Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Kerana Kau Milikku

Kerana Kau Milikku

Cherry
Salena Suha - Seorang gadis yang hidupnya tidak pernah lepas dari masalah. Lantaran itu dia cuba untuk terus berdiri dan meneruskan kehidupannya seperti orang lain. Suatu peristiwa hitam hampir sahaja menimpa dirinya. Akhirnya Suha berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Arhan. Rentetan itu, satu permasalahan yang tak sangka telah dihadapi oleh si lelaki yang sudahpun beristeri. "Ini semua sebab kau perempuan..! Kau penyebabnya ..!" - Ayden Arhan. Arhan dipaksa untuk mengahwini Suha. Menjadi madu dalam keluarga suaminya bukan mudah apabila mendapat tentangan daripada ibu mertuanya yang tidak merestui ikatan itu. "Aku takkan sesekali terima kau sebagai menantu aku " - Puan Seri Asmah. Suha pasrah. Dalam keterpaksaan bergelar suami isteri, layanan buruk telah diterima daripada si suami. Biarpun begitu, Suha tetap kuat dan tabah walaupun Arhan seringkali tidak berlaku adil. Saat usia perkahwinan baru menginjak setahun jagung akhirnya perpisahan jalan terbaik.Suha akur pada takdir bilamana cinta Arhan pernah ada baginya. "Aku ceraikan kau Salena Suha binti Ahmad dengan talak satu " -Ayden Arhan. Suha meneruskan hidupnya tanpa mencari cinta baru. Kenangan bersama Arhan yang masih tersisa menemani hidupnya, sehinggalah munculnya Zayyan Armand dalam hidup Suha. "Bagi aku peluang Salena Suha. Aku akan buktikan yang aku mampu jaga kau." -Zayyan Armand. Keikhlasan cinta Zayyan membuatkan Suha terkedu. Mampukah dia memberi peluang kepada Zayyan..?
104.8K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Misz_s
Dia terperangkap dalam situasi yang mendebarkan. Hidupnya musnah dalam sekelip mata sahaja. Dia lari membawa hati yang lara. Masih layakkah aku untuk bersujud menghadap Illahi? Adakah doaku akan diterima lagi. Dia menyesal dengan semua perbuatannya. Dirinya sentiasa dihantui dengan kesilapan silam yang telah dibuatnya. "Kalau awak nak belajar ilmu agama dengan lebih dalam, datanglah rumah saya. Mungkin mak saya boleh mengajar sedikit sebanyak." - Mohd Zaquan "Alisa! Kau ikut aku balik!" - Adam Haris Ya, aku Alisa. Hidup aku boleh dikatakan berada di dalam genggaman lelaki yang bernama Adam Haris. Dia tidak mahu semua itu. Dia benci dengan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya. Dia nekad untuk bersembunyi dari Adam. Tetapi lain pula yang terjadi. Hatinya bergetar setiap kali terdengar suara alunan ayat-ayat suci al-Quran di dalam masjid. Hatinya tertanya-tanya, siapakah pemilik suara itu? "Alisa, aku tahu itu anak aku. Tolong jangan lari lagi." "Jodoh itu ketentuan Illahi. Semua makhluk di muka bumi ini dicipta berpasang-pasangan. Sama seperti kisan nabi Adam dan juga Hawa. Walau apa rintangan yang mendatang, mereka tetap akan bersatu. Kerana itu telah tertulis di luh mahfuz. Tapi, andai ada jodoh antara kita, sudikah awak untuk jadi teman sehidup dan semati saya."
102.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
373839404142
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status