Share

05

"I want nobody, nobody but you!" Theo menepuk-nepuk tangannya. Lirik yang sama dinyanyikan lagi lalu tangannya ditepuk lagi mengikut rentak. 

"Bisinglah kau ini" marah Ethan. Matanya memandang ke arah skrin telefonnya semula. Nak belajar pun tak senang! 

"Kalau tak nak dengar, tutuplah telinga" balas Theo dengan muka yang tidak bersalah. 

"Masalahnya aku dah pakai airpod ini tapi still dengar suara katak kau itu" ujar Ethan lagi. Theo mencebik. 

"Whatever" kata Theo dengan reaksi yang sengaja ingin mencari pasal. Sengaja hendak buat Ethan naik darah dengan perangainya. Dia menyanyi lagi tetapi dengan nada yang lebih kuat. 

Ethan hanya bersabar sahaja. Dia menyambung ulangkajinya. Jayden disebelah hanya bermain game. Ethan mengeluh lagi. 

"Jayden, please" Jayden memandang Ethan. Bahunya diangkat. Kakinya yang berada di atas meja digoyang-goyangkan. 

Lelaki itu menyambung bermain permainan videonya. Cukup bising dengan bunyi tembakan di dalam game PUBG itu. 

Ethan mengetuk kepalanya perlahan dengan telefon ditangannya. Dia bangkit berdiri. Tidak senang dia hendak belajar dengan suasana seperti itu. Kakinya melangkah pergi. 

"Woi! Pergi mana?" jerit Theo apabila lelaki itu melangkah pergi meninggalkan kelas 5 Bronze 3 itu. Semua guru sedang bermesyuarat dan sekarang kebanyakan pelajar berkeliaran. 

"Mati!" balas Ethan. Dia berjalan tanpa hala tujuan. Kakinya melangkah ke belakang bangunan. Dia kenal dengan figura itu. 

"Hazel" tegur Ethan. Hazel yang sedang bermain dengan Milo mendongakkan kepalanya. Dia mengukir senyuman nipis untuk lelaki itu. 

Ethan membalas senyuman itu. Ethan mengambil tempat duduk di sebelah Hazel dan turut menyandarkan badannya di batang pokok. 

"Kau buat apa dekat sini seorang-seorang?" tanya Ethan. Hazel masih lagi membelai Milo. 

"Aku memang biasa lepak dekat sini" balas Hazel. Terasa sedikit janggal kini. Mungkin kerana ini adalah Ethan dan bukan Theo atau Lucas yang banyak mulut. 

"Mana yang lain?" tanya Hazel. Mungkin dia sudah berasa selesa hendak berkawan dengan 4 lelaki itu. Entahlah. 

"Theo dengan Jayden ada dalam kelas dia orang. Lucas aku tak tahu" jawab Ethan. Tangannya naik membelai Milo. Dia tersenyum. 

"Kucing kau ke?" tanya Ethan kepada gadis itu. Hazel menggelengkan kepalanya. 

"Taklah. Kucing ini memang ada dekat sekolah tapi aku suka main dengan dia" balas Hazel. Ethan mengambil Milo dari Hazel. Milo dibelainya. 

Ethan tersenyum manis. Milo sangat manja. Hazel yang melihat senyuman itu terpaku. Serius hensem! 

"Nama dia apa?"

"Ha?" Lamunan Hazel terhenti. Dia berdehem perlahan.

"Nama dia apa?" Ethan mengulangi semula soalan. Hazel dipandang sekilas.

"Milo" balas Hazel. Ethan menganggukan kepalanya. Milo dipulangkan semula kepada Hazel. 

Hazel menyambung bermain dengan Milo. Ethan mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar dan aplikasi ulangkaji menjadi pilihannya.

Hazel membelai kucing itu yang berada di dalam pelukannya. Dia mengerling ke arah Ethan disebelahnya yang sedang memandang skrin telefon. 

"Kau buat apa?" tanya Hazel ingin tahu. Ethan menunjukkan skrin telefonnya. Hazel menganggukkan kepalanya. Awalnya lelaki itu belajar addmath. Rasanya dia tidak lagi belajar bab itu. 

"Nak aku ajar?" pelawa Ethan. Hazel membulatkan matanya. 

"Kau dah belajar ke tajuk ini dalam kelas?" tanya Hazel ingin tahu. Ethan menggelengkan kepalanya. 

"Tapi aku tahu macam mana nak buat. Senang saja" Hazel hampir terlupa. Lelaki ini sememangnya genius. 

"Kau nak ajarkan ke?" tanya Hazel berminat. Mana dia tahu dia boleh pandai addmath. Lagipun subjek addmath ini dia agak lemah. 

Ethan menganggukan kepala sebagai jawapan. Dia tidak pernah menawarkan untuk mengajar sesiapa termasuk sahabat-sahabatnya sebab dia tahu dia orang takkan nak. 

Kalau diajaknya Theo ulangkaji pasti lelaki itu akan balas, 'Aku dah cukup bijak untuk belajar semua ini. Jadi tak payah belajar'

Kalau Jayden pula, nampak saja jejaka itu dingin tetapi lelaki itu tak boleh lepas daripada bermain game. Lelaki itu memang gamers teruk. Dia hanya akan belajar apabila peperiksaan semakin hampir. 

