Share

BAB 6

Author: McSyahira
last update Last Updated: 2021-07-10 19:46:40

WAJAH dia belek di dalam cermin sambil menanti Raihan sudah mandi. Tuala yang dililit menutupi tubuh Fatin betul-betulkan. Bilik asrama mereka berdepan dengan bilik air. Memang kegemaran dia dan Raihan mandi lewat malam. Tak perlu mahu berebut-rebut dengan pelajar lain.

"Raihan."

"Erm…"

"Kau boleh tolong cover aku tak malam ni?"

Raihan yang baru keluar dari bilik air dengan rambut disanggul menggunakan tuala itu memandang Fatin kehairanan. 

"Kau nak ke mana? Nanti warden tanya, aku nak jawab apa?"

Fatin tersengih. Berbisik kepada Raihan.

Mata Raihan terbuntang. Cepat-cepat dia menggeleng.

"Tak payahlah! Bahaya! Malam pula tu…."

"Sekejap je. Please…."

Raihan tak mahu. Dia betul-betul tak mahu tolong kali ini. Kalau kantoi, dengan dia sekali akan diheret ke balai kehakiman. Tidak!

"Kali ini aku tak boleh tolong. Aku nak terus tidur. Apa kau nak buat, aku tak ada kena-mengena."

"Ala, Raihan… Sampai hati kau."

"Memang! Jangan pergi tau! Dengar cakap aku kali ini! Aku tak mahu diseret sekali sebab kedegilan kau." Raihan menjegil tanda amaran kepada Fatin. 

Fatin memimik jegilan mata Raihan. Dipandang saja susuk itu berlalu masuk ke dalam bilik asrama mereka. Raihan terus menyarunh telekung dan solat isyak. Fatin pula masih di depan almari.

Ah, lantaklah! Inilah peluang satu-satunya! Baik dia berambus dulu sebelum Raihan selesai solat. Kalau tidak, becok mulut minah itu nanti. 

Usai menyarung pakaian, Fatin cepat-cepat keluar. Warden asrama selalunya akan keluar meronda bila lampu sudah ditutup.

Bibirnya menyeringai sebaik sudah melepasi pagar asrama. Fatin menuju ke arah bangunan kelas yang jauhnya tidak sampai beberapa ratus meter pun dari asrama. Lampu kantin asrama juga masih menyala. Budak-budak lelaki yang ramai melepak di situ.

Dia mendaki ke tingkat 3 dan menuju ke kelas ERT. Aliff janji mahu jumpa dia di situ untuk membincangkan hal mereka. Bangunan kelas kemahiran itu yang paling jarang sekali orang lalu-lalang. Selamat sikit.

Pintu berwarna biru ditolak. Lampu telefon pintar Fatin nyalakan dan menapak masuk ke dalam. Cahaya dari lampu jalan raya sedikit sebanyak membantu. Tidak berapa gelap.

"Aliff?" panggil Fatin tatkala terperasan susuk yang sedang duduk di atas sofa. Kelas ERT yang lengkap dengan set ruang tamu juga dapur bagi kegunaan ketika sesi pembelajaran.

Susuk itu terkejut dan terus berdiri. Fatin gelak kecil. Mungkin Aliff tak sangka yang dia datang.

"Aliff dah lama tunggu?"

"Kau buat apa dekat sini?"

Senyuman Fatin mati. Itu bukan suara Aliff. Kasar.

Susuk itu berjalan dan berhenti di kawasan yang terang.

"Murad? Kau buat apa dekat sini?"

"Aku yang patut tanya kau. Kau buat apa dekat sini?" Suara Murad tegas. Seakan sedang menahan kemarahan.

Fatin tak berani mahu jawab. Takut-takut kalau Murad melenting pula.

"Jawablah! Kau datang sini buat apa? Malam-malam buta begini!"

"Aku…. Aku saja—"

"Jangan nak tipu aku. Kau datang nak jumpa Aliff?" Kening Murad berkerut seribu. Nafas deras dan kasar.

Fatin menunduk. Dikerling Murad sekali bila Murad juga mendiamkan diri. Murad masih berbaju sekolah?

