Home / Other / Shh... ( BAHASA MALAYSIA ) / Chapter 1 - Chapter 10

All Chapters of Shh... ( BAHASA MALAYSIA ): Chapter 1 - Chapter 10

10 Chapters

01

Bebas itu membawa banyak makna. Akan tetapi setelah semuanya terjadi, apakah mungkin ia lebih bererti sedangkan diri masih dibelenggu dek trauma yang menghantui?  PAPAN tanda yang tertera 'Mahligai Seri Pelangi' itu dipandangnya dengan beraneka perasaan. Ingin sahaja dia mengalirkan air mata di situ tetapi sempat pula kesumat dendamnya menepis.Apakah individu berkenaan gembira?Ya. Tersangat gembira kerana dia telah bebas daripada kurungan mimpi buruk bak neraka tersebut.Dia berjanji tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke tempat itu lagi!"Fio, kita kena pergi sekarang." Sebuah suara kepunyaan Ezz menusup masuk ke corong telinga. Si empunya nama sempat mengusap kelopak matanya sebelum dia masuk ke dalam perut van.Sepanjang perjalanan, mereka hanya senyap sehinggalah seseorang mula bertanya.
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

02

Kaki terasa berat seperti ada rantai besi yang terikat ketat di situ. Sehingga ingin melangkah pergi sahaja, tidak boleh...  UNCLE RIZ sedang meningkatkan nada pembesar suara agar lebih lantang lagi. Dia ingin mengenal pasti maklumat dan juga informasi berkaitan dengan Mahligai Seri Pelangi itu."Hari ini, secara rasminya Mahligai Seri Pelangi ditutup serta-merta. Segala kejadian misteri yang berlaku dan kematian 28 orang penghuni rumah berkenaan masih dalam siasatan..." Seseorang yang memanggil namanya telah memancing fokus dari kaca televisyen."Uncle Riz, Fio dah mula bercakap...'Lelaki itu mengajak Ezz untuk duduk di sofa sebelah kiri sambil menanti sambungan ceritanya."Fio cakap apa saja pada kamu, Ezz?""Hmm. Dia tak banyak kata. Cuma dia asyik ulang ayat yang sama..."
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

03

Perkara aneh dan pelik itulah menyebabkan diri terpancing keluar dari zon selesa untuk mencari tahu. Persoalannya... apa yang telah terjadi sebelum ini?  FAJAR menyinsing membentangi cakerawala. Tatapan si gadis seolah-olah menembusi lapisan langit. Fikirannya menerawang keluar dari atmosfera bumi.Dia bukan berkhayalkan kisah dongeng persis putera dan puteri yang menemui cinta sejati mereka. Namun, kejadian yang terjadi kepadanya sejak semalam sehingga ke pagi tadi amat memberi pukulan impak yang berbekas."Tolong aku. Aku tak nak mati lagi!"Begitulah raungannya sebaik ditarik masuk ke dalam peti misteri.Ingin meratap. Malang sekali, kolam airmatanya seumpama gersang dek dibelenggu bayangan yang sungguh menakutkan.Kelopak mata dipejam celik beberapa kali, tetapi bayangan ngeri dan se
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

04

Makanan yang paling enak adalah daging manusia dan sirap yang sangat sedap pula adalah... darah. BUNYI ekszos kereta bergema ke serata rumah menandakan pak ciknya telah kembali pulang.Uncle Riz keluar dari kenderaannya dan dia melihat kelibat Fio yang sedang duduk santai pada sebuah kerusi rotan."Eh, Fio? Dah lewat malam ni. Kenapa tak masuk dalam bilik kamu?" tanya Uncle Riz kehairanan. Dahinya sekaligus berlapis."Sekejap lagi Fio masuklah," balas Fio pendek tanpa memandang si lelaki."Anak dara tak elok duduk di luar rumah malam-malam. Em... Ezz mana? Dia dah tidur?""Entah. Dari tadi siang Fio tak nampak dia. Tak tahulah dia dekat mana."Kenyataan itu mengakibatkan Uncle Riz menjadi panik dan bergegas menuju ke bilik anak buahnya.Fio yang ditinggalkan di beranda vila hanya beriak bia
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

05

Keseronokan yang hanya dirasai seketika cuma. Maka, selebihnya pula adalah derita nan menyeksa...  "CARI Fio, uncle dan bawa dia balik ke sini...""Eh, tapi kenapa pula Ezz? Dia kan ada dalam villa ni?""Bawa... dia... balik... uncle. Sebab... 'dia' bukanlah Fio...""Ha?" Uncle Riz terperanjat. Dia mengerti akan makna di sebalik ucapan itu."Cepat pergi cari Fio, uncle! Dia sedang dalam kesusahan.""Baik. Kita akan pergi mencari Ezz bersama-sama tapi kita nak cari dia dekat mana? Sekarang ni kan dah lewat malam.""Mungkin Fio masih berada di sana, uncle. Kita kena pergi selamatkan dia sebelum semuanya terlambat.""Di sana? Maksud kamu, Ezz?""Mahligai Seri Pelangi..."Lelaki tersebut lantas memapah
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

