Chapter: Bab 20Kampung Gelam. “Itulah Karim aku dah beritahu dari dulu lagi kampung kita ni memang jadi tumpuan kaki judi.” Terang Zakaria bersungguh-sungguh sebelum cawan kopi di atas meja dicapai.Karim hanya mengurut janggut panjangnya yang sudah menampakkan uban putih sedikit. “Bukan kampung kitalah Jaka, itukan kampung sebelah.” Ujar Pak Samad yang sudah mengerakkan buah damnya satu petak ke atas.“Memang bukan kampung kita tapi benda ni perlahan-lahan akan merebak juga ke sini kalau tidak dibendung lebih awal.” Zakaria meletakkan semula cawan kopinya yang sudah berbaki separuh.“Haa, Karim. Kau selaku JKK kampung ni apa pendapat kau?” Tanya Bidin seraya mengerakkan buah damnya, tiga biji buah dam Pak Samad dimakan serentak. Satu langkah lagi sebelum buah damnya naik haji. Dia tersengih.Karim masih diam, tenung cawan teh tariknya yang belum terusik sedikit pun. Pak Samad pula sudah mengaru-garu kopiah putihnya sebelum berdiri. “Bidin aku gerak dulu. Kau mainlah dengan Jaka dulu tak pun deng
Last Updated: 2023-04-05
Chapter: Bab 19Kampung Bulan Sabit. Sebaiknya sahaja motorsikalnya berhenti di bahu jalan Razif terus memerhati keadaan sekeliling sebelum melangkah turun, Toki juga ikut turun sama. Razif mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluar jeansnya, aplikasi lampu sentuh dibuka dan cahaya lampu tersebut terus dihala ke kawasan belukar bersebelahannya. Lorong kecil di tengah-tengah belukar tersebut jelas kelihatan. Toki hanya memerhatikan sahaja tindakan Razif. Hujan gerimis mula membasahkan sedikit bahagian atas baju mereka, Toki memandang ke langit. Gelap. Tahulah dia sebentar lagi hujan lebat pasti akan turun.“Zif kita nak pergi mana ni?”“Masuk hutan.”“Masuk hutan! Buat apa?”Razif menyuluh tepat ke wajah Toki. Pantas juga Toki berpindah posisi mengelak cahaya tersebut daripada terus menyilaukan retina matanya.“Eh, bukan kau nak cari penyangak dua ekor tu ke? Kita nak pergi port dioranglah ni.” Cahaya telefon bimbitnya kembali menyuluh ke lorong kecil di hadapannya.“Dekat mana?” Soal Toki lag
Last Updated: 2023-04-05
Chapter: Bab 18Suara pelakon-pelakon drama swasta yang jelas kedengaran daripada peti televisyen model lama itu menjadi peneman halwa telinga mereka bertiga sekarang. Julia dan Hannan sudah terlebih dahulu masuk ke bilik tidur. Menghilangkan penat seharian. Hanya Adam, Melina dan Mak Odah sahaja yang masih setia berada di ruang tamu, menunggu kepulangan Toki dan Razif.Melina yang duduk bersebelahan Mak Odah terlalu asyik bermain telefon bimbit – permainan candy crush. Adam memerhatikan Melina, sekejap-sekejap dia akan memerhatikan keadaan sekeliling ruang tamu itu pula. Keadaan rumah itu langsung mematikan suasana hatinya.“Mel apa plan untuk esok?” Tanyanya cuba menghilangkan kebisuan mereka di situ.Melina hanya memasang telinga sahaja masih fokus dengan permainan candy crush-nya, dia semakin hampir untuk ke peringkat seterusnya.“Bingo! Tak lama lagi naik level 110.” Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Barulah dia mengalihkan pandangan ke wajah Adam.“Esok pagi kita terus pergi kampung G
Last Updated: 2023-04-05
