SELESAI perhimpunan waktu pagi, para pelajar berpusu-pusu naik ke kelas masing-masing. Fatin tidak terkecuali. Ada sebab kenapa mereka semua berlari naik ke kelas. Ini semua kerana semalam ada mesyuarat PIBG. Dan kerusi kelas mereka selalu menjadi kegunaan dewan. Siapa yang cepat, bolehlah mereka rebut kerus yang berbaki di mana-mana kelas daripada harus menapak ke dewan untuk memungut kerusi masing-masing.
Kain kurung berwarna biru itu Fatin angkat tinggi dan melangkah dua anak tangga untuk segera sampai ke tingkat kelas mereka. Raihan dan Aqilah pula sudah tersepit di dalam kesesakan di belakang.
"Aten! Selamatkan kerusi untuk aku juga!"
"Aku pun!"
Fatin angkat ibu jari. Lincah dia menepis dan menyelit di sebalik para pelajar yang juga berpusu-pusu naik.
Sampai sahaja di tingkat tiga, dia terus masuk ke kelas 3A dan meningkatkan 3 buah kerusi lalu ditarik keluar. Nasiblah kerusi siapa yang dirembat olehnya ini….
Fatin ketawa sendiri. Mesti terkejut budak kelas 3A bila naik nanti. Semua kerusi mereka sudah hilang direbut budak-budak kelas lain. 3A paling jauh dari dewan. Selalunya kerusi mereka selamat dari diambil untuk kegunaan dewan.
Langkah Fatin terbantut. Dirasakan kerusinya seakan-akan ditarik seseorang.
"Dah lama kau buat kerja macam ni?"
Fatin mencuka. Direntap kasar kerusi ditangannya supaya terlepas dari genggaman Murad.
"Lepaslah! Aku nak masuk kelas ni!"
Murad senyum jahat. Lagi kuat Fatin tarik, makin kuat di genggam kepala kerusi.
"Fatin!"
Kedua-duanya berpaling. Kelihatan Aliff sedang berlari-lari anak mengejar Fatin dari bangunan sekolah bertentangan yang bersambung dengan bangunan kelas pelajar tingkatan satu hingga tiga.
"Alif…." Bibir Fatin tersenyum manis.
"Alif cari Fatin. Nak masuk kelas ke? Jom Aliff tolong."
"Kau nak tolong apanya? Kelas dia depan tu je."
Fatin tampar tangan Murad sorok-sorok. Jelingan mata diberi supaya lelaki itu tak masuk campur.
Murad mengeluh. Bibir terangkat sedikit.
"Aku blah dulu," pamitnya sambil menggalas beg ke bahu.
Fatin bersorak dalam hati. Akhirnya Murad pergi juga. Meninggalkan dia dan Aliff sendiri. Memang ini saat-saat yang dinanti. Dimana Alif datang dan mahu menyambung kembali hubungan mereka.
Ketika berselisih dengan Raihan dan Aqilah, kerusi yang sudah dia ambilkan untuk mereka bertiga itu diserah kepada Raihan. Dan Raihan tidak bertanya apa-apa. Lihat saja dia dan Alif, Raihan dan Aqilah terus faham.
"Jom kita pergi tempat tak ramai orang sikit. Alif ada benda nak cakap dengan Aten."
Fatin terus bersetuju. Langkah Alif dituruti.
Mereka berdua terus ke kawasan yang sedikit lengang dari laluan orang ramai.
••
FATIN bengang. Mahu dicekik si Murad sampai lunyai. Sengaja Murad usulkan namanya pada Cikgu Asma untuk bantu kemas bilik SPBT hari ini. Padahal batang hidung si Murad tak muncul-muncul juga. Akhirnya dia seorang diri yang perlu kemaskini segala buku yang baru sampai tempoh hari.
"Cikgu! Cikgu nampak tak perangai si Murad ni? Dia tu cakap je lebih. Last-last Aten juga kena buat semua ni seorang!" rungutnya.
Cikgu Asma hanya ketawa. Cermin matanya dibetul-betulkan.
"Nak buat macam mana, Aten… Itulah perangai budak lelaki. Asal dapat peluang, dia lolos dulu."
"Amboi kau… Kalau dapat mengumpat aku, kau nombor satu ek!"
Fatin mengejek. Murad yang baru sampai itu terus menyangkut air milo ais yang baru dibeli tadi pada paku di dinding.
