Share

Bab 2

Author: Novelis Rafina Abdullah
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

TIBA di sungai, aku melipat kaki seluar trek hingga ke paras betis. Tanpa menghiraukan Cikgu Safarin yang masih berdiri dan tidak berganjak, aku terus menuruni tebing lalu menjejakkan kaki masuk ke dalam air.

Cikgu Safarin sekadar melihat. Dia seolah-olah sangsi mahu turut serta. Tadi beria-ia nak ikut. Apabila dah sampai, nak turun pun terhegeh-hegeh. Orang bandar agaknya dia ni.

"Anis nak pergi mana?!"

"Pergi seberang sana. Nak ambil joran yang saya tinggalkan semalam!" Aku memekik memandangkan jarak kami agak jauh.

Dia turun juga ke sungai lalu mengekoriku. Kaki seluar dipakainya tidak dilipat. Tak kisah ke seluarnya basah?

"Cikgu ikut saya buat apa? Tunggu jelah kat tebing tu."

"Saya risaukan Anis. Tak takut masuk sungai sorang diri?"

"Nak takut kenapa? Saya dah biasa. Boleh dikatakan, setiap hari saya datang sini."

"Setiap hari?"

"Ye. Saya suka mancing. Kadang-kadang, saya tinggalkan joran. Esoknya, saya datanglah tengok. Manalah tahu kalau ada ikan jerung termakan umpan." Aku berseloroh.

Cikgu Safarin ketawa. Tidak berkelip matanya memandangku. Senyumannya lain macam. Seperti ada maksud tertentu. "Saya tak tahu pulak ada ikan jerung dalam sungai kecik macam ni."

Segera aku alihkan pandangan ke arah lain. Tak mahu bertentang mata dengan cikgu pelik ni. Tiba-tiba saja baik dengan aku. Tolong hantar aku balik rumah, bagi aku pinjam raket dan sekarang, ikut aku ke sungai pula.

Aku menyambung langkah melawan arus bersamanya. Tiba di seberang, aku menghampiri joran yang aku tinggalkan semalam. Perlahan-lahan aku tarik joran yang aku sembunyikan di celah-celah pohon senduduk.

Aku melopong sejurus joran diangkat. Seekor ikan pun tak dapat. Dalam hati, terpalit perasaan kecewa. Aku meletakkan kembali joran itu dan balik semula ke tebing. Cikgu Safarin terus mengekori.

"Kalau tak dapat pancing ikan, Anis pancinglah benda lain."

"Nak pancing apa?"

"Hati saya."

"Apa?"

"Pancing hati saya."

Aku garu kepala. Pelik-pelik saja cakapnya. "Nak pancing hati cikgu buat apa? Bukannya saya boleh makan. Kalau pancing ikan, dapat juga kenyangkan perut."

"Pancing tu kan, ada dua maksud. Contoh paling senang, pancing ikan. Contoh satu lagi, pancing hati orang."

"Pancing hati orang?" Aku garu kepala kali kedua. Kabur dengan penjelasannya.

Cikgu Safarin tersenyum. "Ya, pancing hati orang. Kita buat sesuatu yang orang suka untuk tarik perhatian dia."

Kata-katanya buat aku tercengang. Fikiran budak-budak mentah seperti aku, apalah yang dapat aku faham?

Ah, malas aku nak fikir dan bertanya lebih lanjut.

WAKTU rehat hampir sepuluh minit berlalu. Aku bersendirian di dalam perpustakaan. Kawan-kawan semua pergi ke kantin bagi mengisi perut. Tapi aku hanya di sini. Bertemankan buku-buku teks, surat khabar dan bahan bacaan yang lain.

Sebelum datang ke sekolah, aku bersarapan di rumah dengan beralaskan segelas air sejuk dan cekodok kosong yang dibuat ibu.

Kalau diikutkan perut berkeroncong, mahu saja aku ke kantin membeli sesuatu. Namun, apabila memikirkan jumlah wang diberikan ayah, terus aku batalkan hasrat.

Jumlahnya cuma satu ringgit. Apa sangat yang dapat aku beli dengan duit sebanyak itu? Cuma satu pinggan nasi lemak bolehlah lepas.

Bagaimana dengan minuman? Tak mungkin aku dapat habiskan satu pinggan nasi tanpa segelas air. Nanti aku boleh mati tercekik.

