แชร์

06

ผู้แต่ง: Izzahkhai
last update ปรับปรุงล่าสุด: 2024-10-29 19:42:56

"Diri tegak-tegak!" Mereka berlima berdiri tegak di tengah padang itu seperti yang diarahkan Mr Nolan. Mr. Nolan memandang tajam anak-anak muridnya itu. 

Dia memerhati seorang demi seorang. Pelajar yang sama melanggar peraturan sekolah. Cuma bezanya hari ini ada seorang pelajar perempuan sahaja. 

Hazel berdiri di tengah-tengah. Ethan di sebelah kirinya diikuti Jayden di sebelah Ethan. Theo di sebelah kanannya diikuti Lucas di sebelah Theo. 

"Siapa benarkan awak pakai baju sukan? Tahukan peraturan sekolah hanya pakai baju sukan masa waktu PE sahaja. Selepas itu, kena tukar balik kepada uniform" marah Mr. Nolan. 

Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Theo pula menahan senyuman di bibirnya. Hazel menelan air liur payah. Tidak pernah dia dimarahi Mr. Nolan. Ethan dan Jayden hanya diam memandang Mr. Nolan. 

"Aduh! Macam mana nak explain eh? Macam ini mister. Tadi Hazel ini jatuh longkang. Yang lain ini nak selamatkan. Saya yang nampak dia orang dalam longkang ini macam seronok saja, saya join lah sekali. Jadi takkan kita orang nak pakai uniform yang dah bau longkang. Kalau mister mesti tak nak pakai lagi kan?" jawab Lucas panjang lebar. 

Hazel membulatkan matanya apabila Lucas dengan sengaja memalukannya. Walau cerita itu tak betul tapi benda itu memalukan! 

Dia perasan Theo sudah tergelak. Ethan dan Jayden memandang Lucas sekilas. Sudah agak Lucas akan membuat cerita. 

"Menjawab! Ha yang itu kenapa gelak? Nampak saya buat lawak mega dekat depan ini ke?" Theo terdiam semula apabila dimarahi. Mr. Nolan memandang Lucas semula. 

"Tangan!"

"Lah saya dah explain pun kena sebat ke mister?" rungut Lucas. Dia cuba mengelak untuk dirotan. 

"Menjawab! 2 kali!" Lucas menghulur tangannya dengan pasrah.

Pap! Pap! 

"Sakitlah mister. Kenapa kuat sangat?" 

"Nak kena lagi ke?" Lucas menggeleng laju. Kau gila?! Berbilai woi telapak tangan! 

"Yang lain!"

Pap! Pap! Pap! Pap! 

Hazel mengaduh sakit perlahan. Sumpah sakit! Ini lagi sakit dari kena rotan dengan Madam Caren. 

"Diri sampai balik!" Mr. Nolan berlalu pergi. 

"Asal lah meeting boleh habis awal pula?" keluh Lucas. Tidak pasal-pasal mereka di denda. Sudah lah panas.

Hazel mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Jaket sukan yang dipakainya dicampak ke atas rumput padang itu meninggalkan t-shirt sukan lengan pendek berwarna putih biru yang berlogo sekolah itu. Panas! 

"Kau tengok itu. Pakwe-pakwe kita kena denda"

"Perempuan itu bukan ke si sombong itu"

"Haah lah weyh"

"Sebelum ini bukan main sombong"

"Aku pernah tegur dia weyh tapi dia buat bodoh saja. Geram aku"

Hazel mengikat rambutnya gaya ponytail. Serius panas! Dah lah kena denda. Panas pula itu. Cuaca tak membantu langsung! 

Dapat ganjaran ada orang mengumpat dia pula itu. Gaya macam nak bisik tapi cakap macam tertelan mikrofon! Sakit pula hati dia. Dua orang pelajar perempuan itu dipandang tajam. 

Masing-masing melihat tingkah Hazel kecuali Jayden yang memandang langit. Hazel menggaru keningnya yang tidak gatal. Awkward gila! 

Terus sahaja dia berdiri tegak dan memandang hadapan. Terasa nyaman sikit apabila angin bertiup. Dua orang pelajar perempuan tadi sudah berlalu pergi. 

