All Chapters of Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]: Chapter 11 - Chapter 20

74 Chapters

MP 10

PAP!MAK melemparkan buku catatannya ke arah aku. Tepat kena dekat bahu aku. Sakit dia tak payahlah aku cakap macam mana. Berbisa rasanya. Sudahlah buku catatan mak tu sejenis kulit keras. "Apa kau buat ni, Aara? Hari-hari telinga aku ni asyik kena dengar aduan Puan Jessica. Kau ni dah kenapa? Nak menggatal sangat dalam rumah ni?" tengking mak. Aku rasa sampai luar bilik boleh dengar."Mak...""Aku tak nak dengar apa-apa alasan kau! Aku menyesal bawa kau kerja dengan aku kat sini. Memalukan betul. Kau berdua-duaan dengan Tuan Julian tu kenapa? Nasib baik Puan Jessica nampak, kalau tak entah apa kau nak buat dengan dia tu."Aku terkedu seribu bahas
last updateLast Updated : 2021-06-18
Read more

MP 11

TANGAN aku dan Melina saling berjabat. Senyuman kecil aku hulurkan kepadanya. Sampai-sampai saja di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat, Julian menyuruh aku berjumpa dengan Melina. Dianya entah pergi ke mana pun aku tak tahu."Aara, kan? Saya Melina. Boleh je panggil Mel. Ian dah beritahu saya. Saya harap awak selesa dengan suasana rumah saya. Kebetulan saya mencari housemate. Takut pula kan duduk sorang diri di rumah ni. Boleh tahan besar," ramah Melina.Aku menganggukkan kepala. Dia cakap housemate. Bermakna aku kena menyewa dengan dia? Deposit aje dah berapa. Duit simpanan aku bukannya banyak. Ada berapa aje."Erm... Mel. Kiranya saya menyewa dengan awaklah, kan? Deposit berapa saya kena bayar? Saya sekarang tak ada cash. Semua da
last updateLast Updated : 2021-06-19
Read more

MP 12

LAMA anak matanya merenung ke arah aku. Dagunya diusap lembut. Entah apa dia fikir pun aku tak tahu. Lepas aku ceritakan yang Ivander ugut aku, dia sepertinya pelik melihat aku. Baru hari ni aku tergerak hati nak cerita dekat dia pasal Ivander ugut aku tu."Aku hairanlah macam mana Ivander boleh jatuh hati dengan kau. Sedangkan dia tu selama aku kenal, susah nak rapat dengan mana-mana perempuan," ujar Rae sepertinya tidak percaya dengan cerita aku. Okey, aku jujur. Ayat dia buat aku terasa hati."Habis tu awak nak cakap saya yang goda dia? Awak percaya cakap Jess dengan Ivan tu? Awak sendiri cakap yang dia orang tu memang jenis macam tu. Saya pun tak tahu jenis macam mana yang awak maksudkan," balas aku sambil menyilangkan tangan ke dada.Rae melepaskan keluhan be
last updateLast Updated : 2021-06-20
Read more

MP 13

HAIRAN aku lihat sikap Rae yang semakin lama semakin menjauhkan diri daripada aku. Kecuali perjumpaan staf atau dia ingin memberikan aku tugas untuk disiapkan. Tak lagi macam dulu. Kelas mengaji online pun sudah lama dia tidak hadirkan diri. Aku ada buat apa-apa kesalahan ke? Apa ya?"Jangan termenung. Buat kerja tu," tegur Rae yang tiba-tiba saja muncul depan aku. Kus semangat! Cubalah bagi salam ke apa. Ni tidak, main sergah orang saja. Mujur tiada penyakit jantung. Kalau tidak, mahu kena mati mengejut akibat serangan jantung."Rae..."Rae langsung tidak menyahut panggilan aku. Dia terus memusingkan tubuhnya sebaik saja meletakkan sebuah fail di atas meja aku. Terasa hati aku dibuatnya. Dia tak pandang aku pun. Apa salah aku? Sakitnya hati aku
last updateLast Updated : 2021-06-22
Read more

MP 14

BEGITU jauh aku mengelamun memikirkan kejadian semalam. Sampainya hati Rae. Langsung dia tak hiraukan aku. Tiada lagi dia untuk bersama aku lagi saat aku susah dan senang. Janji yang sudah dia mungkiri bagaikan daun yang gugur. Kenapa saat hati aku mahu terbuka untuk namanya, dia menyakiti aku? Silapkah aku kerana menilainya terlalu awal? Aku tak minta pun semua ini berlaku. Semuanya terjadi kerana manusia yang tak pernah puas hati terhadap aku. Aku... tak minta semua ni."Aara..." Melina memeluk tubuhku dari belakang. Aku hanya terkaku mendiamkan diri. Suasana di balkoni ini aku amati dengan penuh mendalam. Tanpa sengaja, air mataku berguguran jatuh ke pipi sebelum aku menundukkan kepala. Dadaku semakin lama semakin ketat."Mel, saya rindu mak saya. Saya nak dia yang dulunya ada untuk saya. Saya rindu nak peluk di
last updateLast Updated : 2021-06-22
Read more

