Share

09

last update Terakhir Diperbarui: 2021-07-22 07:28:54

Dari penglihatan mata kasar, semuanya telah tiada. Diri bersendirian.

Namun ternyata, ada yang masih 'tertinggal' di lorong-lorong kegelapan.

Tiada siapa yang tahu dan sedar akan ia. Perigi akal manusia sahaja gersang gara-gara asyik menggali logiknya.

SELEPAS dua tahun peristiwa kelam itu berlaku, kini Darwisy secara rasminya menjadi anak angkat dalam keluarga Pak Talip.

Pak Talip memiliki sebuah bengkel motosikal yang diusahakan secara turun-temurun. Hasil menampi pengalaman serta mengasah kemahirannya di Juvana sebelum ini, Darwisy boleh hidup berdikari sambil mencari rezeki.

"Khai, Bakri, mari sini. Kita makan tengah hari sama-sama." Darwisy mengajak kedua teman sekerjanya itu untuk mengisi perut.

Bakri dan Khai merupakan bekas pelajar Juvana juga seperti Darwisy. Tetapi ada satu tragedi berdarah yang masih berbekas dalam kantung memori.

"Eh? Kenapa tak makan nasi tu, Bakri? Lauknya tak sedap, ya?" soal Khai yang sedar akan salah seorang temannya itu termenung di hadapan rezeki.

Si empunya nama tersentak. Senyum tipis dia ukirkan.

"Ha? Eh, bukan macam tu. Lauk ni sedap cuma..."

Darwisy dan Khai berpandangan sesama mereka beberapa ketika sebelum Darwisy bersuara.

"Hmm. Jangan kata kau masih teringat pasal kejadian tu. Betul, kan?"

Tebakan Darwisy tepat disebabkan Bakri perlahan-lahan mengangguk.

Mereka berdua mengerti.

DUA TAHUN SEBELUMNYA

PENGHUNI asrama Umar Al-Khattab riuh-rendah disebabkan mereka terlihat objek aneh yang misteri di luar pagar berdekatan tempat itu.

"Benda apa tu, wei? Peliklah aku tengok."

"Janganlah tegur. Biarkan saja. Mungkin benda tu cuma sampah."

"Entah-entah, ada orang buang bayi tak?"

"Hoi, mulut kau! Agak-agaklah. Tempat kita ni terpelosok jauh dari mana-mana penempatan."

"Manalah tahu ada yang buat 'projek' dekat sekitar sini."

Timbul pelbagai spekulasi dan andaian berkaitan benda alah yang berbentuk segi empat berkenaan.

Sebelum masuk waktu maghrib, seorang pelajar lelaki bernama Zafril telah melaporkan hal itu kepada penjaga mereka.

"Warden Mad, ada sesuatu yang pelik diletakkan di luar pagar kita ni."

"Ha, sesuatu yang pelik? Di mana kamu nampak?"

"Di luar pagar dekat asrama kami, warden."

"Zafril, kamu jangan nak kelentong saya supaya saya terleka lagi-"

"Eh. Tak, warden. Kali ni, warden kena percayakan saya. Saya tak bohong. Kami semua berasa pelik dengan benda tu. Entah-entah, ada orang yang buang bayi dia dekat sini."

"Ah, mengarutlah kamu semua. Dah, bawa saya pergi ke tempat tu dan tunjukkan apa yang kamu dan kawan-kawan kamu nampak."

"Baik, Warden Mad. Mari lekas."

"Awas! Jangan sampai kamu tipu saya lagi. Memang saya akan hukum sebat kamu 50 kali."

"Ya. Kalau saya tipu, warden sebatlah saya macam selalunya. Dah biasa dah."

"Eh, kamu ni-"

"Itu dia, warden!" Jari telunjuk Zafril mengarah ke sebuah benda yang berbentuk segi empat itu. Sekali gus menghentikan pertikaman lidah kedua mereka.

Warden Mad menghampiri ia dengan penuh berhati-hati. Bunyi lebah daripada beberapa orang pelajar yang memerhati sejak tadi memenuhi suasana.

"Hati-hati, Warden Mad. Kalau dalam tu ada ular dan patuk warden, teruslah resign dari sini. Haha."

Lelaki separuh usia itu hanya mencebik. Dia dah terbiasa mendengarkan ayat-ayat longkang sedemikian.

