Share

Chaprer 6

Author: Pink Rose
last update Last Updated: 2021-06-14 00:48:01

   Warung Jemmy. Begitu ramai pelanggan datang malam ini. Dia dan Amani bertungkus lumus menyiapkan order. Amani yang sudah semakin cekap telah mengambil alih bahgian membancuh air, membolehkan si Pondan Jemmy itu fokus pada bahgian dapur pula. Meski hanya berdua, namun mereka dapat tanganinya dengan cermat.

"Amani.. tolong pergi kedai kejap boleh?"

Laung si Jemmy bersama lenggoknya. Sementara tangannya sedang melagakan kuali dengan sudip bagi mensebatikan nasi goreng yang sedang dibuatnya.

"Boleh. Nak beli apa?" 

Dijawap pantas oleh Amani yang baru siap menghantar pesanan pada meja pelanggan.

"Tolong beli sos ikan, kicap manis, plastik pembungkus size kecil, lepas tu topup mi kuning sikit. Takut tak cukup. Belilah empat ke lima bungkus lagi."

Omelnya sambil menggoncang-goncang kuali ditangan.

"Apa dia abang Jemmy? Tulis boleh tulis? Tak clear lah abang Jemmy cakap."

Jemmy kacip gigi seketika. Ishh, budak ni. Api dimatikan, proses membuat nasi goreng kampung pun tamat. Nasi disudukan kedalam pinggan, disusun rapi sebelum dibawa oleh Amani untuk diserahkan pada pelanggan.

"Sekejap abang Jemmy tulis."

Sementara Amani menghantar nasi goreng, Jemmy telah menulis catitan pada kertas barang-barang yang Amani kena beli dikedai sebentar nanti. Mujur kedai runcit tidak begitu jauh. Hanya jalan kaki sahaja dari tempat itu. Usai itu, kertas dan juga wang diserahkan pada Amani untuk membeli barang-barang yang dicatitnya.

Sebelum pergi ke kedai, Amani terlebih dahulu memberi tahu Ramona yang mana wanita itu turut berada dikedai itu. Selepas berehat dua hari dirumah, kondisinya kini mula sedikit membaik, membolehkannya turun serta keluar bersiar-siar.

"Mommy, Amani nak pergi kedai sekejap. Mommy kalau nak makan pesan je dengan abang Jemmy. Nanti Amani bayarkan." 

Pesannya pada mommy nya.

Ramona tersenyum lembut dan termangut menyetujui kata-kata anak angkatnya.

"Baiklah. Amani hati-hati pergi kedai tu. Jaga-jaga, anjing banyak."

Pesan mommy nya hanya mendapat anggukan dari Amani, sebelum gadis itu mula mengatur langkah menuju kekedai runcit.

Sepeninggalan Amani, Razi pula tiba dimeja Ramona. Wanita itu langsung membuang pandang kesamping. Ini kalau dah muncul ni tak ada benda lain la ni. Naik jijik dia mahu melihat wajah durjana lelaki itu.

"Hai mommy Mona. Sehat dah ke? Hehehe, sori la. Aku belasah kau lebih hari tu. Kau degil sangat."

Sapanya bersama senyum sampai telinga. Lelaki itu telah mengambil kerusi bagi untuknya meletakkan punggung. 

Ramona tahu, bila sudah begini tampangnya, tak ada lain lah yang dia mahu. Sebelah mata pun Ramona tak sudi mahu memandang. Mulutnya bungkam tidak mahu menjawap kata-kata lelaki itu. Namun Razi tidak perduli pun. Dia tetap saja mendekati wanita itu.

"Mona. Jom kita on malam ni. Lama dah kau tak layan aku."

Rambut Ramona dicuit sedikit menggunakan hujung jari. Wanita itu masih membuang pandang.

"Aku tak sihat. Kau cari orang lain."

Dingin bicaranya menjawap tanpa memandang Razi.

"Ala, tak kan tak sihat lagi? Lagipun, aku tak ada duit nak on dengan orang lain. Kau jelah yang aku ada."

Mata Ramona mengecil. Pandangnya ditusuk tajam kewajah Razi. Lelaki ini sungguh melampau.

