Share

Chapter 3

Author: Pink Rose
last update Last Updated: 2021-06-08 19:03:19

   Peperiksaan besar SPM telahpun selesai. Kesemua pelajar yang terlibat telah menjalaninya dengan selamat. Syukur tak tehingga mereka panjatkan. Gelaran 'budak sekolah' kini tak lagi sandang. Tinggal menunggu keputusan yang akan keluar beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Amani telah fokus mencari kerja parttime sebaik sahaja tamat sekolah. Pagi Amani bekerja disebuah pasar raya. Sehabis itu, sebelah malam dia terus membantu Jemmy diwarung. 

Meski banyak kali dinasihati oleh Ramona supaya jangan terlalu memaksa diri, namun gadis itu tetap melakukannya. Katanya untuk membantu dirinya mendapatkan wang.

Langkahnya terburu-buru membawa senyum lebar. Kertas keputusan ditangan digenggam erat. Sesekala mulutnya menggumam kata syukur yang tak puas-puas diucap. Dari lantai bawah, kakinya dihayun laju meniti tangga menuju tingkat tiga. Mommy mesti bangga dengan pencapaian dia. Keputusan SPM yang cukup memuaskan.

Meski disekolah dia disisihkan oleh rakan-rakan kerana dirinya adalah anak seorang pelacur, tapi itu tak membantutkan semangat Amani untuk meraih keputusan cemerlang. Puas dirinya memberi tahu bahawa Ramona bukanlah ibu kandungnya, namun kata-katanya hanya dipandang sebelah mata oleh rakan-rakannya.

Bagi mereka, perempuan lorong tetap perempuan lorong. Walau bertutup purdah sekalipun tetap kotor dihadapan mereka. Amani yang sudah lali akan cemuhan itu membiarkan saja. Asalkan mereka tidak mencederakan secara fizikal, Amani rela pekakkan telinga.

Hatinya yang sudah lama cedera sudah kebal akan kesakitan itu. 

Alhamdulillah. Walaupun tidaklah stright A, tapi keputusan yang diperolehinya cukup membuat guru-guru turut mengucap tahniah kepadanya. Amani sangat gembira.

Tangga dititi semakin tinggi, semakin hampir menuju rumah. Kaki Amani tertahan. Suara raungan itu berasal dari tingkat tiga. Tepatnya, dari rumahnya. Bergema satu flat itu akan suara rintih kesakitan seorang wanita, yang dia kenal pasti itu adalah suara,,,, Ramona.

Langkah yang tertahan lalu dihayun semula. Wajah gembira sudah hilang, kini bertukar dengan wajah tegang. Mommynya mungkin dalam kesusahan.

Maka benar tekaannya, wanita itu sedang menerima beberapa sepakan kaki diwajah serta perut oleh lelaki bernama Razi. 

"Mommy....."

Jeritnya bersama kaki yang telah berlari mendapatkan wanita itu yang mana wajahnya sudah melekap pada dinding dihempas oleh lelaki itu.

"Mommy." 

Tubuh yang sudah tidak berdaya itu dirangkul. Tubuh kecilnya cuba menampung, namun upayanya sangat terbatas. Tubuh Ramona melorot kelantai walau Amani cuba menahan.

Air mata Amani mengalir hiba sambil merangkul tubuh wanita itu yang telah berlumuran darah dibahgian wajah.

"Abang Razi, kenapa buat mommy macam ni? Apa lagi salah mommy?"

Tersenggut-senggut suaranya bertanya diantara esakan. Tubuh Ramona dipeluk erat.

"Aku nak duit aku. Kau faham tak. Aku nak duit tu besok."

Suaranya kuat menengking Amani. Tak lupa kakinya turut disepakkan ke kaki Ramona yang mana wanita itu telah dipangku oleh Amani dikaki lima.

"Perempuan sundal ni tak faham bahasa. Aku dah kata, duit RM500 tu simpan untuk aku, aku nak guna besok. Tapi dia pergi bayar sewa rumah pulak. Sial punya perempuan." Sambungnya sambil mengepal penumbuk yang lalu dihayunkan kedinding angkara amarahnya yang meluap-luap.

"Kalau abang Razi nak duit tunggu Amani dapat gaji dulu. Amani boleh bagi, tak perlu belasah mommy macam ni." 

Beritahunya.

