Share

MP 12

Author: nurshaza
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

LAMA anak matanya merenung ke arah aku. Dagunya diusap lembut. Entah apa dia fikir pun aku tak tahu. Lepas aku ceritakan yang Ivander ugut aku, dia sepertinya pelik melihat aku. Baru hari ni aku tergerak hati nak cerita dekat dia pasal Ivander ugut aku tu.

"Aku hairanlah macam mana Ivander boleh jatuh hati dengan kau. Sedangkan dia tu selama aku kenal, susah nak rapat dengan mana-mana perempuan," ujar Rae sepertinya tidak percaya dengan cerita aku. Okey, aku jujur. Ayat dia buat aku terasa hati.

"Habis tu awak nak cakap saya yang goda dia? Awak percaya cakap Jess dengan Ivan tu? Awak sendiri cakap yang dia orang tu memang jenis macam tu. Saya pun tak tahu jenis macam mana yang awak maksudkan," balas aku sambil menyilangkan tangan ke dada.

Rae melepaskan keluhan be

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 13

    HAIRANaku lihat sikap Rae yang semakin lama semakin menjauhkan diri daripada aku. Kecuali perjumpaan staf atau dia ingin memberikan aku tugas untuk disiapkan. Tak lagi macam dulu. Kelas mengajionlinepun sudah lama dia tidak hadirkan diri. Aku ada buat apa-apa kesalahan ke? Apa ya?"Jangan termenung. Buat kerja tu," tegur Rae yang tiba-tiba saja muncul depan aku. Kus semangat! Cubalah bagi salam ke apa. Ni tidak, main sergah orang saja. Mujur tiada penyakit jantung. Kalau tidak, mahu kena mati mengejut akibat serangan jantung."Rae..."Rae langsung tidak menyahut panggilan aku. Dia terus memusingkan tubuhnya sebaik saja meletakkan sebuah fail di atas meja aku. Terasa hati aku dibuatnya. Dia tak pandang aku pun. Apa salah aku? Sakitnya hati aku

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 14

    BEGITUjauh aku mengelamun memikirkan kejadian semalam. Sampainya hati Rae. Langsung dia tak hiraukan aku. Tiada lagi dia untuk bersama aku lagi saat aku susah dan senang. Janji yang sudah dia mungkiri bagaikan daun yang gugur. Kenapa saat hati aku mahu terbuka untuk namanya, dia menyakiti aku? Silapkah aku kerana menilainya terlalu awal? Aku tak minta pun semua ini berlaku. Semuanya terjadi kerana manusia yang tak pernah puas hati terhadap aku. Aku... tak minta semua ni."Aara..." Melina memeluk tubuhku dari belakang. Aku hanya terkaku mendiamkan diri. Suasana di balkoni ini aku amati dengan penuh mendalam. Tanpa sengaja, air mataku berguguran jatuh ke pipi sebelum aku menundukkan kepala. Dadaku semakin lama semakin ketat."Mel, saya rindu mak saya. Saya nak dia yang dulunya ada untuk saya. Saya rindu nak peluk di

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 15

    TERKELIP-KELIPmataku saat aku cuba mencelikkannya. Kenapa berat sangat? Kepala aku pula sepertinya dihempap dengan bebanan yang sangat berat. Tubuhku terasa sejuk dan sakit.Sstt... aku mengerdipkan kelopak mata berkali-kali. Aku memerhatikan suasana sekeliling. Dan pandangan aku terpaku pada susuk tubuh seseorang yang sedang berbaring mengiring menghadap aku. Tangan naik menekup mulutku. Kala itu juga, kejadian semalam menyinggah kotak pemikiran aku. Kepala aku geleng beberapa kali. Tak... tak mungkin. Benda ni tak terjadi dekat aku."Ivan! Ivan!" Air mata aku sudah mengalir deras. Bahu Ivander aku goncang beberapa kali sehingga dia tersedar lalu menggeliat panjang."Baby, why?"soalnya dengan nada suara serak. Dia boleh tanya kenapa? Dia

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 16

    AIRmata yang mengalir ke pipiku diseka oleh Julian. Perlahan-lahan dia menarik aku ke dalam dakapannya. Erat. Seolah-olah menyalurkan sedikit semangat ke dalam tubuhku. Tangan aku naik membalas pelukannya. Mata aku pejam rapat. Semakin deras air mataku mengalir. Aku tak silap meletakkan kepercayaan pada Julian dan Melina. Sehingga kini mereka masih dengan aku. Saat aku memerlukan seseorang untuk mempercayaiku."Julian minta maaf. Semua ni salah Julian sebab tak jaga Aara. Julian tinggalkan Aara seorang diri sehingga menyebabkan perkara yang tak diingini berlaku pada Aara."Aku dengar nada suara Julian sedikit bergetar. Sepertinya dia menahan sebak. Aku tak bermaksud untuk menyalahkan dia. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa patut diluahkan. Melina di sebelah hanya mendiamkan diri. Mungkin simpati dengan apa yang