"Kau dah kebas duit anak aku 500, lepas tu kau kata tak ada duit. Dan sekarang kau nak tidur dengan aku free macam tu aje? Kau memang dasar bapak ayam tak tahu malu kan."

Pedas mulutnya membidas. Tidak kuasa lagi dirinya mahu berlembut dengan syaitan bertopeng manusia dihadapannya itu.

Bengang dengan kata-kata Ramona, Razi kemudian bingkas. Wajahnya mendengus marah membalas tenungan tajam Ramona.

"Ok. Kau tak nak layan aku kan? Kau tengok jap lagi apa aku buat."

Usai ucapannya, Razi pantas menghayun langkah meninggalkan tempat itu. Ramona tidak tahu apa yang lelaki itu mahu lakukan. Tetapi dia berharap supaya tidak terjadi apa-apa yang buruk terhadap Amani.

Razi menghayun langkah deras membawa hati yang mendongkol kerana telah ditolak hajatnya oleh Ramona. Matanya kini meliar kesan kemari dikawasan kedai runcit diseberang jalan. Kawasan itu sedikit terselindung dan agak jauh. 

Bibirnya koyak senyum senget. Kelibat gadis bertudung bawal pink itu dikesan keluar dari kedai runcit baru sahaja selesai menyudahi urusannya membeli barang.

Matanya awas memerhatikan gadis itu yang terus melangkah keluar menuju jalan raya. Diekori dari belakang perlahan-lahan. Ditunggunya masa gadis itu untuk tiba ditempat yang agak terselindung untuk memudahkan kerjanya.

Amani terus membawa langkah untuk pulang kekedai Jemmy tanpa perasaan was-was. Kakinya terus dihayun sehingga tiba dikawasan yang agak sunyi, disitu Amani mula merasa tidak sedap hati. Bunyi tapak kaki kedengaran seperti mengekori langkahnya. Namun Amani teruskan sahaja menapak. 

Sehinggalah dia tiba dikawasan agak gelap diberhampiran simpang, seseorang telah menyergap tubuh kecilnya dari belakang.

Amani menjerit dan meronta minta dilepaskan. Plastik bungkusan ditangan juga terlepas.

"Tolong... AAAAAA,, lepaskan.."

Amani menjerit sekuat hati menggunakan segenap kekuatan sebelum lelaki itu bertindak menekup mulutnya. Amani terus meronta untuk melepaskan diri.

"Diam lah. Aku nak rasa kau sikit je. Selama ni aku geram je dengan kau tahu tak. Tapi sebab aku ni baik, tak nak usik kesucian kau, aku tahan je. Ni kau dah barai ni boleh la bagi aku merasa, kan."

Sambil bergelut merangkul Amani, mulut Razi menghambur kata-kata itu. 

Amani masih berusaha bergelut melepaskan diri. Beberapa kali dia cuba memukul lelaki itu, namun tak dapat. Lelaki itu pantas mengelak dari pukulan tangan kecilnya. 

Pin. Pin..!

Bunyi hon dari sebuah kereta yang lalu dikawasan itu telah memeranjatkan Razi. Tangannya serta mereta terlepas dari merangkul Amani. Wajahnya bengang kerana sekali lagi hajatnya digagalkan seseorang.

Amani yang sudah terlepas dari Razi segera mencapai plastik bungkusan yang dibelinya tadi. Tudung yang sudah herot dibetulkan. Nafas yang termengah-mengah diatur perlahan.

Mata mereka kemudian tertumpu pada sosok seseorang yang keluar dari kereta yang mana kendaraan itu telah berhenti disitu. 

Lelaki itu keluar dari Mercedes nya dan melangkah meghampiri mereka dengan wajah ketat. Amani sangat bersyukur kerana Tuhan telah mengirimkan penyelamat untuknya.

"Ehem.."

Kedengaran lelaki itu berdehem memecah hening. Wajah Razi sudah risau bila lalaki itu menghantar tenungan kearahnya.

"Apa you buat ni Razi? Dengan budak perempuan pun nak berkasar ke?"

Tegurnya tegas. Lelaki itu telah tiba dihadapan mereka.