"Kau tak ada kawan ke?" Hazel memandang Ethan yang menanyakan soalan kepadanya. Sebelah keningnya diangkat.

"Aku tak pernah nampak kau dengan sesiapapun. Selalu seorang" sambung Ethan. Hazel memandang hadapan. 

"Entahlah" balas Hazel ringkas. Dia malas hendak menjawab. Lagipun dia tidak rasa kawan mendatangkan manfaat untuknya. 

Lagipun susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas untuk berkawan. Kalau sekadar kawan yang suka mengutuk di belakang dan ada ketika senang sahaja, lebih baik tak payah ada terus. 

"Bila kau ada kawan dia yang akan support kau. Ada dengan kau, no matter what happens. It's call as a bestfriend" balas Ethan dengan tenang. 

Theo dan Lucas tersenyum mendengar kata-kata Ethan. Jayden tersenyum nipis. Friendship mereka berempat sangat kuat. Mungkin mereka selalu bergaduh tetapi itu cara mereka mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai sahabat. 

"Sejak bila kau jadi macam ini Ethan?" usik Theo dengan sengihan di bibir. Theo dan Lucas tertawa. Ethan sekadar tersenyum. 

"Tapi aku tak perlukan kawan" balas Hazel. Dia memandang langit yang kerbiru-biruan itu. Dia teringat sesuatu. Memori. Ya, sebuah memori yang takkan pernah dia lupakan. 

"Lagipun selama ini elok saja aku seorang-seorang" sambung Hazel. Masing-masing terdiam mendengar bicara gadis itu.

"Kalau kita orang nak jadi kawan kau?" celah Theo. Dia suka dengan Hazel. Gadis itu ada daya tarikan yang tersendiri. 

"Kenapa?" balas Hazel ingin tahu. Hazel memandang Theo. 

"Kau baik"

"Macam mana kau tahu aku baik?"

"Muka kau nampak baik"

"Tapi aku jahat" provok Hazel.

"Lucas lagi jahat daripada kau. Tengok muka dia pun orang dah tahu dia jahat" balas Theo lagi. Hazel hampir tertawa tetapi dia tahan. 

"Tak guna kau. Balik balik aku yang kena" marah Lucas.

Theo, Ethan dan Jayden tertawa. Pertama kali melihat Jayden tertawa. Lucas sudah buat gaya ingin mencekik tetapi Theo tidak kisah. Dia menjelirkan lidahnya mengejek. 

"Boleh kan?" tanya Theo kepada Hazel setelah tawanya terhenti. Hazel perasan empat pasang mata tertumpu ke arahnya. 

"Mana tahu ada yang tak suka aku antara kau orang ini. Tak nak aku" Hazel cuba beralasan. 

"Siapa kata?" ujar mereka berempat serentak. Wow! Hazel tersenyum. Dia berdiam diri. 

Mungkin dia orang betul-betul ikhlas hendak berkawan dengannya. Tengok saja lah macam mana. Satu-persatu wajah mereka dilihatnya. Dia menarik senyuman manis.

"Okey"

Mereka tersenyum. Lucas terus menarik pergelangan tangan Hazel untuk berlalu pergi. Hazel mengikut sahaja.

"Lucas!"

"Jom!"

"Aku dah agak" ujar Ethan. Dia mengeluh perlahan. 

"Jom saja lah" Theo menolak bahu Ethan. 

Mereka bertiga mengikuti langkah Lucas dan Hazel. Jayden sempat mencapai jaket sukan Hazel. Mereka berlari menuju ke pagar belakang sekolah itu. 

"Nak pergi mana?" Hazel menanyakan soalan setelah mereka berhenti di hadapan pagar itu. Dia mula berasa hairan. Kenapa mereka ke sini?

"Fly!" jerit Lucas riang. 

Dia lah yang paling suka apabila berkaitan ponteng ini. Masa balik ada lebih kurang 1 jam dan dia takkan menghabiskan tenaga untuk berdiri di tengah padang itu. 

Seriuslah? Baru jadi kawan dah ajak ponteng sekolah. Mungkin betul yang dikatakan Theo bahawa Lucas itu jahat atau ayat yang berlapik sikit, he is a badboy. 

"Tapi beg..."