Baru sahaja dia ingin menyentuh bekas yang serupa peti besi itu, dia baru perasan akan sekeping kertas kecil lusuh tersisip di celah kunci.

Darwisy Ariel Bin Darul Mubin.

"Eh? Di sini ada tertera nama Darwisylah."

Zafril membongkok sambil membaca tulisan yang di kertas itu juga.

"Oh. Ha'ahlah. Mungkin barang ni dikirim untuk dia. Manalah tahu, keluarga dia..."

"Haih, kamu ni. Darwisy Ariel kan anak yatim piatu. Dia hidup sebatang kara. Kamu dah lupa?"

Remaja 17 tahun berkenaan tersengih panjang. Baru dia sedar akan sebuah hakikat.

"Ya tak iya jugak. Hehe."

"Ha, tak apalah. Kamu balik semula ke asrama kamu. Biar saya yang uruskan benda ni."

"Okey, warden kacak."

"Jangan cuba-cuba nak ponteng solat maghrib pulak!"

"Tak... pasti, warden. Haha. Bye, orang tua."

Zafril beredar dari sana sambil bersiul senang.

"OI, budak. Sini kau!" Bakri memanggil seseorang. Namun orang itu kelihatannya keras kepala.

Sengaja buat-buat tuli.

"Woi, kau dengar tak yang aku panggil kau?"

Bakri mencekak kolar baju budak tadi.

"Nama aku, Zafril bukan budak!" Zafril menjawab tegas.

Dia kurang senang dengan Bakri. Selalu saja mencari pasal dengan orang lain. Walhal, tak ada sesiapa yang berani mengganggu dirinya.

"Ada aku kisah pasal nama kau Zafril atau katil? Kalau aku panggil kau dengan nama apa sekali pun, kau kenalah menjawab. Faham!"

Zafril menggulingkan bebola matanya.

"Tadi tu, benda apa?" soal Bakri lagi.

"Benda apanya?" Soalan berbalas soalan.

"Yang tadi tulah. Yang kau tengok dengan orang tua tu. Apa bendanya?"

"Oh, itu. Entah. Mungkin barang kiriman untuk Darwisy sebab ada nama dia dekat situ."

"Apa isinya?"

"Eh, manalah aku tahu. Peti tu berkunci. Mungkin kuncinya ada pada Darwisy. Kau tanyalah dia."

"Jaga-jaga. Kalau kau berani nak 'kencing' aku, aku siat-siat kulit kau," ugut Bakri pula.

"Walaupun muka kau macam lubang jamban, aku tak sampai hati nak kencing kau. Tandas dekat sini berlambak-"

"Wei, kau!"

Buk! Bakri melayangkan penumbuk sulungnya. Ia tepat mengena tulang pipi kiri Zafril dan mengakibatkan gusi remaja berkenaan berdarah.

Mangsa keadaan tersebut terduduk di lantai simen. Khai hanya melihat pemandangan itu dengan ketawa mengejek.

Bakri ingin menerajang budak itu lagi tetapi sempat dihalang dek seseorang.

"Jangan pukul dia lagi, Bakri!"

Langsung terhenti tindakannya apabila mengetahui akan siapakah gerangan.

"Wei, Darwisy. Kau jangan nak sibuk dengan hal aku. Tak puas lagi ke aku benam kepala kau dalam lumpur, semalam?"

Darwisy tidak mengendahkan kata-kata Bakri.

"Kau orang bertiga bersiap cepat. Tak lama lagi nak bang."

"Kau jangan nak acah alimlah, Darwisy!"

Baru sahaja buku lima Khai melayang, kedengaran pula azan maghrib sedang berkumandang.

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

"Kali ni, kau selamat! Khai, jom blah!"

Ajak Bakri dengan perasaan tidak puas hatinya.

*****

"ADA apa tuan komander panggil saya?" Darwisy bertanya akan perihal namanya dipanggil tadi selepas solat isyak.

"Ada barang kamu, dekat sini."

Dahi Dawisy berlapis.

"Barang? Barang apa tu, tuan?"

"Itu." Komander Syafiq menunjukkan sebuah peti misteri kepadanya.

"Eh, peti apa pulak ni?" soalnya lagi. Dia berasa agak kehairanan.

"Nah. Disebabkan itulah saya panggil kamu ke mari. Peti ni Warden Mad dan Zafril temui di luar pagar asrama kamu. Ada nama kamu tertulis di kertas ni."