"Jauh betul Anis termenung. Ingat boyfriend?" Cikgu Safarin menyapa.

Tiba-tiba pula dia muncul. Entah dari mana dia datang?

Aku tutup buku nota Sejarah. Tidak selesa dengan kehadirannya, aku berdiri lalu memandang kiri dan kanan. Tidak lupa meninjau depan dan belakang. Mengharapkan masih ada pelajar-pelajar lain berada di sini.

Di satu sudut, kelihatan dua orang pengawas perpustakaan sedang menyusun buku-buku di atas rak. Berhadapan denganku pula, ada dua orang guru pelatih perempuan yang sedang memandang ke arah Cikgu Safarin sambil berbisik sesama mereka.

"Saya sekolah lagi laa... mana ada boyfriend."

Dia tarik kerusi dan terus duduk sementara aku pula masih tercegat di hadapannya.

"Duduklah. Tak penat berdiri?"

Tanpa soal jawab, aku terus melabuh punggung.

"Anis buat apa lagi kat sini? Pelajar-pelajar lain semua pergi makan. Anis tak makan?"

"Saya sibuk salin nota. Bukan senang nak dapat buku rujukan Sejarah kat perpustakaan ni. Selalu je ada pelajar lain yang pinjam. Saya terjumpa ni pun, mungkin sebab nasib saya baik. Sekejap lagi saya nak jumpa pengawas perpustakaan. Nak pinjam buku ni. Mungkin untuk beberapa hari." Aku masukkan buku ke dalam beg sekolah.

Dua batang pen berdakwat biru dan hitam yang berada di atas meja, segera aku masukkan ke dalam kotak pensil. Tapi, ke mana perginya pen merah? Tadi ada dekat-dekat sini.

Pandanganku beralih pada Cikgu Safarin dan melihat pen merah kepunyaanku terselit di celah telinganya. "Cikgu, pen saya."

Dia tersenyum lalu memulangkan pen tersebut. "Pen Anis rupanya. Saya ingatkan pen siapa."

"Saya sorang je ada kat meja ni. Mana ada orang lain lagi?" Segera aku masukkan pen yang diberikan Cikgu Safarin ke dalam kotak pensil.

"Anis..."

"Ye."

"Nanti saya beli buku-buku rujukan untuk Anis, ya."

Tak berkelip aku memandang Cikgu Safarin. Aku tak salah dengar ke? "Cikgu cakap apa? Nak beli buku rujukan untuk saya?" Aku tunjuk dada sendiri.

Dia mengangguk sekali.

"Tapi, saya tak ada duit nak bayar."

"Saya tak suruh Anis bayar balik. Cukup janji sesuatu dengan saya."

"Janji apa?"

"Buat yang terbaik untuk SPM. Belajar betul-betul dan jangan banyak main."

Aku berfikir sebentar. Kalau mahu kotakan janji seperti itu, tentu saja boleh. Tapi, kalau terpaksa bayar semula buku-buku yang dia nak belikan, rasanya tak dapat. Aku benar-benar tidak mampu.

"Boleh janji dengan saya macam tu?"

"Erm." Lambat-lambat aku mengangguk.

"Okey. Tulis kat kertas ni, buku apa yang Anis nak. Jangan tertinggal walaupun satu."

Sekeping kertas kosong dan sebatang pen dari poket bajunya dikeluarkan lalu dihulurkan padaku.

Aku gigit ibu jari dan mula berfikir senarai buku yang aku mahu. Apabila selesai, aku hulurkan kembali kertas dan pen pada Cikgu Safarin.

"Kenapa cikgu baik sangat dengan saya?" Akhirnya, terluah juga persoalan yang berlegar di kepalaku kebelakangan ini.

"Saya sayangkan semua pelajar dan tak suka tengok diorang susah payah pinjam buku rujukan dalam library. Sedangkan, buku-buku kat sini belum tentu cukup muka suratnya. Mungkin ada yang terkoyak atau tak cukup helaian. Nanti menyusahkan pelajar yang kurang mampu macam Anis."

"Tapi, ramai lagi pelajar lain yang pinjam buku-buku kat sini. Kenapa cikgu tak beli aje untuk semua pelajar? Kenapa untuk saya sorang?" Satu soalan bodoh aku ajukan padanya. Kalau dia beli untuk semua pelajar, habislah duit gajinya setahun. Nak makan pun tak cukup.

