SEBELUM kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Marang, kami singgah ke pusat membeli belah Giant untuk membeli pakaian.
Ini kali kedua aku memasuki Giant. Kali pertama dulu, ketika Cikgu Safarin membelikan aku beg sekolah baru. Kenangan itu terimbau secara tiba-tiba. Aku tersenyum.
"Anis."
"Ya." Lamunanku terhenti. Aku memandang ke arah Cikgu Safarin yang berdiri di sebelah sambil tersengih pelik.
"Abang ni, kenapa? Sengih aje manjang."
"Tu..." Dia muncungkan mulut ke arah sehelai pakaian.
Aku tidak memahami apa yang dia maksudkan. Kemudian, dia terus mencapai sehelai pakaian tidur seksi yang tergantung lalu diberikannya padaku.
Aku kecilkan mata. Malu dengan tindakannya. "Abang gatal, ya. Anis tak naklah baju macam ni. Segan nak pakai." Aku pulangkan semula padanya.
Lagi sekali dia tersengih lalu ketawa kecil. Ee
DISEBABKAN aku mengalami mual perut akibat mabuk laut, kami tidak ke mana-mana malam ini. Hanya terperap dalam bilik chalet saja.Kepalaku dipicit dan hidungku dicalit minyak angin cap kapak oleh Cikgu Safarin. Kalau aku tahu begini jadinya, lebih baik aku ajak dia pergi ke tempat lain. Pergi ke satu tempat yang tidak memerlukan kami menaiki pengangkutan air.Sekarang aku dah pulih sedikit. Cikgu Safarin mengajakku berjalan-jalan di tepi pantai. Aku setuju dan menurut.Jauh di seberang, dapat kami lihat dengan jelas cahaya-cahaya lampu yang terdapat di sekitar Bandar Marang. Barang kali ia adalah cahaya dari rumah-rumah penduduk atau bangunan serta lampu-lampu jalan di sekitar Bandar Kuala Terengganu.Tiba-tiba ingatanku berputar mengingati SMS yang dikirimkan perempuan bernama Aida pada Cikgu Safarin.Kenapa mulutku berat sangat mahu bertanya pada Cikgu Safarin m
LOCENG berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan untuk hari ini. Aku masih terkial-kial mencari buku rujukan SPM Bahasa Melayu di dalam perpustakaan untuk dibawa pulang.Kalau ikutkan hati, mahu saja aku membelinya. Tetapi ia agak mahal dan niat itu terpaksa aku batalkan.Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah dengan empat orang adik-beradik. Bapaku bekerja di kilang papan sebagai buruh kasar sementara ibuku hanya seorang suri rumah.Aku merupakan anak pertama dalam keluarga. Menjadi kebiasaan bagi anak sulung, tugas sebagai anak dan kakak sangat mencabar. Dalam segala hal, aku banyak mengalah demi kegembiraan adik-adik.Hampir dua puluh minit aku mencari dan meninjau rak-rak buku, aku hampa. Buku itu masih belum aku jumpa. Agak terlewat aku dapat pulang ke rumah hari ini.Hampir setengah jam berlalu, aku benar-benar kecewa. Buku rujukan yang a
TIBA di sungai, aku melipat kaki seluar trek hingga ke paras betis. Tanpa menghiraukan Cikgu Safarin yang masih berdiri dan tidak berganjak, aku terus menuruni tebing lalu menjejakkan kaki masuk ke dalam air.Cikgu Safarin sekadar melihat. Dia seolah-olah sangsi mahu turut serta. Tadi beria-ia nak ikut. Apabila dah sampai, nak turun pun terhegeh-hegeh. Orang bandar agaknya dia ni."Anis nak pergi mana?!""Pergi seberang sana. Nak ambil joran yang saya tinggalkan semalam!" Aku memekik memandangkan jarak kami agak jauh.Dia turun juga ke sungai lalu mengekoriku. Kaki seluar dipakainya tidak dilipat. Tak kisah ke seluarnya basah?"Cikgu ikut saya buat apa? Tunggu jelah kat tebing tu.""Saya risaukan Anis. Tak takut masuk sungai sorang diri?""Nak takut kenapa? Saya dah biasa. Boleh dikatakan, setiap hari saya datang si
HUJUNG minggu kini tiba. Diana datang ke rumah dan mengajakku ke bandar untuk mencari buku-buku rujukan yang dia mahu beli.Beruntungnya jadi Diana. Kehidupannya lebih baik dari aku. Nak beli buku apa, pakaian apa, makan apa, semuanya dapat."Anis, nanti kau temankan aku pergi PSI, tau.""Sekarang ke?""Sekaranglah.""Aku tak ada duit.""Tak apa. Kau temankan aku aje. Nanti aku bayarkan tambang, belanja makan dan buku apa yang kau nak beli, aku bayarkan. Okey?"Aku menarik nafas panjang. Banyak Diana habiskan duitnya untuk aku sepanjang tempoh kami berkawan. Apabila dia menyebut soal buku, baru aku teringat. Nampaknya, aku terpaksa tolak tawaran Diana."Pasal buku-buku tu, aku tak perlu fikir dah.""Kenapa pulak?""Sebab..."