Sang ketua kepimpinan menyuakan sekeping kertas lusuh kepada Darwisy. Benda alah tersebut bertukar tangan.

"Kami nak tahu isi di dalamnya tapi peti ini berkunci. Jadi saya nak minta izin dengan kamu untuk beri kuncinya pada saya. Biar pihak sekolah yang periksa isinya."

"Tapi, tuan. Saya tak pernah menyimpan apa-apa jenis kunci mahu pun barangan yang berkaitan. Apatah lagi selepas Mahligai Seri Pelangi ditutup setahun lepas."

Komander Syafiq berfikir sejenak, menimbang akal.

"Ha. Macam nilah. Kami akan buka dan periksa peti ni. Khuatir juga kalau-kalau ada sesuatu yang cuba nak diseludup masuk ke dalam asrama ni."

"Tapi tuan kena pegang cakap saya. Saya tak pernah berhubung dengan mana-mana orang selepas kawan-kawan saya meninggal dunia serentak. Jadi saya betul-betul tak tahu apa-apa."

"Baiklah. Saya percayakan kamu, Darwisy."

*****

"WARDEN MAD, kami pergi dulu." Darwisy meminta diri.

"Ya. Hati-hati. Jangan lewat balik pulak."

Darwisy, Bakri dan Khai menjawab serentak, "Baik, warden. InsyaAllah."

Gerbang Juvana dibuka oleh pengawal keselamatan sebagai tanda keizinan ketiga-tiga lelaki tersebut keluar untuk pergi berbelanja bersama dua orang lagi tenaga pengajar selaku sang penjaga.

Mereka turut menggunakan kereta Toyota Land Cruiser Prado 95 berwarna hijau tua menuju ke Pekan Besar.

Sepanjang perjalanan itu, Bakri tidak habis-habis mengeluh dan membebel.

"Haih. Kenapalah aku kena keluar dengan tikus mondok macam kau ni, Darwisy? Macam dah tak ada orang lain saja."

"Hmm..." Darwisy buat tidak endah.

"Kau ni kan!" Bakri meluku kepala Darwisy secara drastik yang duduk di tengah-tengah antara dia dan Khai.

"Bakri, berhenti!" Seorang pengawal keselamatan menghentikan perbuatannya menyebabkan Bakri bengang.

"Bongok!"

"Wei, Bakri. Sudah-sudahlah tu. Kau janganlah nak cari pasal dekat sini." Khai yang sejak tadi membisu, kini mula berbicara.

"Wow, Khai. Sekarang ni, kau dah mula nak backup si tikus mondok ni. Hebatnya kau."

"Bukan macam tu, Bakri. Tapi takkan kau tak terfikir pasal keadaan kita sekarang ni?"

Dahi Bakri berkerut.

Darwisy hanya memasang telinga.

"Maksud kau?"

"Aku rasa peliklah. Kenapa tiba-tiba kita bertiga ni yang keluar berbelanja barangan dapur? Dah bertahun lamanya kita duduk di Juvana, tak pernah lagi seorang daripada kita boleh diizinkan keluar. Sedangkan segala keperluan kita selama ni pun, pihak sekolah yang tanggung. Em... mesti ada benda yang tak kena ni."

Darwisy dan Bakri turut sama berfikir untuk mencari tahu asbabnya.

Ada benarnya juga. Begitu fikir mereka.

"Ha'ahlah. Eh, tapi kan... mungkin jugak sebab prestasi kita ni adalah yang terbaik. Itu sebab dia orang percaya dekat kita."

"Otak kau! Kalau Darwisy, aku percayalah prestasi dia baik selalu. Kita berdua ni Bakri, celah mana entah baiknya. Asyik-asyik kena sebat saja."

Bakri memandang Darwisy dengan penuh curiga. Ada sesuatu yang bermain di benaknya.

*****

SEPERTI

biasa jika ada kiriman barang atau sesuatu yang diberikan untuk pelajar Juvana itu, ia akan melalui proses pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak keselamatan.

Hal ini demikian kerana agar tidak ada unsur-unsur jenayah dan masalah dari luar mahu pun dalam Juvana.

"Kamu semua dah bersiap sedia?" tanya Komander Syafiq kepada beberapa anak buah kepercayaannya.

"Sudah, tuan."