"Kalau kau tak melencong, aku tak mengumpat," balas Fatin.
Dia ke tepi sedikit bila Murad mahu duduk di sebelah. Tempat dahlah sempit, Murad menyibuk pula di sini.
"Kau pergilah setel buku yang bertimbun dekat sana."
"Kalau aku boleh buat, dah lama aku buat. Masalahnya, kalau semua buku kita buka … buku-buku lama ni nanti nak campak mana pula? Organize lah satu-satu."
Fatin terdiam. Ada betul pula apa yang si Murad kata.
"Lain kali pakai otak."
"Otak kau tu boleh pakai sangat ke? Komik jepun 18+!" lantang suara Fatin.
Terus Murad tekup mulutnya sekuat mungkin. Mata melihat Cikgu Asma melalui celahan buku-buku yang bersusun. Entah sejak bila pula Cikgu Asma keluar, tiba-tiba dah hilang.
Murad menghela nafas lega.
"Kau ni… Kalau Cikgu Asma dengar, siap kau!"
Fatin jelir lidah. Sikit pun dia tidak takut.
Selesai cop dan tulis kod-kod buku, Fatin turunkan buku-buku lama dan ganti dengan buku-buku baru. Segala buku yang sudah tidak lagi digunakan dalam silibus baru, dia ikat dan dikumpul di satu tempat.
Murad perhati Fatin terus. Dia bangun dan dekat Fatin yang sedang menyusun buku di rak.
Tangan melingkar ke pinggang gadis itu. Bahu Fatin yang terhinjut kerana terkejut itu buatkan Murad eratkan lagi pelukannya. Dagu dijatuhkan ke bahu.
"Ka— kau buat apa ni? Lepaslah!" bisiknya dengan nada marah. Tubuh Fatin bergerak-gerak minta dilepaskan.
"Sekejaplah... Jangan bergerak. Nanti lain yang jadi. Aku nak peluk sikit pun kau marah."
"Kepala otak kau! Lepaslah!"
Tangan Murad direntap kasar. Meremang bulu romanya bila suara Murad tidak seperti kebiasaan.
"Kau ni dah gila ke?"
Murad senyum senget.
"Kenapa? Dengan Aliff, boleh je. Apasal dengan aku tak boleh?"
"Kau mengarut apa ni, Murad. Aku dengan Aliff pegang tangan pun tak pernah!" Tubuh dipeluk. Masih terasa seram sejuk dek kerana pelukan Murad tadi.
Murad mungkin dah benar-benar gila dek kerana penangan komik jepun rated 18+!
Murad duduk kembali ke bangku kecil. Sedikit pun tiada rasa bersalah.
"Kau jangan ingat kau boleh layan aku macam komik jepun rated 18+ kau!" Fatin masih menjauh.
"Dahlah! Aku tak buat apa dah!" Jeling Murad.
Fatin masih terpacak di tempat yang sama. Memang dia tak mahu lagi duduk dekat dengan Murad. Selama-lamanya!
"Kau nak terpacak dekat situ sampai bila? Kau ingat buku-buku ni boleh susun diri sendiri atas rak?"
Fatin pandang ke arah lain. Murad serabut. Salah dia kerana tidak mengawal diri. Dia remaja yang sedang berada di fasa kemuncak.
"Sorry, okay? Aku sensitif sejak akhir-akhir ni." Murad mengalah. Tiada gunanya juga dia meninggikan ego walhal memang salah dia.
"Sensitif? Sensitif macam mana? Macam perempuan?" Fatin masih di tempat yang sama. Kali ini dia menyilang tangan sambil bersandar pada rak buku.
"Macam period?" soal Fatin lagi bila Murad buat tak peduli.
"Atau jiwa kau sensitif? Feminin? Kau ni berjiwa lembut ke?"
"Hoi! Agak-agaklah! Keras macam ni kau panggil feminin? Ada lah! Perempuan mana faham."
Fatin mendengus kuat. Pantang bila Murad membeza-bezakan kesusahan lelaki dan perempuan.
"Jadi, buatlah aku faham!"
Kening Murad terjungkit. Tangan yang dari tadi gigih menulis kod di kulit belakang buku itu terus berhenti. Fatin dirapati dengan senyuman jahat tidak lekang dari bibir.
"Kau serius? Jangan lari pula…."
