Share

MP 38

Author: nurshaza
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

So, no more I love you's,

It's too easy to say, yeah,

No more I love you's,

Until I'm OK,

AKU menggoyangkan badan ke kanan dan ke kiri sambil menyanyi. Tangan sebelah ligat menggaul nasi goreng yang sudah siap sepenuhnya menggunakan sudip. Makan nasi goreng sajalah malam ni. Semua dah tak nak bagi aku idea nak masak apa. Bahan pun ngam-ngam cukup untuk goreng nasi aje. Jalan saja...

"No more I love you, huh?" tegur Rery yang tiba-tiba saja muncul di sebelah aku sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding dapur. Wajahnya tersorok sedikit di sebalik kabinet dapur.

"Hmmm..." Aku tidak menoleh ke arahnya. Sedang tekun memindahkan nasi goreng tadi dari kuali ke dalam mangkuk besar untuk dihidangkan

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 39

    FUH... Sepertinya sedang bermimpi sahaja. Betul ke yang aku dah sah menjadi seorang isteri kepada Rery El-Sharif? Macam tak percaya saja. Majlis perkahwinan kami berjalan dengan lancarnya. Hanya menjemput ahli keluarga sendiri dan juga kawan-kawan yang rapat. Sepanjang majlis, aku hanya berkepit dengan Melina saja. Aku malu sebenarnya. Sebab ramai sangat kawan-kawan Rery yang hadir. Rata-ratanya ramai orang Itali daripada orang Melayu. Semuanya tinggi dan tegap belaka. Terasa kecil sangat aku, nak dibandingkan dengan dia orang semua."Adra...," panggil Julian.Aku menoleh ke arah sisiku. Kelihatan Julian menghampiriku sambil mendukung tubuh Eusoff."Ya, abang?" sahut aku dengan senyuman pada bibir. Segak sungguh abang aku ini mengenakan tuksedo berwarna

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 40

    AKUdan Rery menunggu di ruang tamu, rumah peguam keluarga kami. Boleh tahan mewah juga rumahnya. Tak jauh dari situ, aku ternampak anak-anak kecil sedang bermain di dalamindoor playground. Mungkin itu cucu-cucunya. Ramai juga. Semuanya comel-comel belaka. Teringat pula dekat Noah dengan Eusoff di rumah. Melina yang menjaga mereka sementara aku dan Rery mahu menyelesaikan wasiat harta keluarga kami."Maafkan saya, menunggu lama. Ini dia fail-fail yang ditinggalkan oleh arwah Tuan Jonathan." Fail-fail yang berada di tangan Encik Muhamed aku ambil lalu merapatkan tubuhku ke bahu Rery."Jadinya, semua harta keturunan keluarga Handerville akan diberikan sepenuhnya kepada Juliana Adra. Manakala, untuk keturunan keluarga Princeslon akan diberikan sepenuhnya kepada Rery El-Sharif. Turunkan tanda tanga

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 41

    "Il figlio di papà!(Anak papa!)""Papà è lento!(Papa lambat!)"AKUmengemamkan bibir cuba menahan sebak yang terbuku di dada. Ini adalah video yang terakhir sebelum kami terlibat dalam kemalangan. Rindu aku pada mereka semakin lama semakin menggunung. Kenapa hati ini rasa terseksa setiap kali melihat wajah ceria mereka? Sakitnya. Sakitnya bila aku langsung tak dapat mengingati kenangan aku bersama kedua-dua orang tuaku. Sekiranya, video ini tidak wujud. Hati aku terus-menerus sakit kerana tak mampu nak mengingati sedikit pun momen kami bersama."Honey..."Aku mendongakkan kepala sekali gus air mataku jatuh menitis ke pipi. Bibirku terketar-ke