"Sebab..."

Kringgg!!!

Dia tidak dapat menghabiskan ayat apabila loceng tamatnya waktu rehat, berbunyi. Aku segera minta diri.

"Anis."

"Ada apa lagi, cikgu? Saya nak cepat. Lepas ni, jadual Bahasa Inggeris pulak. Kalau terlewat, mesti Mr. Curly marah-marah."

"Kalau dia marah Anis, beritahu saya. Tahulah saya nak ajar dia."

"Boleh pula macam tu?"

"Kami tinggal satu rumah. Bila-bila masa saya boleh pulas rambut dia. Biar lebih kerinting. Itu sebagai balasan kalau dia berani marah Anis." Cikgu Safarin tersengih.

Aku ketawa dengan cara dia bergurau.

SELESAI latihan badminton, aku bergegas pulang memandangkan hari makin senja. Nampaknya, tak sempat aku pergi ke sungai untuk melihat hasil joran yang aku tinggalkan semalam.

Manalah tahu kalau ada ikan keli atau haruan yang tersangkut pada umpan. Bolehlah aku bawa pulang dan berikan pada ibu. Tentu ibu dan adik-adik suka.

Sepanjang jalan, aku memerhati raket di tangan. Mahal ke raket ni? Kalau harganya dua tiga ratus, nilainya sangat tinggi bagi orang seperti aku. Mungkin tidak bagi orang lain.

Sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam berhenti di bahu jalan sambil membunyikan hon. Langkahku terhenti. Rasanya, itu kereta Cikgu Safarin.

"Anis!" Cikgu Safarin keluar dari kereta sambil melambai tangan.

Dia ni kan, suka sangat ikut aku. Nak kata tak sengaja, tak mungkin.

Aku mendekatinya. "Kenapa cikgu suka ikut saya?"

"Saya nak tolong hantar Anis balik."

"Saya tak suka naik kereta. Saya lebih suka jalan kaki."

"Okey. Saya tinggalkan kereta kat sini. Nanti kita jalan sama-sama."

Astaghfirullah! Cikgu Safarin ni tak betul ke? "Nanti kereta cikgu kena curi, saya tak nak tanggung jawab."

"Tak ada siapa berani curi. Nanti saya parking depan balai polis."

Aku pandang sebelah kiri. Baru aku sedar, ada balai polis di situ. Tapi, rasa rugi pulak kalau aku tolak. Dahlah aku letih. "Okey. Saya akan naik kereta dengan cikgu."

Dia tersenyum.

"Petang ni Anis tak pergi mancing? Semalam ada tinggalkan joran kat sungai. Nak pergi tengok tak? Saya semangat nak ikut." Cikgu Safarin memulakan perbualan sejurus kereta bergerak.

"Dah lewatlah, cikgu. Nanti mak dan ayah marah kalau saya balik lambat."

"Oh, Okey. Mungkin petang esok?"

"Okey. Petang esok." Aku curi-curi melihat wajah Cikgu Safarin yang sejak tadi asyik tersenyum. Entah apa yang dia gembira sangat? Dua tiga kali pandang, macam mengada-ngada pula.

Related chapters

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 3

    HUJUNG minggu kini tiba. Diana datang ke rumah dan mengajakku ke bandar untuk mencari buku-buku rujukan yang dia mahu beli.Beruntungnya jadi Diana. Kehidupannya lebih baik dari aku. Nak beli buku apa, pakaian apa, makan apa, semuanya dapat."Anis, nanti kau temankan aku pergi PSI, tau.""Sekarang ke?""Sekaranglah.""Aku tak ada duit.""Tak apa. Kau temankan aku aje. Nanti aku bayarkan tambang, belanja makan dan buku apa yang kau nak beli, aku bayarkan. Okey?"Aku menarik nafas panjang. Banyak Diana habiskan duitnya untuk aku sepanjang tempoh kami berkawan. Apabila dia menyebut soal buku, baru aku teringat. Nampaknya, aku terpaksa tolak tawaran Diana."Pasal buku-buku tu, aku tak perlu fikir dah.""Kenapa pulak?""Sebab..."

