Share

Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]
Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]
Author: Feek Adeen

Prolog

Author: Feek Adeen
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

Tahun 1992

10.02 PM

Kekunci aksara mesin taip jenama Olivetti ditekan laju tetapi tertib, lelaki itu mahir menggunakannya. Secawan kopi bersebelahan mesin taipnya dibiarkan sahaja, kopi yang asalnya panas tadi sudah sejuk ditiup angin kipas siling. Dia juga tidak memesan minuman panas itu cuma isterinya sahaja yang kasihan melihat dia bertungkus lumus menyiapkan manuskrip untuk novel terbarunya. Ada tarikh akhir yang perlu dia kejar.

"Abang Megat tak tidur lagi?" Tanya isterinya, entah bila sudah berada di sisinya. Dia tidak perasan.

"Mah tidurlah dulu, masih banyak lagi kerja yang abang perlu siapkan ni." Jawab Megat sambil tangannya masih ligat menekan kekunci aksara mesin taip.

"Mah masih belum mengantuk. Mah buatkan abang air kopi yang baru ya?" Pinta Salmah apabila terpandang air kopi yang dibuatnya sejam yang lalu itu masih belum terusik sedikit pun. Pasti sudah sejuk.

Suaminya hanya mengangguk tanpa melihatnya. Sebetulnya dia ada perkara yang nak bincangkan dengan suaminya tapi dia faham benar perangai suaminya yang tidak suka diganggu ketika membuat kerja lagi-lagi jika kerjanya itu melibatkan manuskrip novel. Mata pencarian utama suaminya. Niatnya itu terpaksa ditangguhkan dahulu.

Salmah segera pergi ke dapur membawa cawan kopi yang tidak berusik itu akan digantikannya dengan yang baru.

"Mah anak kita dah tidur?" Tanya Megat yang sudah berada di pintu dapur. Mengekori isterinya dari belakang. Rasa bersalah muncul dalam hatinya apabila bersikap acu tak acu dengan isterinya tadi. Terlalu hanyut dengan kerjanya.

"Sudah... awal lagi mereka masuk tidur, penat sangat bermain petang tadi." Jawab isterinya seraya membawa kopi panas untuknya, diletakkan di meja. Megat juga bergerak ke arah meja tersebut.

Fikiran Megat kembali teringat anaknya dua orang itu, satu lelaki dan satu perempuan. Terlalu lama dirasakan tidak bermain dan bermanja dengan mereka, walaupun mereka tinggal sebumbung. Tanggungjawab sebagai Ayah terasa diabaikan secara batin walaupun secara zahir dia tidak pernah mengabaikannya.

"Rasanya mereka masih marah lagi dekat abang tak?"

"Biasalah budak-budak bang. Hari ini merajuk esok-esok OKlah tu. Cuma si abang tu rajuknya masih ada, bercampur dengan rajuknya yang dulu." Jawab isterinya yang sudah duduk bersebelahan dengannya.

Dia teringatkan peristiwa pagi kelmarin, anak-anaknya merajuk apabila dia tidak dapat membawa mereka bersiar-siar ke Zoo Negara. Salahnya juga yang membuat janji, bukan sekali dua tapi banyak kali sudah janji yang dibuatnya tidak ditunaikan. Budak-budak jangan dibuat janji jika tidak pasti dapat dituruti, fikiran mereka kuat untuk mengingati janji tersebut. Sebetulnya dia juga ingin keluar meluang waktu dengan anaknya cuma dia selalu tertewas dengan masa.

"Bang... Mah nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia Mah?"

"Abang ada buat pinjam duit dengan ceti ke?" Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar dari mulut Salmah.

"Kenapa Mah tanya? Mereka ada datang sini jumpa Mah?" Kata Megat. Perasaan risau terbit dalam hatinya.

Perkataan 'mereka' itu sudah memberi maksud segala-galanya bagi Salmah. Benarlah suaminya ada meminjam duit dengan ceti.