"Itu kau jangan risau. Dah cepat panjat" arah Lucas. Dia memanjat pagar yang tinggi itu lalu melompat turun. Jayden melakukan perkara yang sama. Hazel membulatkan matanya. 

"Tinggi lah. Aku tak sampai" Pagar itu tingginya lebih daripada kepalanya. Sudahlah tingginya hanya 159 cm sahaja. 

"Kau itu yang pendek sangat" kutuk Lucas. Hazel menjeling. Ethan pula memanjat pagar. Dia duduk di atas pagar itu lalu menghulur tangannya ke arah Hazel. 

"Cepat aku tolong" 

"Still tak sampai" balas Hazel. Susah jadi pendek ini. Rungutnya sendirian.

"Itu lah. Lain kali minum susu banyak-banyak" kutuk Theo pula. Hazel mencebik. Lucas sudah tergelak. 

"Biar aku tolong" Theo memberi pandangan ke arah Ethan. Ethan mengangguk. 

Theo memegang pinggang Hazel lalu mengangkatnya. Ethan terus mencapai tangan Hazel dan membantu gadis itu naik. 

"Kau ini! Bagilah signal dulu!" marah Hazel. Terkejut dia apabila Theo mengangkatnya. Sakit pinggang dia dibuatnya. Theo hanya ketawa sahaja. 

"Bebel pula kau. Dah turun" arah Ethan. Hazel menggeleng. Gayat dia. Tinggi sangat. 

"Tinggi weyh" Hazel terjerit kecil. Hampir sahaja dia terjatuh. Nasib Ethan sempat menahan badannya daripada jatuh ke belakang. Semuanya kerana Theo Zander.

"Theo!" jeritnya geram. Theo yang sudah selamat mendarat di atas jalan tar itu sekadar tertawa sahaja diikuti Lucas. Dia orang memang kaki gelakkan orang. 

"Cepatlah weyh"

"Kalau aku mati macam mana?" Ethan sudah menepuk dahinya. 

"Tak matilah. Cepat turun. Takkan kita nak berkhemah atas pagar ini pula" bebel Ethan. Lucas turut menggamitnya turun. 

"Takut weyh"

"Susahlah kau ini. Sini aku senangkan" Terus Lucas menarik kaki Hazel kuat. Hampir sahaja dia jatuh ke atas jalan tar tetapi nasib Jayden yang berdekatan menyambutnya daripada jatuh. 

"Thanks" ucap Hazel malu. Tak guna punya Lucas! Saja nak malukan dia! Jayden mengangguk kepala. 

"Senangkan nak turun?" usik Theo lalu tergelak. Ethan pula melompat turun. Hazel membuat muka masam. Masing-masing saja nak kenakan dia. 

"Nah jaket kau" hulur Jayden. Hazel menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. 

"Jom!" Lucas menuju ke arah satu kereta berjenama BMW berwarna hitam. Lucas dengan selamba masuk ke dalam bahagian pemandu dan menghidupkan enjin. 

"Dah cepat masuk!" arah Lucas. Karang kantoi dengan Mr. Nolan, habis mereka berlima nanti. 

Theo menolak Hazel masuk ke dalam tempat duduk belakang. Awal-awal lagi Jayden sudah mengambil tempat duduk di bahagian penumpang hadapan. 

"Apa benda ini kena duduk dengan dia orang dekat belakang ini" rungut Hazel perlahan apabila dia terpaksa duduk di antara Theo dan Ethan. Cuba bagi dia duduk depan. Tetapi malangnya Theo mendengar kata-kata Hazel. 

"Shh diam. Bersyukur sikit aku tak suruh kau duduk atas bumbung" kata Theo. Hazel mencebik. Lucas memulakan pemanduannya. 

"Kau dah ada lesen ke Lucas sampai dah boleh drive kereta pergi sekolah ini?" tanya Hazel ingin tahu. 

Kebanyakan pelajar sekolah itu sekadar membawa motor sahaja kerana masing-masing tiada lesen kereta lagi. 

"Kan aku dah kata dia jahat. Confirm dia tak ada lesen. Ini pun dia bawa senyap-senyap rembat kereta bapa dia ini" celah Theo tanpa sempat Lucas menjawab. 

