... mama dah siap ke? Bila kita nak keluar?" Nampak sangat si kecil ini tidak sabar mahu keluar. Dari tadi, dia ke hulur ke hilir di ruang tamu menunggu Indira bersiap."Ya, sayang. Mama dah siap. Uncle Qarizh belum sampai lagi tu.""Siapa cakap belum sampai? Uncle dah sampai. Dia dekat luar tu."Terjegil mata Indira mendengar jawapan yang keluar dari mulut Alana. Masakan dia t
last updateLast Updated : 2021-08-17
Read more
PREV
123456
DMCA.com Protection Status