Share

02

Seperti hari-hari biasa, seawal jam 6.30 pagi dia sudah keluar dari rumah. Ibu bapanya sudah keluar seawal jam 6.20 pagi tadi.

Itu adalah kebiasaan bagi mereka kerana risau jikalau jalan sesak. Lagi pula tempat kerja mereka agak jauh. 

Pintu rumah di tutup rapat lalu dia menuju ke lift. Hazel berjalan menuju ke sekolahnya. Langit sudah mula kelihatan cerah. Matahari sudah ingin menunjukkan diri. 

Kakinya melangkah bersahaja ke sekolah. Dia suka datang awal ke sekolah dan menghabiskan waktu untuk menunggu mulanya pembelajaran dengan melelapkan matanya. 

Langkahnya diatur menuju ke kelasnya seperti biasa. Matanya melilau memandang sekeliling. Papan kenyataan di sepanjang koridor di penuhi dengan borang dan poster bersaiz A4. 

JEJAKA-JEJAKA KACAK FC

Marilah sertai kelab peminat ini. Masih banyak kekosongan lagi.

Hazel menggelengkan kepalanya perlahan. Dia meneruskan langkahnya berjalan ke kelasnya. 

Baru sahaja dia ingin menguak pintu kelasnya, terasa ada sesuatu benda lembut menggesel di kakinya yang sekadar memakai skirt sekolah itu. 

Dia menundukkan wajahnya. Dia tersenyum kecil apabila melihat seekor kucing berwarna coklat sedang menggeselkan badan di kakinya. 

Hazel menundukkan badannya. Dia berlutut di atas lantai bersimen itu. Kepala kucing itu diusap perlahan. Kucing itu kelihatan sungguh manja. 

"What is your name?" tanya Hazel kepada kucing itu. Kucing itu hanya mengiau. Hazel tersenyum lagi. 

"Aku panggil kau Milo ya? Sesuai dengan warna bulu kau" kata Hazel lagi. Dia membawa kucing itu ke dalam pelukannya dengan sebelah tangannya. Lagi sebelah tangannya masih membelai kepala kucing itu. 

Meow! 

"Kau suka ke?"

Meow! 

"Aku pun suka dengan nama itu" Hazel meletakkan kucing itu semula di lantai. Dia ingin masuk ke dalam kelas. 

Terkejut Hazel dibuatnya apabila baru sahaja dia menguak pintu kelasnya, Milo berlari masuk ke dalam kelas. Dia tergelak kecil. 

"You are so cute lah" kata Hazel apabila dia melihat Milo duduk di atas salah satu meja di dalam kelas itu sambil menjilat badannya. 

Hazel meletakkan begnya di tempat duduknya. Dia terkejut apabila dia mendengar jeritan seseorang. Dia berpaling ke belakang. 

"Oh no! Why this monster is sitting on my desk?" Hazel smirk. Sabrina Steinfield. Antara manusia sombong di dalam kelasnya.

"Kau yang bawa masuk monster ini ke? Eww! Disgusting!" Membulat mata Hazel apabila dengan selamba Sabrina menolak Milo dari atas mejanya. Habis Milo jatuh ke lantai. 

Meow! 

"Kau ini kenapa? Ini kan kucing. Kau ingat dia apa nak main tolak-tolak?" Hazel mendukung Milo. Dia memandang tajam Sabrina. Kesal dengan tingkah Sabrina itu.

"Dah dia duduk atas meja aku. Kotor tahu tak?" Sabrina mengeluarkan tisu basah lalu dilap permukaan mejanya. 

Hazel menjeling menyampah. Mentang-mentang anak orang kaya. Sabrina Steinfield adalah anak kepada seorang anak korporat dan ibunya mempunyai cawangan sendiri. Did you must be so arrogant ha?! 

Dia cukup tidak berkenan dengan sikap Sabrina yang sombong. Langsung tidak menunjukkan sikap yang baik. Dia sudah menjadi rakan sekelas Sabrina sejak tahun lepas.

Gadis itu memang agak sombong. Lagi-lagi melibatkan kekayaannya. Sebab itu dia tidak suka hendak bergaul dengan rakan sekelasnya atau sesiapapun. 

Segelintir daripada mereka lebih memilih untuk berkawan mengikut darjat mereka. Cukup sombong dan bongkak dengan apa yang mereka ada.

Sedangkan dia hanya biasa saja. Kedua ibu bapanya tidaklah sekaya mana. Ayahnya ialah seorang arkitek manakala ibunya ialah seorang peguam bela. Tidak sehebat mana. 

"Bawa monster itu keluar. Aku tak suka" arah Sabrina selamba. Dicampak selamba tisu basahnya yang sudah digunakannya ke arah Milo. Biadab! 

Meow! 

Milo seperti faham lalu menggerakkan badannya ingin turun. Hazel meletakkannya di bawah lalu Milo mendekati Sabrina dan betis gadis itu dicakarnya. 

