"KAU MAKAN ELOK-ELOK SIKIT BOLEH TAK?"
Fatin berhenti mengunyah. Murad yang baru balik dari tandas itu Fatin renung.
"Eh, kejap! Kau dah cuci tangan ke belum?"
"Dah! Takkanlah aku tak cuci tangan pula lepas keluar tandas."
Mata Fatin mengecil.
"Betullah!" marah Murad.
Baru Murad mahu capai sepotong pizza, tangan Fatin lebih cepat lagi menahan. Fatin letak pizzanya ke dalam pinggan dan membawa keluar tisu basah yang selalu dibawa kemana-mana.
"Nah! Cuci tangan kau depan mata aku. Aku tak percaya!"
Murad ketap gigi. Disambut kasar huluran Fatin. Tangan digosok kasar dengan tisu dan tisu yang sudah diguna itu dibaling ke muka Fatin.
"Dah! Puas hati?"
Fatin angguk. Dia ambilkan Murad pizza.
Murad makan dengan lahap. Cara dia meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Fatin yang terlebih menjaga kebersihan.
Fatin senyum keanakan. Lesung pipitnya kedua belah mendalam. Kunyahan semakin laju. Tak sia-sia dia bergaduh dengan Murad semasa mahu pesan pizza. Dapat juga dia penuhkan meja mereka dengan kegemarannya.
"Aku order spageti. Untuk kau satu, aku satu."
Murad berhenti mengunyah. Air liur ditelan sambil pandang Fatin atas bawah. Badan kecil tapi pelahap!
"Berapa banyak kau nak melantak?"
"Sampai duit kau habis. Aku order Aglio Olio untuk kau, aku punya Bolognese."
Kali ini Murad sudah jatuhkan pizzanya ke pinggan semula. Tubuh dipusing menghadap Fatin dengan riak tak puas hati.
"Aku tak suka Aglio Olio tu! Aku nak yang lain!"
Fatin kesat tangan yang penuh dengan habuk pizza menggunakan tisu sebelum dia juga pusingkan tubuhnya menghadap Murad.
"Itulah sebabnya. Aku suka Aglio Olio dan aku suka Bolognese juga. Aku tak boleh pilih. Jadi, kalau kau ambil Aglio Olio, bolehlah aku makan dua-dua," ujar Fatin dengan nada tenang. Lagi satu pizza ditarik dan disuap ke mulut.
Murad pasrah. Sikit lagi dia mahu pelangkung kepala Fatin. Tapi dia tahu, kalau dia pelangkung kepala si Fatin ni pun Fatin tak akan ubah keputusannya. Minah ni buat sesuka hatinya tanpa pedulikan perasaan orang lain.
Paling teruk, kalau dia pukul Fatin di sini nanti dia pula yang akan di cop kaki pukul. Sedangkan dia yang sedang didera sekarang ini.
"Kau makan sampai habis!" tegas Murad. Walaupun dia tahu Fatin tak akan makan sampai habis!
Fatin buat tak tahu. Senyum sahaja sepanjang masa. Beberapa orang pelajar sekolah mereka juga ada di situ. Ini semua mesti sebab mereka nampak dia dan Murad menyeberang jalan tadi. Habis semua pelajar pun nak melencong juga macam dia orang.
Murad meletak sesuatu di depan Fatin membuatkan Fatin tersedar dari lamunan.
Terpinga-pinga. Murad yang asyik mengunyah pizza itu dipandang.
"Ambillah! Aku bagi kau. Hadiah," ujar Murad ringkas bila Fatin pandang dia macam mahu telan.
Kening Fatin terjungkit sebelah. Pingat berwarna emas itu dan wajah Murad dipandang bersilih ganti.
Murad mengherot senyum. Lucu melihat wajah Fatin yang jelas tidak faham akan tindakannya.
"Kau tak pernah dapat pingat, kan? Kau bukan aktif pun. Aku bagi satu dekat kau supaya kau tak rasa kau paling corot sangat," usik Murad. Ketawanya ditahan.