"Ada karang yang kena tinggal dekat tengah jalan ini" ugut Lucas. Geram saja dia lagi tadi dengan Theo. 

"Tak mati kan kalau naik kau?"

"Woi!" Hazel tersengih. Serentak pula itu kena marah. Doa-doa saja lah dia selamat sampai. 

_______

"Woi! Nah ambil!" Tersentak Hazel dibuatnya apabila ada orang mencampak beg sekolah mereka berlima di atas meja. 

Nasib makanan yang mereka pesan belum sampai lagi. Jikalau tidak, tidak tentu pasal jadi pesta makan di atas lantai nanti. 

"Tak ikhlas lah kau ini. Kesian beg aku. Mahal tahu aku beli dekat Turki" 

Lelaki yang mencampak beg mereka itu menggulingkan biji mata ke atas. Menyampah mendengar kata-kata Theo.

"Kisah pula aku. Janji aku dah tolong" balasnya. Tidak ambil kisah dengan rungutan Theo itu.

Lelaki itu memandang ke arah Hazel. Dia menarik senyuman manis. Pertama kali dia bertemu dengan gadis itu. Sebelum ini tidak pula dia lihat gadis itu melepak dengan 4 jejaka itu. 

"Hai pretty. Nama I Brandon Hollan. You can call me Brandon" Lelaki yang bernama Brandon itu mengenyitkan mata ke arah Hazel. Hazel berasa janggal. 

"What is your name? Or I should call you honey?" tanya Brandon. Tanpa sempat Hazel membalas ada yang mencelah. 

"Jangan sibuklah. Kau tak payah kacau dia" celah Theo. 

"Kau tak payah tunjuk perangai playboy kau dekat sini" ujar Ethan kepada Brandon. Brandon menjeling menyampah. 

"Nak ngurat perempuan lain. Dia tak boleh" ujar Jayden pula. 

"Kau dah tak diperlukan lagi. So boleh blah" halau Lucas selamba. Brandon membuat muka. 

"Biadab dia orang ini you" ngadu Brandon kepada Hazel. Hazel sekadar tersenyum. 

"Dah blah!" Lucas menolak Brandon menggunakan kakinya. Elok sungguh! 

"Dah lah tak cakap terima kasih. Aku nak kenal dengan honey ini pun tak boleh. Protective sangat lah kau orang ini" rungut Brandon. 

"Sama-sama. Dah blah" Brandon berlalu pergi juga setelah tiga kali di halau. Sempat dia melambai ke arah Hazel.

"Siapa itu?" tanya Hazel ingin tahu. 

"Brandon. Cousin aku belah mak aku. Dia itu playboy. Kau jangan rapat dengan dia. Bahaya. Nanti dia ngurat kau" terang Lucas. Hazel mengangguk faham. 

Baru dia faham kenapa mereka menghalang Brandon daripada mengenalinya. Takut dia menjadi mangsa playboy itu pula. 

Aww! So sweet! 

บทที่เกี่ยวข้อง

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   07

    "Hazel!" Semua mata di dalam kelas itumemandang ke pintu belakang kelas. Pelajar perempuan sudah mula bersorak riang melihat jejaka idaman mereka itu.'Malunya aku' gumam Hazel di dalam hati. Dia bangkit berdiri lalu berjalan ke arah 4 jejaka itu."Kau orang ini. Janganlah datang-datang terus jerit nama aku. Ketuklah pintu dulu. Selepas itu kata nak jumpa aku. Ha selepas itu lalu pintu depan. Bukan pintu belakang. Dah macam penyangak pun ada" marah Hazel."Bla bla bla bla" Lucas malas hendak mendengar gadis itu memarahi mereka berempat.Lagi pula dia yang panggil Hazel tadi. Bukan Lucas Harvey kalau jadi baik. Kalau badboy mesti perangai ala ala penyangak sikit. Itulah yang dia fikirkan."Nak apa?" tanya Hazel malas. Dia memandang kiri dan kanan. Takut pelajar perempuan nampak.Lagipun sepanjang 2 minggu dia sudah berkawan dengan mereka berem

