Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)
Kasturi Madu
Berkahwin dengan kawan baik abah? Eiiuu bunyinya pun dah sangat menggelikan. Tapi apa pilihan yang Naura Khalisha ada apabila abah kesayangannya itu memaksa si anak gadis yang baru berusia 23 tahun itu menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki yang telah pun berusia hampir 47 tahun itu. Mahu pitam dia dibuatnya.
Hafiz Rahim tak menyangka jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini adalah anak kawan baiknya sendiri. Dia dengan hati yang terbuka menerima Naura sebagai isterinya yang sah.
Bermacam ragam Hafiz kena hadap apabila menjadi suami kepada Naura. Naik pening kepalanya harus melayan tingkah Naura. Kadang-kadang Naura seperti sengaja mahu menguji tahap kesabarannya.
Elok melayari bahtera perkahwinan, satu rahsia yang disimpan kemas oleh Hafiz terbongkar juga. Hati yang sudah diberikan kepada lelaki yang bergelar suaminya itu hancur remuk. Naura benar-benar dirundum rasa kecewa.
"Sampai hati pak cik tipu saya," - Naura Khalisha.
"Abang takde niat pun nak tipu Naura sayang," - Hafiz Rahim.
Adakah mereka akan kekal menjadi suami isteri atau perpisahan adalah jalan terbaik buat Naura dan Hafiz? Dan apakah rahsia sebenarnya yang telah disembunyikan oleh Hafiz daripada pengetahuan Naura?
1011.1K DibacaOngoing