Chapter: Bab 17Pukul 10.00 malam. kereta Kancil itu tetap gagah menyusur jalan raya yang gelap dan sunyi.“Lan kau bagilah aku pandu kereta ni pula, kau pandu slow nak mampus. Bila mahu sampai tempat Ah Seng.” Joe Gigi sudah tidak tahan dengan cara pemanduan rakannya itu, rasanya kalau mereka berlumba dengan kancil sebenar jauh bertiang-tiang mereka kena tinggal. Lembab macam kura-kura.“Joe kau kena ingat kita ni penjahat bertamadun macammana jahat pun keselamatan kena utamakan. Safety first. Sebelum masuk simpang kena bagi signal, kelajuan pula kena ikut had laju yang ditetapkan. Joe kau tahu sebab aku bawa lajulah kaki sebelah aku ni tempang, Aku dah serik bawa laju.”Jelas Lan Tempang. “Itu masa kau bawa basikal. Kau yang cari nahas sendiri, yang kau pergi rempuh lembu pak Samad tu apa hal. Lembu tu tengah sedap-sedap melepas dekat jalan yang kau pergi langgar, mendapatlah. Sakit dapat tahi lembu pun dapat.” Joe gigi masih belum berpuas hati.Lan Tempang hanya berdiam diri malas nak berlawan hu
Last Updated: 2023-04-05
Chapter: Bab 16Toki yang baru turun dari lori menyapu-nyapu belakang seluarnya cuba menghilangkan kesan kotoran yang melekat. Sekeliling jalan ditinjau. Hening. Sunyi. Sepi. “Hannan biar betul jalan ni menuju kampung Gelam. Macam jalan masuk hutan je?”“Ikut map betullah jalan ni.” Hannan diam seketika, fokusnya kembali kepada aplikasi Waze di telefon bimbitnya. “Coverage kat sini tak berapa kuatlah, tak dapat guna Waze.” Kali ini telefon bimbit di tangannya dijulang tinggi cuba mencari coverage yang sekejap ada sekejap hilang.Adam sudah duduk mencangkung di bahu jalan, bermain batu-batu kecil yang berselerakkan berhampirannya. “So macammana? Kita tunggu sini atau apa?” Batu-batu kecil itu sudah dilemparnya ke tengah jalan.“Kita jalan terus sambil-sambil tu bolehlah tahan kereta yang lalu, manalah tahu ada yang sudi tumpangkan kita.” Cadang Melina pula. Keringat juga sudah mula membasahi wajah Melina yang putih itu.Lebih kurang 15 minit sudah mereka melalui jalan raya yang bisu dan sepi tanpa keh
Last Updated: 2023-04-05
Chapter: Bab 15“Aku dah tanya uncle tu, dia cakap teksi memang tiada dekat sini. Bas dekat sini pun ikut waktu, bas pertama dah gerak awal pagi tadi yang ada sekarang bas petang. So nak tunggu?” Terang Adam. “Uncle tu nak pergi mana?” Tanya Toki pula.“Uncle tu nak ambil ayam dekat kampung sebelah. Kenapa Kie nak tumpang uncle tu ke? Kalau nak uncle tu ok je tapi kena duduk belakanglah, uncle tu bawa anak bininya sekali.”“Naik lori ayam? Aku sanggup lagi tunggu dekat sini daripada naik lori buruk tu.” Celah Julia tiba-tiba. Seumur hidupnya tidak pernah dia naik lori tambah-tambah lagi lori ayam. Perkara yang tidak pernah terlintas dikepalanya.“Baguslah, kau tunggu dekat sini sampai tua.” Melina bersuara. Geram dengan sikap Julia yang suka mengada-ngada itu.“Kita tunggu dulu dalam setengah jam macam tu, sementara uncle tu siapkan urusannya. Sambil-sambil tu bolehlah cari-cari kereta kalau ada yang sudi tumpangkan kita.” Cadang Adam.Julia memanfaatkan masa yang terluang itu untuk mencari kereta,
Last Updated: 2023-04-05