Kelat air liur Fatin rasa sekarang ini. Walaupun dia kurang mengerti, tetapi entah kenapa dia rasa dia tak perlu mengerti hal yang Murad cuba beritahu.
"Err… Kalau kau tak nak beritahu pun tak apa." Fatin cuba lolos. Tapi tangan Murad lagi laju.
Sekejap sahaja Fatin sudah terperangkap diantara dua lengan Murad.
"Kau tahu apa kau boleh buat pada aku atau lelaki lain dengan pemakaian kau yang ketat begini? Tudung pendek sampai nampak segala lekuk-lekuk yang kalau kau tahu apa akibatnya, kau akan takut nak buka aurat pun."
Fatin geleng dan angguk. Mungkin dia boleh buat lelaki jatuh hati?
"Kau boleh buat aku rasa nak jadi binatang yang terkam saja apa depan mata."
Meremang bulu roma Fatin mendengar nada suara Murad yang semakin perlahan namun agak keras. Penumbuk digenggam. Bersiap sedia mahu menyerang kalau Murad apa-apakan dia.
Murad senyum. Mata terperasan tangan Fatin.
"Jaga diri baik-baik. Buat masa ini, jangan dekat dengan aku. Aku pun tak akan dekat dengan kau lagi." Murad jarakkan diri. Tangan yang diturunkan lalu kembali menyambung kerjanya yang tertangguh.
Fatin terpinga-pinga. Dia masih kurang faham. Sejak bila Murad tak pandai beri penjelasan ni?
"Apa pun, aku tak suka apa kau buat tadi! Sekali lagi kau buat, aku akan jerit kuat-kuat."
"Yalah! Yalah!"
WAJAH dia belek di dalam cermin sambil menanti Raihan sudah mandi. Tuala yang dililit menutupi tubuh Fatin betul-betulkan. Bilik asrama mereka berdepan dengan bilik air. Memang kegemaran dia dan Raihan mandi lewat malam. Tak perlu mahu berebut-rebut dengan pelajar lain."Raihan.""Erm…""Kau boleh tolong cover aku tak malam ni?"Raihan yang baru keluar dari bilik air dengan rambut disanggul menggunakan tuala itu memandang Fatin kehairanan."Kau nak ke mana? Nanti warden tanya, aku nak jawab apa?"Fatin tersengih. Berbisik kepada Raihan.
USTAZ Amiruddin mengurut pelipis. Panggilan yang baru dimatikan tadi buat dia risau. Fatin dan Murad yang ditangkap berkhalwat dalam bilik darjah itu cukup untuk buat Ustaz Amiruddin sakit kepala seminggu."Apa kamu dah buat ni, Murad? Kamu tahu tak kamu SPM tahun ini. Kamu nak rosakkan masa depan sendiri?"Murad menunduk. Langsung tiada niat mahu bersuara."Kami tak buat apa-apa pun, Ustaz! Percayalah! Saya dengan Murad ni tak ada apa-apa. Kebetulan kami dekat situ!" ujar Fatin sedikit mendesak.Ustaz Amiruddin langsung tidak peduli apa yang Fatin kata. Dia lebih risaukan Murad. Ini bukan perkara kecil. Murad harapan sekolah.Fatin disebelah Murad itu dipandang. Gadis ini yang selalu masuk ke bilik kau
SUDAH seminggu berlalu sejak kejadian dia dan Murad ditangkap berduaan di dalam kelas. Sejak hari itu juga Fatin langsung tak nampak kelibat Murad walaupun ketika sesi perhimpunan.Selalunya Murad yang akan mengetuai perhimpunan, dan segala macam acara harian. Tapi, sejak minggu lepas semuanya diambil alih oleh Taufik, Naib Ketua Pengawas.Buku di atas meja ditutup apabila Cikgu Najah mengizinkan mereka untuk bersurai dan turun ke kantin. Aqilah muncul di sebalik cermin tingkap sebelah Fatin."Astaga! Nasib aku tak ada sakit jantung," bebel Raihan. Fatin terus berpaling ke arah tingkap."Lambatnya Cikgu Najah lepaskan kau orang. Aku dah tunggu lama dah.""Macam tak biasa Cikgu Najah tu. Fatin, kau nak turun m
BALINGAN tepat mengena tingkap kaca yang terkunci rapat bertentangan dengan biliknya. Fatin mengomel-omel sendiri. Jangan kata Murad tiada di rumah pula…. Tinggal berapa ketul batu saja yang tinggal. Kalau Murad tak buka juga tingkapnya, Fatin akan rempuh saja bilik Murad tanpa notis! "Murad! Baik kau buka tingkap sebelum aku datang rumah kau!" Sepi. Balingan seterusnya lebih kuat. Biar pecah tingkap bilik lelaki itu pun tak mengapa. "Murad!" panggil Fatin lagi. Tangan Fatin berhenti bila bayang-bayang Murad berada di sebalik cermin gelap itu. Perlahan-lahan tingkap itu terbuka. Wajah Murad yang baru bangun tidur.