"Bila gaji kau? Hujung bulan? Hei, budak. Aku nak guna duit tu besok. Aku dah pesan kat mak kau ni suruh simpankan 500 untuk aku. Tapi dia guna jugak."

Jari telunjuk ditunjuk geram pada Amani yang meringkuk dilantai memangku Ramona.

"Dah memang kena bayar sewa, nak buat macam mana? Kitorang mana ada duit lebih?"

Amani cuba memenangkan ibunya.

Namun malah ujarnya itu mengundang api amarah semakin marak didada Razi. Lelaki itu menghampiri Amani, tudung gadis itu direntap kasar bersama rambutnya sekali. Amani menyeringai kesakitan. Tubuhnya terpaksa bangun walau tanpa kemahuan.

Razi mengetap rahang begitu geram. Sambil mencengkam rambut berlapik tudung, wajah gadis itu didekatkan kemukanya.

"Aku nak kau cari duit untuk aku malam ni. Aku tak kira. kalau kau tak nak aku belasah mak kau ni lagi, baik kau buat apa aku suruh. Kau faham tak?"

Kata-katanya itu diucap tanpa menjarakkan gigi. Cengkaman pada rambut Amani dilepas kasar usai kata-katanya selesai. Nafas pendek Amani cuba diatur kembali. Wajahnya ketakutan semakin panik. 

Ramona kembali dihampiri. Wanita itu sudah tidak berdaya untuk bangun. 

"Kau ingat. Aku nak duit tu besok. Pukul 8 malam aku jumpa kau lagi kat kedai Jemmy. Kalau kau tak datang, aku cari kau kat sini, dan belasah kau orang dua-dua sekali."

Usai menghambur kata-kata itu, Razi segera mengangkat kaki meninggalkan kedua wanita lemah itu tanpa sikitpun rasa simpati.

Amani mengucap panjang. Wajahnya lenjun oleh air mata yang dibiar tanpa diseka. Dia sudah tidak mampu berfikir lagi. Kata-kata Razi perlu dituruti. Dia tidak mahu lelaki itu mencederakan ibunya lagi.

TBC

Comments (1)
goodnovel comment avatar
Hany Bell
Jahat betul bapak ayam tu
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 4

    Amani telah duduk berhadapan Muaz dan juga Razi dikedai Jemmy. Kepala berbungkus tudung bawal biru laut itu ditunduk terasa berat. Cuba sembunyikan wajah muram yang tak mahu dilihat oleh Razi dan juga Muaz. Walaupun Ramona berkeras melarangnya datang memenuhi tuntutan Razi untuk hadir kekedai Jemmy sepeeti yang diminta oleh Razi siang tadi, tapi demi tidak mahu lelaki itu menderanya lagi, Amani terpaksa mengabaikan kata-kata Ramona."Amani.."Razi membisik padanya perlahan namun ditekan.Amani mengerling sedikit, wajah sugulnya tidak sanggup diangkat."Senyum. Aku kata senyum."Razi semakin menekan kata-katanya, mata dibesarkan meminta gadis itu mengangkat wajah serta tersenyum manis didepan lelaki yang bakal menjadi pelanggan pertamanya malam ini.Benarlah kata orang. Kalau sudah terlahir dilorong, maka lorong jugalah yang akan menjadi masa depannya. Keputusan SPM secemerlang mana sekalipun, tak akan dapat mengubah nasibnya. Amani s

    Last Updated : 2021-06-08
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 5

    "Amani.... keluar kau. Amani.." Namanya dilaung beberapa kali oleh suara garau itu dari luar pintu. Tak cukup dengan itu, pintu turut digegar bagai mahu runtuh."Amani.. bukak pintu. Mana kau hah? Kau jangan nak menyorok dari aku."Sekali lagi suara itu kedengaran. Semakin kuat dia menggegar grill.Terkocoh kocoh Amani mencapai tudung bawal dan segera disarung kekepala. Wang yang telah dipersiapkan tak lupa diambilnya sekali.Menyaksikan daun pintu mula terkuak dari dalam, Razi menghentikan launganya. Bibir disungging senget, tapak tangan digosok-gosok tak sabar-sabar.Melihat tampang lelaki itu, Amani mengambil langkah selamat dengan tidak membuka pintu grill. Wajah tanpa senyumnya sengaja dipamer, menandakan kehadiran lelaki itu sangat tidak di alu-alukan olehnya."Hehehe.. mana?"Tanpa basa basi, Razi menghulur tangannya pada celah-celah pintu jeruji itu seperti meminta sesuatu.Wajah tanpa senyu

