Am baru saja selesai membersihkan diri dan keluar dari bilik mandi. Dalam keadaan tuala tersangkut di kepala itu, dia mula berasa hairan. Ke mana semua pelajar dorm pergi? Satu manusia pun tak nampak kelibat. Sebaik saja Am melangkah masuk ke dalam bilik, kening Am mula bertaut hairan.
"Mana pula perginya?" Am menutup semula pintu bilik. Dia mahu menyalin pakaian sebelum dia mencari di manakah kesemua pelajar sudah menghilang.
Selesai saja dia menyalin pakaian, pintu bilik tiba-tiba saja diketuk oleh seseorang dan Am segera mendekati pintu untuk melihat siapa kerana kalau itu adalah Kasyaf, dia tidak akan mengetuk sebaliknya main terjah masuk saja.
"Ha... kau buat apa dalam bilik tak turun kafe?" tanya Habin ditemani Baekjin di belakang.
"Baik cikgu," sahut Habin. Setelah itu, langkahnya dibuka menuju ke arah kawan-kawannya semula. Dia menarik tubuh Mark agar keluar dari kafeteria tersebut."Saya ada hal yang perlu diuruskan. KAMU SEMUA! Saya tak nak kamu semua tularkan isu ni lagi. Kalau saya tahu, tindakan keras akan diambil! Faham!" tegas suara Mr. Jongkook memberi peringatan itu."Faham..." Kesemua pelajar hanya menjawab dengan mendatar. Setelah itu, Mr. Jongkook meninggalkan kafeteria itu menuju ke bilik kuarantin.Para pelajar mula bersurai kecuali Jackson dan anak-anak buahnya yang lain."Celaka betul!" kata Jackson seraya menumbuk meja makan. Bibir digigit geram."Sekarang macam mana bos? Mark dengan Youngjae
Beberapa minggu kemudian, Am kerap kali ternampak pelajar lelaki itu mahu membunuh diri dan Am mula rasa tidak percaya dengan diri sendiri. Betul ke apa yang dia nampak itu atau itu hanya bayangan dia sendiri?Hari ini, Am masih ternampak kelibat pelajar lelaki itu sedang memegang pisau mahu menikam perutnya sendiri. Am cuba mengawal diri supaya tidak pergi membantu, tetapi akhirnya dia mengalah juga. Takkan dia sanggup untuk membiarkan seseorang mati begitu saja tanpa tahu apa penyebab dan punca semua itu boleh berlaku?Bahkan dengan sikap Am yang begitu, Hira mula menjauhkan diri daripada Am kerana Am selalu memarahinya malah lebih teruk dari sebelum ini. Seolah-olah Am bukan lagi Am yang mereka kenali."Hoi! Kau siapa ha? Kenapa kau asyik nak bunuh diri?" jerit Am sekuat hati kepada
"Eh! Kasut ni bukan kasut sekolah jenama yang Am selalu pakai ke?" tanya Jinhwan yang perasan akan sebelah kasut yang berada di bawah kaki Jimien.Kasyaf terus menolak Jimien yang agak penakut itu. Harap saja lelaki, tetapi penakutnya mengalahkan perempuan. Kasyaf rasa Am yang perempuan itu pun lagi berani daripada dia.Tangan Kasyaf terus mengambil kasut itu dan meniliknya."Macam mana kau tahu ni kasut dia?" tanya Kasyaf inginkan kepastian."Sebab aku pernah tanya dia, dia pakai kasut jenama apa. Dia cakap jenama ni. Alah kasut tak ada jenama pun, tapi cantik."Seketika waktu, Jinhwan terlupa akan ketakutannya sendiri."Kalau kasu
"Ha kenapa? Kenapa?" Chayeol segera menjawab. Firasat ingin tahunya semakin berkobar. "Sebenarnya Cikgu Jung terkejut kucing terjun dari atas pokok terus dia melompat sendiri naik ke bahu warden," jawab Jimien lalu ketawa mengekek. "Lah... hahahaha." Chayeol apa lagi gelak sakanlah jawabnya, bahkan Habin yang susah nak gelak pun turut ketawa geli hati. "Rugi aku tak ada dekat situ tadi. Kalau tak berguling dah," sambung Chayeol membuatkan Jiwon tersengih lalu menepuk bahunya. "Bukan rezeki kau nak ketawa terbahak-bahaklah kiranya," kata Jiwon. "Haha..." Yang lain turut ketawa sama. Chayeol pula hanya tersenyum. Sementara itu,