"Berapa abang pinjam? Abang buat apa dengan duit tu?" Tanya Salmah lagi ingin kepastian daripada suaminya.

"60 ribu... Abang pinjamkan untuk Kamal, dia kata nak buat bisnes. Dia guna nama abang, sebab dia kata nama abang orang kenal senanglah nak buat pinjaman." Megat berterus terang.

"Kenapa Mah tidak tahu?" Tanya Salmah. "Abang terlalu percayakan sahabat abang tu. Abang tahu tak sudah masuk lima bulan dia tak bayar ansurannya. Sekarang abang yang jadi mangsa." Luahnya lagi.

Salmah risau akan keselamatan suaminya itu malah keselamatan mereka anak beranak juga akan turut terancam dirasakannya.

"Abang tak nak Mah risau, tak sangka pula Kamal tak bayar. Abang tengok bisnes dia tiada masalah." Jelas Megat sedikit kecewa dengan sikap rakannya itu.

Kalau ada masalah pasti Kamal akan ceritakan semua kepadanya. Sudah lama dia kenal dengan Kamal bukan setahun dua malah dari mereka masih di bangku sekolah lagi. Fikirnya dia sudah cukup tahu baik buruk sahabatnya itu rupanya dia masih gagal dalam menilai isi hati Kamal. Hati orang bisa berubah-ubah. Ceti itu merupakan pilihan terakhir mereka setelah proposal perniagaan Kamal ditolak bulat-bulat pihak bank. Mereka tiada pilihan lain.

"Ceti tu ada cakap apa-apa lagi dekat Mah?" Tanya Megat lagi.

Tuk! Tuk! Tuk!

Belum sempat Salmah menjawab soalan suaminya mereka sudah dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat dari arah pintu depan rumah mereka. Suami isteri itu bergegas menuju ke ruang tamu.

Megat memulas tombol pintu rumahnya, membuka sedikit pintu tersebut. Kelihatan seorang pemuda berdiri di depan pintu rumahnya.

"Bos nak jumpa kau sekarang." Arah pemuda tersebut pada Megat.

Megat mengalihkan pandangan matanya ke arah kereta di luar rumahnya. Tahulah dia bos yang dimaksudkan pemuda itu.

"Mah abang keluar sebentar ya. Abang nak terangkan semuanya pada ceti tu." Megat meminta izin dengan isterinya, masalah ini perlu diselesaikan segera.

Salmah berat hati hendak melepaskan suaminya itu. Lama baru dia mengangguk. Anggukannya lemah. Megat faham riak wajah kerisauan yang terpampang di wajah isterinya.

"Mah jangan risau ya. Kejap lagi abang balik. Mah tolong tengok-tengokkan anak kita tu." Pesan Megat.

Megat melangkah keluar mengikuti pemuda di hadapannya menuju ke arah kereta yang diparkirkan di depan rumahnya. Salmah hanya memerhati kereta itu dari muka pintu rumahnya sebelum kereta tersebut bergerak perlahan bersama suaminya meninggalkan kawasan rumah mereka. 

Related chapters

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 1

    Tahun 2017 Hujan lebat. Dia melirik jam analog yang melingkari pergelangan tangannya, jarum pendek jelas kelihatan melintang di angka tiga manakala jarum panjang pula tegak berdiri di angka dua-belas. Kelihatan ada resah diraut wajahnya. Blok bangunan kedai dijadikan tempat berteduh. Janji temunya dengan Julia berlegar-legar di kepala. Dia membuat keputusan untuk jangka waktu 30 minit akan datang – teruskan atau tidak teruskan, semuanya bergantung kepada faktor cuaca sekarang. Dia mendongak langit tinggi – masih kelabu tua, tiada tanda hujan akan redah buat masa sekarang. Kakinya terus melangkah tanpa arah tujuan sekadar membuang masa yang berbaki kurang 30 minit itu, deretan kedai dilalui dari restoran mamak, 7-eleven, butik kasut Clark, kedai andaman, bakery, kedai telefon sehinggalah kedai gunting rambut tiada satu pun yang berjaya melemparkan aura penarik kepadanya untuk dia singgah menjengguk sehinggalah kakinya berhenti melangkah d