Kalau Lucas pula, lelaki itu bukan sahaja malas belajar malah kaki ponteng. Kalau diajak belajar memang jejaka itu tidak mahu.

"Ada kertas?" tanya Ethan. Hazel mengangguk lalu kertas A4 dikeluarkan daripada beg sekolahnya. Pen juga turut dikeluarkannya. Milo dibiarkan berbaring di sebelahnya. 

"Ini soalan dia" Ethan menuliskan soalan di atas kertas A4 itu lalu dia mula mengajar membuat jalan kerja yang betul. Hazel mengangguk faham. 

"Nah cuba" ujar Ethan setelah selesai membuat jalan kerja. Hazel mengambil pen di tangan Ethan. Dia mencuba membuatnya. Sesekali Ethan membantunya. 

"Betul ke?" tanya Hazel dengan 

ragu-ragu. Kertas ditunjukkan kepada lelaki itu. Ethan meneliti jalan kerja tersebut. 

"Good" Kepala Hazel diusap perlahan. Hazel terpaku. Ethan menarik tangannya apabila perasan wajah Hazel yang kelihatan merah. Mungkin gadis itu malu. Dia tersenyum kecil. 

"Ha dating!" Hazel dan Ethan memandang ke arah punca suara itu. Hazel terus mengangkat Milo yang tidur ke pangkuannya. Dia cuba menahan malu. 

"Kau nak apa manusia?" tanya Ethan malas. Wajah sahabat-sahabatnya dipandang. Lucas mencebik. Theo tersengih. Jayden seperti biasa dengan wajah tanpa riaknya. 

"Dating tak ajak eh" kata Lucas lagi. 

"Ajak kau buat apa? Itu bukan dating namanya" balas Ethan selamba. Hazel disebelah sudah menahan malu. Selambanya Ethan! 

"Hazel suka lah itu. Elelele" usik Theo. Suka melihat Hazel yang menahan malu.

"Dah tak payah nak usik dia. Aku dengan dia study saja" ujar Ethan. Menahan sahabat-sahabatnya dari mengusik Hazel dengan lebih lagi. 

"Eleh! Nak backup lah itu!" kata Theo sekadar mengusik. Hazel hanya tersenyum. Malu sebenarnya apabila diusik sebegitu. 

Tanpa mereka sedari Lucas sudah berada di belakang pokok. Jayden perasan dengan kehadiran Lucas di situ. 

Dia mengangkat sebelah keningnya ke arah lelaki itu. Lucas sekadar meletakkan jari telunjuknya di bibir sebagai isyarat untuk diam. 

Lucas menyeluk plastik yang dilipat kemas di dalam poket seluarnya. Getah dibuka lalu dia terbalikkan plastik tersebut. 

"Suprise!"

"Argh!"

"Lucas!"

________

Hazel keluar dari bilik persalinan pelajar perempuan dengan wajah tanpa riak. Rambutnya kelihatan lembab dan dia memakai baju sukan sekolah. 

"Hazel dah siap!" jerit Lucas. Dia tertawa kuat apabila Hazel memberinya pandangan yang setajam bak mata helang. 

"Sengal lah kau Lucas" ujar Jayden kepada Lucas. Lucas hanya ketawa sahaja. 

"Jadikan suprise aku?" 

"Suprise kepala otak kau!" marah Hazel. Tidak pasal-pasal dia perlu mandi kerana Lucas menuang tepung di atas kepalanya. 

"Kau ini comel lah bila marah" Lucas menarik kedua belah pipi Hazel tetapi gadis itu menepis kasar. 

"Wuu! Garang!" Lucas membuat gaya seperti mencakar. Hazel sudah mengangkat tinggi tangan yang digenggam. Tinggal hendak tumbuk sahaja Lucas. Lucas tertawa lagi. 

"Apa hal bising sangat? Dari jauh aku dah dengar suara langsuir ketawa" tegur Ethan yang baru tiba. Dia menggosok rambutnya yang lembab. Dia juga turut mandi kerana terkena tempias tepung. 

"Tak guna kau" Ethan membuat muka mengejek. Lucas mengembangkan hidungnya dan membuat muka buruk. Mengejek Ethan kembali. Ethan malas hendak melayan. 

"Kenapa kau tukar baju sukan?" tanya Jayden kepada Theo yang turut baru tiba bersama Ethan. 

Theo menemani Ethan ke bilik persalinan pelajar lelaki manakala dia dan Lucas menemani Hazel. Sekadar menunggu gadis itu di luar bilik persalinan. Takkan nak masuk sekali. 

"Support member" balas Theo ringkas dengan sengihan. Jaranglah kalau Theo tidak tersenyum atau menyengih. Selalu saja wajah itu terhias dengan senyuman.

"Aku pun nak juga!" Lucas berlari pergi kerana ingin menukar baju sukan. Dia rimas memakai uniform sekolah. Jayden mengikuti langkah Lucas dengan berjalan santai sahaja. 

"Tak apa ke pakai baju sukan?" tanya Hazel kepada Ethan dan Theo. 

"Tak apa. Paling-paling pun langgar peraturan sekolah. Tak begitu Ethan?" Ethan mengangguk kepala bersetuju.

Hazel sudah gelisah. Tidak pernah lagi dia melanggar peraturan sekolah dengan memakai baju sukan bukan seperti yang ditetapkan. 

"Tak kena denda ke?"

"Kena denda? Sekejap aku fikir"

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status