"Baiklah. Kita akan mulakan dalam kiraan 1... 2... 3..."

Nging! Nging! Alat pemotong besi digunakan. Begitu juga dengan gunting besi beton.

Ia digunakan untuk memecahkan kunci peti ganjil tersebut.

Beberapa saat kemudian...

Geduk! Geduk! Geduk!

Peti itu bergoyang kuat dengan sendirinya. Seakan-akan ada sesuatu yang ingin keluar dari sana.

Mereka yang berada di situ tampak panik dan ketakutan.

Geduk! Geduk! Ketang! Penutup benda alah itu pun lantas terbuka.

Komander Syafiq cuba meneliti akan isi di dalamnya. Namun malang tidak berbau apabila ada sepasang tangan misteri muncul lalu menariknya masuk ke dalam peti.

"Argh!!"

Maka terjeritlah kesemua mereka yang menyaksikannya. Apatah lagi, melihat banyak cecair merah keluar melimpah dari situ.

Masing-masing berusaha untuk menyelamatkan diri.

"Lari!!"

Jeritan ketakutan memecah keheningan pagi. Para pelajar yang menyedari akan hal berkenaan, turut cemas bersama.

Tidak menunggu lama, ada 'sesuatu' yang sedang merangkak keluar dari bekas tadi. Bau bangkai, busuknya nanah serta hanyir darah semerbak menusup ke segenap Juvana.

Tempat tersebut menjadi huru hara. Keadaan tidak lagi dapat terkendali. Apatah lagi kemunculan sebuah api besar yang berbentuk aneh. Ia melahap bersih bangunan dan segala isinya.

Tanpa satu pun yang tersisa.

*****

"CEPAT sikit kalau berjalan tu. Jangan nak jadi macam diva pulak. Sedar sikit. Kau tu, jantan!"

Sekali lagi Bakri mengejek. Ada saja yang tak kena pada pandangan matanya tatkala dekat dengan Darwisy.

Darwisy pula seperti biasa akan memekakkan telinganya. Malas nak bertengkar. Tak ada faedahnya sebab si pesaing asyik nak menang saja.

Dia dah hadam sangat dengan sikap Bakri yang satu itu.

Selepas hampir tiga jam mereka berada di Pekan Besar, kelima-lima orang lelaki tersebut bertolak pulang.

Sejak tadi lagi, Darwisy kelihatannya sangat gelisah. Ada satu firasat buruk menghinggapi tangkai hati. Hal itu mengakibatkan dia tidak senang duduk.

Tiba-tiba, Cikgu Jo yang sedang memandu itu ternampak akan sesuatu dari kejauhan.

"Tengok tu. Ada asap teballah."

Kata-katanya itu memancing ingin tahu mereka yang lain seraya melihat ke arah yang sama.

"Astaghfirullahaladzim! Jangan kata itu..." Darwisy tidak sanggup melanjutkan bicaranya.

Cikgu Jo yang seolah-olah mengerti, dia menekan pedal minyak agar kenderaan pacuan empat roda itu bergerak semakin laju.

Beraneka andaian yang terlintas di fikiran mereka berenam dan ternyata, ia memang benar.

"Allahuakbar! Allahuakbar!" Darwisy tidak putus-putus melaungkan takbir apabila melihat api besar sedang menjilat rakus kawasan Juvana.

Van Ambulans, kereta bomba dan polis telah memenuhi jalanan.

Bakri dan Khai melompat keluar dengan cepat dari kereta apabila ia diberhentikan tidak jauh dari tempat kejadian.

"Ya Allah! Apa dah berlaku ni?"

Bakri menjerit dan cuba untuk masuk ke dalam asrama. Namun, dia sempat dihalang oleh beberapa orang anggota daripada organisasi pemadam api.

"Lepaskan akulah! Aku nak masuk. Aku nak selamatkan kawan-kawan aku!"

"Tak boleh, dik. Api terlalu marak. Lagi pun, tak ada seorang pun mangsa kebakaran yang selamat-"

"Kau pembohong! Tak mungkinlah tak ada orang yang selamat! Kau pembohong! Pengecut!"

"Bakri, bertenang. Bawa mengucap. Ingat Allah!" Darwisy menahan tubuh Bakri dari belakang yang sedang bertindak agresif.

Tidak lama kemudian, perlahan-lahan tubuh Bakri longlai dan terduduk di tanah. Empangan tangisannya pecah jua.