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 2

    Adam menarik nafas lega setelah melihat cuaca di luar kembali cerah. Pelangi jelas kelihatan terlukis indah di kaki langit menambahkan lagi keindahan bandar dengan warnanya yang menyerlah. Buku di dalam plastik biru dimasukkan ke dalam beg samping."Alamak, Julia!" Tiba-tiba saja nama itu terpacul keluar dari mulutnya.Dia menepuk dahi sendiri. Baru teringat dengan janjinya untuk bertemu Julia petang itu.Motor RXZ merahnya laju membelah jalanraya yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Dia berkira-kira lebih kurang enam ke tujuh minit untuk sampai ke destinasi tujuannya.Pacuan dua rodanya itu diletak di tempat khas yang telah sediakan, sebelum dia melangkah pergi sempat juga dia melihat seketika cermin sisi motornya, membetulkan rambut yang kelihatan kusut."Selamat datang." Sapa lembut penyambut tetamu wanita yang membukakan pintu untuknya.Segaris senyuman juga terukir d

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 3

    Punat on pada alat kawan jauh televisyen itu ditekan, saluran televisyen ditukar silih berganti. Terdapat banyak saluran yang boleh ditonton tetapi dia memilih untuk mematikannya semula. Tiada satu pun rancangan yang menarik perhatiannya untuk dia terus menghadap skrin televisyennya itu.Jam dinding diperhatikan lagi untuk kesekian kalinya, tepat pukul 9.10 malam. Kepalanya disandarkan pada sofa dan matanya dipejamkan seketika, cuba mengusir rasa bosan yang mula bertamu dalam diri.Selang beberapa minit, dia dikejutkan dengan bunyi jeriji pintu ditarik keluar. Kepalanya ditegakkan semula sebelum menoleh ke arah pintu rumahnya, menunggu kelibat seseorang memunculkan diri.Adam melangkah masuk berbekalkan wajah kepenatan.“Baru balik Dam, penat aku tunggu kau sampai berbisul dah punggung aku ni,” tegur Toki. “Macammana dah jumpa kerja yang sesuai dengan jiwa kau?” Sambungnya lagi.

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 4

    Langit kelihatan begitu cerah dengan warna kebiruannya dan matahari juga tanpa segan-silu memancarkan sinar cahayanya sama-rata ke atas permukaan bumi. Tiada yang terkecuali untuk menikmatinya.Gadis bertudung merah bercorak polkadot itu berjalan dengan tenang, setenang hari-harinya yang kelmarin. Di tangan kanannya kelihatan sebuah payung berwarna jingga masih bertutup digengam erat hujungnya. Peribahasa melayu sediakan payung sebelum hujan masih lagi dipraktikkan, lagi-lagi sejak kebelakangan ini hujan sering turun membasahkan lantai bumi. Rahmat tuhan buat hambaNya.Dari jauh kelihatan seorang lelaki tengah berdiri di hadapan kedai buku Jiwaria. Gadis tadi mengukirkan senyuman apabila dia semakin menghampiri tempat kerjanya, juga semakin menghampiri lelaki itu.“Assalamualaikum encik Adam. Buat apa tercegat depan pintu tu awal pagi, kedai pun belum buka lagi. Nak cari novel Megat Aidin lagi ke?” Sapa Hannan mesra.“Waalaikumsalam.&rdq