"Kau dari mana? Tak tukar baju lagi."

Murad serabaikan rambutnya. Dengusan kuat kedengaran. Kaki dilangkah menghampiri Fatin.

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Kenapa kau nak jumpa dia?"

"Dia ada benda nak bincang dengan aku." Tersekat-sekat nada Fatin menjawab.

"Bincang kepala otak kau! Malam-malam macam ini dia nak bincang apa? Aku tak fahamlah macam mana kau guna otak kau, Aten!"

Fatin berang. Tak ada ribut taufan, tiba-tiba sahaja si Murad nak marah-marah kenapa?

"Kau ni apasal? Tak boleh cakap elok-elok dah ke? Aku buat salah apa?"

Makin menggelegak darah Murad bila Fatin melawan kata-katanya dengan nada yang lebih tinggi.

Tangan Fatin dicengkam kuat.

"Salah kau adalah kau tak guna otak! Kau bodoh sangat ke, Aten? Kau tak faham ke kenapa dia ajak kau datang sini malam-malam begini?"

"Kenapa?" lantang Fatin. 

Murad bengang. Bodoh tak boleh diajar lagi ke Fatin ni?

Hatinya beristighfar. Dalam amarah, sempat dia ingatkan diri sendiri supaya tidak terlepas kawalan.

"Kau terdesak sangat ke mahukan si Alif tu? Dia terbaik sangat ke? Kau tak pernah terfikir apa dia akan buat kalau kau dengan dia berdua dekat sini?"

"Habis tu, kau tu buat apa berdua dengan aku dekat sini?"

"Jangan cabar aku, Aten. Aku tanya elok-elok, kau mengelak tak sudah-sudah. Kau nak sangat ke? Berbanding Aliff, aku boleh buat lagi baiklah!"

Cengkaman dikuatkan. Serentak itu Fatin mengaduh. Sakit. Murad tak pernah berlaku kasar begini padanya. 

Fatin ditolak ke dinding. Wajah Murad membengis.

"Jawab bila aku tanya."

"Kau ni kenapa? Aku tak buat apa-apa pun dengan dia!"

Murad tersenyum sinis. Satu-satu jawapan Fatin buat darahnya menggelegak.

Tubuh dirapatkan ke tubuh Fatin. Menahan gadis itu dari lolos. 

"Daripada aku bagi Alif yang rasmi, biar aku rasmi dulu." Murad dekatkan wajahnya. 

Bibir merah pucat Fatin menjadi sasarannya. Fatin terus berpaling ke tepi.

"Sakitlah, Murad! Lepaslah!"

"Baru kau tahu takut? Alif mungkin buat lebih teruk dari aku." Cengkaman pada tangan Fatin dilonggarkan. 

Bukan niatnya mahu melakukan perkara tidak senonoh pada Fatin, dia cuma mahu Fatin sedar. Mana ada lelaki yang akan menolak ikan depan mata! Mana ada lelaki yang suci seperti Fatin bayang. Semua lelaki sama. Dan Aliff yang paling Murad tak percaya.

"Aku dah kata banyak kali, jangan percaya pada Alif. Kau tetap tak dengar kata aku, kan?"

"Aku datang sini sebab nak bincang sajalah!"

"Bukan tengah malam, Aten! Kalau aku tak datang sini, entah apa kau dengan Aliff buat sekarang."

Fatin menggosok pergelangan tangan. Berombak deras nafasnya. Murad nak tuduh dia buat maksiat ke apa ni?

"Kau ingat aku jahil ke? Tak takut zina? Cakap orang, kau tu entahnya dah banyak kali buat maksiat."

"Aten, aku bukan nak bertekak dengan kau. Aku nasihat."

"Kau nasihatkan dulu diri kau tu, Murad. Tak payah sibuk hal aku. Kau tu selalu nampak buruk aku je!"

Murad mengeluh.

"Aku risau... Salah ke aku pastikan kau tak apa-apa? Kita ni jiran! Apa-apa jadi pada kau, macam mana aku nak jawab pada mak ayah kau."

Fatin menyilang tangan. Mulut berdecit.

