Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)
Pink Rose
Rumah tangga yang dibina oleh Maleek dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas proses akad nikah, mereka masih tidak dibenarkan untuk tinggal bersama.
Mengapa?
Ada syarat yang Tan Sri Baharudin kenakan kepada anak serta menantunya sebelum mereka dibenarkan duduk serumah.
"Kamu berdua, masih tidak dibenarkan tinggal bersama seperti suami isteri kebiasaannya."
"But why, daddy?" Puteri memprotes.
"Sebab, perkahwinan kamu berdua, masih digantung!"
Pelbagai cabaran perlu mereka hadapai dalam tempoh Nikah Gantung ini. Jiwa dewasa yang saling mengingini terpaksa dipendam demi tuntutan syarat yang telah ditetapkan.
Mampukah Maleek menahan imannya tatkala melihat isterinya yang semakin menggoda tanpa boleh berbuat apa-apa? Dan berapa lamakah tempoh Nikah Gantung yang Tan Sri tetapkan pada mereka?
3.9K DibacaOngoing