MURAD menggeliat sepuas hati. Tubuhnya dipusing ke kiri ke kanan, begitu juga dengan tengkuk sehingga berbunyi. Dari pagi sampai sudah masuk pukul 12 tengah hari Murad menghadap bahan bacaan. Sudah sepatutnya dia lebih tumpu kepada pembelajaran memandangkan lebih kurang sebulan lagi peperiksaan SPM akan bermula.Keputusan percubaan SPMnya sebelum ini cemerlang. Permohonan ke program-program matrikulasi dan asasi juga sudah dimohon. Akan tetapi, dia lebih berminat mahu berhijrah ke luar negara.Hujung pena ditekan dan menutup buku. Tuala mandi yang tadi dia ambil kerana mahu membersihkan tubuh tersadai sahaja di atas katil.Bunyi hon motor dari luar rumah mematikan langkah membantutkan langkah Murad. Kepala menjengah ke luar tingkap.Abang JnT menun
8 tahun kemudian….TELEFON di tangan direnung untuk kesekian kalinya. Haruman minyak wangi yang disembur tadi langsung tidak terbau dek hidungnya. Fikiran pula asyik-asyik teringatkan lelaki yang sama.Pipi ditampar-tampar perlahan. Cuba tumpu kepada kerjanya yang bertangguh. Kamera yang terpasang itu Fatin betulkan sudutnya."Kau tak mula lagi. Haish!" sergah Nazirah yang baru masuk."Aku baru nak mula.""Kalau kau lambat sangat rakam, bilanya aku nak mula edit. Kau mudahkan kerja aku, dan aku mudahkan kerja ka
PULANG dari pasar pagi, tubuh terus dihempas ke atas katil. Rambut yang berikat ekor kuda dilepaskan dari ikatan. Hanya berbaju spageti strip juga seluar pendek separas peha.Keropok ikan yang diborong dari pasar bersama ibu tadi dikoyakkan paketnya. Sudah lama Fatin tak rasa keenakan keropok ikan yang dulunya menjadi kegemaran utama pelajar satu sekolah.Mata tanpa sedar memandang balkoni bilik bertentangan dengan biliknya. Kaki ditendang-tendang ke udara."Murad…." Tanpa sedar bibirnya menyebut nama lelaki itu.Sudah lama Murad tak pulang. Mungkin lelaki itu ada pulang ke rumah tetapi tidak sempat bertentang mata dengan Fatin. Manalah Fatin tahu. Tapi, dia rindu. Entah di mana Murad berada sekarang.
"NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.
NAZIRAH menekan butang lif naik ke kondo milik Fatin. Beg-beg kertas penuh tergantung di tangan. Semuanya produk-produk yang Fatin perlu promosikan di sosial media nanti.Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan. Nazirah melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.Nasib tiada orang. Cepat sikit dia sampai ke tingkat 17 nanti. Kenapalah dalam banyak-banyak tingkat, tingkat 17 juga yang Fatin pilih? Haih…."Eh, Cik! Cik! Tolong tahan pintu!"Nazirah terkejut. Cepat-cepat dia tahan pintu lif dari tertutup. Mata memandang ke luar, menanti empunya suara yang meminta dia untuk menahan pintu tadi masuk."Sor
BEG baju kepunyaan Fatin dimasukkan ke dalam but kereta. Mama, Athif dan Ayah Faizal yang berdiri di depan pagar langsung tidak dilayan. Dia lagi sanggup berbual dengan mak ayah Fatin berbanding mama dan bapak tiri sendiri.“Dah siap?” soal Murad. Sempat lagi Fatin berswafoto sekeluarga.“Murad, tolong tangkapkan gambar aku?” Fatin menghulur telefon di tangan.Murad mengeluh. Tangannya sambut juga telefon Fatin.“Cantik-cantik tau!”“Dah macam pergi melancong pula. Padahal balik rumah mak sendiri aje,” omel Murad.Pendengaran Fatin yang tajam itu cekap menangkap butir bicara lelaki itu. Memuncung bibirnya mencebik.
