Hampir setengah jam perjalanan didalam kereta. Amani bungkam. Pandangnya kosong dibuang kehadapan. Bahkan air mata yang tadinya membanjiri wajah, kini setitis pun tak kelihatan.
Hatinya kesal. Sesal dan marah. Sampai hati mommy Mona berbuat begitu padanya. Seorang wanita yang dianggapnya sebagai ibu. Satu-satunya manusia yang dia miliki didunia ini, tempatnya bergantung selama ini. Tak sangka, mommy Mona begitu tega menyerahkan dirinya pada lelaki hidung belang seperti Muaz hanya kerana wang.
Jika selama ini dia pendam sahaja rasa sakit dicemuh orang, kali ini rasa sakit itu berganda-ganda datangnya. Dia tidak kesah akan ejekan atau cemuhan orang padanya. Tetapi bila Ramona membuatnya begitu, ianya sangat tidak boleh diterima olehnya.
"Ehem, Amani."
Terdengar suara garau menegur memecah lamunnya. Amani hanya menggulir anak mata sedikit. Tidak berminat untuk menjawap sapaan lelaki itu. Bahkan dia tidak tahu pun apa lelaki ini mahu lakukan padanya. Kini hatinya pasrah. Apapun akan berlaku selepas ini, dia redho. Kalau mati boleh dia pilih, itu lebih baik baginya saat ini.
"Amani ok ke?"
Kembali Muaz menegur. Kali ini Amani menoleh sedikit walau mulutnya masih bungkam. Teguran lelaki itu seperti sedang bersimpati dengan dirinya.
"Amani, saya akan bawa Amani kerumah saya, Amani tahu kan?"
Soalan itu hanya ditoleh sedikit oleh Amani, disusul oleh angguk perlahan. Wajahnya masih kosong tanpa riak.
"Amani tak payah risau. Dirumah, saya ada anak perempuan. Sebaya dengan Amani. Saya harap Amani boleh jadi kawan anak saya."
Amani masih tidak mahu membuka mulut. Kata-kata Muaz langsung tidak membuatnya tertarik. Apa yang dia tahu, dia akan ikut sahaja kata lelaki itu. Kalau Muaz suruh dia terjun jambatan pun dia akan lakukan sahaja. Perasaannya begitu kosong ketika ini.
Terrace 2 tingkat tak berpagar. Kawasan elite itu dilengkapi security system. Mercedes Muaz tiba dan memasuki garaj rumah berkenaan. Terdapat lagi tiga buah kereta mewah lainnya diparkir digaraj yang cukup luas itu
Enjin kemudian dimatikan setelah memastikan kereta berhenti sepenuhnya.Muaz keluar dari tempat pemandu, lantas berpusing menuju pintu sebelah. Pintu dibukakan, dan mempersilakan Amani untuk keluar.
Dengan wajah masih tanpa riak, Amani mula menurunkan kakinya untuk keluar dari kereta.Terus Muaz menuju pintu dan membukanya. Amani tak lupa ditunggu yang mana gadis itu masih menyusun langkah lemahnya menuju pintu.
"Silakan masuk."
Ujar Muaz sebaik Amani tiba dimuka pintu."Ayah....."Laung suara manja menyapa pendengaran Amani. Matanya lalu tertumpu pada sosok seseorang yang muncul dari dalam rumah menyambut kepulangan Muaz.
Gadis itu sama tinggi dengan dirinya. Sudah siap berpakaian pajamas bercorak kartun Frozen dengan cekak bulu-bulu dikepalanya.
Gadis itu terus menerpa memeluk Muaz erat-erat. Muaz tersenyum lantas membalas merangkul gadis itu serta melepaskan kucupan didahinya."Baby ayah tak tidur lagi?"
Tanya Muaz selapas pelukannya terlerai. Wajah anaknya dipandang sayang."Tak. Baby, baby tu-tunggu, A-ayah!"
