Dam! Dum! Dam!HABIS semua barang dilempar dan ditepis dek mahu melepaskan amukannya yang terpendam di dada. Kendatipun, kejadian hitam itu sudah beberapa hari berlalu. Qarizh masih lagi tidak dapat menerima. Dia masih lagi meratapi pemergian Qasrina. Hampir setiap malam, dia menangis dan mengamuk sehingga tidak sedarkan diri. Airiel sendiri pun buntu dengan perubahan sepupunya yang semakin ketara itu."Adik aku mati disebabkan kau, setan!" Nafasnya naik turun dengan laju. Matanya mencerlung ke arah Hilmi dan Adiyan yang sedang duduk lemah di atas kerusi dalam keadaan terikat.Adiyan hanya membisu. Sungguh dia terkilan dengan Hilmi. Dia tidak sangka. Rupa-rupanya Hilmi lagi licik daripadanya. Disebabkan lelaki itu juga, dia dipermainkan. Hanya kerana cemburu. Padahnya kalau cemburu melebihi akal waras. Maut menanti."Hilmi, aku cakap dengan kau ni! Kau dengar tak?" Dagu Hilmi dice
Last Updated : 2021-08-29 Read more