"Tak apalah. Aku tak sudi kalau setakat kau nak berlagak dengan aku."
"Aku guraulah. Aku betul-betul ikhlas bagi kau ni. Ambillah! Buat hiasan. Aku ada banyak dekat rumah. Tak luak pun kalau bagi satu dekat kau."
Fatin senyum simpul. Memang dia teringin mahu sangkut satu pingat emas di dalam bilik. Dia memang tak aktif bersukan pun. Lupa terus pada pizza depan mata.
"Apa bayarannya? Kau nak aku buat apa bila kau bagi aku pingat ni? Kau ni mesti ada udang disebalik batu…." Fatin curiga.
Fatin bukan tak tahu yang Murad sangat bangga dengan pencapaian kokurikulumnya. Murad memang suka tayang koleksi pingat-pingat sukannya dan dia paling tak suka orang sentuh pingat-pingatnya itu.
"Saja. Buat kenang-kenangan. Tahun ni tahun akhir aku. Lepas ini susah kau nak jumpa aku lagi tau! Lagi-lagi kalau aku belajar jauh dan dah ada girlfriend!" Perkataan 'girlfriend' Murad kuatkan bunyinya.
Fatin mencebik. "Kalau ada orang sudi nak bercinta dengan kau, akulah orang paling happy. Tapi, sanggup ke dia orang terima hobi komik jepun 18+ kau?"
"Weh! Kau ni… Semua lelaki ada koleksi macam tu."
"Bukan Alif aku."
Murad berdecit. Menyampah betul dia tengok Fatin memenangkan Aliff tidak sudah-sudah.
"Lepas SPM, kau nak sambung mana?" soal Fatin. Pingat pemberian Murad itu dibelek-belek dan disarung ke leher.
"Aku tak rancang lagi. Aku follow the flow saja kut. Aku…."
Fatin angkat wajah bila kata-kata Murad terhenti.
"Aku apa?" soalnya. Wajah Murad dipandang. Meminta lelaki itu meneruskan kata-kata.
"Tak ada apalah! Kau lepas PMR ni jangan main-main lagi. Belajar betul-betul!"
"Tahulah!"
Murad geleng. Air coke di dalam gelas disedut sampai tinggal separuh. Fatin dipandang lama. Gadis itu leka benar bergambar dengan pingat disangkut ke leher. Entah apa yang istimewa sangat pingat yang cuma disaluti pewarna emas itu.
"Apa pun, kau jangan mudah percaya sangat pada lelaki. Lagi-lagi si Aliff tu. Belajar je! Jangan sibuk cari boyfriend."
"Kau memang tak ada benda lain nak cakap selain membebel ke?"
"Mestilah aku membebel. Kau tu suka buat sesuatu tak pakai otak."
"Cakap orang… Daripada kau bebel aku, apa kata kau pergi cari girlfriend untuk dibebel. Berlambak yang nak cuba nasib."
Murad diam.
Bila tiada balasan dari Murad seperti yang selalunya, Fatin terus pandang lelaki itu. Pelik. Selalunya Murad suka sangat bertikam lidah dengannya.
"Buat apa aku nak cari girlfriend? Kan dah ada kau untuk dibebel."
Cis! Tak guna punya Murad.
"Lupa nak tanya… Mama dengan Papa kau sihat? Lama aku tak jumpa dia orang. Malulah nak merempat dekat rumah kau macam masa kecil-kecil dulu. Aku perempuan dah sekarang ni… Tak manis kalau datang rumah lelaki."
Murad sedikit melopong. Macam tak percaya apa yang baru dia dengar.
"Aku rasa lagi tak manis kalau kau kejar si Aliff tu ke sana ke mari. Mama dengan Papa aku sihat aje. Datang ajelah bila-bila kau nak.