    Last Updated : 2021-06-09
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chaprer 6

    Warung Jemmy. Begitu ramai pelanggan datang malam ini. Dia dan Amani bertungkus lumus menyiapkan order. Amani yang sudah semakin cekap telah mengambil alih bahgian membancuh air, membolehkan si Pondan Jemmy itu fokus pada bahgian dapur pula. Meski hanya berdua, namun mereka dapat tanganinya dengan cermat."Amani.. tolong pergi kedai kejap boleh?"Laung si Jemmy bersama lenggoknya. Sementara tangannya sedang melagakan kuali dengan sudip bagi mensebatikan nasi goreng yang sedang dibuatnya."Boleh. Nak beli apa?"Dijawap pantas oleh Amani yang baru siap menghantar pesanan pada meja pelanggan."Tolong beli sos ikan, kicap manis, plastik pembungkus size kecil, lepas tu topup mi kuning sikit. Takut tak cukup. Belilah empat ke lima bungkus lagi."Omelnya sambil menggoncang-goncang kuali ditangan."Apa dia abang Jemmy? Tulis boleh tulis? Tak clear lah abang Jemmy cakap."Jemmy kacip gigi seketika. Ishh, budak ni. Api dimat

    Last Updated : 2021-06-14
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 7

    Ramona termangu seorang diri. Menongkah dagu dimeja makan, menikmati nasi goreng kicap buatan Amani. Sempat gadis itu menyediakannya sebelum dia berangkat pergi kerja pagi tadi.Nasi goreng disudu perlahan dan dibawa kemulut berlaukan air mata yang berjurai melalui pipi. Sedap!Air tangan gadis itu dinikmatinya sehingga habis meski dadanya terasa sesak oleh tangis yang tumpah tak dapat dibendung.Fikirnya berkecamuk. Bila lagi dia dapat menikmati air tangan gadis itu kalau bukan sekarang. Selagi masih tersisa waktu bersamanya, Ramona mahu menghargai walau sekecil-kecil usaha Amani sepuas hati.Perbualan bersama Muaz malam tadi telah membuat hatinya berbelah bagi. Sayang. Siapa tak sayang anak? Walaupun sekadar anak angkat?Tidak!Itu tidak benar. Amani bukanlah anak angkatnya. Gadis itu seutuhnya terlahir dari rahimnya. Demi masa depan Amani supaya nantinya tidak menjadi bahan ejekan oleh masyarakat jika diketah

    Last Updated : 2021-06-18
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 8

    Hampir setengah jam perjalanan didalam kereta. Amani bungkam. Pandangnya kosong dibuang kehadapan. Bahkan air mata yang tadinya membanjiri wajah, kini setitis pun tak kelihatan.Hatinya kesal. Sesal dan marah. Sampai hati mommy Mona berbuat begitu padanya. Seorang wanita yang dianggapnya sebagai ibu. Satu-satunya manusia yang dia miliki didunia ini, tempatnya bergantung selama ini. Tak sangka, mommy Mona begitu tega menyerahkan dirinya pada lelaki hidung belang seperti Muaz hanya kerana wang.Jika selama ini dia pendam sahaja rasa sakit dicemuh orang, kali ini rasa sakit itu berganda-ganda datangnya. Dia tidak kesah akan ejekan atau cemuhan orang padanya. Tetapi bila Ramona membuatnya begitu, ianya sangat tidak boleh diterima olehnya."Ehem, Amani."Terdengar suara garau menegur memecah lamunnya. Amani hanya menggulir anak mata sedikit. Tidak berminat untuk menjawap sapaan lelaki itu. Bahkan dia tidak tahu pun apa lelaki ini mahu

    Last Updated : 2021-06-18
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 9

    Sudah seminggu Amani tinggal dirumah Muaz. Alhamdulillah, Amani kini semakin dapat menyesuaikan diri. Kehadirannya sangat bermakna bagi Maya. Gadis itu kini semakin gembira bila Amani ada bersamanya. Tidak lagi kuat merajuk dan kerap menangis seperti sebelum ini. Amani pula pandai mengambil hati Maya. Amani pun mula mengajar Maya membaca dan menulis. Begitu seronok gadis itu belajar bersama Amani. Amani redha, walau dia masih belum tahu statusnya dirumah itu sebagai apa. Sama ada sebagai pembantu rumah, atau sebagai peneman Maya. Dia masih belum tahu. Yang pasti sekarang ini dia tahu Muaz melayannya baik. Bagaimana layanan diberi pada Maya, begitu juga padanya. Apa yang Maya dapat, Amani turut mendapat benda yang sama. Ucapan terimakasih tak pernah lekang dari bibirnya. Selepas seminggu, Amani cuba memberanikan diri datang berjumpa Muaz yang mana lelaki itu sedang menikmati sarapan dimeja makan sebelum berangkat kerja. "Tuan