Mimik muka manja ditunjuk. Sedikit kesusahan gadis itu untuk bertutur. Namun tuturnya masih boleh difaham."Mak Tom mana? Dah balik dah?"
"D-dah ba-balik. Dah. Ba-baru je."
"Oh. Baby dah makan?"
Soalan itu hanya mendapat anggukan manja. Tidak mahu memaksa tekaknya untuk mengeluarkan kata-kata jika ianya boleh diwakili dengan pergerakan.
Semua tingkah gadis itu diperhatikan oleh Amani yang masih berdiri dipintu.
"Amani. Mari masuk."
Kedengaran Muaz mengajaknya masuk. Amani melangkahkan kaki perlahan-lahan. Sejuk tapak kakinya memijak lantai ceramic rumah itu.
"Baby. Ni lah kawan baru baby yang ayah ceritakan tu. Suka tak?"
Muaz mula menunjukkan Amani pada anaknya.Gadis bernama Maya yang mesra disapa Baby itu menilik Amani atas bawah dengan mulut terbuka dan mata membulat teruja.
"Woaaah, ka-kawan baru? Yeayyy! Ba-baby suka."
Gadis itu melompat riang melihat kahadiran Amani. Terujanya dia. Selama ini dia hanya dengan pembantu rumah sahaja. Itupun waktu siang. Kawan? Hummm, tak ada."Amani. Ini anak saya. Maya nama dia. Tapi kami lebih suka memanggilnya Baby. Saya harap, kamu tak keberatan berkawan dengan anak saya."
Perlahan Amani mula memberi respon. Wajah Muaz dipandang sekejap, kemudian pandangnya dituju pada Maya yang sudah tersenyum manis padanya.
Perasaan Amani kini mula sedikit membaik berbanding tadi. Yang mana sedari tadi jiwanya serasa kosong dan hampa. Jika kena bunuh pun dia sudah tidak perduli. Tapi melihat layanan Muaz pada anaknya, dan juga melihat wajah polos gadis dihadapanya, perasaan Amani mula sedikit terisi.
Perlahan senyumnya terukir diberikan pada gadis yang memiliki IQ sedikit rendah itu. Tangan dihulur dan mula menyapa."Assalamualaikum. Nama saya Nurul Amani." Ucapnya sembari menghulur tangan.
Salam Amani tidak disambut oleh Maya. Namun malah gadis itu bertindak merangkul Amani dengan teruja."Yeayy,, Baby.. su-suka..."Rangkulan gadis itu agak erat sehingga membuat Amani hampir lemas. Muaz yang menyaksikan lantas bertindak meleraikan nya."Eh, Baby, Baby. Tak mo macam ni. Baby. Lepaslah kawan tu. Kesian dia tak boleh nafas. Nanti dia tak nak kawan denga Baby macam mana?"Mendengar teguran ayahnya, pelukan terhadap Amani pun dileraikan. Amani mengatur nafas termengah-mengah. Hampir-hampir dia kehabisan nafas tadi.
"Amani, awak ok?"Muaz menyoal bila mana gadis itu mula mebetulkan pernafasannya."Ok." Itu sahaja jawapnya bersama anggukan. "Amani. Maafkan anak saya. Perlu awak ketahui, anak saya ni dia memiliki IQ sedikit mundur. Perangainya tak ubah seperti kanak-kanak berumur lima tahun. Saya harap, Amani tak kesah berkawan dengan anak saya ni."Barulah Amani faham. Kepalanya di angguk-anggukkan sebagai wakil jawapan.
"Baby. Bawa kawan Baby ni naik bilik. Tunjukkan katil dia apa semua okey?"Ujar Muaz pada anaknya. Gadis itu hanya mengangguk beserta senyum mengiakan kata-kata ayahnya."Err, Tuan.."Amani mula sedikit berani untuk bertanya."Iya. Ada apa?"
"Saya. Saya tak ada bawa pakaian."
Muaz tersenyum sambil memandang redup pada Amani.