Khai dan Darwisy memeluknya.

"Aku tak percayalah tak ada seorang pun daripada dia orang yang selamat. Aku tak percaya, Khai. Aku tak percaya!"

Mata Khai memerah. Dia juga tidak dapat membendung air hangat yang bertakung di kelopak mata.

"Sabarlah, Bakri. Kita tunggu keputusan pihak berkuasa. Kalau betul tak ada mangsa yang terselamat, kita kena terima hakikatnya."

Bakri menolak tubuh Darwisy sebelum menumbuknya.

"Ini mesti kerja kau kan, Darwisy? Kaulah dalang dalam semua ni kan? Kau cakap cepat!"

"Ya Allah, Bakri! Sudahlah, wei!" Khai cuba menahan. Orang-orang lain yang melihat situasi tegang itu pun segera memutuskan amukan sang remaja.

"Darwisy yang salah. Sejak tadi lagi aku curiga dengan dia. Entah-entah dia yang rancang kebakaran tu dengan meletakkan bom jangka dalam peti misteri tu! Dasar pembunuh!"

"Astaghfirullahaladim! Bakri, kau jangan nak tuduh sebarangan."

Cikgu Jo pula bersuara menjernihkan suasana sebelum mereka semua dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

TAMAT IMBAS KEMBALI

Bab terkait

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   10

    Hidup di dunia ini, cinta selalu bersalutkan pengorbanan walaupun akhirnya, bukan dirinya yang meraih kebahagiaan.Kerana sayang, diri terbuang,terbuang jauh dari jurang,jurang dipenuhi kesumat berang.berang ditolak cinta dan sayang.SEGALA alatan untuk membaiki motosikal dia kemaskan kembali ke dalam tool box apabila muncul seseorang yang teramat dia kenali.Dia cuba untuk mengelak untuk tidak bersua muka."Assalamualaikum," sapa Kopral Annuar dari kejauhan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki."Wa'alaikumsalam. Eh, Abang Annuar, Abang Khairil. Dari mana?"Darwisy menyahut sambil bersalaman dengan kedua lelaki tersebut. Bakri juga sama."Kita orang ada kerja sikit dekat sekitar sini, tu sebab singgah sekejap."Darwisy dan

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   01

    Bebas itu membawa banyak makna. Akan tetapi setelah semuanya terjadi, apakah mungkin ia lebih bererti sedangkan diri masih dibelenggu dek trauma yang menghantui?PAPAN tanda yang tertera 'Mahligai Seri Pelangi' itu dipandangnya dengan beraneka perasaan. Ingin sahaja dia mengalirkan air mata di situ tetapi sempat pula kesumat dendamnya menepis.Apakah individu berkenaan gembira?Ya. Tersangat gembira kerana dia telah bebas daripada kurungan mimpi buruk bak neraka tersebut.Dia berjanji tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke tempat itu lagi!"Fio, kita kena pergi sekarang." Sebuah suara kepunyaan Ezz menusup masuk ke corong telinga. Si empunya nama sempat mengusap kelopak matanya sebelum dia masuk ke dalam perut van.Sepanjang perjalanan, mereka hanya senyap sehinggalah seseorang mula bertanya.

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   02

    Kaki terasa berat seperti ada rantai besi yang terikat ketat di situ. Sehingga ingin melangkah pergi sahaja, tidak boleh...UNCLE RIZ sedang meningkatkan nada pembesar suara agar lebih lantang lagi. Dia ingin mengenal pasti maklumat dan juga informasi berkaitan dengan Mahligai Seri Pelangi itu."Hari ini, secara rasminya Mahligai Seri Pelangi ditutup serta-merta. Segala kejadian misteri yang berlaku dan kematian 28 orang penghuni rumah berkenaan masih dalam siasatan..."Seseorang yang memanggil namanya telah memancing fokus dari kaca televisyen."Uncle Riz, Fio dah mula bercakap...'Lelaki itu mengajak Ezz untuk duduk di sofa sebelah kiri sambil menanti sambungan ceritanya."Fio cakap apa saja pada kamu, Ezz?""Hmm. Dia tak banyak kata. Cuma dia asyik ulang ayat yang sama..."