    Last Updated : 2021-06-19
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 10

    "Hallo Tuan. Saya dekat hospital sekarang ni. Mommy Mona masuk hospital."Amani meletak telifon ketelinga dan mengabari pada Muaz."Oh yeke? Ok, baik. Amani jaga diri disana. Lepas office hour saya segera kesana."Balas Muaz dari hujung talian."Baik Tuan."Sahut Amani sebelum menamatkan talian.Kembali Amani meletakkan punggung dikerusi besi dikoridor hospital itu. Ramona yang telah dibawa kebilik rawatan ditunggunya dengan cemas.Setengah jam berlalu. Seorang doktor keluar dari bilik dimana Ramona dirawat. Amani langsung meluru kearah doktor itu untuk bertanyakan keadaan ibunya."Doc. Macam mana keadaan mak saya Doc? Boleh saya masuk berjumpa dia?"Begitu cemas wajahnya bertanya.Doktor itu menghela nafas. Wajahnya seperti dirundung serba salah. Perlahan ucapnya kedengaran."Adik bawa bertenang ya. Cancer servik ibu adik telah merebak. Organ dalaman dia sudah tidak berfungsi."Berkerut w

    Last Updated : 2021-06-19
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 11

    "Aaaa. Saaakit.""Tahan la sekejap. Saya buat slow-slow ni. Kata nak cantik macam Princess Anna?"Amani sedang mendandan rambut Maya dengan berhati-hati sambil dipujuknya gadis itu dengan lembut."Ta-tapi. Sa-sakit."Rengek Maya sedikit bila kulit kepalanya terasa perit akibat tocang rambutnya yang dirangkai oleh Amani."Memang lah sakit. Tapi sikit je. Kejap lagi cantik lah."Perlahan-lahan Amani mula merangkai tocang pada rambut panjang Maya yang sedikit ikal dibahgian bawah. Cantik sekali rambutnya.Gadis berIQ rendah itu sudahpun siap mengenakan dress ala-ala Princess Anna kegemarannya. Selama ini, Mak Tom lah yang menjadi mengsa melayan kerenahnya. Kini semenjak kehadiran Amani, giliran gadis itulah yang terpaksa merelakan diri melayan segala kemahuan gadis itu.Namun Amani tidak merungut akan hal itu. Baginya, tak salah jika diapun turut sama masuk kedalam dunia Maya. Meski sebelum ini dia tidak terbiasa de

    Last Updated : 2021-06-22

Latest chapter

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 21

    "Bukak la tudung tu."Kata-kata Fairuz kedengaran diruang dapur yang sunyi itu. Amani yang sedang sibuk membuat scremble egg melirik sedikit dengan wajah jengkel, sebelum matanya kembali difokuskan pada kuali.Suka hati je nak suruh bukak-bukak. Kau ingat kau siapa? Hatinya mengomel sendiri. Fairuz semakin tercabar melihat respon gadis itu mendiamkannya. Posisinya digeser semakin hampir pada Amani. Senyum senget dilorek dbibir, apabila tangannya sudah semakin berani menyentuh tudung dikepala Amani."Bukak jelah. Aku dah tengok dah pun. Apalagi nak disorok-sorok?""Tak payah lah."Terperanjat Fairuz dengan respon gadis itu kali ini. Dia menepis tangan Fairuz dengan kasar sementara matanya sudah mencerlung menjeling dirinya, sebelum mata itu kembali dihadapkan pada dapur dihadapan.Sekali lagi Fairuz menunjuk respon 'wow'. Dia langsung tak menyangka gadis itu akan berubah sikap sebegini dra