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 5

    Tangannya terus membelek baju kemeja berwarna biru laut yang baru diserahkan Melina sebentar tadi. Tertera saiz XL di leher baju tersebut. Dahinya berkerut. "Awak kena belajar cara layan customer, susun buku, kira stok dan beberapa perkara lagi. Hannan boleh ajar awak nanti. Any question Adam?" Tanya Melina ringkas. "Ada satu lagi soalan, saya pakai baju saiz M tapi baju ni saiz XL. Boleh minta request untuk tukar saiz baju ni tak?" "XL? Oh ya lupa nak bagitau tu baju bekas pekerja lama, saiz badan dia besar sikit daripada awak. Jadi awak memang tak ada pilihan nak tak nak kena pakai juga baju tu. Baju yang lain pekerja lama tak bagi return balik. Lepas awak kerja tiga bulan awak bolehlah request nak baju saiz apa." Sekali lagi dahi Adam berkerut mendengar jawapan Melina "Hannan, awak bawa Adam tengok-tengok persekitaran kedai ni dulu." Arah Melina sebelum bergerak ke pejabatnya di bahagian belakang kedai. Hannan dan Adam berjala

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 6

    Kopi O pekat itu dikacau perlahan-lahan sehingga menghasilkan satu aroma yang menyenangkan jiwa dan perasaan bagi pengemar minuman tersebut. Aroma wangian kopi jenis arabica itu segera memenuhi setiap sudut bilik pejabatnya. Menusuk laju ke rongga hidung. Nyaman. Sudu kecil yang digunakannya tadi diletakkan semula bersebelahan dengan cawan apabila merasakan gula dan serbuk kopi itu sudah sebati.Lelaki itu menekan butang pembesar suara pada telefon yang berada di atas mejanya, diikuti pula dengan butang yang tertulis angka satu. Suara wanita kedengaran jelas dari telefon tersebut.“Mira, tolong masuk sebentar.” Arahnya kepada wanita di dalam talian telefon tersebut.Selang beberapa ketika bunyi “klik” yang terhasil daripada tombol pintu bilik pejabatnya kedengaran, dia mendongakkan sedikit kepalanya melihat wanita muda berbaju kurung putih dipadankan lagi dengan tudung berwarna hijau muda yang sudah menuju ke mejanya sambil membawa

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 7

    Hari ke 14 Adam berkerja di Jiwaria. Perasaannya masih seperti hari pertama dia berkerja. Teruja dan gembira. Teruja disebabkan Hannan dan gembira disebabkan Hannan.“Adam, saya ada benda nak bincang dengan awak ni.” Hannan memulakan bicara.“Sebelum tu saya nak awak baca iklan di surat khabar ni dulu.” Sambungnya lagi sambil tangannya menyerahkan surat khabar tersebut.Adam tidak mengambil surat khabar tersebut, tangannya masih belum mahu melepaskan tangkai mop, masih banyak lantai yang perlu dibersihkannya. Dia sekadar meneleng kepalanya cuba membaca tajuk besar iklan tersebut.Kali ini barulah dia melepaskan tangkai mop tersebut, segera juga surat khabar tersebut berpindah tangan. Dia mengambil nafas seketika sebelum menyambung pembacaannya. Surat khabar diserahkan semula kepada Hannan apabila dia selesai membacanya.“Macammana Dam, berminat?”“Rasanya terlalu ramai yang berminat dengan tawa

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 8

    Razak mengaru-garu kepala botaknya yang terasa gatal akibat terlalu lama berjemur di bawah panas matahari. Telefon bimbit di poket kanan seluar jeansnya dikeluarkan, dia melihat jam di skrin sebelum memasukkannya semula ke dalam poket.“Janji manusia, jarang sekali mahu ditepati.” Gumamnya sendiri.Dia menghembus keluar asap rokok dari mulutnya, berkepul-kepul keluar terus membentuk corak abstrak sebelum menghilang dibawa angin. Tangan kirinya asyik bermain dengan penutup mancis jenama Zippo itu, melayan rasa bosan yang menjalar dalam dirinya.Matanya melilau kiri dan kanan jalan di hadapan pondok bas tempatnya berada sekarang seakan menunggu seseorang. Selang beberapa minit sebuah kereta hitam jenis BMW 5 series berhenti tepat di hadapannya. Kereta yang ditunggu-tunggunya sedari tadi. Rokok yang masih berbaki separuh itu dibuang ke tanah sebelum kakinya memijak puntung rokok tersebut, mematikan baranya yang masih menyala kemerahan.Pint