BAGAIMANA cara aku nak balas semua kebaikan yang diberikan Cikgu Safarin? Daripada buku-buku rujukan, novel dan beg sekolah baru?Aku termenung memikirkan perkara itu dan ingatanku berputar pada kejadian siang tadi."Anis janganlah nangis. Saya yakin, tentu ada orang lain yang tak sengaja ambil beg tu atau ada yang tertukar beg dengan Anis. Faham-faham sajalah, ramai pelajar sekolah yang pergi ke situ.""Beg dah hilang. Macam mana saya nak pergi sekolah esok?" Aku sambung menangis."Anis tak ada beg lain?"Aku menggeleng sambil mengesat air mata dengan tisu."Macam ni lah... apa kata kalau saya belikan beg yang baru untuk Anis. Nak tak?"Lagi sekali aku menggeleng tanda tidak setuju. Aku dah tak mahu menyusahkan dia lagi. Hari ini saja, hampir dua ratus ringgit dia berbelanja untukku."Kalau tak nak
PETANG ini, Cikgu Syima akan membuat pemilihan untuk pemain-pemain bola jaring. Aku tidak melepaskan peluang walaupun sudah terpilih memasuki pasukan badminton. Dari tingkatan satu, aku selalu ceburkan diri dalam sukan kerana ia menjadi minatku sejak dulu.Cikgu Syima mengarahkan aku dan Diana pergi ke bilik peralatan sukan untuk mengambil beberapa biji bola.Kami berjalan seiring sambil berpimpin tangan. Usikan-usikan Diana mengenai Cikgu Safarin yang mahu mengurat aku, menjadi perbualan hangat di antara kami. Tapi, aku tidak mengulas lebih panjang. Biarlah Diana seorang yang beranggapan seperti itu. Aku tidak mahu jadi gadis perasan!Di sepanjang koridor kami berjalan, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Seolah-olah, kami diekori seseorang. Lantas, aku membuat isyarat pada Diana mengenai perkara itu.Kami berhenti dan berpaling perlahan-lahan. Tetapi, tiada seorang
PAGI ini, aku bertembung dengan Cikgu Safarin di pertengahan koridor menuju ke kelas. Tiba-tiba aku teringat peristiwa semalam. Secara tidak sengaja, aku menumbuk mukanya. Mak ai... ganas betul. Anak murid tumbuk muka cikgu!Baru aku sedar, hari ini dia mengenakan cermin mata hitam. Mungkin mahu sembunyikan kecederaan di bawah matanya.Ketika kami berselisih bahu, dia pura-pura batuk. Aku menjeling sambil tersenyum. Dalam hati terpalit rasa bersalah dengan kejadian semalam."Assalamualaikum, pelajar saya yang paling comel. Lajunya jalan. Sampai tak nampak saya berdiri kat sini. Dah makan belum? Nak masuk kelas?"Sapaan Cikgu Safarin disertai soalan bertubi-tubi segera menghentikan langkah yang kuatur. Aku mengundur lalu menghampirinya. "Waalaikumussalam. Cikgu apa khabar? Mata cikgu macam mana?"Perlahan-lahan dia angkat kaca mata hitamnya
"NURUL Anis..."Aku berpaling melihat Mr. Curly tercegat di belakang. "Ya.""Awak cari apa?""Cikgu Syima suruh ambil bola. Tapi saya tak jumpalah. Sir ada nampak tak?""Ermmm. Nanti saya tolong cari."Dia terbongkok-bongkok membantuku. Tidak lama kemudian, bola yang dikehendaki Cikgu Syima kini berada di tangan Mr. Curly. Dia tersenyum sambil menghulurkan bola itu lalu aku ucapkan terima kasih.Baik rupanya dia. Aku fikirkan, dia jenis guru yang serius sepanjang masa. Sewaktu mengajar, wajahnya seperti harimau yang mahu menerkam. Di luar kelas, lain pula wataknya.Cikgu Safarin muncul. Dia tersenyum. Cermin mata hitam masih digunakannya. Bila mata dia akan sembuh? Kasihannya.Aku membalas senyum tetapi terus meminta diri mahu ke padang. Sebaik saja aku melangkah
