Chapter: BAB 19NAZIRAH menekan butang lif naik ke kondo milik Fatin. Beg-beg kertas penuh tergantung di tangan. Semuanya produk-produk yang Fatin perlu promosikan di sosial media nanti.Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan. Nazirah melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.Nasib tiada orang. Cepat sikit dia sampai ke tingkat 17 nanti. Kenapalah dalam banyak-banyak tingkat, tingkat 17 juga yang Fatin pilih? Haih…."Eh, Cik! Cik! Tolong tahan pintu!"Nazirah terkejut. Cepat-cepat dia tahan pintu lif dari tertutup. Mata memandang ke luar, menanti empunya suara yang meminta dia untuk menahan pintu tadi masuk."Sor
Last Updated: 2021-08-09
Chapter: BAB 18BEG baju kepunyaan Fatin dimasukkan ke dalam but kereta. Mama, Athif dan Ayah Faizal yang berdiri di depan pagar langsung tidak dilayan. Dia lagi sanggup berbual dengan mak ayah Fatin berbanding mama dan bapak tiri sendiri.“Dah siap?” soal Murad. Sempat lagi Fatin berswafoto sekeluarga.“Murad, tolong tangkapkan gambar aku?” Fatin menghulur telefon di tangan.Murad mengeluh. Tangannya sambut juga telefon Fatin.“Cantik-cantik tau!”“Dah macam pergi melancong pula. Padahal balik rumah mak sendiri aje,” omel Murad.Pendengaran Fatin yang tajam itu cekap menangkap butir bicara lelaki itu. Memuncung bibirnya mencebik.
Last Updated: 2021-08-04
Chapter: BAB 17BOTOL air di rak pinggan diambil dan dipenuhkan dengan air kosong. Rambut hadapan terjuntai ke depan. Murad tolak dengan jari ke belakang semula. Hatinya senang pagi ini.Jam di pergelangan dikerling sekali. Ada masa 5 minit lagi. Ah, 5 minit dekat jam dia. Dia pasti dekat jam Fatin, lagi 15 minit. Gadis itu bukan sejenis yang menepati masa pun.“Murad nak keluar jogging? Nak Mama siapkan sarapan untuk Murad?” sapa Puan Saleha dari belakang. Wanita itu masih bertelekung.“Tak payah. Murad makan dekat luar aje,” balas Murad ala kadar. Air dalam botol disisip sedikit.“Makanlah dekat rumah. Mama masak banyak.”
Last Updated: 2021-07-28
Chapter: BAB 16“AKU suka perempuan yang bodoh sikit dari aku.”“Dan aku suka kalau dia tahu jaga hati aku.”“Lagi satu, aku nak dia tahan dengan kerenah aku.”“Oh! Lagi… Kalau dia pandai masak, itu kira plus point lah! Yang itu aku tak kisah sangat. Kau tahu-tahu ajelah. Aku ni cerewet makan. Tapi manalah tahu ada calon yang pandai masak. Kalau dia pandai masak, suruhlah dia belajar masak makanan kegemaran aku.”Bahu Murad ditolak kuat. Menyampah betul dia dengar kemahuan Murad. Memang padanlah Murad denga
Last Updated: 2021-07-25
Chapter: BAB 15PUTUNG rokok disedut dalam-dalam. Punggungnya beralih ke bangku sebelah. Setiap kali tempat duduknya hangat, dia beralih tempat duduk. Ini sudah masuk kali ketiga.Bayang Fatin langsung tak kelihatan di dalam kedai. Gila shopping betul ni!Riak Murad membengis bila terpandang Fatin yang baru keluar dari kedai berjenama BO.Kakinya baru mahu melangkah mendapatkan Fatin, tiba-tiba gadis itu dikelilingi 2 lelaki muda. Makin meluat Murad tengok. Fatin boleh pula terkulat-kulat di sana!"Ada masalah apa dengan bini abang, dik?" soal Murad. Anak mata menjunam memandang dua lelaki yang sedikit rendah darinya. Putung rokok di celah jari itu digenggam kuat."Err… Isteri abang ke? Maaf, bang. Kami ingat bujang t
Last Updated: 2021-07-25
Chapter: BAB 14"APA kau buat dalam bilik aku?" Fatin mendengus kuat. Dia yang sudah sedia penat, terasa lagi penat bila nampak Murad enak bersantai sambil baca komik atas katil dia. Siap bersilang kaki lagi…. "Ha? Lambatnya kau sampai. Aku dah tidur dan dah bangun dah." Murad mengelih ke arah Fatin sesaat. Gadis itu nampak penat. Kalau dia tahu Fatin pulang naik bas, awal-awal dia dah tawar servis pemandu tak bergaji kepada Fatin. "Kau ni… Tepilah! Aku pun nak rehat!" Beg dicampak sesuka hati. Tubuh Murad dipukul-pukul supaya lelaki itu bangun. "Sab
Last Updated: 2021-07-25