Latest chapter

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 20

    Kampung Gelam. “Itulah Karim aku dah beritahu dari dulu lagi kampung kita ni memang jadi tumpuan kaki judi.” Terang Zakaria bersungguh-sungguh sebelum cawan kopi di atas meja dicapai.Karim hanya mengurut janggut panjangnya yang sudah menampakkan uban putih sedikit. “Bukan kampung kitalah Jaka, itukan kampung sebelah.” Ujar Pak Samad yang sudah mengerakkan buah damnya satu petak ke atas.“Memang bukan kampung kita tapi benda ni perlahan-lahan akan merebak juga ke sini kalau tidak dibendung lebih awal.” Zakaria meletakkan semula cawan kopinya yang sudah berbaki separuh.“Haa, Karim. Kau selaku JKK kampung ni apa pendapat kau?” Tanya Bidin seraya mengerakkan buah damnya, tiga biji buah dam Pak Samad dimakan serentak. Satu langkah lagi sebelum buah damnya naik haji. Dia tersengih.Karim masih diam, tenung cawan teh tariknya yang belum terusik sedikit pun. Pak Samad pula sudah mengaru-garu kopiah putihnya sebelum berdiri. “Bidin aku gerak dulu. Kau mainlah dengan Jaka dulu tak pun deng

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 19

    Kampung Bulan Sabit. Sebaiknya sahaja motorsikalnya berhenti di bahu jalan Razif terus memerhati keadaan sekeliling sebelum melangkah turun, Toki juga ikut turun sama. Razif mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluar jeansnya, aplikasi lampu sentuh dibuka dan cahaya lampu tersebut terus dihala ke kawasan belukar bersebelahannya. Lorong kecil di tengah-tengah belukar tersebut jelas kelihatan. Toki hanya memerhatikan sahaja tindakan Razif. Hujan gerimis mula membasahkan sedikit bahagian atas baju mereka, Toki memandang ke langit. Gelap. Tahulah dia sebentar lagi hujan lebat pasti akan turun.“Zif kita nak pergi mana ni?”“Masuk hutan.”“Masuk hutan! Buat apa?”Razif menyuluh tepat ke wajah Toki. Pantas juga Toki berpindah posisi mengelak cahaya tersebut daripada terus menyilaukan retina matanya.“Eh, bukan kau nak cari penyangak dua ekor tu ke? Kita nak pergi port dioranglah ni.” Cahaya telefon bimbitnya kembali menyuluh ke lorong kecil di hadapannya.“Dekat mana?” Soal Toki lag

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 18

    Suara pelakon-pelakon drama swasta yang jelas kedengaran daripada peti televisyen model lama itu menjadi peneman halwa telinga mereka bertiga sekarang. Julia dan Hannan sudah terlebih dahulu masuk ke bilik tidur. Menghilangkan penat seharian. Hanya Adam, Melina dan Mak Odah sahaja yang masih setia berada di ruang tamu, menunggu kepulangan Toki dan Razif.Melina yang duduk bersebelahan Mak Odah terlalu asyik bermain telefon bimbit – permainan candy crush. Adam memerhatikan Melina, sekejap-sekejap dia akan memerhatikan keadaan sekeliling ruang tamu itu pula. Keadaan rumah itu langsung mematikan suasana hatinya.“Mel apa plan untuk esok?” Tanyanya cuba menghilangkan kebisuan mereka di situ.Melina hanya memasang telinga sahaja masih fokus dengan permainan candy crush-nya, dia semakin hampir untuk ke peringkat seterusnya.“Bingo! Tak lama lagi naik level 110.” Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Barulah dia mengalihkan pandangan ke wajah Adam.“Esok pagi kita terus pergi kampung G