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   03

    Perkara aneh dan pelik itulah menyebabkan diri terpancing keluar dari zon selesa untuk mencari tahu. Persoalannya... apa yang telah terjadi sebelum ini?FAJAR menyinsing membentangi cakerawala. Tatapan si gadis seolah-olah menembusi lapisan langit. Fikirannya menerawang keluar dari atmosfera bumi.Dia bukan berkhayalkan kisah dongeng persis putera dan puteri yang menemui cinta sejati mereka. Namun, kejadian yang terjadi kepadanya sejak semalam sehingga ke pagi tadi amat memberi pukulan impak yang berbekas."Tolong aku. Aku tak nak mati lagi!"Begitulah raungannya sebaik ditarik masuk ke dalam peti misteri.Ingin meratap. Malang sekali, kolam airmatanya seumpama gersang dek dibelenggubayangan yang sungguh menakutkan.Kelopak mata dipejam celik beberapa kali, tetapi bayangan ngeri dan se

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   04

    Makanan yang paling enak adalah daging manusia dan sirap yang sangat sedap pula adalah... darah.BUNYI ekszos kereta bergema ke serata rumah menandakan pak ciknya telah kembali pulang.Uncle Riz keluar dari kenderaannya dan dia melihat kelibat Fio yang sedang duduk santai pada sebuah kerusi rotan."Eh, Fio? Dah lewat malam ni. Kenapa tak masuk dalam bilik kamu?" tanya Uncle Riz kehairanan. Dahinya sekaligus berlapis."Sekejap lagi Fio masuklah," balas Fio pendek tanpa memandang si lelaki."Anak dara tak elok duduk di luar rumah malam-malam. Em... Ezz mana? Dia dah tidur?""Entah. Dari tadi siang Fio tak nampak dia. Tak tahulah dia dekat mana."Kenyataan itu mengakibatkan Uncle Riz menjadi panik dan bergegas menuju ke bilik anak buahnya.Fio yang ditinggalkan di beranda vila hanya beriak bia

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   05

    Keseronokan yang hanya dirasai seketika cuma. Maka, selebihnya pula adalah derita nan menyeksa..."CARI Fio, uncle dan bawa dia balik ke sini...""Eh, tapi kenapa pula Ezz? Dia kan ada dalam villa ni?""Bawa... dia... balik... uncle. Sebab... 'dia' bukanlah Fio...""Ha?" Uncle Riz terperanjat. Dia mengerti akan makna di sebalik ucapan itu."Cepat pergi cari Fio, uncle! Dia sedang dalam kesusahan.""Baik. Kita akan pergi mencari Ezz bersama-sama tapi kita nak cari dia dekat mana? Sekarang ni kan dah lewat malam.""Mungkin Fio masih berada di sana, uncle. Kita kena pergi selamatkan dia sebelum semuanya terlambat.""Di sana? Maksud kamu, Ezz?""Mahligai Seri Pelangi..."Lelaki tersebut lantas memapah

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   06

    Cinta menjurus kepada kebahagiaan. Dek kerana cinta demi si dia, semuanya sanggup diberikan.Namun yang tersilapnya di sini adalah apabila cinta murni yang disuakan malah dibalas pula dengan racun tuba. Natijahnya, pihak sebelah membungkus balas kesumat yang menghantui sehingga hidup si kesayangan... tamat.BEBERAPA BULAN SEBELUMNYA..."APAKAH benar kau sayangkan aku, Riz?" soal si gadis yang terdesak dengan sebuah kepastian.Seperti selalunya, lelaki yang bernama Riz itu akan melebarkan senyumannya."Sudah tentu, sayang. Dalam hati Riz, hanya ada nama Shida seorang.""Betul ni?" Shida masih ragu-ragu dengan pengakuan sang kekasih."Demi Allah, Shida saja di hati Riz. Eh, da

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   07

    Kekasih yang telah mati bersama kekasihnya...SENYUMAN si gadis lenyap dari bibir tatkala khabar yang kurang enak telah menusup masuk ke corong telinganya."Cikgu tak salah dengar, kan... Fio?"Fio menunduk. Dia menjadi serba-salah."Fio?""Maafkan saya dan adik-adik yang lain, cikgu. Kami terpaksa berdiam diri. Kalau tak, Kak Shita ugut kami-""Dia ugut apa?" pintas Shida pantas.Fio memejamkan matanya. Takut untuk bertentangan mata dengan penjaga terbaik mereka."Fio, cikgu tanya ni. Bagitahulah cikgu akan hal sebenarnya. Biar cikgu yang akan ambil tindakan."Kelopak mata Fio terbuka dan dia perlahan-lahan melihat anak mata kepunyaan Shida.

