Semua Bab Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]: Bab 1 - Bab 10

21 Bab

Prolog

Tahun 199210.02 PMKekunci aksara mesin taip jenama Olivetti ditekan laju tetapi tertib, lelaki itu mahir menggunakannya. Secawan kopi bersebelahan mesin taipnya dibiarkan sahaja, kopi yang asalnya panas tadi sudah sejuk ditiup angin kipas siling. Dia juga tidak memesan minuman panas itu cuma isterinya sahaja yang kasihan melihat dia bertungkus lumus menyiapkan manuskrip untuk novel terbarunya. Ada tarikh akhir yang perlu dia kejar."Abang Megat tak tidur lagi?" Tanya isterinya, entah bila sudah berada di sisinya. Dia tidak perasan."Mah tidurlah dulu, masih banyak lagi kerja yang abang perlu siapkan ni." Jawab Megat sambil tangannya masih ligat menekan kekunci aksara mesin taip."Mah masih belum mengantuk. Mah buatkan abang air kopi yang baru ya?" Pinta Salmah apabila terpandang air kopi yang dibuatnya sejam yang lalu itu masih belum terusik sedikit pun. Pasti sudah sejuk.
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 1

Tahun 2017 Hujan lebat. Dia melirik jam analog yang melingkari pergelangan tangannya, jarum pendek jelas kelihatan melintang di angka tiga manakala jarum panjang pula tegak berdiri di angka dua-belas. Kelihatan ada resah diraut wajahnya. Blok bangunan kedai dijadikan tempat berteduh. Janji temunya dengan Julia berlegar-legar di kepala. Dia membuat keputusan untuk jangka waktu 30 minit akan datang – teruskan atau tidak teruskan, semuanya bergantung kepada faktor cuaca sekarang. Dia mendongak langit tinggi – masih kelabu tua, tiada tanda hujan akan redah buat masa sekarang. Kakinya terus melangkah tanpa arah tujuan sekadar membuang masa yang berbaki kurang 30 minit itu, deretan kedai dilalui dari restoran mamak, 7-eleven, butik kasut Clark, kedai andaman, bakery, kedai telefon sehinggalah kedai gunting rambut tiada satu pun yang berjaya melemparkan aura penarik kepadanya untuk dia singgah menjengguk sehinggalah kakinya berhenti melangkah d
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 2

Adam menarik nafas lega setelah melihat cuaca di luar kembali cerah. Pelangi jelas kelihatan terlukis indah di kaki langit menambahkan lagi keindahan bandar dengan warnanya yang menyerlah. Buku di dalam plastik biru dimasukkan ke dalam beg samping."Alamak, Julia!" Tiba-tiba saja nama itu terpacul keluar dari mulutnya.Dia menepuk dahi sendiri. Baru teringat dengan janjinya untuk bertemu Julia petang itu.Motor RXZ merahnya laju membelah jalanraya yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Dia berkira-kira lebih kurang enam ke tujuh minit untuk sampai ke destinasi tujuannya.Pacuan dua rodanya itu diletak di tempat khas yang telah sediakan, sebelum dia melangkah pergi sempat juga dia melihat seketika cermin sisi motornya, membetulkan rambut yang kelihatan kusut."Selamat datang." Sapa lembut penyambut tetamu wanita yang membukakan pintu untuknya.Segaris senyuman juga terukir d
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 3

Punat on pada alat kawan jauh televisyen itu ditekan, saluran televisyen ditukar silih berganti. Terdapat banyak saluran yang boleh ditonton tetapi dia memilih untuk mematikannya semula. Tiada satu pun rancangan yang menarik perhatiannya untuk dia terus menghadap skrin televisyennya itu.Jam dinding diperhatikan lagi untuk kesekian kalinya, tepat pukul 9.10 malam. Kepalanya disandarkan pada sofa dan matanya dipejamkan seketika, cuba mengusir rasa bosan yang mula bertamu dalam diri.Selang beberapa minit, dia dikejutkan dengan bunyi jeriji pintu ditarik keluar. Kepalanya ditegakkan semula sebelum menoleh ke arah pintu rumahnya, menunggu kelibat seseorang memunculkan diri.Adam melangkah masuk berbekalkan wajah kepenatan.“Baru balik Dam, penat aku tunggu kau sampai berbisul dah punggung aku ni,” tegur Toki. “Macammana dah jumpa kerja yang sesuai dengan jiwa kau?” Sambungnya lagi.
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 4

Langit kelihatan begitu cerah dengan warna kebiruannya dan matahari juga tanpa segan-silu memancarkan sinar cahayanya sama-rata ke atas permukaan bumi. Tiada yang terkecuali untuk menikmatinya.Gadis bertudung merah bercorak polkadot itu berjalan dengan tenang, setenang hari-harinya yang kelmarin. Di tangan kanannya kelihatan sebuah payung berwarna jingga masih bertutup digengam erat hujungnya. Peribahasa melayu sediakan payung sebelum hujan masih lagi dipraktikkan, lagi-lagi sejak kebelakangan ini hujan sering turun membasahkan lantai bumi. Rahmat tuhan buat hambaNya.Dari jauh kelihatan seorang lelaki tengah berdiri di hadapan kedai buku Jiwaria. Gadis tadi mengukirkan senyuman apabila dia semakin menghampiri tempat kerjanya, juga semakin menghampiri lelaki itu.“Assalamualaikum encik Adam. Buat apa tercegat depan pintu tu awal pagi, kedai pun belum buka lagi. Nak cari novel Megat Aidin lagi ke?” Sapa Hannan mesra.“Waalaikumsalam.&rdq
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 5