"Errr, tak ada Tuan. Saja main-main dengan Amani je."

Razi berdalih. Wajah lelaki itu dilirik risau olehnya.

Sementara Amani sudah mula menjauh dari Razi. Gadis itu masih dalam ketakutan dan menunduk wajah. 

Terkejut Amani bila tiba-tiba tangan kasar Muaz telah menggenggam pergelangan tangannya. Wajahnya cemas memandang lelaki itu. Namun senyum ikhlas Muaz perlahan melenyapkan rasa takutnya.

"Jom, I hantar awak balik."

Ujar Muaz sambil menarik tangan Amani perlahan. Dan membawa gadis itu menuju keretanya. 

Disaksikan oleh Razi yang masih tercengang, Amani telah selamat masuk kedalam kereta Muaz. Sebelum kereta itu melesat pergi meninggalkannya.

Related chapters

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 7

    Ramona termangu seorang diri. Menongkah dagu dimeja makan, menikmati nasi goreng kicap buatan Amani. Sempat gadis itu menyediakannya sebelum dia berangkat pergi kerja pagi tadi.Nasi goreng disudu perlahan dan dibawa kemulut berlaukan air mata yang berjurai melalui pipi. Sedap!Air tangan gadis itu dinikmatinya sehingga habis meski dadanya terasa sesak oleh tangis yang tumpah tak dapat dibendung.Fikirnya berkecamuk. Bila lagi dia dapat menikmati air tangan gadis itu kalau bukan sekarang. Selagi masih tersisa waktu bersamanya, Ramona mahu menghargai walau sekecil-kecil usaha Amani sepuas hati.Perbualan bersama Muaz malam tadi telah membuat hatinya berbelah bagi. Sayang. Siapa tak sayang anak? Walaupun sekadar anak angkat?Tidak!Itu tidak benar. Amani bukanlah anak angkatnya. Gadis itu seutuhnya terlahir dari rahimnya. Demi masa depan Amani supaya nantinya tidak menjadi bahan ejekan oleh masyarakat jika diketah

    Last Updated : 2021-06-18
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 8

    Hampir setengah jam perjalanan didalam kereta. Amani bungkam. Pandangnya kosong dibuang kehadapan. Bahkan air mata yang tadinya membanjiri wajah, kini setitis pun tak kelihatan.Hatinya kesal. Sesal dan marah. Sampai hati mommy Mona berbuat begitu padanya. Seorang wanita yang dianggapnya sebagai ibu. Satu-satunya manusia yang dia miliki didunia ini, tempatnya bergantung selama ini. Tak sangka, mommy Mona begitu tega menyerahkan dirinya pada lelaki hidung belang seperti Muaz hanya kerana wang.Jika selama ini dia pendam sahaja rasa sakit dicemuh orang, kali ini rasa sakit itu berganda-ganda datangnya. Dia tidak kesah akan ejekan atau cemuhan orang padanya. Tetapi bila Ramona membuatnya begitu, ianya sangat tidak boleh diterima olehnya."Ehem, Amani."Terdengar suara garau menegur memecah lamunnya. Amani hanya menggulir anak mata sedikit. Tidak berminat untuk menjawap sapaan lelaki itu. Bahkan dia tidak tahu pun apa lelaki ini mahu

    Last Updated : 2021-06-18
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 9

    Sudah seminggu Amani tinggal dirumah Muaz. Alhamdulillah, Amani kini semakin dapat menyesuaikan diri. Kehadirannya sangat bermakna bagi Maya. Gadis itu kini semakin gembira bila Amani ada bersamanya. Tidak lagi kuat merajuk dan kerap menangis seperti sebelum ini. Amani pula pandai mengambil hati Maya. Amani pun mula mengajar Maya membaca dan menulis. Begitu seronok gadis itu belajar bersama Amani. Amani redha, walau dia masih belum tahu statusnya dirumah itu sebagai apa. Sama ada sebagai pembantu rumah, atau sebagai peneman Maya. Dia masih belum tahu. Yang pasti sekarang ini dia tahu Muaz melayannya baik. Bagaimana layanan diberi pada Maya, begitu juga padanya. Apa yang Maya dapat, Amani turut mendapat benda yang sama. Ucapan terimakasih tak pernah lekang dari bibirnya. Selepas seminggu, Amani cuba memberanikan diri datang berjumpa Muaz yang mana lelaki itu sedang menikmati sarapan dimeja makan sebelum berangkat kerja. "Tuan