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   08

    "Awal kau orang datang" tegur Hazel apabila 4 kawannya itu sudah berdiri di hadapannya.Dia perasan apabila rakan sekelasnya memandangnya daripada kaca lut sinar kecil yang berada di pintu. Kaca lut sinar itu boleh menampakkan luar dan dalam kelas.Hazel hanya diam sahaja. Dia perasan mereka menjelingnya. Theo, Lucas, Ethan dan Jayden perasan tentang itu turut memandang ke pintu kelas.Mereka berempat membuat isyarat mata antara satu sama lain. Tiba-tiba Lucas tergelak."Bodoh! Aku tak faham!" bisiknya perlahan. Masing-masing membuat muka toya."Saja datang awal. Aku lapar. Jom" Jayden mencapai beg sekolah Hazel lalu dia menyandangnya dan berlalu pergi. Kalau hendak tunggu Lucas faham isyarat dia orang memang lambat."Eh!""Dah jom!" Ethan memeluk leher Hazel lalu mereka berjalan mengikuti langkah Jayden. Theo menepuk be

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   09

    "Mama!" Hazel memeluk leher Puan Rozy daripada belakang. Puan Rozy menepuk perlahan tangan anaknya itu."Nakal! Terkejut mama tahu!" marah Puan Rozy. Tidaklah segarang mana. Hazel tergelak kecil. Dia mencium sekilas pipi ibunya itu lalu mengambil tempat di sebelah ibunya yang sedang membuat kerja."Banyak kerja ke mama?" tanya Hazel. Dia memerhati di atas meja makan rumah itu. Penuh dengan kertas-kertas. Puan Rozy pula menghadap komputer ribanya."Haah. Mama dapat kes baru" Hazel mengangguk faham. Tangannya diletakkan di atas meja lalu dagunya direhatkan di atas tangannya. Dia tersenyum."Papa mana?" tanya Hazel ingin tahu. Jam sudah menginjak ke angka 9 malam tetapi kelibat ayahnya itu masih lagi tidak kelihatan. Makan malam sebentar tadi juga hanya dia dan mamanya sahaja."Papa balik lambat sayang. Katanya ada projek baru dapat" Hazel mengangguk faham.

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   10

    Mereka berlima berdiri sebaris di hadapan pintu pagar. Hazel merungut dalam hati. Dia tadi hendak melangkah masuk ke dalam sekolah tetapi di tahan oleh Lucas. Katanya hendak dapat berkat. Jadi mereka akan melangkah serentak ke dalam sekolah.Motor pula di parking di luar sekolah. Katanya tak pernah lagi parking dekat luar lagi. Selalunya di dalam sekolah sahaja. Hazel hanya layankan sahaja. Macam-macam kerenah."Okey guys! 1! 2! 3!" jerit Lucas. Mereka melangkah serentak ke dalam sekolah. Nampaklah di situ muka tak ikhlas Hazel, Ethan dan Jayden.Theo pula yang terlebih teruja. Siap dirakam lagi. Katanya nak post dekat instagram. Dia kata dia baru download tiktok dengan funimate. Nak buat slowmo bagai. Entahlah."Dah? Habis?" sindir Ethan dengan muka menyampahnya. Lucas sudah memuncung. Susah kalau berkawan dengan orang yang tak reti faham maksud apa itu 'fun' di dalam hidup.

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   11

    "Theo! Mana theo?" Tersentak Hazel dibuatnya. Dia memegang dadanya. Agaknya boleh mati terkejut dia kalau hari-hari Lucas jerkah macam itu."Mana aku tahu" Hazel menyusun barang-barang yang digunakan untuk menghias khemah tersebut. Kalau tak disebabkan cikgu yang menyuruhnya memang tidak lah dia hendak buat."Mana dia pergi eh? Lepas dah dengki aku blah macam itu saja" bebel Lucas seorang diri. Rambutnya diraup kasar."Kau apa hal ini? Gaya macam putus cinta" tegur Ethan pelik. Jayden turut ada di situ mengikuti Ethan."Kau nampak Theo?" tanya Lucas kepada Ethan. Ethan menggelengkan kepala tanda dia tidak nampak."Kau pula Jay. Nampak Theo?" tanya Lucas kepada Jayden pula. Jayden mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sesekali tangannya mengusik barang-barang di dalam kotak tetapi tangan Hazel laju menepuk. Jayden menjeling."Kenapa cari Theo?" tanya Haz