Alang-alang kau datang nanti, kalau aku dah pergi sambung belajar … kau tolonglah gilap-gilapkan pingat dan piala aku tu, ya? Kemaskan bilik aku ke supaya tak berhabuk…."
"Banyak cantik muka kau! Bayarlah! Aku bukan orang gaji kau ya, Murad…."
Murad mengekek ketawa. Belakang tangan menutup mulut.
"Kau bukan orang gaji aku, saudari. Tapi, kau juga orang yang berkongsi bilik tu dengan aku."
"Apahal pulak?"
Murad merehatkan siku ke atas meja. Dagu dipangku oleh tapak tangan seraya memandang ke arah Fatin.
"Kau tak ingat? Harta pusaka yang kau simpan dalam bilik aku?"
Mulut becok Fatin terus terdiam. Laju kepalanya mengingat semula harta karun yang pernah dia letak dalam bilik Murad.
Murad beriak mengejek. Jari dinaikkan satu per satu.
"Surat-surat cinta kau, anak patung kau, novel-novel cinta kau, komik, kertas peperiksaan kau dan segala macam khazanah tak berguna yang kau tak nak buang tapi tak nak simpan sendiri."
Fatin menggigit bibir.
"Kau ingat aku tak tahu? Sepanjang aku duduk asrama, kau campak segala barang-barang kau dalam almari aku? Kalau kau tak mahu aku hantar semua barang-barang kau ke rumah kau dan ke bilik kau yang tak serupa bilik tu, tolong kemaskan bilik aku sekali-sekala ya, Sayang…."
Fatin akur. Kalau Murad dah cakap, mesti dia buat betul-betul. Bilik Fatin sendiri dah terlalu banyak barang. Tapi dia sayang mahu buang segala koleksi patung-patungnya dari kecil itu. Masih bagus lagi kondisinya. Sebab itu dia letak sekejap dalam bilik Murad. Tak sangka pula dah jadi bertahun-tahun barang-barang itu di sana.
"Kau janganlah belajar jauh-jauh ek…?"
"Apasal? Nanti kau rindu aku?"
"Haah. Nanti tak ada siapalah nak gaduh dengan aku. Kalau kau belajar jauh, nanti kalau kau kena buli … aku tak dapat tolong tau!"
Siku Murad naik tinggi. Mahu diacah siku itu ke muka Fatin. Dia kena buli? Coi!
"Berani ke orang nak buli aku?"
"Mestilah tak ada. Tengoklah siapa yang train kau dari kecik. Siapa lagi kalau bukan, aku!"
Murad tolak kepala Fatin. Mengarut!
Fatin tak latih dia pun. Tapi sebab mereka berdua macam anjing dengan kucing, pukul memukul ini sudah jadi rutin harian. Masa kecil dulu mereka selalu layan rancangan WWE. Hasilnya, apa yang mereka tonton mereka praktikkan sesama sendiri. Fatin pukul Murad, Murad pukul Fatin.
"Dari kecik, aku yang selalu menang. Kau cembeng!" ejek Murad. Siap memimik semula gaya Fatin menangis mencari ibunya setiap kali dia kalah bertarung dengan Murad.
Fatin pantas menarik rambut Murad. Geram! Murad suka benar mengingatkan dia pada perkara memalukan itu!
"Pastikan kau tak lupa aku, tau!"
"Mana aku boleh lupa. Budak cembeng!"