    Last Updated : 2021-06-19
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 10

    "Hallo Tuan. Saya dekat hospital sekarang ni. Mommy Mona masuk hospital."Amani meletak telifon ketelinga dan mengabari pada Muaz."Oh yeke? Ok, baik. Amani jaga diri disana. Lepas office hour saya segera kesana."Balas Muaz dari hujung talian."Baik Tuan."Sahut Amani sebelum menamatkan talian.Kembali Amani meletakkan punggung dikerusi besi dikoridor hospital itu. Ramona yang telah dibawa kebilik rawatan ditunggunya dengan cemas.Setengah jam berlalu. Seorang doktor keluar dari bilik dimana Ramona dirawat. Amani langsung meluru kearah doktor itu untuk bertanyakan keadaan ibunya."Doc. Macam mana keadaan mak saya Doc? Boleh saya masuk berjumpa dia?"Begitu cemas wajahnya bertanya.Doktor itu menghela nafas. Wajahnya seperti dirundung serba salah. Perlahan ucapnya kedengaran."Adik bawa bertenang ya. Cancer servik ibu adik telah merebak. Organ dalaman dia sudah tidak berfungsi."Berkerut w

    Last Updated : 2021-06-19
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 11

    "Aaaa. Saaakit.""Tahan la sekejap. Saya buat slow-slow ni. Kata nak cantik macam Princess Anna?"Amani sedang mendandan rambut Maya dengan berhati-hati sambil dipujuknya gadis itu dengan lembut."Ta-tapi. Sa-sakit."Rengek Maya sedikit bila kulit kepalanya terasa perit akibat tocang rambutnya yang dirangkai oleh Amani."Memang lah sakit. Tapi sikit je. Kejap lagi cantik lah."Perlahan-lahan Amani mula merangkai tocang pada rambut panjang Maya yang sedikit ikal dibahgian bawah. Cantik sekali rambutnya.Gadis berIQ rendah itu sudahpun siap mengenakan dress ala-ala Princess Anna kegemarannya. Selama ini, Mak Tom lah yang menjadi mengsa melayan kerenahnya. Kini semenjak kehadiran Amani, giliran gadis itulah yang terpaksa merelakan diri melayan segala kemahuan gadis itu.Namun Amani tidak merungut akan hal itu. Baginya, tak salah jika diapun turut sama masuk kedalam dunia Maya. Meski sebelum ini dia tidak terbiasa de

    Last Updated : 2021-06-22
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 12

    FLASHBACK Sehari selepas Muaz membawa Amani pulang kerumahnya, Muaz kembali kelorong untuk bertemu Ramona bagi menanyakan tentang status lebih lanjut gadis yang telah dibawanya pulang itu.Puas Muaz berpusing-pusing di kawasan itu, namun tak juga dilihatnya kelibat Ramona.Akhirnya Muaz nekad bertanya pada penduduk di sekitar situ akan tempat tinggal wanita itu. Mujur Ramona merupakan seorang yang termasyur dikawasan lorong itu. Jadi, setiap penduduk disitu sudah tentu tahu akan tempat tinggalnya.Segera Muaz menuju flat dimana Ramona tinggal selepas mendapat maklumat. "Kau memang dasar sundal tak ada otak tahu tak. Bodoh punya perempuan. Kau bagi Amani macam tu je pada orang tua tu?"Sayup-sayup kedengaran oleh Muaz suara herdikan dan tengkingan dari tingkat tiga rumah flat yang didakwa sebagai tempat Ramona menyewa.Suara itu juga turut dilatar belakangi oleh rintihan seorang

    Last Updated : 2021-06-22
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 13

