Keesokkannya, Am dan Kasyaf bergerak ke sekolah secara serentak memandangkan Am masih belum menyiapkan kerja sekolah. Jadi dia perlu pergi ke sekolah agak awal daripada biasa manakala Kasyaf pula memang selalu datang awal ke sekolah. Sudah menjadi rutin harian, jika terlewat resah dibuatnya.
"Am!" panggil Hira di hadapan pintu pagar sekolah. Am terus menjulingkan mata. Mengapalah Hira itu juga yang suka menganggu mood dia di awal pagi begitu.
Am melangkah dengan malas mendekati Hira.
"Jomlah masuk kelas sama-sama," ajak Hira manakala Jimien pula sedang membaca komik sambil mengunyah buah epal. Ini lagi satu punya hal, dah kenapa pula time-time begitu juga mahu makan buah epal sambil membaca? Ingat, dia kacak sangat ke? Dah buang tabiat ke apa?
Sejak tadi Kasyaf berdiri di luar pintu kelas. Bulu romanya tegak merinding sebaik saja mendengar kata-kata Am tadi.Kebetulan juga, Jimien dan Hira baru tiba dan segera masuk ke dalam kelas."Yah! Kay! Asal tak masuk?" tanya Jimien kuat membuatkan Hira dan Am saling menoleh.Sebaik saja Kasyaf bertemu mata dengan Am. Laju dia membuka langkah untuk duduk di tempatnya sambil menunduk ke bawah.'Dia ada bela saka ke apa? Dia kan perempuan macam mana dia boleh berani sangat mengalahkan lelaki?' omel Kasyaf di dalam hati. Setelah dia melabuh punggung. Segera buku teks sejarah dibawa keluar, sengaja dia berbuat begitu kerana tak mahu berbual dengan Am.Hira dan Jimien juga turut
"Apa kau buat ni!" Kasyaf menjerkah Hira. Gadis itu mula menunjuk wajah mahu menangis. "Salah ke apa aku cakap?" soal Hira mendatar. "Salah ke tak ke, sekarang ni kau dah tuduh dia tahu tak? Aduh kau, semaklah aku dengan perempuan macam kau ni. Berambuslah!" marah Kasyaf lagi, setelah itu dia juga berlalu keluar dari kelas mahu mencari kelibat Am. Hira pula sudah menangis di sisi meja Am membuatkan Jimien mula melepaskan keluhan berat. Perlahan-lahan Jimien bangun mendekati Hira, setelah itu dipaksa Hira untuk duduk di meja mereka semula. "Aku dah cakap kan? Kau degil!" kata Jimien perlahan. "Huaaaaa..." jerit Hira dengan kuat. Jimien mengeluh lalu menggeleng. Susah bila bercaka
"Siapa lelaki tu? Jangan cakap dengan aku, lelaki tu kau?" soal Suho dengan mata membulat. Kasyaf terus menolak pipinya kasar."Adalah, tak payah sibuk. Bukan aku," balas Kasyaf tidak mahu mengaku itu adalah dirinya sendiri."Eish kau, buat suspen aku je. Kalau kau, haha aku rasa kau tengahfall in love lah." Usikan Suho sambil ketawa mengekek itu berjaya membuat Kasyaf terpana sendirian.Laju Kasyaf menjelingnya tajam. Boleh pula Suho kata dia tengah fall in love?Tapi kalau betul macam mana pula? Eish! Takkan Kasyaf dah jatuh cinta?"Hem, hem..." Satu suara menusuk ke gegendang telinga mereka, terus ketawa Suho terhenti."Oh...sorry-sorry.