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 20

    Amani menyeret kaki membawa diri kebilik. Tidak diendah lagi rasa sakit dikaki olehnya. Hatinya terlalu terguris dengan perlakuan Fairuz padanya. Sungguh tidak patut perlakuan pemuda itu memperlakukannya begitu. Air mata telah jatuh tanpa disuruh. Amani duduk merehatkan punggung dibirai katil melayan perasaannya buat seketika.Maya dikatilnya yang telah lena dipandang sebentar. Sebelum dirinya berganjak bangun menuju bilik air. Diatas tikar sejadah dia bersimpuh melantunkan zikir serta memanjat doa. Tak lupa Alfatihah dititip buat sang ibu dialam sana. Rayunya pada Yang Esa meminta agar wanita yang telah melahirkannya itu diampunkan segala dosa semasa hayatnya. Airmatanya dibiar berlinang membasahi kain telekung dibadan. Rasa rindu mula mencekam jiwa. Rindu pada yang telah tiada, adalah rindu yang tiada penghujungnya.Amani telah hanyut dalam tangisnya. Per

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 19

    "Amani.."Mak Tom menegur dari belakang ketika gadis itu sedang ralit membasuh pinggan."Ya, Mak Tom."Hanya lehernya dipusing bagi menoleh pada Mak Tom dibelakang."Mak Tom nak balik dulu ya. Dah pukul 8 setengah ni. Ubat kencing manis mak Tom lupa pula nak bawak.""Oh. Baiklah Mak Tom. Mak Tom hati-hati ya.""Iyalah. Amani pun sudah-sudah la tu buat kerja. Kaki Amani kan masih sakit."Mak Tom melirik kebawah bagi melihat kaki Amani yang telah berbalut bandage."Dah okey dah ni Mak Tom. Lagipun Amani habiskan kerja sikit aje ni."Alasannya diberi supaya Mak Tom tidak risau."Emm, iyalah. Habis basuh pinggan ni terus naik bilik ya. Yang lain-lain tu biar besok Mak Tom uruskan.""Baik Mak Tom."Usai berpesan demikian, Mak Tom segera pamit meminta diri. Wanita pengidap kencing manis itu sudah berasa lain macam badannya kerna terlambat mengambil ubat untuk hari ini akibat terlupa membawa bek

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 18:

    "A-awak. Ba-Baby nak ma-maggi boleh?"Amani paling pandangan sektika pada Maya, apabila kedengaran gadis OKU itu berkata demi kian. Ahh, sudah. Nak maggi la pulak!Amani membuang keluh sejenak. Jam dinding dikerling sebentar. 9:30pm. Awal lagi, boleh lah dia turun bawah sekejap. Bukan apa, kalau lambat-lambat dia pun sedikit seram dirumah itu. Maklumlah, ruangannya besar-besar. Bila seorang diri, serasa seperti ada sesuatu mengintai. Terus merinding bulu romanya."Emm, baiklah. Baby nak maggi apa?"Tanyanya kemudian."Nak, ma-maggi cup. Yang, pe-perisa, ayam!""Okey. Tunggu sekejap ya. Saya turun dulu. Nanti saya bawa naik kesini."Anggukan Maya dilihatnya. Amani kemudian mencapai kain tudung lagi sekali lalu dibalut buat menutupi kepala. Segera dia menuju pintu lalu menapak keluar. Satu persatu kitchen kabinet dibuka. Dia sudah terlupa dimana dia menyimpan stok ma

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 17

    Porche milik Fairuz telah tiba dihadapan university tempat Amani menuntut. Kereta itu diperlahankan sebelum ia berhenti sepenuhnya.Fairuz melepaskan tangan dari memegang stering, dan telah memeluk tubuhnya sendiri. Pandangannya kosong dibuang kehadapan, sebelum gumamnya kedengaran."Siapa kau ni sebenarnya?"Soalan itu dilontar tanpa mengubah pandangannya. Amani tersentak dan menoleh laju kearahnya. Wajah lugu gadis itu sedang tidak faham dengan apa yang Fairuz utarakan."Er,, apa maksud Yuz?" Perlahan Amani bertanya supaya lelaki itu memberinya sedikit pencerhan.Fairuz mengerling gusar kearah Amani. Wajah garangnya kelihatan sangat tidak berpuas hati."Yuz?" Sempat Fairuz sungging senyum sinis diantara kata-katanya."Siapa yang benarkan kau panggil aku Yuz? Kau bukan family aku, jadi jangan nak pandai-pandai kau panggil aku Yuz." Ucapannya diteruskan, kasar tanpa perasaan.Amani sudah terdiam ditempatnya. W