MP 15

TERKELIP-KELIP mataku saat aku cuba mencelikkannya. Kenapa berat sangat? Kepala aku pula sepertinya dihempap dengan bebanan yang sangat berat. Tubuhku terasa sejuk dan sakit.Sstt... aku mengerdipkan kelopak mata berkali-kali. Aku memerhatikan suasana sekeliling. Dan pandangan aku terpaku pada susuk tubuh seseorang yang sedang berbaring mengiring menghadap aku. Tangan naik menekup mulutku. Kala itu juga, kejadian semalam menyinggah kotak pemikiran aku. Kepala aku geleng beberapa kali. Tak... tak mungkin. Benda ni tak terjadi dekat aku."Ivan! Ivan!" Air mata aku sudah mengalir deras. Bahu Ivander aku goncang beberapa kali sehingga dia tersedar lalu menggeliat panjang."Baby, why?" soalnya dengan nada suara serak. Dia boleh tanya kenapa? Dia
last updateLast Updated : 2021-06-23
Read more

MP 16

AIR mata yang mengalir ke pipiku diseka oleh Julian. Perlahan-lahan dia menarik aku ke dalam dakapannya. Erat. Seolah-olah menyalurkan sedikit semangat ke dalam tubuhku. Tangan aku naik membalas pelukannya. Mata aku pejam rapat. Semakin deras air mataku mengalir. Aku tak silap meletakkan kepercayaan pada Julian dan Melina. Sehingga kini mereka masih dengan aku. Saat aku memerlukan seseorang untuk mempercayaiku."Julian minta maaf. Semua ni salah Julian sebab tak jaga Aara. Julian tinggalkan Aara seorang diri sehingga menyebabkan perkara yang tak diingini berlaku pada Aara."Aku dengar nada suara Julian sedikit bergetar. Sepertinya dia menahan sebak. Aku tak bermaksud untuk menyalahkan dia. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa patut diluahkan. Melina di sebelah hanya mendiamkan diri. Mungkin simpati dengan apa yang
last updateLast Updated : 2021-06-24
Read more

MP 17

PINGGAN-MANGKUK yang berada di atas kabinet dapur aku pandang dengan penuh rasa sayu. Sampai bila aku nak jadi hamba dalam rumah ni? Sudah tiga bulan aku menjadi isteri kepada Ahmed Ivander. Tapi seolah-olah bukan seorang isteri tetapi kuli. Semua kerja rumah aku yang kena buat. Mak pula asyik keluar bersama Jessica.Sejak beberapa hari ini badan aku terasa lesu. Tekak mual. Perut tak berapa sedap. Satu badan rasa tak bermaya langsung. Tapi aku kuatkan juga untuk teruskan hidup. Tak ada yang ada dengan aku saat aku susah begini. Julian sajalah yang selalu menghubungi aku. Sekarang dia berada di Itali, menguruskan syarikatnya di sana."Baby..." Ivander merangkul pinggang aku dari belakang. Dahiku dikucup olehnya. Kenapa aku biarkan? Sebab aku malas nak cari pasal dengan dia. Aku tak ada mood.
last updateLast Updated : 2021-06-25
Read more

MP 18

AKU mengigit bibir. Berkira-kira mahu memberitahu tentang kandungan aku atau tidak. Takut perkara yang aku tak ingini berlaku. Macam mana kalau anak aku kena ambil dengan dia orang? Yelah, Jessica mandul. Tak boleh ada zuriat dengan Ivander. Kalau dia orang mempergunakan aku, macam mana? Pisahkan aku dengan anak  aku? Ya Allah, tolonglah jauhkan."Baby, jauh termenung." Ivander memeluk pinggang aku dari belakang. Aku hanya membiarkan saja. Lama-kelamaan aku sudah biasa dengan kelakuan dia yang miang keladi. Harap-harap tiada siapalah yang teropong melihat adegan yang tak berapa romantis atas balkoni ni."Tak ada apa. Awak nak makan?"Ivander menggelengkan kepala saat dia menarik pinggang aku pusing menghadapnya. Aku hanya tersenyum kecil.
last updateLast Updated : 2021-06-25
Read more

MP 19

"YOU dah sahihkan kewujudan Juliana Adra? Seriuslah dia hidup lagi?" Jessica menganggukkan kepala. Aku boleh dengar dan nampak apa yang mereka bincangkan melalui pintu yang tidak tutup rapat. Dahi aku berkerut. Siapa Juliana Adra? "I takut yang Julian jumpa budak mentah tu dulu. Kalau dia wujud, serta-merta harta keturunan Handerville akan diserahkan sepenuhnya dekat perempuan tak guna tu. Termasuk rumah ni. Kita nak duduk mana?" Jessica memeluk lengan Ivander. Kepala dilentukkan di atas bahu suaminya itu. "Tak boleh jadi. I tak sedia nak jadi miskin lagi. No way. Tak akan I nak berharap dekat uncle I je. I can't. I kena pergi Itali macam ni. Juliana tu dekat Itali ke Malaysia?" Je
last updateLast Updated : 2021-06-25
Read more
PREV
123456
...
8
DMCA.com Protection Status