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 4

    BAGAIMANA cara aku nak balas semua kebaikan yang diberikan Cikgu Safarin? Daripada buku-buku rujukan, novel dan beg sekolah baru?Aku termenung memikirkan perkara itu dan ingatanku berputar pada kejadian siang tadi."Anis janganlah nangis. Saya yakin, tentu ada orang lain yang tak sengaja ambil beg tu atau ada yang tertukar beg dengan Anis. Faham-faham sajalah, ramai pelajar sekolah yang pergi ke situ.""Beg dah hilang. Macam mana saya nak pergi sekolah esok?" Aku sambung menangis."Anis tak ada beg lain?"Aku menggeleng sambil mengesat air mata dengan tisu."Macam ni lah... apa kata kalau saya belikan beg yang baru untuk Anis. Nak tak?"Lagi sekali aku menggeleng tanda tidak setuju. Aku dah tak mahu menyusahkan dia lagi. Hari ini saja, hampir dua ratus ringgit dia berbelanja untukku."Kalau tak nak

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 5

    PETANG ini, Cikgu Syima akan membuat pemilihan untuk pemain-pemain bola jaring. Aku tidak melepaskan peluang walaupun sudah terpilih memasuki pasukan badminton. Dari tingkatan satu, aku selalu ceburkan diri dalam sukan kerana ia menjadi minatku sejak dulu.Cikgu Syima mengarahkan aku dan Diana pergi ke bilik peralatan sukan untuk mengambil beberapa biji bola.Kami berjalan seiring sambil berpimpin tangan. Usikan-usikan Diana mengenai Cikgu Safarin yang mahu mengurat aku, menjadi perbualan hangat di antara kami. Tapi, aku tidak mengulas lebih panjang. Biarlah Diana seorang yang beranggapan seperti itu. Aku tidak mahu jadi gadis perasan!Di sepanjang koridor kami berjalan, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Seolah-olah, kami diekori seseorang. Lantas, aku membuat isyarat pada Diana mengenai perkara itu.Kami berhenti dan berpaling perlahan-lahan. Tetapi, tiada seorang

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 6

    PAGI ini, aku bertembung dengan Cikgu Safarin di pertengahan koridor menuju ke kelas. Tiba-tiba aku teringat peristiwa semalam. Secara tidak sengaja, aku menumbuk mukanya. Mak ai... ganas betul. Anak murid tumbuk muka cikgu!Baru aku sedar, hari ini dia mengenakan cermin mata hitam. Mungkin mahu sembunyikan kecederaan di bawah matanya.Ketika kami berselisih bahu, dia pura-pura batuk. Aku menjeling sambil tersenyum. Dalam hati terpalit rasa bersalah dengan kejadian semalam."Assalamualaikum, pelajar saya yang paling comel. Lajunya jalan. Sampai tak nampak saya berdiri kat sini. Dah makan belum? Nak masuk kelas?"Sapaan Cikgu Safarin disertai soalan bertubi-tubi segera menghentikan langkah yang kuatur. Aku mengundur lalu menghampirinya. "Waalaikumussalam. Cikgu apa khabar? Mata cikgu macam mana?"Perlahan-lahan dia angkat kaca mata hitamnya

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 7

    "NURUL Anis..."Aku berpaling melihat Mr. Curly tercegat di belakang. "Ya.""Awak cari apa?""Cikgu Syima suruh ambil bola. Tapi saya tak jumpalah. Sir ada nampak tak?""Ermmm. Nanti saya tolong cari."Dia terbongkok-bongkok membantuku. Tidak lama kemudian, bola yang dikehendaki Cikgu Syima kini berada di tangan Mr. Curly. Dia tersenyum sambil menghulurkan bola itu lalu aku ucapkan terima kasih.Baik rupanya dia. Aku fikirkan, dia jenis guru yang serius sepanjang masa. Sewaktu mengajar, wajahnya seperti harimau yang mahu menerkam. Di luar kelas, lain pula wataknya.Cikgu Safarin muncul. Dia tersenyum. Cermin mata hitam masih digunakannya. Bila mata dia akan sembuh? Kasihannya.Aku membalas senyum tetapi terus meminta diri mahu ke padang. Sebaik saja aku melangkah