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-22

Bab terbaru

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   10

    Hidup di dunia ini, cinta selalu bersalutkan pengorbanan walaupun akhirnya, bukan dirinya yang meraih kebahagiaan.Kerana sayang, diri terbuang,terbuang jauh dari jurang,jurang dipenuhi kesumat berang.berang ditolak cinta dan sayang.SEGALA alatan untuk membaiki motosikal dia kemaskan kembali ke dalam tool box apabila muncul seseorang yang teramat dia kenali.Dia cuba untuk mengelak untuk tidak bersua muka."Assalamualaikum," sapa Kopral Annuar dari kejauhan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki."Wa'alaikumsalam. Eh, Abang Annuar, Abang Khairil. Dari mana?"Darwisy menyahut sambil bersalaman dengan kedua lelaki tersebut. Bakri juga sama."Kita orang ada kerja sikit dekat sekitar sini, tu sebab singgah sekejap."Darwisy dan

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   09

    Dari penglihatan mata kasar, semuanya telah tiada. Diri bersendirian.Namun ternyata, ada yang masih 'tertinggal' di lorong-lorong kegelapan.Tiada siapa yang tahu dan sedar akan ia. Perigi akal manusia sahaja gersang gara-gara asyik menggali logiknya.SELEPAS dua tahun peristiwa kelam itu berlaku, kini Darwisy secara rasminya menjadi anak angkat dalam keluarga Pak Talip.Pak Talip memiliki sebuah bengkel motosikal yang diusahakan secara turun-temurun. Hasil menampi pengalaman serta mengasah kemahirannya di Juvana sebelum ini, Darwisy boleh hidup berdikari sambil mencari rezeki."Khai, Bakri, mari sini. Kita makan tengah hari sama-sama." Darwisy mengajak kedua teman sekerjanya itu untuk mengisi perut.Bakri dan Khai merupakan bekas pelajar Juvana juga seperti Darwisy. Tetapi ada satu tragedi berda

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   08

    Tidak semua misteri itu harus terpecahkan. Kadang kala, ia lebih baik kekal menjadi sesuatu yang misteri...BUNGA kemboja putih ditaburnya seketika sebelum sejag air pula dia siram di atas tanah bertiang dua.Setelah selesai, Darwisy termenung di tepi kubur arwah Dafi Arbain, adiknya.Dia terkenang akan sepotong memorinya bersama dengan salah seorang penghuni Mahligai Seri Pelangi.SETAHUN YANG LALU..."Aku tahu bukan kau yang bunuh Iman, Fio."Fio berpaling apabila suara seseorang kedengaran."Eh, Darwisy? Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"Terkejut Fio dengan kemunculan budak lelaki yang sedang mengenakan hoddie coklatnya di Tanah Perkuburan Seri Pelangi itu.

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   07

    Kekasih yang telah mati bersama kekasihnya...SENYUMAN si gadis lenyap dari bibir tatkala khabar yang kurang enak telah menusup masuk ke corong telinganya."Cikgu tak salah dengar, kan... Fio?"Fio menunduk. Dia menjadi serba-salah."Fio?""Maafkan saya dan adik-adik yang lain, cikgu. Kami terpaksa berdiam diri. Kalau tak, Kak Shita ugut kami-""Dia ugut apa?" pintas Shida pantas.Fio memejamkan matanya. Takut untuk bertentangan mata dengan penjaga terbaik mereka."Fio, cikgu tanya ni. Bagitahulah cikgu akan hal sebenarnya. Biar cikgu yang akan ambil tindakan."Kelopak mata Fio terbuka dan dia perlahan-lahan melihat anak mata kepunyaan Shida.