"Awak boleh pakai pakaian Baby. Saya sudah memberi tahu dia supaya kongsi pakaian dia dengan awak buat sementara. Nanti ada masa, saya bawa awak untuk beli pakaian baru ya."Ikhlasnya kata-kata lelaki ini. Adakah dia sememangnya orang yang baik? Amani mula berasa selesa mendengar lelaki itu bertutur. Maka tanpa ragu-ragu, Amani pun mengangguk setuju."Amani.."
Kembali suara garau Muaz menyebut namanya. Amani pusing tengkuk memandang lelaki itu."Saya harap, Amani selesa tinggal disini. Tak perlu segan. Anggap seperti rumah sendiri. Kalau mahukan apa-apa, beritahu saja pada saya." Amani kembali mengangguk mendengar ucap Muaz begitu. Mahu tak mahu, buat sementara ini dia harus menserasikan diri dirumah itu. Walau dia tidak tahu apa tujuan sebenar Muaz mengambil dirinya. Dia pun tak pasti, berapa lama dirinya akan berada disituasi ini.Yang pasti sekarang ini, dia mesti menserasikan diri dengan Maya, gadis OKU yang bakal menjadi kawannya.
TBC
Sudah seminggu Amani tinggal dirumah Muaz. Alhamdulillah, Amani kini semakin dapat menyesuaikan diri. Kehadirannya sangat bermakna bagi Maya. Gadis itu kini semakin gembira bila Amani ada bersamanya. Tidak lagi kuat merajuk dan kerap menangis seperti sebelum ini. Amani pula pandai mengambil hati Maya. Amani pun mula mengajar Maya membaca dan menulis. Begitu seronok gadis itu belajar bersama Amani. Amani redha, walau dia masih belum tahu statusnya dirumah itu sebagai apa. Sama ada sebagai pembantu rumah, atau sebagai peneman Maya. Dia masih belum tahu. Yang pasti sekarang ini dia tahu Muaz melayannya baik. Bagaimana layanan diberi pada Maya, begitu juga padanya. Apa yang Maya dapat, Amani turut mendapat benda yang sama. Ucapan terimakasih tak pernah lekang dari bibirnya. Selepas seminggu, Amani cuba memberanikan diri datang berjumpa Muaz yang mana lelaki itu sedang menikmati sarapan dimeja makan sebelum berangkat kerja. "Tuan
"Hallo Tuan. Saya dekat hospital sekarang ni. Mommy Mona masuk hospital."Amani meletak telifon ketelinga dan mengabari pada Muaz."Oh yeke? Ok, baik. Amani jaga diri disana. Lepas office hour saya segera kesana."Balas Muaz dari hujung talian."Baik Tuan."Sahut Amani sebelum menamatkan talian.Kembali Amani meletakkan punggung dikerusi besi dikoridor hospital itu. Ramona yang telah dibawa kebilik rawatan ditunggunya dengan cemas.Setengah jam berlalu. Seorang doktor keluar dari bilik dimana Ramona dirawat. Amani langsung meluru kearah doktor itu untuk bertanyakan keadaan ibunya."Doc. Macam mana keadaan mak saya Doc? Boleh saya masuk berjumpa dia?"Begitu cemas wajahnya bertanya.Doktor itu menghela nafas. Wajahnya seperti dirundung serba salah. Perlahan ucapnya kedengaran."Adik bawa bertenang ya. Cancer servik ibu adik telah merebak. Organ dalaman dia sudah tidak berfungsi."Berkerut w