BOTOL air di rak pinggan diambil dan dipenuhkan dengan air kosong. Rambut hadapan terjuntai ke depan. Murad tolak dengan jari ke belakang semula. Hatinya senang pagi ini.Jam di pergelangan dikerling sekali. Ada masa 5 minit lagi. Ah, 5 minit dekat jam dia. Dia pasti dekat jam Fatin, lagi 15 minit. Gadis itu bukan sejenis yang menepati masa pun.“Murad nak keluar jogging? Nak Mama siapkan sarapan untuk Murad?” sapa Puan Saleha dari belakang. Wanita itu masih bertelekung.“Tak payah. Murad makan dekat luar aje,” balas Murad ala kadar. Air dalam botol disisip sedikit.“Makanlah dekat rumah. Mama masak banyak.”
“AKU suka perempuan yang bodoh sikit dari aku.”“Dan aku suka kalau dia tahu jaga hati aku.”“Lagi satu, aku nak dia tahan dengan kerenah aku.”“Oh! Lagi… Kalau dia pandai masak, itu kira plus point lah! Yang itu aku tak kisah sangat. Kau tahu-tahu ajelah. Aku ni cerewet makan. Tapi manalah tahu ada calon yang pandai masak. Kalau dia pandai masak, suruhlah dia belajar masak makanan kegemaran aku.”Bahu Murad ditolak kuat. Menyampah betul dia dengar kemahuan Murad. Memang padanlah Murad denga
PUTUNG rokok disedut dalam-dalam. Punggungnya beralih ke bangku sebelah. Setiap kali tempat duduknya hangat, dia beralih tempat duduk. Ini sudah masuk kali ketiga.Bayang Fatin langsung tak kelihatan di dalam kedai. Gila shopping betul ni!Riak Murad membengis bila terpandang Fatin yang baru keluar dari kedai berjenama BO.Kakinya baru mahu melangkah mendapatkan Fatin, tiba-tiba gadis itu dikelilingi 2 lelaki muda. Makin meluat Murad tengok. Fatin boleh pula terkulat-kulat di sana!"Ada masalah apa dengan bini abang, dik?" soal Murad. Anak mata menjunam memandang dua lelaki yang sedikit rendah darinya. Putung rokok di celah jari itu digenggam kuat."Err… Isteri abang ke? Maaf, bang. Kami ingat bujang t
"APA kau buat dalam bilik aku?" Fatin mendengus kuat. Dia yang sudah sedia penat, terasa lagi penat bila nampak Murad enak bersantai sambil baca komik atas katil dia. Siap bersilang kaki lagi…. "Ha? Lambatnya kau sampai. Aku dah tidur dan dah bangun dah." Murad mengelih ke arah Fatin sesaat. Gadis itu nampak penat. Kalau dia tahu Fatin pulang naik bas, awal-awal dia dah tawar servis pemandu tak bergaji kepada Fatin. "Kau ni… Tepilah! Aku pun nak rehat!" Beg dicampak sesuka hati. Tubuh Murad dipukul-pukul supaya lelaki itu bangun. "Sab
"NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.
"NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.
PULANG dari pasar pagi, tubuh terus dihempas ke atas katil. Rambut yang berikat ekor kuda dilepaskan dari ikatan. Hanya berbaju spageti strip juga seluar pendek separas peha.Keropok ikan yang diborong dari pasar bersama ibu tadi dikoyakkan paketnya. Sudah lama Fatin tak rasa keenakan keropok ikan yang dulunya menjadi kegemaran utama pelajar satu sekolah.Mata tanpa sedar memandang balkoni bilik bertentangan dengan biliknya. Kaki ditendang-tendang ke udara."Murad…." Tanpa sedar bibirnya menyebut nama lelaki itu.Sudah lama Murad tak pulang. Mungkin lelaki itu ada pulang ke rumah tetapi tidak sempat bertentang mata dengan Fatin. Manalah Fatin tahu. Tapi, dia rindu. Entah di mana Murad berada sekarang.