Home / Mystery/Thriller / OBSES (BAHASA MALAYSIA) / Chapter 31 - Chapter 40

All Chapters of OBSES (BAHASA MALAYSIA): Chapter 31 - Chapter 40

102 Chapters

BAB 30

YUSUF Aku membuka mata. Aku menggerakkan jari-jemari aku. Nampaknya aku sudah mengawal badan aku semula. Aku memandang ayah. Dia mengigil ketakutan. Ikmal sudah lama melarikan diri. Hanya tinggal kami berdua. Owh lupa bertiga. Aku membuka beg galas aku. Kertas-kertas itu keluarkan dari beg lalu dicampak ke udara. “Kenapa ayah simpan surat ini? Kenapa saya tak ingat tentang semua yang telah berlaku?” Marah aku. Sudah hilang rasa hormat aku pada ayah bila mengetahui dia terlibat dalam segala kejadian ini. “Maafkan ayah sebab libatkan kamu sekali. Ayah cuma mahu lakukan perubahan pada negara kita saja. Sudah cukup lama kita ditindas oleh golongan atasan. Jadi ayah dan Borhan telah membuat keputusan untuk melakukan misi rahsia.” Ayah bangkit. Dia menyalakan rokok. Kotak rokok diserahkan kepada aku tapi aku menolak dengan baik. “Ayah dan Borhan menemui satu kaedah untuk menukar
Read more

BAB 31

YUSUF Aku membuka mata. Bahang matahari mengejutkan aku dari tidur. Aku memandang sekeliling. Aku berada di dalam bilik. Aku ingat-ingat lupa tentang apa yang telah berlaku. Aku cuba mengingati kembali kejadian semalam. Tiba-tiba aku bagaikan terkena renjatan elektrik. Ingatan aku kembali pulih. Aku ingat tentang segala perkara yang berlaku. Aku segera membuka televisyen. Siaran berita aku cari. Aku kuatkan suara pemberita. Aku menekup mulut apabila melihat mayat ayah dan Haris. Mereka berdua dibunuh dengan begitu kejam sekali. “Kenapa kau nak sedih?” Muncul satu suara. Aku menoleh ke belakang. Jack sedang memandang aku. “Kau bunuh ayah.” Jerit aku. Dia tersenyum sinis. “Kau lupa kenapa kau di sini? Kau memang ditakdirkan menjadi pembunuh. Kau yang akan membawa perubahan dalam negara ini.” Dia cuba menghasut aku. Aku cuba berfikir dengan rasional.&nb
Read more

BAB 32

QISTINA Aku memeriksa pintu dan tingkap. Setelah yakin semuanya sudah dikunci, aku berjalan memasuki ke dalam bilik. Aku melabuhkan badan aku di atas katil. Penat aku masih belum hilang. Hari ini aku terpaksa berulang alik untuk menguruskan urusan kak Fatin. Aku memejamkan kedua-dua mata aku. Belum sempat aku terbuai dengan mimpi tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang di luar bilik. Aku terus bangun. Aku berjalan ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas perlahan-lahan. Aku mengintai sedikit dari celah pintu.Tiada orang di luar bilik. Mungkin perasaan aku agaknya kerana terlalu letih. Aku tutup semula pintu bilik. Aku melangkah ke arah katil. Lampu bilik aku terpadam secara tiba-tiba. Aku mula ketakutan. Aku takut berada dalam gelap. Aku menjerit sekuat hati sambil meraba suis lampu. Tangan aku disentak kuat oleh seseorang. Lampu bilik kembali menyala.Aku terkejut apabila Yusuf berada di depan aku. Matany
Read more