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   12

    Hazel menghulur botol air berjenama Tupperware milik Ethan kepada Ethan. Ethan menyambut lalu meneguk. Dia membuat cooling down. Setelah itu, dia mengambil tempat duduk di sebelah Hazel."Selepas ini kau pergi mana?" tanya Ethan ingin tahu. Hazel berfikir sejenak."Hmm balik?" tipunya. Dia takkan bagitahu sesiapa dia akan ke mana selepas ini. Ethan merenung sebentar wajah itu. Ada sesuatu yang disorokkan. Dia faham."Kita orang hantar?" tanya Ethan. Memang selalunya mereka berempat akan hantar Hazel pulang ke rumah."Nope. I will go by myself today" balas Hazel ringkas. Ethan mengangguk."Nanti aku tolong cover" ujar Ethan. Memang selalunya Hazel dipaksa apabila dihantar pulang. Gadis itu tidak mahu tetapi mereka berempat paksa. Tak nak gadis itu susah-payah jalan kaki pulang ke rumah."Kau dah habis latihan ke?" tanya Hazel. Di padang masih ada lagi lati

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   13

    Hazel melangkah laju ke sekolah. Sedar dia sudah terlambat hendak ke sekolah. Sudahlah hari ini merupakan hari sukan tahunan di sekolahnya."Hazel!" jerit seseorang daripada jauh. Hazel menoleh ke belakang. Dia terkejut dan dalam masa yang sama dia teruja. Dia tersenyum melihat kelibat 4 sekawan itu. Hazel membalas lambaian Theo dan Lucas."Morning!" ucap Theo dengan senyuman di bibirnya itu."Morning" ucap Hazel kembali. Mereka berlima berjalan bersama-sama di dalam satu kumpulan. Theo dan Lucas berada di kiri dan kanan Hazel manakala Jayden dan Ethan berada di belakang mereka."Mana motor kau orang?" tanya Hazel pelik. Selalunya mereka berempat naik motor. Pelik apabila melihat 4 jejaka itu berjalan kaki. Sudahlah kedudukan rumah masing-masing jauh. Oh ya kecuali Theo. Rumah lelaki itu tidak jauh dari sekolah."Dekat sekolah. Kita orang datang sini jalan kaki. Nak jalan

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   14

    "Every night in my dream. I see you. I feel you""Dah lah itu" Hazel menayang wajah bosan apabila sejak tadi Theo menyanyi bait lagu yang sama sahaja.Theo dan Hazel melangkah keluar daripada kereta milik keluarga Theo yang dipandu oleh pemandu keluarga Theo itu.Mereka berdua datang bersama-sama untuk mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan di rumah Jayden. Lucas dan Ethan pula datang bersama-sama dengan menaiki kereta yang dipandu Lucas."Thank you, uncle" Hazel mengucapkan terima kasih kepada pemandu kereta itu. Robert selaku pemandu itu mengangguk kepala dengan senyuman."Thanks, uncle. Nanti saya balik naik Lucas. Bye" Theo berkata dengan ceria. Flying kiss diberikan. Robert tersenyum dengan kerenah anak majikannya itu. Selalu sahaja ceria."Jom, sayang" Theo memaut lengan Hazel dengan ceria. Kereta yang dipandu Robery itu dipandang sehingga hilan

บทล่าสุด

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   74 - Last Special Chapter

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Ethan!" Hazel berlari anak menuju ke arah Ethan. Terkejut Ethan dibuatnya apabila Hazel memeluknya. Nasib sahaja tidak tertumpah air di dalam gelas ditangannya itu."Kau ini nasib tak tumpah air aku ini" kata Ethan. Hazel mendongak memandang Ethan dengan sengihan."Marah ke?" tanya Hazel ingin tahu. Ethan menunduk memandang gadis itu. Dia menjentik dahi Hazel perlahan."Tak" balas Ethan selamba. Hazel mencebik."Dah ke tepi. Aku nak minum air ini" Ethan menyuruh gadis itu melepaskan pelukan."No" balas Hazel. Dia mengetatkan pelukan. Ethan mengangkat sebelah keningnya."Hmm?" Hazel mengerdip-ngerdipkan matanya. Wajah comel ditayangkan."Kau nak apa ini? Cakap saja" ujar Ethan. Apabila Hazel sudah membuat perangai manja sebegitu, pasti ada yang gadis itu ing