SELESAI perhimpunan waktu pagi, para pelajar berpusu-pusu naik ke kelas masing-masing. Fatin tidak terkecuali. Ada sebab kenapa mereka semua berlari naik ke kelas. Ini semua kerana semalam ada mesyuarat PIBG. Dan kerusi kelas mereka selalu menjadi kegunaan dewan. Siapa yang cepat, bolehlah mereka rebut kerus yang berbaki di mana-mana kelas daripada harus menapak ke dewan untuk memungut kerusi masing-masing.Kain kurung berwarna biru itu Fatin angkat tinggi dan melangkah dua anak tangga untuk segera sampai ke tingkat kelas mereka. Raihan dan Aqilah pula sudah tersepit di dalam kesesakan di belakang."Aten! Selamatkan kerusi untuk aku juga!""Aku pun!"Fatin angkat ibu jari. Lincah dia menepis dan menyelit di sebalik para pelajar yang juga berpusu-pusu nai
WAJAH dia belek di dalam cermin sambil menanti Raihan sudah mandi. Tuala yang dililit menutupi tubuh Fatin betul-betulkan. Bilik asrama mereka berdepan dengan bilik air. Memang kegemaran dia dan Raihan mandi lewat malam. Tak perlu mahu berebut-rebut dengan pelajar lain."Raihan.""Erm…""Kau boleh tolong cover aku tak malam ni?"Raihan yang baru keluar dari bilik air dengan rambut disanggul menggunakan tuala itu memandang Fatin kehairanan."Kau nak ke mana? Nanti warden tanya, aku nak jawab apa?"Fatin tersengih. Berbisik kepada Raihan.
USTAZ Amiruddin mengurut pelipis. Panggilan yang baru dimatikan tadi buat dia risau. Fatin dan Murad yang ditangkap berkhalwat dalam bilik darjah itu cukup untuk buat Ustaz Amiruddin sakit kepala seminggu."Apa kamu dah buat ni, Murad? Kamu tahu tak kamu SPM tahun ini. Kamu nak rosakkan masa depan sendiri?"Murad menunduk. Langsung tiada niat mahu bersuara."Kami tak buat apa-apa pun, Ustaz! Percayalah! Saya dengan Murad ni tak ada apa-apa. Kebetulan kami dekat situ!" ujar Fatin sedikit mendesak.Ustaz Amiruddin langsung tidak peduli apa yang Fatin kata. Dia lebih risaukan Murad. Ini bukan perkara kecil. Murad harapan sekolah.Fatin disebelah Murad itu dipandang. Gadis ini yang selalu masuk ke bilik kau
SUDAH seminggu berlalu sejak kejadian dia dan Murad ditangkap berduaan di dalam kelas. Sejak hari itu juga Fatin langsung tak nampak kelibat Murad walaupun ketika sesi perhimpunan.Selalunya Murad yang akan mengetuai perhimpunan, dan segala macam acara harian. Tapi, sejak minggu lepas semuanya diambil alih oleh Taufik, Naib Ketua Pengawas.Buku di atas meja ditutup apabila Cikgu Najah mengizinkan mereka untuk bersurai dan turun ke kantin. Aqilah muncul di sebalik cermin tingkap sebelah Fatin."Astaga! Nasib aku tak ada sakit jantung," bebel Raihan. Fatin terus berpaling ke arah tingkap."Lambatnya Cikgu Najah lepaskan kau orang. Aku dah tunggu lama dah.""Macam tak biasa Cikgu Najah tu. Fatin, kau nak turun m
BALINGAN tepat mengena tingkap kaca yang terkunci rapat bertentangan dengan biliknya. Fatin mengomel-omel sendiri. Jangan kata Murad tiada di rumah pula…. Tinggal berapa ketul batu saja yang tinggal. Kalau Murad tak buka juga tingkapnya, Fatin akan rempuh saja bilik Murad tanpa notis! "Murad! Baik kau buka tingkap sebelum aku datang rumah kau!" Sepi. Balingan seterusnya lebih kuat. Biar pecah tingkap bilik lelaki itu pun tak mengapa. "Murad!" panggil Fatin lagi. Tangan Fatin berhenti bila bayang-bayang Murad berada di sebalik cermin gelap itu. Perlahan-lahan tingkap itu terbuka. Wajah Murad yang baru bangun tidur.