"Auch! Tak guna punya monster!" jerit Sabrina kerana geram. Milo sudah berlari keluar dari kelas itu. 

Hazel tersenyum sinis. Sabrina yang sedang menggosok betisnya dipandang. Tak pernah-pernah Sabrina datang awal ke sekolah, tiba-tiba sahaja. Pasti hendak menyiapkan kerja sekolah. 

"Disebabkan kau bawa benda itu masuklah aku kena cakar! Tak guna betul!" marah Sabrina kepada Hazel. Hazel langsung tidak membalas malah tidak memandang langsung ke arah Sabrina. 

"Kau tunggu nasib kau!"

Dia melangkah keluar dari kelas dengan selamba. Tak ada mood dia nak tidur kalau Sabrina ada di dalam kelas. 

Hazel mencari kelibat Milo tetapi tiada. Mungkin kucing itu sudah lari pergi. Dia meneruskan langkah ke belakang bangunan yang terletaknya lab. Tempatnya selalu melepak. 

Badannya disandarkan ke pokok ceri yang rendang. Mata dipejam rapat. Dia ingin tidur. Di situ terasa nyaman udaranya membuatkan matanya terasa mengantuk. 

_______

Meow! Meow! Meow! 

Hazel tersedar dari lenanya apabila terasa ada sesuatu menjilat tangannya. Mata dicelik. Milo sedang berbaring di atas ribanya sambil menjilat tangannya. 

"Hey Milo" tegur Hazel. Dia tersenyum apabila melihat kucing coklat itu. Bulu yang sedikit panjang dan tebal itu dibelainya dengan lembut. 

"Mana kau pergi tadi? Aku cari kau tak ada pun" Hazel berbicara dengan kucing itu. 

Meow! 

Dia suka dengan kucing. Sebelum ini tidak pula dia melihat kucing itu di sekolah. Mungkin baru sahaja ada yang membuangnya ke sekolah atau kucing itu tiada tuan. 

Kringgg! 

Hazel mendukung kucing itu. Dicium sekilas kepala Milo. Dibelai kepala kucing itu. 

"Aku kena masuk kelas sekarang. Bye. Ada jodoh kita jumpa lagi tahu, Milo" Milo diturunkan ke atas rumput lalu dia bangkit berdiri. Skirtnya ditepuk-tepuk untuk menghilangkan kotor. 

Dia berlalu pergi dari situ dan menuju ke kelas. Terlihat ramai pelajar yang mula bergerak menuju ke kelas masing-masing. Sebentar lagi pembelajaran akan bermula.

_______

"Madam Caren nak jumpa kau dekat bilik dia" ujar Sabrina selamba. Kukunya yang diwarnakan itu ditilik dan ditiup beberapa kali. Rambutnya dibetulkan beberapa kali agar kelihatan kemas. 

Hazel mendongak kepala memandang Sabrina yang berdiri di hadapan mejanya. Tidak banyak bicara dia terus melangkah keluar. Lagipun dia bukan sejenis yang suka berbicara dengan sesiapapun di sekolah itu. Oh ya! Kecuali Milo. 

"Asal nak jumpa aku pula? Bukan ke lepas ini masa dia?" gumam Hazel perlahan. 

"Alamak sorry!" Hazel menunduk sedikit memandang kemejanya yang sudah basah. Nasib air mineral. 

Ditepuk-tepuk sedikit baju sekolahnya yang sudah basah. Segera blazer dibutang. Sudahlah lah kemeja putih. 

Hazel mendongak memandang gerangan tersebut. 2 hari lepas dia sudah bergaduh dengan Lucas Harvey dan hari ini dia sudah basah bermandikan air mineral disebabkan oleh Theo Zander, sahabat Lucas. 

What a coincidence?

"Sorry pretty" ucap lelaki itu sekali lagi dengan sengihan. 

Tak tahu lah lelaki itu betul-betul minta maaf atas kesalahannya atau main-main sahaja. Langsung senyuman itu tidak lengang daripada wajah lelaki itu. 

"Nevermind" Wajah itu dipandang sekilas lalu dia berlalu pergi. Dia mesti berjumpa dengan Madam Caren dengan kadar segera. Takut wanita itu akan memarahinya. 

Sampai sahaja di pejabat pentadbiran, dia menuju ke bilik guru disiplin. Dia mengetuk pintu lalu dia melangkah masuk. Langsung tiada Madam Caren di dalam biliknya itu. 

"Good!" Dinding di sebelahnya ditepuk kuat lalu dia berlalu pergi dari situ. Dia berlari anak menuju ke kelasnya. 

Sudahlah basah bermandikan air mineral. Sekarang dia perlu menghadap kemarahan Madam Caren pula. 

Pintu kelas dibuka lalu terpampang figura Madam Caren yang berdiri di hadapan kelas. Semua mata di dalam kelas memandang ke arahnya. 

"Where are you going?"

Comments (1)
goodnovel comment avatar
R Thomas Gulahong
bagus Sgt suka
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status