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   06

    Cinta menjurus kepada kebahagiaan. Dek kerana cinta demi si dia, semuanya sanggup diberikan.Namun yang tersilapnya di sini adalah apabila cinta murni yang disuakan malah dibalas pula dengan racun tuba. Natijahnya, pihak sebelah membungkus balas kesumat yang menghantui sehingga hidup si kesayangan... tamat.BEBERAPA BULAN SEBELUMNYA..."APAKAH benar kau sayangkan aku, Riz?" soal si gadis yang terdesak dengan sebuah kepastian.Seperti selalunya, lelaki yang bernama Riz itu akan melebarkan senyumannya."Sudah tentu, sayang. Dalam hati Riz, hanya ada nama Shida seorang.""Betul ni?" Shida masih ragu-ragu dengan pengakuan sang kekasih."Demi Allah, Shida saja di hati Riz. Eh, da

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   05

    Keseronokan yang hanya dirasai seketika cuma. Maka, selebihnya pula adalah derita nan menyeksa..."CARI Fio, uncle dan bawa dia balik ke sini...""Eh, tapi kenapa pula Ezz? Dia kan ada dalam villa ni?""Bawa... dia... balik... uncle. Sebab... 'dia' bukanlah Fio...""Ha?" Uncle Riz terperanjat. Dia mengerti akan makna di sebalik ucapan itu."Cepat pergi cari Fio, uncle! Dia sedang dalam kesusahan.""Baik. Kita akan pergi mencari Ezz bersama-sama tapi kita nak cari dia dekat mana? Sekarang ni kan dah lewat malam.""Mungkin Fio masih berada di sana, uncle. Kita kena pergi selamatkan dia sebelum semuanya terlambat.""Di sana? Maksud kamu, Ezz?""Mahligai Seri Pelangi..."Lelaki tersebut lantas memapah

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   04

    Makanan yang paling enak adalah daging manusia dan sirap yang sangat sedap pula adalah... darah.BUNYI ekszos kereta bergema ke serata rumah menandakan pak ciknya telah kembali pulang.Uncle Riz keluar dari kenderaannya dan dia melihat kelibat Fio yang sedang duduk santai pada sebuah kerusi rotan."Eh, Fio? Dah lewat malam ni. Kenapa tak masuk dalam bilik kamu?" tanya Uncle Riz kehairanan. Dahinya sekaligus berlapis."Sekejap lagi Fio masuklah," balas Fio pendek tanpa memandang si lelaki."Anak dara tak elok duduk di luar rumah malam-malam. Em... Ezz mana? Dia dah tidur?""Entah. Dari tadi siang Fio tak nampak dia. Tak tahulah dia dekat mana."Kenyataan itu mengakibatkan Uncle Riz menjadi panik dan bergegas menuju ke bilik anak buahnya.Fio yang ditinggalkan di beranda vila hanya beriak bia

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   03

    Perkara aneh dan pelik itulah menyebabkan diri terpancing keluar dari zon selesa untuk mencari tahu. Persoalannya... apa yang telah terjadi sebelum ini?FAJAR menyinsing membentangi cakerawala. Tatapan si gadis seolah-olah menembusi lapisan langit. Fikirannya menerawang keluar dari atmosfera bumi.Dia bukan berkhayalkan kisah dongeng persis putera dan puteri yang menemui cinta sejati mereka. Namun, kejadian yang terjadi kepadanya sejak semalam sehingga ke pagi tadi amat memberi pukulan impak yang berbekas."Tolong aku. Aku tak nak mati lagi!"Begitulah raungannya sebaik ditarik masuk ke dalam peti misteri.Ingin meratap. Malang sekali, kolam airmatanya seumpama gersang dek dibelenggubayangan yang sungguh menakutkan.Kelopak mata dipejam celik beberapa kali, tetapi bayangan ngeri dan se

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   02

    Kaki terasa berat seperti ada rantai besi yang terikat ketat di situ. Sehingga ingin melangkah pergi sahaja, tidak boleh...UNCLE RIZ sedang meningkatkan nada pembesar suara agar lebih lantang lagi. Dia ingin mengenal pasti maklumat dan juga informasi berkaitan dengan Mahligai Seri Pelangi itu."Hari ini, secara rasminya Mahligai Seri Pelangi ditutup serta-merta. Segala kejadian misteri yang berlaku dan kematian 28 orang penghuni rumah berkenaan masih dalam siasatan..."Seseorang yang memanggil namanya telah memancing fokus dari kaca televisyen."Uncle Riz, Fio dah mula bercakap...'Lelaki itu mengajak Ezz untuk duduk di sofa sebelah kiri sambil menanti sambungan ceritanya."Fio cakap apa saja pada kamu, Ezz?""Hmm. Dia tak banyak kata. Cuma dia asyik ulang ayat yang sama..."

DMCA.com Protection Status