"Sejak bila pula jiran kena ambil tahu hal peribadi jirannya? Salah tu tidak, tapi tak payahlah nak cop aku ni terdesak nak buat maksiat. Kau tu, apa kau buat dekat aku tadi bukan maksiat ke? Kalau kau bagus sangat, awal-awal lagi kau dah angkat kaki keluar dari sini!"

Murad ketap gigi. Ditahan amarahnya sedaya boleh. Bertekak dengan Fatin memang dia yang akan sakit hati. Niat baiknya disia-siakan. Jangan sampai dia realisasikan segala tohmahan Fatin padanya. Bukan dia tak boleh buat, dia boleh!

Tangan Murad genggam kuat. Menahan segala rasa yang sedang berkecamuk. Marah, geram juga berkeinginan. 

Memang benar. Jikalau lelaki dan perempuan berduaan, pasti akan ada yang ketiga yang cuba menghasut. 

"Murad? Fatin? Kamu berdua buat apa dalam kelas ni?"

Related chapters

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 7

    USTAZ Amiruddin mengurut pelipis. Panggilan yang baru dimatikan tadi buat dia risau. Fatin dan Murad yang ditangkap berkhalwat dalam bilik darjah itu cukup untuk buat Ustaz Amiruddin sakit kepala seminggu."Apa kamu dah buat ni, Murad? Kamu tahu tak kamu SPM tahun ini. Kamu nak rosakkan masa depan sendiri?"Murad menunduk. Langsung tiada niat mahu bersuara."Kami tak buat apa-apa pun, Ustaz! Percayalah! Saya dengan Murad ni tak ada apa-apa. Kebetulan kami dekat situ!" ujar Fatin sedikit mendesak.Ustaz Amiruddin langsung tidak peduli apa yang Fatin kata. Dia lebih risaukan Murad. Ini bukan perkara kecil. Murad harapan sekolah.Fatin disebelah Murad itu dipandang. Gadis ini yang selalu masuk ke bilik kau

    Last Updated : 2021-07-11
  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 8

    SUDAH seminggu berlalu sejak kejadian dia dan Murad ditangkap berduaan di dalam kelas. Sejak hari itu juga Fatin langsung tak nampak kelibat Murad walaupun ketika sesi perhimpunan.Selalunya Murad yang akan mengetuai perhimpunan, dan segala macam acara harian. Tapi, sejak minggu lepas semuanya diambil alih oleh Taufik, Naib Ketua Pengawas.Buku di atas meja ditutup apabila Cikgu Najah mengizinkan mereka untuk bersurai dan turun ke kantin. Aqilah muncul di sebalik cermin tingkap sebelah Fatin."Astaga! Nasib aku tak ada sakit jantung," bebel Raihan. Fatin terus berpaling ke arah tingkap."Lambatnya Cikgu Najah lepaskan kau orang. Aku dah tunggu lama dah.""Macam tak biasa Cikgu Najah tu. Fatin, kau nak turun m

    Last Updated : 2021-07-13
  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 9

    BALINGAN tepat mengena tingkap kaca yang terkunci rapat bertentangan dengan biliknya. Fatin mengomel-omel sendiri. Jangan kata Murad tiada di rumah pula…. Tinggal berapa ketul batu saja yang tinggal. Kalau Murad tak buka juga tingkapnya, Fatin akan rempuh saja bilik Murad tanpa notis! "Murad! Baik kau buka tingkap sebelum aku datang rumah kau!" Sepi. Balingan seterusnya lebih kuat. Biar pecah tingkap bilik lelaki itu pun tak mengapa. "Murad!" panggil Fatin lagi. Tangan Fatin berhenti bila bayang-bayang Murad berada di sebalik cermin gelap itu. Perlahan-lahan tingkap itu terbuka. Wajah Murad yang baru bangun tidur.

