NOTICE ME, MR. CRUSH (BAHASA MALAYSIA)
Rabetkha
Halmy Ikram Lima tahun yang lepas ...
Seorang lelaki yang berakhlak mulia dan paling penting dia pandai menjaga ikhtilatnya.
Kerana akhlaknya aku terpesona.
Tanpa aku sedar, dia membalas cinta aku sepenuh jiwa. Bila kasih bersemi, ikatan pertunangan tercipta. Namun ikatan itu tidak kekal lama bila dia pergi tanpa khabar berita.
Halmy Ikram Lima tahun kemudian ...
Seorang lelaki yang angkuh dan paling menjengkelkan dalam hidupku. Paling aku tak sangka, sikapnya berubah 360 darjah. Dia bukan crush aku yang dulu. Dia sangat berbeza.
"Sorry, I memang tak kenal you. Jangan ganggu kerja I boleh tak? I benci lah dengan perempuan desperate macam you ni." Itulah ayat dia yang paling menyakitkan hati.
Tapi tak apa, aku dah tak peduli. Aku taknak hilang dia macam dulu.
Tanpa berputus asa, aku berusaha mendekati dia walaupun dia tetap berkeras beritahu yang dia tak pernah kenal aku.
Biarlah orang kata pergi cari timba... Dulu dia yang beria-ia melamar aku. Sekarang ini biar aku pula terkejar-kejarkan dia. Apa yang pasti, aku nak kahwin dengan dia.
"Halmy Ikram, hate me if you dare!"
Berkat usaha aku, akhirnya dia termasuk dalam perangkapku.
Namun, di saat aku dan dia mahu menjalin bahagia, aku dikejutkan dengan satu khabar berita. Khabar berita tentang rahsia kehilangan dia satu masa lalu.
Mampukah kasih tercipta andai keraguan mula mekar dalam jiwa?
102.6K VuesOngoing