    Hampir setahun sudah Amani tinggal bersama keluarga Muazam. Amani semakin kelihatan lebih selesa. Penerimaan keluarga Muaz membuat Amani tidak lagi berduka meski kini dia hanya tinggal sebatang kara.Meski setiap hari Muaz sibuk dengan kerja, namun lelaki yang mula menginjak usia 49 tahun itu sering menyempatkan walau sedikit masa bersama keluarganya.Setiap hari Muaz tidak pernah terlepas saat saat makan bersama keluarga meski hanya sekadar makan malam.Seperti malam itu, Amani telah siap memasak makan malam untuk seluruh keluarga dibantu oleh Mak Tom yang masih belum pulang. Selalunya pembantu rumah Muaz itu akan pulang kerumah seusai menyiapkan makan malam. Namun kebiasaannya Muaz akan mengajak wanita berusia 55 tahun itu untuk makan malam sekali. Dan acara makan malam keluarga pun berlangsung rancak."Amani."Muaz menegur seketika.Semua mata kini tertuju pada Muaz, Amani tidak terkecuali. Meski

    Last Updated : 2021-06-24
  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 14

    KLIA International departure hall.Pemuda itu melangkahkan kaki yang bersarung kasut berjenama dengan penuh bergaya. Bagasi ditangan ditarik sambil acah-acah membetulkan cermin mata hitam diwajahnya. Anak matanya meliar kesana kemari kearah kerumunan orang yang menunggu dibalai ketibaan.Pemuda itu gagal mengesan kelibat orang yang dikenali. Bahunya dijatuhkan bersama keluh kecewa. Segera tangannya menggagau poket blazer untuk mengeluarkan telifon bimbitnya.Iphone 11 ditekan pada skrin bagi mengenyah kunci peranti itu. Skrin yang sudah terbuka dipandang jengkel sebelum keluhnya kembali kedengaran.Data roaming. Huh..!Telifon kembali disumbat kedalam poket. Cermin mata hitam juga dilurut dari soket telinga lalu disangkut pada baju dibahgian dada.Matanya kini meliar kesana kemari. Dia perlu mendapatkan sim card baharu untuk digunanya segera. Jika tidak, bagaimana dia mahu menghubungi keluarganya?Kisah mencari sim

    Last Updated : 2021-06-24

Latest chapter

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 21

    "Bukak la tudung tu."Kata-kata Fairuz kedengaran diruang dapur yang sunyi itu. Amani yang sedang sibuk membuat scremble egg melirik sedikit dengan wajah jengkel, sebelum matanya kembali difokuskan pada kuali.Suka hati je nak suruh bukak-bukak. Kau ingat kau siapa? Hatinya mengomel sendiri. Fairuz semakin tercabar melihat respon gadis itu mendiamkannya. Posisinya digeser semakin hampir pada Amani. Senyum senget dilorek dbibir, apabila tangannya sudah semakin berani menyentuh tudung dikepala Amani."Bukak jelah. Aku dah tengok dah pun. Apalagi nak disorok-sorok?""Tak payah lah."Terperanjat Fairuz dengan respon gadis itu kali ini. Dia menepis tangan Fairuz dengan kasar sementara matanya sudah mencerlung menjeling dirinya, sebelum mata itu kembali dihadapkan pada dapur dihadapan.Sekali lagi Fairuz menunjuk respon 'wow'. Dia langsung tak menyangka gadis itu akan berubah sikap sebegini dra

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 20

    Amani menyeret kaki membawa diri kebilik. Tidak diendah lagi rasa sakit dikaki olehnya. Hatinya terlalu terguris dengan perlakuan Fairuz padanya. Sungguh tidak patut perlakuan pemuda itu memperlakukannya begitu. Air mata telah jatuh tanpa disuruh. Amani duduk merehatkan punggung dibirai katil melayan perasaannya buat seketika.Maya dikatilnya yang telah lena dipandang sebentar. Sebelum dirinya berganjak bangun menuju bilik air. Diatas tikar sejadah dia bersimpuh melantunkan zikir serta memanjat doa. Tak lupa Alfatihah dititip buat sang ibu dialam sana. Rayunya pada Yang Esa meminta agar wanita yang telah melahirkannya itu diampunkan segala dosa semasa hayatnya. Airmatanya dibiar berlinang membasahi kain telekung dibadan. Rasa rindu mula mencekam jiwa. Rindu pada yang telah tiada, adalah rindu yang tiada penghujungnya.Amani telah hanyut dalam tangisnya. Per