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   73 - Special Chapter IV

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Dah siap belum?" tanya Hazel kepada Theo. Kelihatan lelaki itu tergesa-gesa menyumbat barangnya ke dalam bagasi."Aku dah kata ambil flight seminggu ke 2 minggu awal. Tak ada lah rushing macam ini. Ini lusa kau nak kahwin baru malam ini sibuk nak balik London" bebel Hazel. Susah betul dapat kawan bebal macam ini."Alah sayang. Aku nak enjoy saat-saat terakhir aku jadi bujang" balas Theo tanpa rasa bersalah. Bagasinya dizip lalu ditarik keluar. Hazel mengikuti langkah lelaki itu."Banyaklah kau. Ini baju pengantin kau macam mana?" tanya Hazel. Theo tergelak kecil."Nanti sampai London aku beli saja baju lain. Pilih saja lah mana-mana. Pakai sehari saja pun" Membulat mata Hazel mendengarkan kata-kata lelaki itu."Habis itu yang siang tadi kau pergi butik itu buat apa

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   72 - Special Chapter III

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"____Theo menggoyang-goyangkan kakinya yang terletak elok di atas meja kopi. Mulutnya pula mengunyah makanan ringan. Matanya tidak lari daripada memandang kaca televisyen itu.Pap!"Sakit lah gila!" marah Theo apabila kakinya menjadi mangsa pukulan menggunakan alat kawalan jauh itu."Kau buat apa dekat sini?" tanya Theo kepada Natalie yang berdiri di tepinya. Alat kawalan jauh ditangan Natalie dirampas."Aku tunggu kau 2 jam tahu tak? Kata nak fitting baju!" marah Natalie. Theo tergelak sahaja tanpa rasa bersalah."Kau yang nak pakai baju itu. Fitting lah seorang-seorang. Lagipun aku sibuk""Sibuk kepala lutut atuk kau!""Eh atuk aku itu atuk kau juga tahu" balas Theo selamba. Natalie mengetap giginya.Natalie melabuhkan duduknya di sebelah

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   71 - Special Chapter II

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"____"Nak ke tak nak?" Lucas memandang siling biliknya. Pensel ditangannya dipusing-pusingkan."Nak ke tak nak?""Nak ke tak nak?"Lucas duduk tegak semula. Kerusinya dipusingkan menghadap meja kerjanya. Kertas A4 dicapai. Dia perlu membuat lirik lagu untuk lagu barunya."Haish!"Sesungguhnya tangannya tak menulis seperti apa yang difikirnya. Saat melihat nama Bella yang ditulisnya di atas kertas tadi, terus sahaja dia mencampak pensilnya. Dia menggelengkan kepalanya."Nak ke tak nak?" tanya Lucas lagi kepada diri sendiri."Apa aku buat ini? Serupa orang gila dah" Rambutnya diserabaikan. Dia merenung A4 di hadapannya itu. Pensil dicapai semula."Nak ke tak nak?" Tanpa sedar tangan Lucas bergerak menulis di atas A4 tadi.Bell

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   70 - Special Chapter

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Woi! Kambing!" Tersedak Theo apabila mendengar jeritan Lucas itu."Mana kambing?" Theo bangkit berdiri. Sekelilingnya dipandang mencari haiwan itu."Kambing!""Mana kambingnya?" Theo berdiri di atas sofa. Matanya memandang sekeliling ruang tamu mencari keberadaan kambing yang dimaksudkan oleh Lucas itu."Kau kambing!""Mana? Macam mana kambing itu boleh masuk dalam rumah kita?" Theo masih mencari kambing tersebut."Kambing!" Lucas tertawa kecil melihat kebodohan Theo itu."Mana tak guna?" jerit Theo."Kau lah kambing itu!" Theo memandang Lucas tajam. Dia melompat turun dari sofa itu lalu mencapai bantal kecil dan dibaling ke arah Lucas tetapi Lucas sempat mengelak. Lucas tergelak kuat."Woi! Kau tunggu nasib kau