MURAD menggeliat sepuas hati. Tubuhnya dipusing ke kiri ke kanan, begitu juga dengan tengkuk sehingga berbunyi. Dari pagi sampai sudah masuk pukul 12 tengah hari Murad menghadap bahan bacaan. Sudah sepatutnya dia lebih tumpu kepada pembelajaran memandangkan lebih kurang sebulan lagi peperiksaan SPM akan bermula.Keputusan percubaan SPMnya sebelum ini cemerlang. Permohonan ke program-program matrikulasi dan asasi juga sudah dimohon. Akan tetapi, dia lebih berminat mahu berhijrah ke luar negara.Hujung pena ditekan dan menutup buku. Tuala mandi yang tadi dia ambil kerana mahu membersihkan tubuh tersadai sahaja di atas katil.Bunyi hon motor dari luar rumah mematikan langkah membantutkan langkah Murad. Kepala menjengah ke luar tingkap.Abang JnT menun
8 tahun kemudian….TELEFON di tangan direnung untuk kesekian kalinya. Haruman minyak wangi yang disembur tadi langsung tidak terbau dek hidungnya. Fikiran pula asyik-asyik teringatkan lelaki yang sama.Pipi ditampar-tampar perlahan. Cuba tumpu kepada kerjanya yang bertangguh. Kamera yang terpasang itu Fatin betulkan sudutnya."Kau tak mula lagi. Haish!" sergah Nazirah yang baru masuk."Aku baru nak mula.""Kalau kau lambat sangat rakam, bilanya aku nak mula edit. Kau mudahkan kerja aku, dan aku mudahkan kerja ka
PULANG dari pasar pagi, tubuh terus dihempas ke atas katil. Rambut yang berikat ekor kuda dilepaskan dari ikatan. Hanya berbaju spageti strip juga seluar pendek separas peha.Keropok ikan yang diborong dari pasar bersama ibu tadi dikoyakkan paketnya. Sudah lama Fatin tak rasa keenakan keropok ikan yang dulunya menjadi kegemaran utama pelajar satu sekolah.Mata tanpa sedar memandang balkoni bilik bertentangan dengan biliknya. Kaki ditendang-tendang ke udara."Murad…." Tanpa sedar bibirnya menyebut nama lelaki itu.Sudah lama Murad tak pulang. Mungkin lelaki itu ada pulang ke rumah tetapi tidak sempat bertentang mata dengan Fatin. Manalah Fatin tahu. Tapi, dia rindu. Entah di mana Murad berada sekarang.
NAZIRAH menekan butang lif naik ke kondo milik Fatin. Beg-beg kertas penuh tergantung di tangan. Semuanya produk-produk yang Fatin perlu promosikan di sosial media nanti.Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan. Nazirah melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.Nasib tiada orang. Cepat sikit dia sampai ke tingkat 17 nanti. Kenapalah dalam banyak-banyak tingkat, tingkat 17 juga yang Fatin pilih? Haih…."Eh, Cik! Cik! Tolong tahan pintu!"Nazirah terkejut. Cepat-cepat dia tahan pintu lif dari tertutup. Mata memandang ke luar, menanti empunya suara yang meminta dia untuk menahan pintu tadi masuk."Sor
BEG baju kepunyaan Fatin dimasukkan ke dalam but kereta. Mama, Athif dan Ayah Faizal yang berdiri di depan pagar langsung tidak dilayan. Dia lagi sanggup berbual dengan mak ayah Fatin berbanding mama dan bapak tiri sendiri.“Dah siap?” soal Murad. Sempat lagi Fatin berswafoto sekeluarga.“Murad, tolong tangkapkan gambar aku?” Fatin menghulur telefon di tangan.Murad mengeluh. Tangannya sambut juga telefon Fatin.“Cantik-cantik tau!”“Dah macam pergi melancong pula. Padahal balik rumah mak sendiri aje,” omel Murad.Pendengaran Fatin yang tajam itu cekap menangkap butir bicara lelaki itu. Memuncung bibirnya mencebik.