"HOI!" jerkah Kasyaf dengan lantang. Jaebum dan Jinyoung sudah pun melepaskan Am dan mahu melarikan diri.Habin pula terus menerpa ke arah Jackson mahu menangkap lelaki itu. Manakala Jiwon dan Suho mengejar Jaebum dan Jinyoung yang mahu melarikan diri melalui tingkap.Kasyaf mendekati Am, matanya membuntang melihatkan Am tidak sedarkan diri dengan pakaian yang koyak rabak. Kasyaf segera membuka baju kemejanya lalu disarungkan ke tubuh Am."Am!" Tubuh Am dibaringkan ke atas ribanya sambil menepuk-nepuk wajah gadis itu."Am!" Sekali lagi Kasyaf memanggil. Kali ini, tubuh Am digoncang pula. Kasyaf mula hilang arah apabila tangan Am lembik semacam. Dia mengangkat tangan Am untuk merasa nadinya.
"Apa dia mummy?" Lembut saja Kasyaf mengutarakan soalan. Dalam kasar seorang lelaki bernama Kasyaf Safwan, dia juga merupakan seorang anak yang taat dan teramat menyayangi ibunya."Sebelum mummy cakap kenapa mummy ada dekat Korea, Syaf jangan terkejut tau."Kasyaf hanya mengangguk perlahan, tidak akan sesekali dia ingkari kata-kata ibunya. Dari kecil Kasyaf sudah diasuh untuk menghormati orang tua. Walaupun dia merupakan anak tunggal sama seperti Am, tetapi setiap perkara sudah dididik dengan tegas oleh kedua ibu dan bapanya.Namun begitu, ayah Kasyaf telah pun meninggal dunia sebelum dia menerima tawaran pertukaran pelajar ke Korea Selatan. Pada awalnya, dia mahu menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu meninggalkan Puan Kamelia di Malaysia sendirian memandangkan dia anak tunggal da
"Semalam apa yang jadi?" tanya Am malas mahu melayan Kasyaf. Entah rahsia apa pula yang lelaki itu tahu pun Am tidak pasti. Jadi, lebih baik dia endahkan saja perkara itu. Sesungguhnya, Am tidak suka akan perkara yang memerlukan jawapan melalui teka-teki. Pantang betul dia."Semalam, eish. Aku dapat tangkap dua mangkuk hayun tu tau! Aku peluk dia lepas tu hantar pergi jumpa Mr.Kook," kata Suho siap dengan gaya aksi taek kwan do lagi. Senyuman bangga terpamer di wajahnya, namun semua itu tidak lama apabila Jimien menyampuk."Ye ye oo je kau! Padahal Habin dengan Jiwon yang lawan Jackson lepas tu tangkap si dua budak sengal tu. Kau tu tolong aje," bidas Jimien. Suho mencebik sekali lagi."Kau ni kan, bagilah aku peluang nak tunjuk hero. Habis kau tu, lagilah! Dahlah ranting jatuh pun men
Am bangun dari pembaringan, sudah dua minggu dia terpaksa menghadap peperiksaan dengan perasaan bercampur baur. Ketika keluar dari hospital, Puan Amiran dan Encik Murshid tidak benarkan dia pulang ke rumah jadi terpaksalah dia pulang ke asrama dengan hati yang berat."Habiskan exam kamu, dah akhir tahun dah pun. Lepas tu baru balik ke rumah." ujar Puan Amiran.Am mencebik.Encik Murshid yang sedang memegang beg pakaian anaknya itu menoleh ke arah Am."Jangan macam tu, kalau nak hadiah balik ke rumah lepas exam." Encik Murshid cuba memujuk. Pandangan Am mula menoleh ke arah Encik Murshid pula."Hadiah apa?" tanya Am teruja sungguh dibuatnya. Siapa tak sukakan hadiah? Pasti semua orang