"Kau nak tanya apa? Kalau pasal dekat tengah jalan tadi jangan tanya aku. Aku pun tak tahu kenapa aku ada dekat tengah jalan tu," jawab Am selamba tanpa menoleh. "Tak. Bukan tu yang aku nak tanya," balas Kasyaf. Am mula mengangkat wajah memandang ke arahnya. "Habis tu?" soal Am agak tertanya-tanya juga dia dibuatnya. Kasyaf memejam mata selepas menarik nafas sedalam yang mungkin. Mata dibuka diikuti dengan nafas berat dihembus. "Kau dengan budak Mark tu ada apa-apa hubungan ke?" tanya Kasyaf tanpa berdolak-dalih. Am membuntang kerana terkejut. Kasut sekolah yang berada di kaki Am terus dibuka dan dilempar ke arah Kasyaf. "Kau nak tuduh aku gay ke apa sekarang ni, ha?" m
Kasyaf dan Jinhwan pun turun ke kafeteria untuk perjumpaan dorm lelaki dengan warden asrama itu. Siapa lagi, kalau bukan Mr. Jongkook. Walaupun ramai pelajar tidak mahu bersemuka dengan warden tersebut kerana bau harum semerbak dari tubuh badannya itu, tetapi mereka terpaksa kerana semua pelajar diarahkan turun ke kafeteria dengan segera."Agak-agak pasal apa dia nak jumpa tu?" tanya Kasyaf sengaja mahu berbual kosong."Pasal notis dekat sekolah pagi tadi agaknya," jawab Jinhwan setelah itu keadaan mereka kembali sunyi sepi. Kasyaf pula mula mengerut dahi. Tiba-tiba dia teringatkan Am yang berada di bilik mandi.Sebaik saja kelibat mereka melangkah masuk ke dalam kawasan kafeteria, wajah Jackson and the gang menarik perhatian Kasyaf. Mereka semua tersenyum sinis ke arah Kasyaf
Am baru saja selesai membersihkan diri dan keluar dari bilik mandi. Dalam keadaan tuala tersangkut di kepala itu, dia mula berasa hairan. Ke mana semua pelajar dorm pergi? Satu manusia pun tak nampak kelibat. Sebaik saja Am melangkah masuk ke dalam bilik, kening Am mula bertaut hairan."Mana pula perginya?" Am menutup semula pintu bilik. Dia mahu menyalin pakaian sebelum dia mencari di manakah kesemua pelajar sudah menghilang.Selesai saja dia menyalin pakaian, pintu bilik tiba-tiba saja diketuk oleh seseorang dan Am segera mendekati pintu untuk melihat siapa kerana kalau itu adalah Kasyaf, dia tidak akan mengetuk sebaliknya main terjah masuk saja."Ha... kau buat apa dalam bilik tak turun kafe?" tanya Habin ditemani Baekjin di belakang.
"Baik cikgu," sahut Habin. Setelah itu, langkahnya dibuka menuju ke arah kawan-kawannya semula. Dia menarik tubuh Mark agar keluar dari kafeteria tersebut."Saya ada hal yang perlu diuruskan. KAMU SEMUA! Saya tak nak kamu semua tularkan isu ni lagi. Kalau saya tahu, tindakan keras akan diambil! Faham!" tegas suara Mr. Jongkook memberi peringatan itu."Faham..." Kesemua pelajar hanya menjawab dengan mendatar. Setelah itu, Mr. Jongkook meninggalkan kafeteria itu menuju ke bilik kuarantin.Para pelajar mula bersurai kecuali Jackson dan anak-anak buahnya yang lain."Celaka betul!" kata Jackson seraya menumbuk meja makan. Bibir digigit geram."Sekarang macam mana bos? Mark dengan Youngjae
Beberapa minggu kemudian, Am kerap kali ternampak pelajar lelaki itu mahu membunuh diri dan Am mula rasa tidak percaya dengan diri sendiri. Betul ke apa yang dia nampak itu atau itu hanya bayangan dia sendiri?Hari ini, Am masih ternampak kelibat pelajar lelaki itu sedang memegang pisau mahu menikam perutnya sendiri. Am cuba mengawal diri supaya tidak pergi membantu, tetapi akhirnya dia mengalah juga. Takkan dia sanggup untuk membiarkan seseorang mati begitu saja tanpa tahu apa penyebab dan punca semua itu boleh berlaku?Bahkan dengan sikap Am yang begitu, Hira mula menjauhkan diri daripada Am kerana Am selalu memarahinya malah lebih teruk dari sebelum ini. Seolah-olah Am bukan lagi Am yang mereka kenali."Hoi! Kau siapa ha? Kenapa kau asyik nak bunuh diri?" jerit Am sekuat hati kepada