All Chapters of Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]: Chapter 31 - Chapter 40

74 Chapters

MP 30

SELEPAS saja tamat perbincangan bersama nekma dan tokpa, aku dan Rery membawa dua orang cilik itu ke taman tasik yang berdekatan dengan rumah keturunan Handerville. Aku rasa sangat bersyukur yang Eusoff dan Noah disambut baik oleh mereka. Takut-takut juga kalau salah seorang daripada mereka disisihkan. Dia orang budak-budak lagi, tak tahu apa-apa pasal semua yang berlaku dalam dunia ni. Lagi-lagi bab duit dan harta keturunan. Kalau boleh, aku tak nak pun langsung ajar mereka pasal benda semua ni. Aku tak nak, anak-anak aku bila dah besar gila harta macam Si Adamo gila tu. "Jauh kau termenung," tegur Rery sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Pandangan aku tetap pada Eusoff dan Noah yang sedang bermain jongkang-jongket tidak jauh dari kami. Memang aku tak bagi dia orang main jauh-jauh. Orang jaha
last updateLast Updated : 2021-07-06
Read more

MP 31

My world's been hectic, seems electricBut I've been waking up with your voice in my headAnd I'm tryna send a message and let you know thatEvery single minute I'm without you, I regret itEvery day, every nightI've been thinkin' back on you and IEvery day, every nightTELINGA aku menangkap suara nyanyian mungkin daripada corong-corong pembesar suara sebaik saja aku melangkah keluar dari perut kereta. Rery dan Rae membetulkan jaket panjang mereka sambil mengambil tempat di sebelah kiri dan kanan aku. Mata aku meliar memerhatikan suasana kami berada sekarang. Di sebuah lorong yang agak gelap, hanya diterangi dengan lampu jalan yang malap. Seperti tinggal nyawa-nyawa ikan saja. Kawasan lorong itu sangat k
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more

MP 32

"ADUH! Sakitlah!" Aku meringis kesakitan tatkala Julian memiat telinga aku. Aku pun tak tahu sejak bila dia sampai rumah ni. Tup-tup, aku sampai saja tadi. Dah nampak kasut dia dengan Melina dekat luar rumah. Jantung aku masa tu dah nak meletup dah. Dengan bahu aku yang masih mengalirkan darah segar. Dan, hanya diikat dengan tuala. Memang malang betul aku hari ni. Ni semua salah Adamo! Argh!"Tahu sakit. Ni apa ni, hmm? Darah-darah. Main apa sampai berdarah? Pergi mana sampai kena tembak macam ni? Are you insane, Juliana Adra?" tengking Julian. Fuh! Tercabut gegendang telinga, aku rasa. "Ni, macam mana Noah boleh ada kat sini? Dah berapa lama dia ada dekat sini? Dan Rery... macam mana Adra jumpa Rery? Kerja gila apa yang Adra dah buat ni, sepanjang
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more

MP 33

HARI ini aku bangun sebelum jam loceng telefon bimbit aku berbunyi. Tepat-tepat jam 6:59 pagi. Lagi seminit nak pukul 7:00 pagi. Noah yang berada di sebelah aku, masih lagi nyenyak tidur sambil tangannya erat memeluk leherku. Rambut yang terjuntai menutupi dahinya, perlahan aku selak ke belakang. Dahi dan pipinya aku kucup lembut. Perlahan bibirku mengukir sebuah senyuman. Suka bila setiap kali melihat Noah sedang lena dibuai mimpi. Iras wajah Noah lebih kepada dirinya sendiri. Tiada iras Ivander. Kalau iras aku, mungkin bahagian mata dan bibir. Julian sendiri cakap, biasanya anak lelaki ikut iras wajah ibunya. Mungkin Noah lebih ikut aku bila dah besar nanti. Semestinya anak aku ni seorang yang kacak bila dah meningkat dewasa. "Herk... herk..." Noah merengek perlahan sambil tangan naik menggosok wajahnya. Mata masih lagi terpejam. 
last updateLast Updated : 2021-07-10
Read more

MP 34

"MAMA..." Aku menoleh ke belakang. Mencari suara seorang kanak-kanak. Suaranya seperti Noah. Anak aku sendiri. Aku sendiri pun tak tahu dekat mana sekarang ni. Sepertinya dekat satu lorong yang sangat gelap dikelilingi dengan bangunan yang tidak berpenghuni. Hanya ada beberapa titik cahaya bulan yang cuba menembusi lorong ini. "Mama!" Langkah aku terhenti. Suara itu sebiji seperti Noah. Mana anak aku? Dekat mana dia? "Noah? Noah dekat mana, sayang?" sahut aku dengan nada suara sedikit mendatar. Aku menyambung semula langkahku. Entah ke mana pun aku tak tahu. Kosong. Tak tahu ke mana arah tuju aku sebenarnya."Mama!" Kali ini jelas suaranya. Se
last updateLast Updated : 2021-07-10
Read more