    Last Updated : 2021-07-14
  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 10

    MURAD menggeliat sepuas hati. Tubuhnya dipusing ke kiri ke kanan, begitu juga dengan tengkuk sehingga berbunyi. Dari pagi sampai sudah masuk pukul 12 tengah hari Murad menghadap bahan bacaan. Sudah sepatutnya dia lebih tumpu kepada pembelajaran memandangkan lebih kurang sebulan lagi peperiksaan SPM akan bermula.Keputusan percubaan SPMnya sebelum ini cemerlang. Permohonan ke program-program matrikulasi dan asasi juga sudah dimohon. Akan tetapi, dia lebih berminat mahu berhijrah ke luar negara.Hujung pena ditekan dan menutup buku. Tuala mandi yang tadi dia ambil kerana mahu membersihkan tubuh tersadai sahaja di atas katil.Bunyi hon motor dari luar rumah mematikan langkah membantutkan langkah Murad. Kepala menjengah ke luar tingkap.Abang JnT menun

    Last Updated : 2021-07-15
  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 11

    8 tahun kemudian….TELEFON di tangan direnung untuk kesekian kalinya. Haruman minyak wangi yang disembur tadi langsung tidak terbau dek hidungnya. Fikiran pula asyik-asyik teringatkan lelaki yang sama.Pipi ditampar-tampar perlahan. Cuba tumpu kepada kerjanya yang bertangguh. Kamera yang terpasang itu Fatin betulkan sudutnya."Kau tak mula lagi. Haish!" sergah Nazirah yang baru masuk."Aku baru nak mula.""Kalau kau lambat sangat rakam, bilanya aku nak mula edit. Kau mudahkan kerja aku, dan aku mudahkan kerja ka

    Last Updated : 2021-07-18
  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 12

    PULANG dari pasar pagi, tubuh terus dihempas ke atas katil. Rambut yang berikat ekor kuda dilepaskan dari ikatan. Hanya berbaju spageti strip juga seluar pendek separas peha.Keropok ikan yang diborong dari pasar bersama ibu tadi dikoyakkan paketnya. Sudah lama Fatin tak rasa keenakan keropok ikan yang dulunya menjadi kegemaran utama pelajar satu sekolah.Mata tanpa sedar memandang balkoni bilik bertentangan dengan biliknya. Kaki ditendang-tendang ke udara."Murad…." Tanpa sedar bibirnya menyebut nama lelaki itu.Sudah lama Murad tak pulang. Mungkin lelaki itu ada pulang ke rumah tetapi tidak sempat bertentang mata dengan Fatin. Manalah Fatin tahu. Tapi, dia rindu. Entah di mana Murad berada sekarang.

    Last Updated : 2021-07-19
  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 13

    "NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.

    Last Updated : 2021-07-21
  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 13

    "NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.

    Last Updated : 2021-07-21

Latest chapter

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 19

    NAZIRAH menekan butang lif naik ke kondo milik Fatin. Beg-beg kertas penuh tergantung di tangan. Semuanya produk-produk yang Fatin perlu promosikan di sosial media nanti.Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan. Nazirah melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.Nasib tiada orang. Cepat sikit dia sampai ke tingkat 17 nanti. Kenapalah dalam banyak-banyak tingkat, tingkat 17 juga yang Fatin pilih? Haih…."Eh, Cik! Cik! Tolong tahan pintu!"Nazirah terkejut. Cepat-cepat dia tahan pintu lif dari tertutup. Mata memandang ke luar, menanti empunya suara yang meminta dia untuk menahan pintu tadi masuk."Sor

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 18

    BEG baju kepunyaan Fatin dimasukkan ke dalam but kereta. Mama, Athif dan Ayah Faizal yang berdiri di depan pagar langsung tidak dilayan. Dia lagi sanggup berbual dengan mak ayah Fatin berbanding mama dan bapak tiri sendiri.“Dah siap?” soal Murad. Sempat lagi Fatin berswafoto sekeluarga.“Murad, tolong tangkapkan gambar aku?” Fatin menghulur telefon di tangan.Murad mengeluh. Tangannya sambut juga telefon Fatin.“Cantik-cantik tau!”“Dah macam pergi melancong pula. Padahal balik rumah mak sendiri aje,” omel Murad.Pendengaran Fatin yang tajam itu cekap menangkap butir bicara lelaki itu. Memuncung bibirnya mencebik.