DISEBABKAN aku mengalami mual perut akibat mabuk laut, kami tidak ke mana-mana malam ini. Hanya terperap dalam bilik chalet saja.Kepalaku dipicit dan hidungku dicalit minyak angin cap kapak oleh Cikgu Safarin. Kalau aku tahu begini jadinya, lebih baik aku ajak dia pergi ke tempat lain. Pergi ke satu tempat yang tidak memerlukan kami menaiki pengangkutan air.Sekarang aku dah pulih sedikit. Cikgu Safarin mengajakku berjalan-jalan di tepi pantai. Aku setuju dan menurut.Jauh di seberang, dapat kami lihat dengan jelas cahaya-cahaya lampu yang terdapat di sekitar Bandar Marang. Barang kali ia adalah cahaya dari rumah-rumah penduduk atau bangunan serta lampu-lampu jalan di sekitar Bandar Kuala Terengganu.Tiba-tiba ingatanku berputar mengingati SMS yang dikirimkan perempuan bernama Aida pada Cikgu Safarin.Kenapa mulutku berat sangat mahu bertanya pada Cikgu Safarin m
SEBELUM kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Marang, kami singgah ke pusat membeli belah Giant untuk membeli pakaian.Ini kali kedua aku memasuki Giant. Kali pertama dulu, ketika Cikgu Safarin membelikan aku beg sekolah baru. Kenangan itu terimbau secara tiba-tiba. Aku tersenyum."Anis.""Ya." Lamunanku terhenti. Aku memandang ke arah Cikgu Safarin yang berdiri di sebelah sambil tersengih pelik."Abang ni, kenapa? Sengih aje manjang.""Tu..." Dia muncungkan mulut ke arah sehelai pakaian.Aku tidak memahami apa yang dia maksudkan. Kemudian, dia terus mencapai sehelai pakaian tidur seksi yang tergantung lalu diberikannya padaku.Aku kecilkan mata. Malu dengan tindakannya. "Abang gatal, ya. Anis tak naklah baju macam ni. Segan nak pakai." Aku pulangkan semula padanya.Lagi sekali dia tersengih lalu ketawa kecil. Ee
TIBA hari yang dinantikan, aku menyiapkan pakaian ke dalam beg untuk bekalan mencukupi ketika berada di Pulau Kapas selama satu minggu. Itu satu tempoh percutian yang agak lama.Alangkah seronok jika keluargaku turut serta dalam percutian ini. Malam tadi aku ingin menyuarakan kehendakku pada Cikgu Safarin. Tapi, niat itu terpaksa aku batalkan. Kalau hendak membawa ramai orang, tentu perbelanjaannya tinggi. Aku tidak mahu menyusahkan Cikgu Safarin pula.Tak apalah. Mungkin lain kali saja. Kalau aku bekerja nanti, jangan kata nak pergi Pulau Kapas, New York pun aku boleh bawakan mereka.Aku mencebik sendiri. Result SPM pun belum keluar, ada hati nak kerja. Lagipun, bukannya mudah dapat kerja hanya berbekalkan SPM. Sedangkan mereka yang mempunyai ijazah, belum tentu dapat memiliki satu pekerjaan dengan mudah. Masih ramai yang menganggur."Apa yang Anis menung lagi? Dah siap? Abang na
SATU malam aku tidak dapat tidur lena kerana memikirkan sikapku yang mungkin keterlaluan terhadap suami sendiri. Walaupun begitu, dia masih mampu bersabar. Entah sampai bila dia dapat bertahan?Nanti tak pasal-pasal aku kena tinggal. Mana tahu kalau hatinya tiba-tiba berubah dan berpaling pada wanita lain. Waktu itu kalau aku menyesal pun tak guna.Hari ini Jumaat merupakan hari cuti. Awal-awal aku bangkit untuk menyediakan sarapan. Cikgu Safarin masih tidur di bilik sejurus pulang dari masjid yang terletak berhampiran tempat kediaman kami.Aku memerhati jam dinding. Ia menunjukkan angka lapan lima belas minit pagi. Sarapan kini terhidang di atas meja. Hanya nasi goreng dan milo panas yang dapat aku sajikan. Nak masak hebat-hebat macam orang lain, aku tiada kemahiran lagi.Aku berkira-kira mahu mengejutkan Cikgu Safarin. Pintu bilik kutolak dari luar dan perlahan-lahan aku menghampirinya y
Beberapa bulan berlalu..."AKU terima nikahnya Nurul Anis Binti Mohd Ali dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai."Sah!Kini, aku bergelar isteri pada Cikgu Safarin. Tapi, perasaanku hanya biasa-biasa. Nak kata gembira, tidak. Nak kata bersedih pun tidak.Aku terasa kosong. Impianku untuk terus menyambung pelajaran, nampaknya terganggu buat masa ini.Apabila memiliki seorang suami, secara tidak langsung, aku mesti mengutamakan tanggung jawab yang telah diamanahkan. Menguruskan rumah tangga perlu diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara-perkara yang lain.Namun, cita-cita yang tersemat dalam hati sejak lama dulu, aku akan teruskan walaupun jalannya nampak sedikit sukar. Aku tahu dari awal Cikgu Safarin memberi kebenaran dan keizinan untuk aku menyambung pelajaran.Hampir dua minggu kami bergelar suami is