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 19

    "Amani.."Mak Tom menegur dari belakang ketika gadis itu sedang ralit membasuh pinggan."Ya, Mak Tom."Hanya lehernya dipusing bagi menoleh pada Mak Tom dibelakang."Mak Tom nak balik dulu ya. Dah pukul 8 setengah ni. Ubat kencing manis mak Tom lupa pula nak bawak.""Oh. Baiklah Mak Tom. Mak Tom hati-hati ya.""Iyalah. Amani pun sudah-sudah la tu buat kerja. Kaki Amani kan masih sakit."Mak Tom melirik kebawah bagi melihat kaki Amani yang telah berbalut bandage."Dah okey dah ni Mak Tom. Lagipun Amani habiskan kerja sikit aje ni."Alasannya diberi supaya Mak Tom tidak risau."Emm, iyalah. Habis basuh pinggan ni terus naik bilik ya. Yang lain-lain tu biar besok Mak Tom uruskan.""Baik Mak Tom."Usai berpesan demikian, Mak Tom segera pamit meminta diri. Wanita pengidap kencing manis itu sudah berasa lain macam badannya kerna terlambat mengambil ubat untuk hari ini akibat terlupa membawa bek

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 18:

    "A-awak. Ba-Baby nak ma-maggi boleh?"Amani paling pandangan sektika pada Maya, apabila kedengaran gadis OKU itu berkata demi kian. Ahh, sudah. Nak maggi la pulak!Amani membuang keluh sejenak. Jam dinding dikerling sebentar. 9:30pm. Awal lagi, boleh lah dia turun bawah sekejap. Bukan apa, kalau lambat-lambat dia pun sedikit seram dirumah itu. Maklumlah, ruangannya besar-besar. Bila seorang diri, serasa seperti ada sesuatu mengintai. Terus merinding bulu romanya."Emm, baiklah. Baby nak maggi apa?"Tanyanya kemudian."Nak, ma-maggi cup. Yang, pe-perisa, ayam!""Okey. Tunggu sekejap ya. Saya turun dulu. Nanti saya bawa naik kesini."Anggukan Maya dilihatnya. Amani kemudian mencapai kain tudung lagi sekali lalu dibalut buat menutupi kepala. Segera dia menuju pintu lalu menapak keluar. Satu persatu kitchen kabinet dibuka. Dia sudah terlupa dimana dia menyimpan stok ma

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 17

    Porche milik Fairuz telah tiba dihadapan university tempat Amani menuntut. Kereta itu diperlahankan sebelum ia berhenti sepenuhnya.Fairuz melepaskan tangan dari memegang stering, dan telah memeluk tubuhnya sendiri. Pandangannya kosong dibuang kehadapan, sebelum gumamnya kedengaran."Siapa kau ni sebenarnya?"Soalan itu dilontar tanpa mengubah pandangannya. Amani tersentak dan menoleh laju kearahnya. Wajah lugu gadis itu sedang tidak faham dengan apa yang Fairuz utarakan."Er,, apa maksud Yuz?" Perlahan Amani bertanya supaya lelaki itu memberinya sedikit pencerhan.Fairuz mengerling gusar kearah Amani. Wajah garangnya kelihatan sangat tidak berpuas hati."Yuz?" Sempat Fairuz sungging senyum sinis diantara kata-katanya."Siapa yang benarkan kau panggil aku Yuz? Kau bukan family aku, jadi jangan nak pandai-pandai kau panggil aku Yuz." Ucapannya diteruskan, kasar tanpa perasaan.Amani sudah terdiam ditempatnya. W