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 17

    Pukul 10.00 malam. kereta Kancil itu tetap gagah menyusur jalan raya yang gelap dan sunyi.“Lan kau bagilah aku pandu kereta ni pula, kau pandu slow nak mampus. Bila mahu sampai tempat Ah Seng.” Joe Gigi sudah tidak tahan dengan cara pemanduan rakannya itu, rasanya kalau mereka berlumba dengan kancil sebenar jauh bertiang-tiang mereka kena tinggal. Lembab macam kura-kura.“Joe kau kena ingat kita ni penjahat bertamadun macammana jahat pun keselamatan kena utamakan. Safety first. Sebelum masuk simpang kena bagi signal, kelajuan pula kena ikut had laju yang ditetapkan. Joe kau tahu sebab aku bawa lajulah kaki sebelah aku ni tempang, Aku dah serik bawa laju.”Jelas Lan Tempang. “Itu masa kau bawa basikal. Kau yang cari nahas sendiri, yang kau pergi rempuh lembu pak Samad tu apa hal. Lembu tu tengah sedap-sedap melepas dekat jalan yang kau pergi langgar, mendapatlah. Sakit dapat tahi lembu pun dapat.” Joe gigi masih belum berpuas hati.Lan Tempang hanya berdiam diri malas nak berlawan hu

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 16

    Toki yang baru turun dari lori menyapu-nyapu belakang seluarnya cuba menghilangkan kesan kotoran yang melekat. Sekeliling jalan ditinjau. Hening. Sunyi. Sepi. “Hannan biar betul jalan ni menuju kampung Gelam. Macam jalan masuk hutan je?”“Ikut map betullah jalan ni.” Hannan diam seketika, fokusnya kembali kepada aplikasi Waze di telefon bimbitnya. “Coverage kat sini tak berapa kuatlah, tak dapat guna Waze.” Kali ini telefon bimbit di tangannya dijulang tinggi cuba mencari coverage yang sekejap ada sekejap hilang.Adam sudah duduk mencangkung di bahu jalan, bermain batu-batu kecil yang berselerakkan berhampirannya. “So macammana? Kita tunggu sini atau apa?” Batu-batu kecil itu sudah dilemparnya ke tengah jalan.“Kita jalan terus sambil-sambil tu bolehlah tahan kereta yang lalu, manalah tahu ada yang sudi tumpangkan kita.” Cadang Melina pula. Keringat juga sudah mula membasahi wajah Melina yang putih itu.Lebih kurang 15 minit sudah mereka melalui jalan raya yang bisu dan sepi tanpa keh

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 15

    “Aku dah tanya uncle tu, dia cakap teksi memang tiada dekat sini. Bas dekat sini pun ikut waktu, bas pertama dah gerak awal pagi tadi yang ada sekarang bas petang. So nak tunggu?” Terang Adam. “Uncle tu nak pergi mana?” Tanya Toki pula.“Uncle tu nak ambil ayam dekat kampung sebelah. Kenapa Kie nak tumpang uncle tu ke? Kalau nak uncle tu ok je tapi kena duduk belakanglah, uncle tu bawa anak bininya sekali.”“Naik lori ayam? Aku sanggup lagi tunggu dekat sini daripada naik lori buruk tu.” Celah Julia tiba-tiba. Seumur hidupnya tidak pernah dia naik lori tambah-tambah lagi lori ayam. Perkara yang tidak pernah terlintas dikepalanya.“Baguslah, kau tunggu dekat sini sampai tua.” Melina bersuara. Geram dengan sikap Julia yang suka mengada-ngada itu.“Kita tunggu dulu dalam setengah jam macam tu, sementara uncle tu siapkan urusannya. Sambil-sambil tu bolehlah cari-cari kereta kalau ada yang sudi tumpangkan kita.” Cadang Adam.Julia memanfaatkan masa yang terluang itu untuk mencari kereta,