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 17

    BOTOL air di rak pinggan diambil dan dipenuhkan dengan air kosong. Rambut hadapan terjuntai ke depan. Murad tolak dengan jari ke belakang semula. Hatinya senang pagi ini.Jam di pergelangan dikerling sekali. Ada masa 5 minit lagi. Ah, 5 minit dekat jam dia. Dia pasti dekat jam Fatin, lagi 15 minit. Gadis itu bukan sejenis yang menepati masa pun.“Murad nak keluar jogging? Nak Mama siapkan sarapan untuk Murad?” sapa Puan Saleha dari belakang. Wanita itu masih bertelekung.“Tak payah. Murad makan dekat luar aje,” balas Murad ala kadar. Air dalam botol disisip sedikit.“Makanlah dekat rumah. Mama masak banyak.”

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 16

    “AKU suka perempuan yang bodoh sikit dari aku.”“Dan aku suka kalau dia tahu jaga hati aku.”“Lagi satu, aku nak dia tahan dengan kerenah aku.”“Oh! Lagi… Kalau dia pandai masak, itu kira plus point lah! Yang itu aku tak kisah sangat. Kau tahu-tahu ajelah. Aku ni cerewet makan. Tapi manalah tahu ada calon yang pandai masak. Kalau dia pandai masak, suruhlah dia belajar masak makanan kegemaran aku.”Bahu Murad ditolak kuat. Menyampah betul dia dengar kemahuan Murad. Memang padanlah Murad denga

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 15

    PUTUNG rokok disedut dalam-dalam. Punggungnya beralih ke bangku sebelah. Setiap kali tempat duduknya hangat, dia beralih tempat duduk. Ini sudah masuk kali ketiga.Bayang Fatin langsung tak kelihatan di dalam kedai. Gila shopping betul ni!Riak Murad membengis bila terpandang Fatin yang baru keluar dari kedai berjenama BO.Kakinya baru mahu melangkah mendapatkan Fatin, tiba-tiba gadis itu dikelilingi 2 lelaki muda. Makin meluat Murad tengok. Fatin boleh pula terkulat-kulat di sana!"Ada masalah apa dengan bini abang, dik?" soal Murad. Anak mata menjunam memandang dua lelaki yang sedikit rendah darinya. Putung rokok di celah jari itu digenggam kuat."Err… Isteri abang ke? Maaf, bang. Kami ingat bujang t

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 14

    "APA kau buat dalam bilik aku?" Fatin mendengus kuat. Dia yang sudah sedia penat, terasa lagi penat bila nampak Murad enak bersantai sambil baca komik atas katil dia. Siap bersilang kaki lagi…. "Ha? Lambatnya kau sampai. Aku dah tidur dan dah bangun dah." Murad mengelih ke arah Fatin sesaat. Gadis itu nampak penat. Kalau dia tahu Fatin pulang naik bas, awal-awal dia dah tawar servis pemandu tak bergaji kepada Fatin. "Kau ni… Tepilah! Aku pun nak rehat!" Beg dicampak sesuka hati. Tubuh Murad dipukul-pukul supaya lelaki itu bangun. "Sab

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 13

    "NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 13

    "NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 12

    PULANG dari pasar pagi, tubuh terus dihempas ke atas katil. Rambut yang berikat ekor kuda dilepaskan dari ikatan. Hanya berbaju spageti strip juga seluar pendek separas peha.Keropok ikan yang diborong dari pasar bersama ibu tadi dikoyakkan paketnya. Sudah lama Fatin tak rasa keenakan keropok ikan yang dulunya menjadi kegemaran utama pelajar satu sekolah.Mata tanpa sedar memandang balkoni bilik bertentangan dengan biliknya. Kaki ditendang-tendang ke udara."Murad…." Tanpa sedar bibirnya menyebut nama lelaki itu.Sudah lama Murad tak pulang. Mungkin lelaki itu ada pulang ke rumah tetapi tidak sempat bertentang mata dengan Fatin. Manalah Fatin tahu. Tapi, dia rindu. Entah di mana Murad berada sekarang.

DMCA.com Protection Status