AKU berjalan menuju ke sudut gelanggang. Apabila bola berada di tangan, servis pertama aku lepaskan. Aku mendongak dan serta-merta tumpuanku hilang. Hilang kerana terpandang Cikgu Safarin berdiri di tingkap bilik guru dengan senyum kacak.Tanpa aku sedar, bola yang melambung tinggi di sebelah pihak lawan telah kembali ke gelanggang pasukanku. Sudahlah begitu, bola tersebut hinggap pula di kepalaku!Aduhhh! Aku pegang kepala. Bingung sekejap. Alhamdulillah, mujur kepala aku tak biol.Diana menghampiriku. "Kau okey ke?""Okey aje. Tak ada apa-apa.""Nasib baik kau tak cedera. Tapi kan, cuba kau tengok kat tingkap bilik guru. Apa yang kau nampak?""Aku tak nampak apa pun?" Aku berpura-pura."Tak nampak ke atau buat-buat tak nampak? Kalau tak nampak, takkanlah kepala kau boleh jadi mangsa henta
WAKTU rehat, aku dan Diana mengulang kaji pelajaran di taman bacaan yang disediakan pihak sekolah. Ia terletak tidak jauh dari kantin.Diana ketinggalan beberapa bab dalam subjek Sejarah kerana tidak hadir ke sekolah akibat demam panas. Dia meminjam nota yang aku catit untuk disalin."Anis, apa yang kau tulis ni? Aku tak fahamlah. Kau punya tulisan sebiji macam doktor. Berbelit-belit macam cakar ayam!" Diana mengomel."Amboi, sedapnya mulut kau. Kutuk tulisan aku pulak. Eh, memang betul la aku nak jadi doktor." Aku bergurau."Eleh, nak jadi doktor konon. Doktor apa? Doktor Falsafah ke Falsampah?" Diana ketawa.Aku buat isyarat mahu mengetuk kepala Diana. Dahlah tiru nota aku, kutuk tulisan aku pulak."Ala... gurau sikit pun tak boleh ke, Cik Puan Safarin?" Diana memujuk sambil memaut erat bahuku."
PAGI ini Cikgu Safarin datang ke rumah dan meminta izin ayah untuk membawaku keluar berbincang. Tetapi, ayah tidak mengizinkan aku keluar seorang diri. Lalu, ayah meminta Afida temankan.Pada mulanya, aku keberatan mahu keluar dengan Cikgu Safarin memandangkan cerita-cerita yang tidak enak dua hari lepas masih meletup di sekolah. Tempiasnya sedikit sebanyak kedengaran juga dalam kampung ini.Tapi, ayah mengambil sikap terbuka dan dia sendiri yang meminta aku keluar berbincang dengan Cikgu Safarin. Namun, sedikit sebanyak aku tidak berpuas hati dengan cara ayah. Seolah-olah, dia melebih-lebihkan Cikgu Safarin dari anaknya sendiri.Semasa dalam perjalanan, suasana dalam kereta agak sunyi. Afida tidak lagi mengusik Cikgu Safarin seperti apa yang pernah dia buat sebelum ini. Dia hanya diam dan membatukan diri di tempat duduk belakang.Aku tahu, Afida sudah tidak senang
MALAM ini aku tak dapat tidur nyenyak kerana sering memikirkan keputusan ayah.Sampai hati ayah buat aku begini. Membuat keputusan sewenang-wenang tanpa maklumkan pada aku terlebih dahulu hanya kerana mahu menjaga maruah keluarga.Apa, jahat sangatkah aku? Kenapa dengan hanya mendengar cerita yang tidak benar, ayah terus berfikiran negatif?Aku yang semuda ini disuruhnya berkahwin? Mustahil aku akan bersetuju. Aku ada pendirian dan haluan hidup sendiri. Mana boleh aku mendirikan rumah tangga dalam usia begini? Tak mungkin!Ini semua tentu berpunca dari Cikgu Safarin. Barang kali dia yang memujuk ayah. Nantilah dia!Segera aku bangun lalu bersila atas tilam. Telefon bimbit yang dibelikan Cikgu Safarin, aku ambil dari bawah bantal. Jam yang tertera di atas skrin menunjukkan pukul dua pagi. Tentu Cikgu Safarin dah tidur nyenyak ketika ini.