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 16

    Isnin pagi 10am.Suara telifon membingitkan telinga, serta mengusir segala mimpi-mimpi indah yang bermain-main diminda. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka meski kantuk masih bersarang dikepala.Meja kecil sebelah katil diraba tanpa membuka mata sepenuhnya. Iphone 11 yang masih bercas dicapai segera. Skrin telifon disua ke muka, memaksa gam-gam yang melekat dimata enyah dengan segera.'My Dad'Nama itu sekali lagi memunculkan diri pada skrin. Keluhnya dilepaskan. "Apa yang orang tua ni nak pagi-pagi ni?" Dia menggerutu sendirian. Mahu tak mahu, panggilan dijawap juga."Hallo ayah." Sapanya dengan suara serak akibat bangun tidur tergesa-gesa."Morning, Baby Boy. Do you just a wake? Seriously?" Balas sang ayah.Kembali Fairuz membuang keluhnya. Celik mata je dah kena bebel. Masa kat UK tak ada pun orang call pagi-pagi dan membebel macam ni."Ermm. What do you want, ayah? Yuz ngantuk ni. Kalau nak membebel

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 15

    Mercedes-Benz GLC hitam itu tiba dihalaman rumah. Itulah kereta kebanggaannya yang kerap dia guna setiap hari untuk kemudahan transportasinya.Meski terdapat kereta-kereta mewah lainnya, namun lelaki yang hampir memasuki usia separuh abad itu lebih gemar memandu kereta itu berbanding yang lain. Dia juga lebih selesa memandu sendiri daripada menggunakan khidmad driver. Setakat ini, lelaki itu masih cukup segar berstamina, tidak kalah dari yang berusia 30an.Muaz melangkah keluar dari perut kereta. Pintu rumah dituju segera. Tidak sabar dia untuk berjumpa hero kebanggaannya yang mana mereka telah berjauhan selama empat tahun lamanya.Daun pintu ditolak selepas dia mengenyah kunci menggunakan sistem kawalan automatik. Muaz lalu meloloskan diri kedalam rumah. Matanya meliar mencari kelibat manusia diruang tamu yang mana masih belum dikesannya."Ayah..."Pandangan Muaz lalu berpaling kearah tangga dimana terdengar suara lelaki

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 14

    KLIA International departure hall.Pemuda itu melangkahkan kaki yang bersarung kasut berjenama dengan penuh bergaya. Bagasi ditangan ditarik sambil acah-acah membetulkan cermin mata hitam diwajahnya. Anak matanya meliar kesana kemari kearah kerumunan orang yang menunggu dibalai ketibaan.Pemuda itu gagal mengesan kelibat orang yang dikenali. Bahunya dijatuhkan bersama keluh kecewa. Segera tangannya menggagau poket blazer untuk mengeluarkan telifon bimbitnya.Iphone 11 ditekan pada skrin bagi mengenyah kunci peranti itu. Skrin yang sudah terbuka dipandang jengkel sebelum keluhnya kembali kedengaran.Data roaming. Huh..!Telifon kembali disumbat kedalam poket. Cermin mata hitam juga dilurut dari soket telinga lalu disangkut pada baju dibahgian dada.Matanya kini meliar kesana kemari. Dia perlu mendapatkan sim card baharu untuk digunanya segera. Jika tidak, bagaimana dia mahu menghubungi keluarganya?Kisah mencari sim

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 13

    Hampir setahun sudah Amani tinggal bersama keluarga Muazam. Amani semakin kelihatan lebih selesa. Penerimaan keluarga Muaz membuat Amani tidak lagi berduka meski kini dia hanya tinggal sebatang kara.Meski setiap hari Muaz sibuk dengan kerja, namun lelaki yang mula menginjak usia 49 tahun itu sering menyempatkan walau sedikit masa bersama keluarganya.Setiap hari Muaz tidak pernah terlepas saat saat makan bersama keluarga meski hanya sekadar makan malam.Seperti malam itu, Amani telah siap memasak makan malam untuk seluruh keluarga dibantu oleh Mak Tom yang masih belum pulang. Selalunya pembantu rumah Muaz itu akan pulang kerumah seusai menyiapkan makan malam. Namun kebiasaannya Muaz akan mengajak wanita berusia 55 tahun itu untuk makan malam sekali. Dan acara makan malam keluarga pun berlangsung rancak."Amani."Muaz menegur seketika.Semua mata kini tertuju pada Muaz, Amani tidak terkecuali. Meski

DMCA.com Protection Status