MP 35

"LEPASLAH! Dasar penipu!" jerit aku sekuat hati. Orang tua tak sedar diri tu memang tak guna! Dia cakap nak berbual-bual dengan aku dengan cara baik. Tapi, alih-alih dia orang main kasar!"Per favore calmati..., (Sila bertenang)" ujar Adamo sambil melabuhkan duduknya di atas sebuah kerusi kayu bertentangan dengan aku. Sempat lagi aku mengerling ke arah Rery dan Rae yang berada di sebelah kanan aku. Mereka tersandar pada dinding dengan keadaan separuh sedar. Chen terbaring di atas lantai dalam keadaan lemah. Habis wajahnya membengkak. Julian dan Melina berada di sebelah kiri aku, turut tersandar pada dinding. Aku memeluk erat tubuh Noah dan Eusoff. Kali ini, aku tak boleh bertindak melulu. Kemungkinan besar akan membabitkan nyawa mereka semua termasuk Noah dan Eusoff. Aku kena fikir secara bijak.
last updateLast Updated : 2021-07-12
Read more

MP 36

"TAK akan kita nak tinggalkan Rery macam tu je. Adra tak nak. Kita tunggu dalam beberapa hari lagi, ya. Adra mohon sangat dekat abang...," ujar aku sambil melutut di hadapan Julian. Kakinya aku peluk rapat ke dada. Aku tak nak balik Malaysia tanpa Rery bersama kami semua."Adra, kita dah janjikan yang kita akan balik Malaysia bersama. Benda ni berlaku secara tak dijangka. Abang dah tempah semuanya siap dan ini juga perancangan daripada Rery sendiri. Rery pesan apa dekat Adra? Dia suruh Adra balik dulu ke Malaysia. Adra tak selamat dekat sini. Musuh kita ramai, Adra. Dia orang tak akan cari kita sampai ke Malaysia. Please, jangan macam ni. Abang perlukan kekuatan Adra..." Julian menarik aku ke dalam dakapannya. Erat sekali pelukannya. Aku menghamburkan tangisanku teresak-esak tanpa peduli orang di sekeliling aku.
last updateLast Updated : 2021-07-12
Read more

MP 37

Lima bulan kemudian,AKU menghentikan keretaku tepat ke dalam kotak parkir yang disediakan. Aku mengerling ke arah jam tangan yang terlilit pada pergelangan tanganku. Sudah jam 5:00 petang. Cepat betul masa berlalu. Ada baki dua jam lagi sebelum masuk jam 7:00 petang. Dapatlah budak-budak ni berseronok sekejap selepas balik dari pusat asuhan. Aku pun baru aje balik dari pejabat. Sudah tiga bulan aku bekerja di syarikat keluarga Julian. Nak kerja dekat Princeville Holdings, ada Si Rae tu pula. Malas aku nak hadap dia. Takut sejarah lama berulang kembali."Mama, jom main!" sorak Eusoff dengan penuh keterujaan sebaik saja aku membuka pintu kereta di bahagian belakang. Tubuh Noah aku bawa ke dukunganku. Eusoff berdiri di sisiku sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Tak sabarlah tu nak main.
last updateLast Updated : 2021-07-14
Read more

MP 38

So, no more I love you's,It's too easy to say, yeah,No more I love you's,Until I'm OK,AKU menggoyangkan badan ke kanan dan ke kiri sambil menyanyi. Tangan sebelah ligat menggaul nasi goreng yang sudah siap sepenuhnya menggunakan sudip. Makan nasi goreng sajalah malam ni. Semua dah tak nak bagi aku idea nak masak apa. Bahan pun ngam-ngam cukup untuk goreng nasi aje. Jalan saja..."No more I love you, huh?" tegur Rery yang tiba-tiba saja muncul di sebelah aku sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding dapur. Wajahnya tersorok sedikit di sebalik kabinet dapur."Hmmm..." Aku tidak menoleh ke arahnya. Sedang tekun memindahkan nasi goreng tadi dari kuali ke dalam mangkuk besar untuk dihidangkan
last updateLast Updated : 2021-07-14
Read more

MP 39

FUH... Sepertinya sedang bermimpi sahaja. Betul ke yang aku dah sah menjadi seorang isteri kepada Rery El-Sharif? Macam tak percaya saja. Majlis perkahwinan kami berjalan dengan lancarnya. Hanya menjemput ahli keluarga sendiri dan juga kawan-kawan yang rapat. Sepanjang majlis, aku hanya berkepit dengan Melina saja. Aku malu sebenarnya. Sebab ramai sangat kawan-kawan Rery yang hadir. Rata-ratanya ramai orang Itali daripada orang Melayu. Semuanya tinggi dan tegap belaka. Terasa kecil sangat aku, nak dibandingkan dengan dia orang semua."Adra...," panggil Julian.Aku menoleh ke arah sisiku. Kelihatan Julian menghampiriku sambil mendukung tubuh Eusoff. "Ya, abang?" sahut aku dengan senyuman pada bibir. Segak sungguh abang aku ini mengenakan tuksedo berwarna
last updateLast Updated : 2021-07-16
Read more
PREV
1234568
DMCA.com Protection Status