BAB 33

QISTINA Aku membuka kelopak mata. Kereta tiba-tiba berhenti. Dah sampai ke? Aku memandang luar tingkap. Aku hanya dapat melihat hutan mengelilingi kami. Keadaan gelap agak menyeramkan aku.“Kita dekat mana ni?” Soal aku pada anggota polis yang memandu. Dia hanya diam. Aku menggerakkan badan dia. Tubuhnya tiba-tiba longlai dan menghantuk ke stereng kereta. Aku mula cuak. Aku keluar dari kereta. Aku membuka pintu tempat duduk pemandu. Aku melihat badannya berlumuran dengan darah. Aku menjerit meminta pertolongan. “Ironinya. Kau akan mati di tempat yang sama kakak kau mati hehehehe.” Cahaya yang sedikit itu membantu aku mengecam wajah lelaki yang menghampiri aku. Yusuf? “Awak yang bunuh kak Fatin?” Aku mengundur ke belakang. Aku yakin identiti lain yang sedang mengawal tubuh Yusuf. Dia tersengih. Pisau di tangan digenggam kemas. Aku memandang sekitar. Aku tak nampak jalan untuk ak
Read more

(S2) PROLOG

Iqbal duduk bersandar di atas kerusi. Sesekali dia memandang pemandangan di luar rumah. Dia pun tidak sangka sudah mendirikan rumah tangga bersama Qistina. Terasa bagaikan semua ini seperti mimpi. Dia melihat dari jauh Qistina sedang memegang tangan Alisya, puteri tunggal mereka. Qistina dan Alisya mula melintasi jalan ke seberang. Iqbal tersenyum menanti penuh sabar. Mereka sudah pulang dari membeli barang. Alisya melambai tangan ke arah Iqbal dengan gembira. Iqbal melambai kembali. Namun lambaian Iqbal terhenti apabila van hitam dari arah berlawanan arus merempuh mereka berdua. Iqbal terbangun. Dia terus bergegas berlari ke arah mereka. Orang ramai sudah mula mengerumuni. Ada yang sibuk menangkap gambar untuk memuat naik dalam laman media sosial. Ada pula yang seperti buntu mahu menelefon polis atau ambulan terlebih dahulu? Iqbal mendakap erat tubuh badan Qistina dan Alisya. Dia meraung."Kalau kau ikut cakap aku mesti tak jadi macam ni." Suara seseorang dari arah orang ram
Read more

(S2) BAB 1

Iqbal berjalan memasuki ke dalam perut kereta. Lama dia termenung panjang. Selepas beberapa minit, barulah Iqbal bergerak. Dia sampai di hadapan balai. Iqbal menarik nafas panjang sebelum keluar dari kereta. Rajan sekerjanya menyapa Iqbal sebaik sahaja melihat lelaki itu hanya berdiri."Amboi. Dah berkahwin sampai malas nak masuk balai ni? hahahaha". Gurau Malek. Iqbal hanya balas senyuman. Malek menyerahkan fail kes kepada Iqbal."Kes apa kali ini?" Soal Iqbal sebelum fail itu disambut."Kes biasa saja. Pecah rumah." Jawab Malek selamba sebelum masuk ke dalam biliknya. Iqbal membelek fail itu. Dia seperti mengesyaki sesuatu."Eh Malek. Siapa yang buat laporan ni?" Iqbal mahukan kepastian."Ada seorang lelaki nama dia Jack". Malek masih ingat lagi nama lelaki itu walaupun agak pelik."Jack?" Iqbal termenung sendirian. Di kawasan kediaman perumahan indah, kelihatan seorang lelaki sudah berumur duduk sambil memandang cucu-
Read more

(S2) BAB 2

Kenderaan hitam keluar masuk kawasan perumahan 'kayangan'. Kediaman ini dihuni golongan ahli korporat seperti menteri, badan kehakiman dan golongan elit yang lain. Pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan memeriksa setiap kenderaan yang keluar masuk. Setelah tiada apa yang mencurigakan, barulah kenderaan dibenarkan untuk masuk. Di atas bukit, Presiden negara Datuk Firman Nazrul sedang menanti para ahli korporat yang lain tiba. Dia memotong curut jenama Gurkha Royal Courtesan Cigar yang bernilai kira-kira jutaan ringgit. Duit tiada masalah baginya asalkan segala keinginan dapat dilunaskan. Tembakau himalaya sambil dicampur air jernih Fiji Water pasti membuatkan para peminat tegar curut terasa bagaikan berada di awang-awangan tidak hairan menjadi curut paling mahal di dunia. Satu dua tiga kali disedut sebelum dihembuskan asap ke udara menyegarkan dia dari rasa kemarahan yang sedang melanda. Ada sedikit fakta tentang kelahiran rokok. Katanya merokok melambangkan status kekayaan ses
Read more