"Aaaa. Saaakit.""Tahan la sekejap. Saya buat slow-slow ni. Kata nak cantik macam Princess Anna?"Amani sedang mendandan rambut Maya dengan berhati-hati sambil dipujuknya gadis itu dengan lembut."Ta-tapi. Sa-sakit."Rengek Maya sedikit bila kulit kepalanya terasa perit akibat tocang rambutnya yang dirangkai oleh Amani."Memang lah sakit. Tapi sikit je. Kejap lagi cantik lah."Perlahan-lahan Amani mula merangkai tocang pada rambut panjang Maya yang sedikit ikal dibahgian bawah. Cantik sekali rambutnya.Gadis berIQ rendah itu sudahpun siap mengenakan dress ala-ala Princess Anna kegemarannya. Selama ini, Mak Tom lah yang menjadi mengsa melayan kerenahnya. Kini semenjak kehadiran Amani, giliran gadis itulah yang terpaksa merelakan diri melayan segala kemahuan gadis itu.Namun Amani tidak merungut akan hal itu. Baginya, tak salah jika diapun turut sama masuk kedalam dunia Maya. Meski sebelum ini dia tidak terbiasa de
FLASHBACK Sehari selepas Muaz membawa Amani pulang kerumahnya, Muaz kembali kelorong untuk bertemu Ramona bagi menanyakan tentang status lebih lanjut gadis yang telah dibawanya pulang itu.Puas Muaz berpusing-pusing di kawasan itu, namun tak juga dilihatnya kelibat Ramona.Akhirnya Muaz nekad bertanya pada penduduk di sekitar situ akan tempat tinggal wanita itu. Mujur Ramona merupakan seorang yang termasyur dikawasan lorong itu. Jadi, setiap penduduk disitu sudah tentu tahu akan tempat tinggalnya.Segera Muaz menuju flat dimana Ramona tinggal selepas mendapat maklumat. "Kau memang dasar sundal tak ada otak tahu tak. Bodoh punya perempuan. Kau bagi Amani macam tu je pada orang tua tu?"Sayup-sayup kedengaran oleh Muaz suara herdikan dan tengkingan dari tingkat tiga rumah flat yang didakwa sebagai tempat Ramona menyewa.Suara itu juga turut dilatar belakangi oleh rintihan seorang
Hampir setahun sudah Amani tinggal bersama keluarga Muazam. Amani semakin kelihatan lebih selesa. Penerimaan keluarga Muaz membuat Amani tidak lagi berduka meski kini dia hanya tinggal sebatang kara.Meski setiap hari Muaz sibuk dengan kerja, namun lelaki yang mula menginjak usia 49 tahun itu sering menyempatkan walau sedikit masa bersama keluarganya.Setiap hari Muaz tidak pernah terlepas saat saat makan bersama keluarga meski hanya sekadar makan malam.Seperti malam itu, Amani telah siap memasak makan malam untuk seluruh keluarga dibantu oleh Mak Tom yang masih belum pulang. Selalunya pembantu rumah Muaz itu akan pulang kerumah seusai menyiapkan makan malam. Namun kebiasaannya Muaz akan mengajak wanita berusia 55 tahun itu untuk makan malam sekali. Dan acara makan malam keluarga pun berlangsung rancak."Amani."Muaz menegur seketika.Semua mata kini tertuju pada Muaz, Amani tidak terkecuali. Meski
KLIA International departure hall.Pemuda itu melangkahkan kaki yang bersarung kasut berjenama dengan penuh bergaya. Bagasi ditangan ditarik sambil acah-acah membetulkan cermin mata hitam diwajahnya. Anak matanya meliar kesana kemari kearah kerumunan orang yang menunggu dibalai ketibaan.Pemuda itu gagal mengesan kelibat orang yang dikenali. Bahunya dijatuhkan bersama keluh kecewa. Segera tangannya menggagau poket blazer untuk mengeluarkan telifon bimbitnya.Iphone 11 ditekan pada skrin bagi mengenyah kunci peranti itu. Skrin yang sudah terbuka dipandang jengkel sebelum keluhnya kembali kedengaran.Data roaming. Huh..!Telifon kembali disumbat kedalam poket. Cermin mata hitam juga dilurut dari soket telinga lalu disangkut pada baju dibahgian dada.Matanya kini meliar kesana kemari. Dia perlu mendapatkan sim card baharu untuk digunanya segera. Jika tidak, bagaimana dia mahu menghubungi keluarganya?Kisah mencari sim