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   69 (Ending)

    LUCAS HARVEY"Weyh tengok itu Lucas""Hensemnya""Betul itu"Lucas hanya meneruskan langkahnya ke dalam perkarangan sekolah. Banyak mata yang memandang ke arahnya. Dia sudah biasa dengan situasi itu."Lucas!"Lucas tersenyum lebar melihat gadis itu. Gadis itu berdiri bersama 3 jejaka yang lain. Dia melambai ke arah gadis itu lalu berlari anak ke arah mereka._____"Minggu depan kita akan adakan konsert dekat London. Esok kita akan fly ke sana. Tak ada apa lagi. Itu saja lah" ujar Mark sambil matanya beberapa kali melihat helaian kertas ditangannya. Takut dia tertinggal apa-apa maklumat penting.Lucas memandang Mark. Lamunannya terhenti apabila mendengar kata-kata Mark. Tiba-tiba sahaja dia teringat kisah zaman sekolahnya."Itu saja kan?" Mark mengangguk sebagai jawapan.Lucas bangkit berdiri l

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   68

    -Your problem is my problem too-____"Ethan. Ethan. Ethan" Hazel berlari masuk ke dalam villa setingkat itu. Diterjah sahaja rumah itu sebaik sahaja dia keluar dari perut teksi tadi."Ethan!" Hazel masih mencari-cari manusia bernama Ethan Einsteirn itu. Mana lelaki itu pergi? Main sorok-sorok ke? Kenapa tak bagitahu dulu nak main sorok-sorok?"Suzen. Oh Suzen. Ada nampak pakcik Hazel tak?" Hazel mengangkat kucing berwarna kelabu itu dan bercakap dengannya. Suzen cuba melepaskan diri.Jangan tanya mengapa nama kucing itu seperti nama perempuan. Itu semua disebabkan dua orang manusia bernama Theo Zander dan Lucas Harvey. Berebut mahu meletakkan nama sedangkan itu kucing Ethan.Meow!"Alah. Pakcik Ethan"Meow! Meow! Meow!Kelihatan kucing betina itu seperti memarahinya. Hazel mencebik. Dia meletakkan Suzen di atas lantai

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   67

    -They are always with me when Ineed them, I just hope they will stayby my side until my last breath-_____"Nef! Oh my gosh! We meet again!" ujar Sophia teruja. Kali ini gadis itu berpakaian kasual sahaja. Skirt jeans paras lutut dan baju tshirt lengan panjang.Jayden yang sedang menunggu Theo mengeluh. Boleh pula terjumpa dengan gadis ini. Elok saja selama dia tengah bercuti ini tidak berjumpa, tiba-tiba dia yang baru balik dari Jepun ini terserempak dengan Sophia."Nef! You look so handsome. Awak pilot rupanya" puji Sophia dengan senyuman manis. Jayden hanya buat tidak dengar sahaja. Matanya melilau mencari Theo. Katanya mahu menjemput dia pulang."Nef...""I'm not Nef" ujar Jayden apabila gadis itu asyik memanggil dirinya sebagai Nef. Entah nama siapa gadis itu gunakan."Habis itu awak tak nak bagitahu nama awak. Saya panggil saja

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   66

    -To love is nothing. To be loved issomething. But to love andbe loved, that's everything-_____Hazel memuncungkan bibirnya apabila melihat Ethan yang sibuk dengan iPadnya. Sejak tadi lelaki itu sibuk dengan kerjanya."Aku haus""Pergilah minum""Aku lapar""Masaklah sana" balas Ethan yang masih memandang iPadnya. Hazel mencebik."Aku bosan""Diam saja""Masakkan untuk aku. Kau masak sedap" pinta Hazel. Lengan baju Ethan ditarik-tarik. Ethan memandang Hazel. Dia menggelengkan kepalanya."Aku tengah busy ini" Jarinya bergerak-gerak di atas skrin iPadnya itu. Hazel mengembungkan pipinya.Dia duduk menghadap Ethan dari tepi. Kakinya diletakkan di atas riba Ethan. Bahunya disandarkan di sofa. Kakinya dihentak-hentak di atas peha Ethan. Rasakan."Sakitlah

DMCA.com Protection Status