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 8

    SUASANA dalam kelas hingar-bingar dengan ketiadaan Cikgu Safarin yang sepatutnya masuk mengajar. Namun, hampir sepuluh minit berlalu, jangan kata orangnya, bayangnya pun tidak kelihatan. Aku gelisah."Diana, kau rasa kenapa agaknya Cikgu Safarin tak masuk kelas hari ni?"Diana tidak mengendahkan pertanyaan yang aku ajukan. Dia leka dengan bacaan novel yang dibelikan Cikgu Safarin untukku tempoh hari. Kadang-kadang, dia ketawa seorang diri."Kau dengar tak apa aku tanya?""Ermmm... dengar..." Diana menjawab namun masih leka dengan novel di tangan.Aku geram dan terus merampas novel itu!Diana mengeluh. "Kau ni tak sporting la. Cepat bagi balik novel tu. Aku tahulah Cikgu Safarin yang belikan tapi janganlah kedekut sangat.""Aku bukan kedekut. Tapi aku bengang kau tak layan soalan aku. Siap gelak

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 9

    ADUH! Terasa lenguh anggota badan apabila membuat kerja sekolah di atas lantai begini. Aku memandang Nurul Alia, adik ketigaku yang tertidur kepenatan sejurus menyiapkan kerja sekolah. Kedua-dua lututnya dirapatkan ke dada. Kesejukan barang kali. Kasihan adikku.Aku menuju ke bilik untuk mengambil selimut nipis satu-satunya yang aku miliki.Tubuh Alia aku selimutkan. Langsung dia tidak sedar. Tentu dia sedang diulit mimpi yang indah. Apabila memandang Alia, aku tersenyum saat mengingati semula perbualan di antara kami."Kak, nanti bila kita dah besar, kita dah dapat kerja bagus, kita buat banglo untuk mak dan ayah, ya." Bersungguh-sungguh tingkah ditunjukkan Alia. Terbit sinar harapan pada wajahnya. Dia memang seorang adik yang bercita-cita tinggi untuk membawa perubahan besar dalam keluarga kami."Insya-Allah kalau kita diberi kesempatan waktu dengan umur yang panj

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 10

    SELESAI menghabiskan waktu rehat di perpustakaan, aku bergegas untuk kembali ke kelas.Sebelum menuruni tangga, aku terpandang Farah Adlynn sedang berbual dengan Cikgu Safarin di hadapan bilik guru.Patutlah aku tidak nampak Cikgu Safarin di perpustakaan tadi. Rupa-rupanya, dia di situ. Kalau tidak, memang pantang waktu rehat, pasti dia mengekori aku pergi ke bilik bacaan itu.Farah merupakan pelajar paling popular di sekolah. Seorang yang sangat menitik berat soal kecantikan dan penampilan diri. Tidak dinafikan, Farah memang cantik. Ramai pelajar lelaki cuba memikatnya. Lebih-lebih lagi dia anak seorang YB.Dia sangat berbangga mempunyai status yang baik di sekolah. Sikap gediknya juga menarik perhatian sebilangan besar pelajar lelaki yang tergila-gilakannya.Farah juga sering dikelilingi rakan-rakan perempuan memandangkan dia seor

Latest chapter

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 29

    DISEBABKAN aku mengalami mual perut akibat mabuk laut, kami tidak ke mana-mana malam ini. Hanya terperap dalam bilik chalet saja.Kepalaku dipicit dan hidungku dicalit minyak angin cap kapak oleh Cikgu Safarin. Kalau aku tahu begini jadinya, lebih baik aku ajak dia pergi ke tempat lain. Pergi ke satu tempat yang tidak memerlukan kami menaiki pengangkutan air.Sekarang aku dah pulih sedikit. Cikgu Safarin mengajakku berjalan-jalan di tepi pantai. Aku setuju dan menurut.Jauh di seberang, dapat kami lihat dengan jelas cahaya-cahaya lampu yang terdapat di sekitar Bandar Marang. Barang kali ia adalah cahaya dari rumah-rumah penduduk atau bangunan serta lampu-lampu jalan di sekitar Bandar Kuala Terengganu.Tiba-tiba ingatanku berputar mengingati SMS yang dikirimkan perempuan bernama Aida pada Cikgu Safarin.Kenapa mulutku berat sangat mahu bertanya pada Cikgu Safarin m