Mercedes-Benz GLC hitam itu tiba dihalaman rumah. Itulah kereta kebanggaannya yang kerap dia guna setiap hari untuk kemudahan transportasinya.Meski terdapat kereta-kereta mewah lainnya, namun lelaki yang hampir memasuki usia separuh abad itu lebih gemar memandu kereta itu berbanding yang lain. Dia juga lebih selesa memandu sendiri daripada menggunakan khidmad driver. Setakat ini, lelaki itu masih cukup segar berstamina, tidak kalah dari yang berusia 30an.Muaz melangkah keluar dari perut kereta. Pintu rumah dituju segera. Tidak sabar dia untuk berjumpa hero kebanggaannya yang mana mereka telah berjauhan selama empat tahun lamanya.Daun pintu ditolak selepas dia mengenyah kunci menggunakan sistem kawalan automatik. Muaz lalu meloloskan diri kedalam rumah. Matanya meliar mencari kelibat manusia diruang tamu yang mana masih belum dikesannya."Ayah..."Pandangan Muaz lalu berpaling kearah tangga dimana terdengar suara lelaki
Isnin pagi 10am.Suara telifon membingitkan telinga, serta mengusir segala mimpi-mimpi indah yang bermain-main diminda. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka meski kantuk masih bersarang dikepala.Meja kecil sebelah katil diraba tanpa membuka mata sepenuhnya. Iphone 11 yang masih bercas dicapai segera. Skrin telifon disua ke muka, memaksa gam-gam yang melekat dimata enyah dengan segera.'My Dad'Nama itu sekali lagi memunculkan diri pada skrin. Keluhnya dilepaskan. "Apa yang orang tua ni nak pagi-pagi ni?" Dia menggerutu sendirian. Mahu tak mahu, panggilan dijawap juga."Hallo ayah." Sapanya dengan suara serak akibat bangun tidur tergesa-gesa."Morning, Baby Boy. Do you just a wake? Seriously?" Balas sang ayah.Kembali Fairuz membuang keluhnya. Celik mata je dah kena bebel. Masa kat UK tak ada pun orang call pagi-pagi dan membebel macam ni."Ermm. What do you want, ayah? Yuz ngantuk ni. Kalau nak membebel
"Bukak la tudung tu."Kata-kata Fairuz kedengaran diruang dapur yang sunyi itu. Amani yang sedang sibuk membuat scremble egg melirik sedikit dengan wajah jengkel, sebelum matanya kembali difokuskan pada kuali.Suka hati je nak suruh bukak-bukak. Kau ingat kau siapa? Hatinya mengomel sendiri. Fairuz semakin tercabar melihat respon gadis itu mendiamkannya. Posisinya digeser semakin hampir pada Amani. Senyum senget dilorek dbibir, apabila tangannya sudah semakin berani menyentuh tudung dikepala Amani."Bukak jelah. Aku dah tengok dah pun. Apalagi nak disorok-sorok?""Tak payah lah."Terperanjat Fairuz dengan respon gadis itu kali ini. Dia menepis tangan Fairuz dengan kasar sementara matanya sudah mencerlung menjeling dirinya, sebelum mata itu kembali dihadapkan pada dapur dihadapan.Sekali lagi Fairuz menunjuk respon 'wow'. Dia langsung tak menyangka gadis itu akan berubah sikap sebegini dra