Tangannya terus membelek baju kemeja berwarna biru laut yang baru diserahkan Melina sebentar tadi. Tertera saiz XL di leher baju tersebut. Dahinya berkerut. "Awak kena belajar cara layan customer, susun buku, kira stok dan beberapa perkara lagi. Hannan boleh ajar awak nanti. Any question Adam?" Tanya Melina ringkas. "Ada satu lagi soalan, saya pakai baju saiz M tapi baju ni saiz XL. Boleh minta request untuk tukar saiz baju ni tak?" "XL? Oh ya lupa nak bagitau tu baju bekas pekerja lama, saiz badan dia besar sikit daripada awak. Jadi awak memang tak ada pilihan nak tak nak kena pakai juga baju tu. Baju yang lain pekerja lama tak bagi return balik. Lepas awak kerja tiga bulan awak bolehlah request nak baju saiz apa."  Sekali lagi dahi Adam berkerut mendengar jawapan Melina "Hannan, awak bawa Adam tengok-tengok persekitaran kedai ni dulu." Arah Melina sebelum bergerak ke pejabatnya di bahagian belakang kedai. Hannan dan Adam berjala
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 6

Kopi O pekat itu dikacau perlahan-lahan sehingga menghasilkan satu aroma yang menyenangkan jiwa dan perasaan bagi pengemar minuman tersebut. Aroma wangian kopi jenis arabica itu segera memenuhi setiap sudut bilik pejabatnya. Menusuk laju ke rongga hidung. Nyaman. Sudu kecil yang digunakannya tadi diletakkan semula bersebelahan dengan cawan apabila merasakan gula dan serbuk kopi itu sudah sebati. Lelaki itu menekan butang pembesar suara pada telefon yang berada di atas mejanya, diikuti pula dengan butang yang tertulis angka satu. Suara wanita kedengaran jelas dari telefon tersebut.“Mira, tolong masuk sebentar.” Arahnya kepada wanita di dalam talian telefon tersebut.Selang beberapa ketika bunyi “klik” yang terhasil daripada tombol pintu bilik pejabatnya kedengaran, dia mendongakkan sedikit kepalanya melihat wanita muda berbaju kurung putih dipadankan lagi dengan tudung berwarna hijau muda yang sudah menuju ke mejanya sambil membawa
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 7

Hari ke 14 Adam berkerja di Jiwaria. Perasaannya masih seperti hari pertama dia berkerja. Teruja dan gembira. Teruja disebabkan Hannan dan gembira disebabkan Hannan.“Adam, saya ada benda nak bincang dengan awak ni.” Hannan memulakan bicara.“Sebelum tu saya nak awak baca iklan di surat khabar ni dulu.” Sambungnya lagi sambil tangannya menyerahkan surat khabar tersebut.Adam tidak mengambil surat khabar tersebut, tangannya masih belum mahu melepaskan tangkai mop, masih banyak lantai yang perlu dibersihkannya. Dia sekadar meneleng kepalanya cuba membaca tajuk besar iklan tersebut. Kali ini barulah dia melepaskan tangkai mop tersebut, segera juga surat khabar tersebut berpindah tangan. Dia mengambil nafas seketika sebelum menyambung pembacaannya. Surat khabar diserahkan semula kepada Hannan apabila dia selesai membacanya.“Macammana Dam, berminat?”“Rasanya terlalu ramai yang berminat dengan tawa
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 8

Razak mengaru-garu kepala botaknya yang terasa gatal akibat terlalu lama berjemur di bawah panas matahari. Telefon bimbit di poket kanan seluar jeansnya dikeluarkan, dia melihat jam di skrin sebelum memasukkannya semula ke dalam poket. “Janji manusia, jarang sekali mahu ditepati.” Gumamnya sendiri.Dia menghembus keluar asap rokok dari mulutnya, berkepul-kepul keluar terus membentuk corak abstrak sebelum menghilang dibawa angin. Tangan kirinya asyik bermain dengan penutup mancis jenama Zippo itu, melayan rasa bosan yang menjalar dalam dirinya.Matanya melilau kiri dan kanan jalan di hadapan pondok bas tempatnya berada sekarang seakan menunggu seseorang. Selang beberapa minit sebuah kereta hitam jenis BMW 5 series berhenti tepat di hadapannya. Kereta yang ditunggu-tunggunya sedari tadi. Rokok yang masih berbaki separuh itu dibuang ke tanah sebelum kakinya memijak puntung rokok tersebut, mematikan baranya yang masih menyala kemerahan.Pint
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-18
Baca selengkapnya

Bab 9

“Kie ada kereta free tak dekat bengkel kau tu?” Tanya Adam sambil matanya masih fokus pada skrin televisyen jenama LG bersaiz 32 inci di hadapannya itu.“Yang free banyak. Banyak yang tak boleh jalanlah.” Toki mencapai alat kawalan jauh TV di atas meja ruang tamu rumahnya.“Haa, ni tanya kereta free ni kenapa? Nak pakai keluar date dengan Julia ke?” Sambungnya lagi. Kali ini ibu jarinya sudah menekan punat bernombor tiga pada alat kawalan jauh yang dihalakan ke skrin televisyenAdam hanya tersenyum sambil tangannya cuba merampas remote di tangan Toki.“Kalau nak pinjam pakai jalan-jalan dengan awek kau tu memang tak adalah. Kalau ada pun aku tak bagi pinjam juga. Amanah orang kot.” Sambung Toki.Dia cuba mengelak daripada cubaan Adam untuk merampas remote yang berada di tangannya.Adam mengambil surat khabar yang berada di atas meja, meletakkannya terus di atas paha Toki. Segera juga Toki menun
last updateTerakhir Diperbarui : 2021-08-27
Baca selengkapnya
Sebelumnya
123
DMCA.com Protection Status