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 28

    SEBELUM kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Marang, kami singgah ke pusat membeli belah Giant untuk membeli pakaian.Ini kali kedua aku memasuki Giant. Kali pertama dulu, ketika Cikgu Safarin membelikan aku beg sekolah baru. Kenangan itu terimbau secara tiba-tiba. Aku tersenyum."Anis.""Ya." Lamunanku terhenti. Aku memandang ke arah Cikgu Safarin yang berdiri di sebelah sambil tersengih pelik."Abang ni, kenapa? Sengih aje manjang.""Tu..." Dia muncungkan mulut ke arah sehelai pakaian.Aku tidak memahami apa yang dia maksudkan. Kemudian, dia terus mencapai sehelai pakaian tidur seksi yang tergantung lalu diberikannya padaku.Aku kecilkan mata. Malu dengan tindakannya. "Abang gatal, ya. Anis tak naklah baju macam ni. Segan nak pakai." Aku pulangkan semula padanya.Lagi sekali dia tersengih lalu ketawa kecil. Ee

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 27

    TIBA hari yang dinantikan, aku menyiapkan pakaian ke dalam beg untuk bekalan mencukupi ketika berada di Pulau Kapas selama satu minggu. Itu satu tempoh percutian yang agak lama.Alangkah seronok jika keluargaku turut serta dalam percutian ini. Malam tadi aku ingin menyuarakan kehendakku pada Cikgu Safarin. Tapi, niat itu terpaksa aku batalkan. Kalau hendak membawa ramai orang, tentu perbelanjaannya tinggi. Aku tidak mahu menyusahkan Cikgu Safarin pula.Tak apalah. Mungkin lain kali saja. Kalau aku bekerja nanti, jangan kata nak pergi Pulau Kapas, New York pun aku boleh bawakan mereka.Aku mencebik sendiri. Result SPM pun belum keluar, ada hati nak kerja. Lagipun, bukannya mudah dapat kerja hanya berbekalkan SPM. Sedangkan mereka yang mempunyai ijazah, belum tentu dapat memiliki satu pekerjaan dengan mudah. Masih ramai yang menganggur."Apa yang Anis menung lagi? Dah siap? Abang na

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 26

    SATU malam aku tidak dapat tidur lena kerana memikirkan sikapku yang mungkin keterlaluan terhadap suami sendiri. Walaupun begitu, dia masih mampu bersabar. Entah sampai bila dia dapat bertahan?Nanti tak pasal-pasal aku kena tinggal. Mana tahu kalau hatinya tiba-tiba berubah dan berpaling pada wanita lain. Waktu itu kalau aku menyesal pun tak guna.Hari ini Jumaat merupakan hari cuti. Awal-awal aku bangkit untuk menyediakan sarapan. Cikgu Safarin masih tidur di bilik sejurus pulang dari masjid yang terletak berhampiran tempat kediaman kami.Aku memerhati jam dinding. Ia menunjukkan angka lapan lima belas minit pagi. Sarapan kini terhidang di atas meja. Hanya nasi goreng dan milo panas yang dapat aku sajikan. Nak masak hebat-hebat macam orang lain, aku tiada kemahiran lagi.Aku berkira-kira mahu mengejutkan Cikgu Safarin. Pintu bilik kutolak dari luar dan perlahan-lahan aku menghampirinya y

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 25

    Beberapa bulan berlalu..."AKU terima nikahnya Nurul Anis Binti Mohd Ali dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai."Sah!Kini, aku bergelar isteri pada Cikgu Safarin. Tapi, perasaanku hanya biasa-biasa. Nak kata gembira, tidak. Nak kata bersedih pun tidak.Aku terasa kosong. Impianku untuk terus menyambung pelajaran, nampaknya terganggu buat masa ini.Apabila memiliki seorang suami, secara tidak langsung, aku mesti mengutamakan tanggung jawab yang telah diamanahkan. Menguruskan rumah tangga perlu diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara-perkara yang lain.Namun, cita-cita yang tersemat dalam hati sejak lama dulu, aku akan teruskan walaupun jalannya nampak sedikit sukar. Aku tahu dari awal Cikgu Safarin memberi kebenaran dan keizinan untuk aku menyambung pelajaran.Hampir dua minggu kami bergelar suami is