Amani menyeret kaki membawa diri kebilik. Tidak diendah lagi rasa sakit dikaki olehnya. Hatinya terlalu terguris dengan perlakuan Fairuz padanya. Sungguh tidak patut perlakuan pemuda itu memperlakukannya begitu. Air mata telah jatuh tanpa disuruh. Amani duduk merehatkan punggung dibirai katil melayan perasaannya buat seketika.Maya dikatilnya yang telah lena dipandang sebentar. Sebelum dirinya berganjak bangun menuju bilik air. Diatas tikar sejadah dia bersimpuh melantunkan zikir serta memanjat doa. Tak lupa Alfatihah dititip buat sang ibu dialam sana. Rayunya pada Yang Esa meminta agar wanita yang telah melahirkannya itu diampunkan segala dosa semasa hayatnya. Airmatanya dibiar berlinang membasahi kain telekung dibadan. Rasa rindu mula mencekam jiwa. Rindu pada yang telah tiada, adalah rindu yang tiada penghujungnya.Amani telah hanyut dalam tangisnya. Per
"Amani.."Mak Tom menegur dari belakang ketika gadis itu sedang ralit membasuh pinggan."Ya, Mak Tom."Hanya lehernya dipusing bagi menoleh pada Mak Tom dibelakang."Mak Tom nak balik dulu ya. Dah pukul 8 setengah ni. Ubat kencing manis mak Tom lupa pula nak bawak.""Oh. Baiklah Mak Tom. Mak Tom hati-hati ya.""Iyalah. Amani pun sudah-sudah la tu buat kerja. Kaki Amani kan masih sakit."Mak Tom melirik kebawah bagi melihat kaki Amani yang telah berbalut bandage."Dah okey dah ni Mak Tom. Lagipun Amani habiskan kerja sikit aje ni."Alasannya diberi supaya Mak Tom tidak risau."Emm, iyalah. Habis basuh pinggan ni terus naik bilik ya. Yang lain-lain tu biar besok Mak Tom uruskan.""Baik Mak Tom."Usai berpesan demikian, Mak Tom segera pamit meminta diri. Wanita pengidap kencing manis itu sudah berasa lain macam badannya kerna terlambat mengambil ubat untuk hari ini akibat terlupa membawa bek
"A-awak. Ba-Baby nak ma-maggi boleh?"Amani paling pandangan sektika pada Maya, apabila kedengaran gadis OKU itu berkata demi kian. Ahh, sudah. Nak maggi la pulak!Amani membuang keluh sejenak. Jam dinding dikerling sebentar. 9:30pm. Awal lagi, boleh lah dia turun bawah sekejap. Bukan apa, kalau lambat-lambat dia pun sedikit seram dirumah itu. Maklumlah, ruangannya besar-besar. Bila seorang diri, serasa seperti ada sesuatu mengintai. Terus merinding bulu romanya."Emm, baiklah. Baby nak maggi apa?"Tanyanya kemudian."Nak, ma-maggi cup. Yang, pe-perisa, ayam!""Okey. Tunggu sekejap ya. Saya turun dulu. Nanti saya bawa naik kesini."Anggukan Maya dilihatnya. Amani kemudian mencapai kain tudung lagi sekali lalu dibalut buat menutupi kepala. Segera dia menuju pintu lalu menapak keluar. Satu persatu kitchen kabinet dibuka. Dia sudah terlupa dimana dia menyimpan stok ma
Porche milik Fairuz telah tiba dihadapan university tempat Amani menuntut. Kereta itu diperlahankan sebelum ia berhenti sepenuhnya.Fairuz melepaskan tangan dari memegang stering, dan telah memeluk tubuhnya sendiri. Pandangannya kosong dibuang kehadapan, sebelum gumamnya kedengaran."Siapa kau ni sebenarnya?"Soalan itu dilontar tanpa mengubah pandangannya. Amani tersentak dan menoleh laju kearahnya. Wajah lugu gadis itu sedang tidak faham dengan apa yang Fairuz utarakan."Er,, apa maksud Yuz?" Perlahan Amani bertanya supaya lelaki itu memberinya sedikit pencerhan.Fairuz mengerling gusar kearah Amani. Wajah garangnya kelihatan sangat tidak berpuas hati."Yuz?" Sempat Fairuz sungging senyum sinis diantara kata-katanya."Siapa yang benarkan kau panggil aku Yuz? Kau bukan family aku, jadi jangan nak pandai-pandai kau panggil aku Yuz." Ucapannya diteruskan, kasar tanpa perasaan.Amani sudah terdiam ditempatnya. W