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 42

    "KENAPAtiba-tiba je kau nak sambung belajar dekat Australia? Ada apa-apa yang kau rahsiakan daripada aku ke?" soal Rery kepada Rae.Aku di sebelah Rery hanya mendiamkan diri. Sepertinya aku tahu kenapa Rae tiba-tiba saja memaklumkan pada kami semua yang dia nak sambung pengajian di luar negara. Adakah disebabkan aku? Sebab dah banyak kali, dia cuba mengelak daripada aku. Aku nak tegur dia pun, sampai sekarang masih tidak berpeluang."Aku nak sambung belajar, tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Sebab aku rasa, aku nak sambung belajar. Kenapa? Setahun aku, kalau nak sambung belajar dalam usia aku ni. Masih boleh lagi," jawab Rae dengan riak tenang. Tak ada menunjukkan yang dia sedang menyembunyikan sesuatu."Aku tak kisah. Tapi, kita dah selalu bersama w

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 43

    AKUmenoleh ke kiri. Nampaknya kami sudah sampai di hadapan rumah mak. Di sinilah tempat aku membesar suatu ketika dulu. Di hadapan halaman rumah itu adalah tempat selalu aku bermain. Tiba-tiba rindu pula dengan kenangan aku sewaktu kecil. Lebih-lebih lagi dengan arwah ayah. Arwah ayah rajin melayan aku waktu kecil berbanding dengan mak. Waktu dia menghembuskan nafas yang terakhir, bagaikan separuh nyawa aku hilang terbang entah ke mana. Semangat aku ketika itu terkubur bersama jasad arwah ayah. Setiap hari, aku tak pernah lupa untuk menziarahi kubur ayah."Honey, are you okay?"soal Rery kepada aku."Ya, biy.I am okay. Sorry, did you ask me anything?"Rery menggelengkan kepalanya. Noah yang berada di tempat duduk belakang, si

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 44

    SENYUMANlebar melekung pada bibir si suamiku. Dia merenung dalam sepasang anak mataku dengan pandangan yang redup. Aku ligat meleraikan tali lehernya. Dia baru saja pulang dari pejabat. Biasanya tali leher ni dia yang buka sendiri. Tapi, hari ini entah angin mana yang merasuki dia, menyuruh aku untuk menanggalkan tali lehernya itu. Lain macam saja perangai Rery hari ni."Biyni dah kenapa? Tersenyum-senyum," tegurku. Mata masih lagi terpaku pada tali lehernya."Kenapa? Salah kebiynak pandang mukahoneyyang cantik ni?" Daguku didongakkan ke atas supaya anak mata kami bertatapan antara satu sama lain."Weird.""Niente di strano

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 45

    TERTELANair liur aku melihat wajah bengis Rery. Sepanjang aku menceritakan apa yang berlaku di pasar raya mini tadi, dia hanya mendiamkan tidak berkutik. Sampai aku dah habis cerita sekarang ni pun, dia masih membisu. Muka pula dingin semacam. Kecut perut aku dibuatnya. Noah pula tekun menonton siaran kartun kesukaannya di kaca televisyen."Biy?"Aku mengusap lembut lengan Rery. Risau juga dia langsung tak memberi sebarang respons. Aku nak tahu juga apa yang dia fikir, sampai tak bersuara."Dia memang dah melampau. Berani dia sentuhhoney. Memang nak kena. Dia belum kenal lagi siapabiyyang sebenar." Akhirnya Rery bersuara. Pic suaranya boleh dikatakan tegang. Nampak sangat dia tengah marah sekarang ni.Sekali

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 46

    BAJUkurta berwarnamaroonaku sarungkan pada tubuh Noah sebaik saja memakaikannya seluarjeansbiru gelap. Malam ni, Rery mengajak kami makan malam bersama-sama. Katanya dia pulang awal ke rumah, kerjanya sudah siap. Jarang-jarang kerjanya dia nak siap awal macam ni. Biasanya pukul sembilan malam, barulah nampak batang hidung. Paling lambat pun, jam sebelas malam."Mama, where are we going?"soal Noah sambil menundukkan wajah untuk melihat penampilannya pada malam ini."Papa ajak kitadinnerdekat luar. Noah kata rindu papa, kan? Papa selalu balik lambat. Jadi hari ni, papa balik awal."Noah mendongakkan wajahnya seraya tersenyum lebar. "Lepas makan,boyehtak kita jalan-jal

Latest chapter

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   EPILOGUE

    SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 71

    PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 70

    SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 69

    JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 68

    BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 67

    Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 66

    Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 65

    BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc

  • Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]   MP 64

    KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.

DMCA.com Protection Status