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 12

    Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid yang berada disimpang jalan, Adam, Toki, Hannan dan Melina menuju ke arah keretakancil yang diletakkan di depan masjid tersebut. Julia sahaja yang tidakmenuruti mereka hanya menunggu di dalam kereta – alasan biasa : datangbulan.“Kat depan sana ada pekan, kita cari hotel murah stay untuk malam ni.”Cadang Adam.“What! Hotel murah?” Julia tiba-tiba bersuara dari bangku belakang.“Kenapa? Geli ke nak stay dekat hotel bajet?” Soal Melina. Menyampahdengan sikap Julia.“Hello, I tak cakap dekat you ok.” Kata Julia itu ditujukan khas untukMelina. “Adam, awak tahukan Jue tak biasa tidur dekat hotel murah?”Sambungnya lagi kali ini ditujukan untuk Adam pula.“Jue kat sini mana ada Hilton, Sheraton, Oriental, ni pekan kecil je laJue.” Terang Adam. Satu-satu nama hotel mewah itu disebutnya.“Ok... jom gerak.” Celah Toki, malas mendengar drama dari Julia, takutepisodnya berpanjangan.Julia hanya berdiam diri. Akur dengan situasinya sek

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 13

    Tingkap kereta jenis Pajero berwarna hitam itu dibuka luas seakan mengundang nyamuk masuk untuk menikmati hidangan malam. Kotak rokok Winston merah di atas dashboard dicapai, dikeluarkan sebatang dari kotak terus dituju ke bibir.“Zack kau rasa kenapa bos tawarkan ganjaran yang terlalu besar untuk jejak si Megat Aidin tu?” Soal Bob yang berada di sebelah Razak. Dia lebih selesa memanggil Razak dengan nama Zack. Baru nampak ganasberbanding dengan nama Razak, seperti nama Cikgu pencen sahaja.Razak menyedut masuk asap rokok ke mulutnya, perlahan-lahan juga asap rokok itu dihembus keluar melalui rongga mulut dan hidungnya. Menghalau keluar kumpulan nyamuk yang baru ingin berpesta di dalam keretanya itu.“Soalan kau tu hanya bos yang boleh jawab. Fokus kita sekarang dengan budak tu.” Jawab Razak.“Eh Zack cerita pasal budak tu. Aku baru perasan sepanjang kita follow diorang sampai ke sini, salah seorangnya tu macam biasa aku tengok.” Cerita Bob lagi. “Biasa sangat, tapi takut juga peland

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 12

    Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid yang berada di simpang jalan, Adam, Toki, Hannan dan Melina menuju ke arah kereta kancil yang diletakkan di depan masjid tersebut. Julia sahaja yang tidakmenuruti mereka hanya menunggu di dalam kereta – alasan biasa : datang bulan.“Kat depan sana ada pekan, kita cari hotel murah stay untuk malam ni.” Cadang Adam.“What! Hotel murah?” Julia tiba-tiba bersuara dari bangku belakang.“Kenapa? Geli ke nak stay dekat hotel bajet?” Soal Melina. Menyampah dengan sikap Julia.“Hello, I tak cakap dekat you ok.” Kata Julia itu ditujukan khas untuk Melina. “Adam, awak tahukan Jue tak biasa tidur dekat hotel murah?” Sambungnya lagi kali ini ditujukan untuk Adam pula.“Jue kat sini mana ada Hilton, Sheraton, Oriental, ni pekan kecil je la Jue.” Terang Adam. Satu-satu nama hotel mewah itu disebutnya.“Ok... jom gerak.” Celah Toki, malas mendengar drama dari Julia, takut episodnya berpanjangan. Julia hanya berdiam diri. Akur dengan situasinya sek

DMCA.com Protection Status