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 24

    AKU berjalan menuju ke sudut gelanggang. Apabila bola berada di tangan, servis pertama aku lepaskan. Aku mendongak dan serta-merta tumpuanku hilang. Hilang kerana terpandang Cikgu Safarin berdiri di tingkap bilik guru dengan senyum kacak.Tanpa aku sedar, bola yang melambung tinggi di sebelah pihak lawan telah kembali ke gelanggang pasukanku. Sudahlah begitu, bola tersebut hinggap pula di kepalaku!Aduhhh! Aku pegang kepala. Bingung sekejap. Alhamdulillah, mujur kepala aku tak biol.Diana menghampiriku. "Kau okey ke?""Okey aje. Tak ada apa-apa.""Nasib baik kau tak cedera. Tapi kan, cuba kau tengok kat tingkap bilik guru. Apa yang kau nampak?""Aku tak nampak apa pun?" Aku berpura-pura."Tak nampak ke atau buat-buat tak nampak? Kalau tak nampak, takkanlah kepala kau boleh jadi mangsa henta

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 23

    WAKTU rehat, aku dan Diana mengulang kaji pelajaran di taman bacaan yang disediakan pihak sekolah. Ia terletak tidak jauh dari kantin.Diana ketinggalan beberapa bab dalam subjek Sejarah kerana tidak hadir ke sekolah akibat demam panas. Dia meminjam nota yang aku catit untuk disalin."Anis, apa yang kau tulis ni? Aku tak fahamlah. Kau punya tulisan sebiji macam doktor. Berbelit-belit macam cakar ayam!" Diana mengomel."Amboi, sedapnya mulut kau. Kutuk tulisan aku pulak. Eh, memang betul la aku nak jadi doktor." Aku bergurau."Eleh, nak jadi doktor konon. Doktor apa? Doktor Falsafah ke Falsampah?" Diana ketawa.Aku buat isyarat mahu mengetuk kepala Diana. Dahlah tiru nota aku, kutuk tulisan aku pulak."Ala... gurau sikit pun tak boleh ke, Cik Puan Safarin?" Diana memujuk sambil memaut erat bahuku."

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 22

    PAGI ini Cikgu Safarin datang ke rumah dan meminta izin ayah untuk membawaku keluar berbincang. Tetapi, ayah tidak mengizinkan aku keluar seorang diri. Lalu, ayah meminta Afida temankan.Pada mulanya, aku keberatan mahu keluar dengan Cikgu Safarin memandangkan cerita-cerita yang tidak enak dua hari lepas masih meletup di sekolah. Tempiasnya sedikit sebanyak kedengaran juga dalam kampung ini.Tapi, ayah mengambil sikap terbuka dan dia sendiri yang meminta aku keluar berbincang dengan Cikgu Safarin. Namun, sedikit sebanyak aku tidak berpuas hati dengan cara ayah. Seolah-olah, dia melebih-lebihkan Cikgu Safarin dari anaknya sendiri.Semasa dalam perjalanan, suasana dalam kereta agak sunyi. Afida tidak lagi mengusik Cikgu Safarin seperti apa yang pernah dia buat sebelum ini. Dia hanya diam dan membatukan diri di tempat duduk belakang.Aku tahu, Afida sudah tidak senang

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 21

    MALAM ini aku tak dapat tidur nyenyak kerana sering memikirkan keputusan ayah.Sampai hati ayah buat aku begini. Membuat keputusan sewenang-wenang tanpa maklumkan pada aku terlebih dahulu hanya kerana mahu menjaga maruah keluarga.Apa, jahat sangatkah aku? Kenapa dengan hanya mendengar cerita yang tidak benar, ayah terus berfikiran negatif?Aku yang semuda ini disuruhnya berkahwin? Mustahil aku akan bersetuju. Aku ada pendirian dan haluan hidup sendiri. Mana boleh aku mendirikan rumah tangga dalam usia begini? Tak mungkin!Ini semua tentu berpunca dari Cikgu Safarin. Barang kali dia yang memujuk ayah. Nantilah dia!Segera aku bangun lalu bersila atas tilam. Telefon bimbit yang dibelikan Cikgu Safarin, aku ambil dari bawah bantal. Jam yang tertera di atas skrin menunjukkan pukul dua pagi. Tentu Cikgu Safarin dah tidur nyenyak ketika ini.

DMCA.com Protection Status