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 16

    Isnin pagi 10am.Suara telifon membingitkan telinga, serta mengusir segala mimpi-mimpi indah yang bermain-main diminda. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka meski kantuk masih bersarang dikepala.Meja kecil sebelah katil diraba tanpa membuka mata sepenuhnya. Iphone 11 yang masih bercas dicapai segera. Skrin telifon disua ke muka, memaksa gam-gam yang melekat dimata enyah dengan segera.'My Dad'Nama itu sekali lagi memunculkan diri pada skrin. Keluhnya dilepaskan. "Apa yang orang tua ni nak pagi-pagi ni?" Dia menggerutu sendirian. Mahu tak mahu, panggilan dijawap juga."Hallo ayah." Sapanya dengan suara serak akibat bangun tidur tergesa-gesa."Morning, Baby Boy. Do you just a wake? Seriously?" Balas sang ayah.Kembali Fairuz membuang keluhnya. Celik mata je dah kena bebel. Masa kat UK tak ada pun orang call pagi-pagi dan membebel macam ni."Ermm. What do you want, ayah? Yuz ngantuk ni. Kalau nak membebel

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 15

    Mercedes-Benz GLC hitam itu tiba dihalaman rumah. Itulah kereta kebanggaannya yang kerap dia guna setiap hari untuk kemudahan transportasinya.Meski terdapat kereta-kereta mewah lainnya, namun lelaki yang hampir memasuki usia separuh abad itu lebih gemar memandu kereta itu berbanding yang lain. Dia juga lebih selesa memandu sendiri daripada menggunakan khidmad driver. Setakat ini, lelaki itu masih cukup segar berstamina, tidak kalah dari yang berusia 30an.Muaz melangkah keluar dari perut kereta. Pintu rumah dituju segera. Tidak sabar dia untuk berjumpa hero kebanggaannya yang mana mereka telah berjauhan selama empat tahun lamanya.Daun pintu ditolak selepas dia mengenyah kunci menggunakan sistem kawalan automatik. Muaz lalu meloloskan diri kedalam rumah. Matanya meliar mencari kelibat manusia diruang tamu yang mana masih belum dikesannya."Ayah..."Pandangan Muaz lalu berpaling kearah tangga dimana terdengar suara lelaki

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 14

    KLIA International departure hall.Pemuda itu melangkahkan kaki yang bersarung kasut berjenama dengan penuh bergaya. Bagasi ditangan ditarik sambil acah-acah membetulkan cermin mata hitam diwajahnya. Anak matanya meliar kesana kemari kearah kerumunan orang yang menunggu dibalai ketibaan.Pemuda itu gagal mengesan kelibat orang yang dikenali. Bahunya dijatuhkan bersama keluh kecewa. Segera tangannya menggagau poket blazer untuk mengeluarkan telifon bimbitnya.Iphone 11 ditekan pada skrin bagi mengenyah kunci peranti itu. Skrin yang sudah terbuka dipandang jengkel sebelum keluhnya kembali kedengaran.Data roaming. Huh..!Telifon kembali disumbat kedalam poket. Cermin mata hitam juga dilurut dari soket telinga lalu disangkut pada baju dibahgian dada.Matanya kini meliar kesana kemari. Dia perlu mendapatkan sim card baharu untuk digunanya segera. Jika tidak, bagaimana dia mahu menghubungi keluarganya?Kisah mencari sim

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 13

    Hampir setahun sudah Amani tinggal bersama keluarga Muazam. Amani semakin kelihatan lebih selesa. Penerimaan keluarga Muaz membuat Amani tidak lagi berduka meski kini dia hanya tinggal sebatang kara.Meski setiap hari Muaz sibuk dengan kerja, namun lelaki yang mula menginjak usia 49 tahun itu sering menyempatkan walau sedikit masa bersama keluarganya.Setiap hari Muaz tidak pernah terlepas saat saat makan bersama keluarga meski hanya sekadar makan malam.Seperti malam itu, Amani telah siap memasak makan malam untuk seluruh keluarga dibantu oleh Mak Tom yang masih belum pulang. Selalunya pembantu rumah Muaz itu akan pulang kerumah seusai menyiapkan makan malam. Namun kebiasaannya Muaz akan mengajak wanita berusia 55 tahun itu untuk makan malam sekali. Dan acara makan malam keluarga pun berlangsung rancak."Amani."Muaz menegur seketika.Semua mata kini tertuju pada Muaz, Amani tidak terkecuali. Meski

DMCA.com Protection Status