BOTOL air di rak pinggan diambil dan dipenuhkan dengan air kosong. Rambut hadapan terjuntai ke depan. Murad tolak dengan jari ke belakang semula. Hatinya senang pagi ini.Jam di pergelangan dikerling sekali. Ada masa 5 minit lagi. Ah, 5 minit dekat jam dia. Dia pasti dekat jam Fatin, lagi 15 minit. Gadis itu bukan sejenis yang menepati masa pun.“Murad nak keluar jogging? Nak Mama siapkan sarapan untuk Murad?” sapa Puan Saleha dari belakang. Wanita itu masih bertelekung.“Tak payah. Murad makan dekat luar aje,” balas Murad ala kadar. Air dalam botol disisip sedikit.“Makanlah dekat rumah. Mama masak banyak.”
“AKU suka perempuan yang bodoh sikit dari aku.”“Dan aku suka kalau dia tahu jaga hati aku.”“Lagi satu, aku nak dia tahan dengan kerenah aku.”“Oh! Lagi… Kalau dia pandai masak, itu kira plus point lah! Yang itu aku tak kisah sangat. Kau tahu-tahu ajelah. Aku ni cerewet makan. Tapi manalah tahu ada calon yang pandai masak. Kalau dia pandai masak, suruhlah dia belajar masak makanan kegemaran aku.”Bahu Murad ditolak kuat. Menyampah betul dia dengar kemahuan Murad. Memang padanlah Murad denga
PUTUNG rokok disedut dalam-dalam. Punggungnya beralih ke bangku sebelah. Setiap kali tempat duduknya hangat, dia beralih tempat duduk. Ini sudah masuk kali ketiga.Bayang Fatin langsung tak kelihatan di dalam kedai. Gila shopping betul ni!Riak Murad membengis bila terpandang Fatin yang baru keluar dari kedai berjenama BO.Kakinya baru mahu melangkah mendapatkan Fatin, tiba-tiba gadis itu dikelilingi 2 lelaki muda. Makin meluat Murad tengok. Fatin boleh pula terkulat-kulat di sana!"Ada masalah apa dengan bini abang, dik?" soal Murad. Anak mata menjunam memandang dua lelaki yang sedikit rendah darinya. Putung rokok di celah jari itu digenggam kuat."Err… Isteri abang ke? Maaf, bang. Kami ingat bujang t
"APA kau buat dalam bilik aku?" Fatin mendengus kuat. Dia yang sudah sedia penat, terasa lagi penat bila nampak Murad enak bersantai sambil baca komik atas katil dia. Siap bersilang kaki lagi…. "Ha? Lambatnya kau sampai. Aku dah tidur dan dah bangun dah." Murad mengelih ke arah Fatin sesaat. Gadis itu nampak penat. Kalau dia tahu Fatin pulang naik bas, awal-awal dia dah tawar servis pemandu tak bergaji kepada Fatin. "Kau ni… Tepilah! Aku pun nak rehat!" Beg dicampak sesuka hati. Tubuh Murad dipukul-pukul supaya lelaki itu bangun. "Sab
"NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.
"NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.
PULANG dari pasar pagi, tubuh terus dihempas ke atas katil. Rambut yang berikat ekor kuda dilepaskan dari ikatan. Hanya berbaju spageti strip juga seluar pendek separas peha.Keropok ikan yang diborong dari pasar bersama ibu tadi dikoyakkan paketnya. Sudah lama Fatin tak rasa keenakan keropok ikan yang dulunya menjadi kegemaran utama pelajar satu sekolah.Mata tanpa sedar memandang balkoni bilik bertentangan dengan biliknya. Kaki ditendang-tendang ke udara."Murad…." Tanpa sedar bibirnya menyebut nama lelaki itu.Sudah lama Murad tak pulang. Mungkin lelaki itu ada pulang ke rumah tetapi tidak sempat bertentang mata dengan Fatin. Manalah Fatin tahu. Tapi, dia rindu. Entah di mana Murad berada sekarang.