(S2) BAB 3

Iqbal menaikkan suara televisyen. Kelihatan muka para menteri ditemui dalam kediaman kawasan perumahan Presiden. Wartawan berjaya mendedahkan pertemuan mereka yang melakukan pertemuan dan paling mengejutkan mereka semua dalam keadaan mabuk. Iqbal menggeleng. Bagaimana rakyat mahu percaya pada kepimpinan kerajaan jika begini sikap mereka? Iqbal memakai pakaian uniform. Lama dia memandang Qistina yang masih lagi leka tidur bersama Alisya. Iqbal tersenyum. Dia akan bertemu Dato Borhan lagi pada hari ini.  Sebaik tiba dihadapan rumah Dato Borhan, pengawal meminta Iqbal untuk terus masuk ke dalam. Iqbal bersama fail yang penuh di tangan terus masuk ke dalam. Dato Borhan sudah menunggu di ruang tamu. Iqbal meletakkan fail di atas meja."Kamu ni Iqbal. Kalau semua polis macam kamu, pasti negara kita akan aman." Dato Borhan mengambil salah satu fail yang dia sendiri tahu isi kandungannya. "Sebab tiada lah, saya perlu bekerja keras. Mungkin denga
Read more

(S2) BAB 4

Iqbal hanya mampu melihat pihak hospital menguruskan mayat Dato Borhan. Malek yang berada di sebelah Iqbal menenangkan dia."Ini semua salah aku." Iqbal bersandar pada kerusi. Malek melihat riak muka Iqbal seperti kesal."Kau dah buat yang terbaik. Nak buat macam mana musuh Dato Borhan, ramai. Aku risau kau juga akan jadi sasaran mereka." Malek risau melihat Iqbal. Pasti dia akan rasa bersalah. Kisah kematian Dato Borhan telah tersebar begitu pantas. Menteri yang lain mula bersorak. Presiden tersenyum. Bangga melihat anak buahnya berjaya melunaskan Dato Borhan."Bagus. Bagi RM 4juta dekat budak budak tu." Dia ketawa. Dato Borhan terlalu banyak menyimpan rahsia mereka. Dia tidak akan biarkan."Datuk. Besok pelacur itu akan sampai. Kami akan terus hantar ke hotel dan kelab malam." Salah seorang konco lagak seperti gangster bersuara. Datuk Firman Nazrul tersenyum kecil. Dia menunjuk ke arah beg yang sudah berisi wang."Bagi dekat
Read more

(S2) BAB 5

Zamarul memandang mereka bertiga. Dia perlu kekal tenang supaya perlawanan ini berpihak pada dirinya. Salah seorang dari mereka mula menyerang Zamarul dulu. Dia mengelak lalu membalas tumbukan ke arah perut sebelum menendang ke hadapan menyebabkan lelaki itu terundur. Konco yang berambut kerinting itu cuba meluru ke arah Zamarul untuk menghentak tapi Zamarul sudah terlatih dengan keadaan begitu menyebabkan dia mudah menepis satu demi satu serangan lalu melakukan kunci pada lengan konco rambut kerinting itu. Konco itu dalam keadaan payah apabila Zamarul yang mengawal pertarungan ini menyebabkan dia tidak dapat bergerak. Zamarul melepaskan dia. Tangannya berasa sakit kerana menahan serangan Zamarul. Seorang lelaki badan yang lebih besar mungkin ketua mereka teka Zamarul mula mengambil alih. Dia mengeluarkan pistol namun Zamarul lebih tangkas menepis lalu menendang pistol itu jauh dari mereka."Laju." Puji lelaki sasa itu. Dia melangkah ke hadapan. Mereka mula bertempur tangan k
Read more
PREV
123456
...
11
DMCA.com Protection Status