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 17

    PINGGAN-MANGKUKyang berada di atas kabinet dapur aku pandang dengan penuh rasa sayu. Sampai bila aku nak jadi hamba dalam rumah ni? Sudah tiga bulan aku menjadi isteri kepada Ahmed Ivander. Tapi seolah-olah bukan seorang isteri tetapi kuli. Semua kerja rumah aku yang kena buat. Mak pula asyik keluar bersama Jessica.Sejak beberapa hari ini badan aku terasa lesu. Tekak mual. Perut tak berapa sedap. Satu badan rasa tak bermaya langsung. Tapi aku kuatkan juga untuk teruskan hidup. Tak ada yang ada dengan aku saat aku susah begini. Julian sajalah yang selalu menghubungi aku. Sekarang dia berada di Itali, menguruskan syarikatnya di sana."Baby..." Ivander merangkul pinggang aku dari belakang. Dahiku dikucup olehnya. Kenapa aku biarkan? Sebab aku malas nak cari pasal dengan dia. Aku tak adamood.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 18

    AKUmengigit bibir. Berkira-kira mahu memberitahu tentang kandungan aku atau tidak. Takut perkara yang aku tak ingini berlaku. Macam mana kalau anak aku kena ambil dengan dia orang? Yelah, Jessica mandul. Tak boleh ada zuriat dengan Ivander. Kalau dia orang mempergunakan aku, macam mana? Pisahkan aku dengan anak aku? Ya Allah, tolonglah jauhkan."Baby, jauh termenung." Ivander memeluk pinggang aku dari belakang. Aku hanya membiarkan saja. Lama-kelamaan aku sudah biasa dengan kelakuan dia yang miang keladi. Harap-harap tiada siapalah yang teropong melihat adegan yang tak berapa romantis atas balkoni ni."Tak ada apa. Awak nak makan?"Ivander menggelengkan kepala saat dia menarik pinggang aku pusing menghadapnya. Aku hanya tersenyum kecil.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 19

    "YOUdah sahihkan kewujudan Juliana Adra? Seriuslah dia hidup lagi?" Jessica menganggukkan kepala. Aku boleh dengar dan nampak apa yang mereka bincangkan melalui pintu yang tidak tutup rapat. Dahi aku berkerut. Siapa Juliana Adra? "I takut yang Julian jumpa budak mentah tu dulu. Kalau dia wujud, serta-merta harta keturunan Handerville akan diserahkan sepenuhnya dekat perempuan tak guna tu. Termasuk rumah ni. Kita nak duduk mana?" Jessica memeluk lengan Ivander. Kepala dilentukkan di atas bahu suaminya itu. "Tak boleh jadi. I tak sedia nak jadi miskin lagi.No way. Tak akan I nak berharap dekat uncle I je.I can't. I kena pergi Itali macam ni. Juliana tu dekat Itali ke Malaysia?" Je

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 20

    "SA... SAKIT!"Aku menjerit sekuat hati setiap kali libasan tali pinggang itu mendarat tubuh aku. Sejak rancangan merekakantoi, Ivander bertukar menjadi lebih buas. Setiap hari aku kena belasah dengan dia. Ada saja yang tak kena pada pandangan matanya. Sepertinya tempat tinggal aku ni berubah menjadi satu penjara penyeksaan. Kandungan aku semakin lama semakin membesar. Macam mana aku nak lindungi anak aku sendiri sedangkan aku sendiri tak mampu nak bebaskan diri aku sendiri?"Mak! Mak! Tolong Aara..." Dengan kudrat yang masih tersisa, aku menjerit sekuat hati. Aku menyandar pada dinding sambil melindungi perut aku dari terkena libasan tali pinggang Ivander."Alahai, minta tolong dekat mak kau yang tak pedulikan kau tu ke?Hmm... kesian dia, ya." Ivander meninggung di hadapan aku. Tangan

Latest chapter

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   EPILOGUE

    SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 71

    PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 70

    SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 69

    JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 68

    BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 67

    Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 66

    Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 65

    BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 64

    KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.

DMCA.com Protection Status