06

Cinta menjurus kepada kebahagiaan. Dek kerana cinta demi si dia, semuanya sanggup diberikan.Namun yang tersilapnya di sini adalah apabila cinta murni yang disuakan malah dibalas pula dengan racun tuba. Natijahnya, pihak sebelah membungkus balas kesumat yang menghantui sehingga hidup si kesayangan... tamat.  BEBERAPA BULAN SEBELUMNYA..."APAKAH benar kau sayangkan aku, Riz?" soal si gadis yang terdesak dengan sebuah kepastian.Seperti selalunya, lelaki yang bernama Riz itu akan melebarkan senyumannya."Sudah tentu, sayang. Dalam hati Riz, hanya ada nama Shida seorang.""Betul ni?" Shida masih ragu-ragu dengan pengakuan sang kekasih."Demi Allah, Shida saja di hati Riz. Eh, da
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

07

Kekasih yang telah mati bersama kekasihnya...  SENYUMAN si gadis lenyap dari bibir tatkala khabar yang kurang enak telah menusup masuk ke corong telinganya."Cikgu tak salah dengar, kan... Fio?"Fio menunduk. Dia menjadi serba-salah."Fio?""Maafkan saya dan adik-adik yang lain, cikgu. Kami terpaksa berdiam diri. Kalau tak, Kak Shita ugut kami-""Dia ugut apa?" pintas Shida pantas.Fio memejamkan matanya. Takut untuk bertentangan mata dengan penjaga terbaik mereka."Fio, cikgu tanya ni. Bagitahulah cikgu akan hal sebenarnya. Biar cikgu yang akan ambil tindakan."Kelopak mata Fio terbuka dan dia perlahan-lahan melihat anak mata kepunyaan Shida.
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

08

Tidak semua misteri itu harus terpecahkan. Kadang kala, ia lebih baik kekal menjadi sesuatu yang misteri...  BUNGA kemboja putih ditaburnya seketika sebelum sejag air pula dia siram di atas tanah bertiang dua.Setelah selesai, Darwisy termenung di tepi kubur arwah Dafi Arbain, adiknya.Dia terkenang akan sepotong memorinya bersama dengan salah seorang penghuni Mahligai Seri Pelangi.SETAHUN YANG LALU..."Aku tahu bukan kau yang bunuh Iman, Fio."Fio berpaling apabila suara seseorang kedengaran."Eh, Darwisy? Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"Terkejut Fio dengan kemunculan budak lelaki yang sedang mengenakan hoddie coklatnya di Tanah Perkuburan Seri Pelangi itu.
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

09

Dari penglihatan mata kasar, semuanya telah tiada. Diri bersendirian.Namun ternyata, ada yang masih 'tertinggal' di lorong-lorong kegelapan.Tiada siapa yang tahu dan sedar akan ia. Perigi akal manusia sahaja gersang gara-gara asyik menggali logiknya. SELEPAS dua tahun peristiwa kelam itu berlaku, kini Darwisy secara rasminya menjadi anak angkat dalam keluarga Pak Talip.Pak Talip memiliki sebuah bengkel motosikal yang diusahakan secara turun-temurun. Hasil menampi pengalaman serta mengasah kemahirannya di Juvana sebelum ini, Darwisy boleh hidup berdikari sambil mencari rezeki."Khai, Bakri, mari sini. Kita makan tengah hari sama-sama." Darwisy mengajak kedua teman sekerjanya itu untuk mengisi perut.Bakri dan Khai merupakan bekas pelajar Juvana juga seperti Darwisy. Tetapi ada satu tragedi berda
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

10

Hidup di dunia ini, cinta selalu bersalutkan pengorbanan walaupun akhirnya, bukan dirinya yang meraih kebahagiaan.Kerana sayang, diri terbuang,terbuang jauh dari jurang,jurang dipenuhi kesumat berang.berang ditolak cinta dan sayang. SEGALA alatan untuk membaiki motosikal dia kemaskan kembali ke dalam tool box apabila muncul seseorang yang teramat dia kenali.Dia cuba untuk mengelak untuk tidak bersua muka."Assalamualaikum," sapa Kopral Annuar dari kejauhan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki."Wa'alaikumsalam. Eh, Abang Annuar, Abang Khairil. Dari mana?"Darwisy menyahut sambil bersalaman dengan kedua lelaki tersebut. Bakri juga sama."Kita orang ada kerja sikit dekat sekitar sini, tu sebab singgah sekejap."Darwisy dan
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more
DMCA.com Protection Status