Share

02

last update Last Updated: 2021-07-22 07:13:43

Kaki terasa berat seperti ada rantai besi yang terikat ketat di situ. Sehingga ingin melangkah pergi sahaja, tidak boleh...

UNCLE RIZ sedang meningkatkan nada pembesar suara agar lebih lantang lagi. Dia ingin mengenal pasti maklumat dan juga informasi berkaitan dengan Mahligai Seri Pelangi itu.

"Hari ini, secara rasminya Mahligai Seri Pelangi ditutup serta-merta. Segala kejadian misteri yang berlaku dan kematian 28 orang penghuni rumah berkenaan masih dalam siasatan..." 

Seseorang yang memanggil namanya telah memancing fokus dari kaca televisyen.

"Uncle Riz, Fio dah mula bercakap...'

Lelaki itu mengajak Ezz untuk duduk di sofa sebelah kiri sambil menanti sambungan ceritanya.

"Fio cakap apa saja pada kamu, Ezz?"

"Hmm. Dia tak banyak kata. Cuma dia asyik ulang ayat yang sama..."

Ezz melipat tangan ke dada. Benaknya masih ditimbuni jutaan tanda tanya.

Begitu juga dengan Uncle Riz, dahinya turut bergaris, "Maksud kamu?"

Si anak buah bersabung mata dengan sang pak cik seraya bersuara, "Bukan Fio yang bunuh Iman..."

*****

PUKUL 12 tengah malam adalah waktu yang sesuai untuk manusia berdayung ke pulau mimpi. Tetapi ia tidak berlaku kepada Fio.

Di sebalik gebar itu, bayangan ngeri tersebut muncul kembali. Ditambah lagi dengan suasana kelam di dalam bilik, keadaan tersebut semakin mencungkil ketakutannya.

Peluh membasahi wajah. Rambut pula menjadi serabai. Semua itu, langsung tidak dia endahkan. Yang dia tahu, dirinya sedang diperhatikan dek 'sesuatu'.

Tiba-tiba...

Krek!

Bunyi daun pintu yang ditolak dari luar menyentak akan diri Fio. Dia lantas bangkit dari pembaringan.

"Siapa itu? Kau ke, Ezz?" tanyanya pula.

Malang sekali, tiada kelibat Ezz di sana. Kedua kaki Fio sudah menjejak ke lantai kamar sebelum perlahan-lahan mendekati pintu.

Nafasnya tidak teratur. Tetapi si gadis memberanikan diri untuk mengintai keluar.

Beberapa detik kemudian, kemunculan sosok wanita tanpa wajah memeranjatkan Fio. Dia terjerit ketakutan.

Aneh sekali, tiada seorang pun penghuni rumah itu menyedari akan jeritannya.

Makhluk tadi merayap sambil menghampiri Fio. Manakala dia pula berusaha untuk melarikan diri.

Segala perkakas dan benda yang dia capai, dibaling ke arah entiti itu. Sehinggalah jeritan Fio terhenti apabila sepasang tangan yang pucat menutup mulutnya dari arah belakang.

Tidak habis di situ sahaja, rambut Fio ditarik dek 'sesuatu' menuju ke arah sebuah peti usang yang telah berkarat.

Fio menyedari akan benda alah itu. Maka dia sedaya upaya untuk tidak dimasukkan ke dalam sana.

Penutup peti terbuka sendiri. Ia semakin menggerunkan apabila beberapa pasang tangan serentak menggapainya.

Fio hanya mampu meraung dalam hati. Air matanya mengalir laju. Tiada yang tahu bahawa dia telah berada di dalam peti berkenaan.

Hanya doa dipohon agar Ezz dan Uncle Riz menyedari ketiadaannya kelak.

*****

JARUM jam telah menunjukkan pukul 7.38 pagi. Sinaran ultraungu semakin memancar masuk ke setiap pelosok vila.

Selepas menyiapkan sarapan pagi, Ezz menuju ke bilik Fio.

"Fio, bangun. Mari kita bersarapan sama-sama."

Sunyi. Tiada satu pun sahutan dari dalam. Ezz mula risau lantas tombol pintu dipulas seraya dibuka.

"Fio?" Segenap penjuru kamar diperhatikan. Namun, kelibat yang dicari tidak ditemui.

Ezz dihurung rasa cemas.

"Uncle Rizz, Fio tak ada dalam bilik dia!"

Beberapa ketika, jeritan gadis itu bergema ke serata kediaman yang berbatu-bata berkenaan.

"Apa maksud kamu, Ezz?" Pak ciknya muncul di sebalik pintu.

Nampak sangat lelaki tersebut berlari dalam keadaan yang kelam-kabut.

Tercungap-cungap dia mengatur nafas.

"Fio dah hilang, uncle. Macam mana ni?"

"Ah, tak mungkinlah. Uncle yakin dia masih berada dalam rumah ni. Cuma kita saja yang tak nampak kelibat dia."

"Maksud uncle?" Ezz ingin tahu. Tetapi lelaki tadi hanya diam membisu sambil menggeledah sekitar ruangan tersebut.

Dia sangat yakin akan keberadaan Fio yang masih wujud di dalam vila. Kerana dia berjaga sepanjang malam demi memastikan keadaan mereka aman senantiasa.

Tetapi hatinya mula gusar. Takkanlah 'benda itu' boleh menyelinap masuk dan melakukan sesuatu terhadap Fio?

Mustahil!

Atau pun, jika firasatnya tidak salah... mungkin saja Fio 'disorokkan'. Begitu fikirnya.

"Uncle nak buat apa selongkar bilik ni?" 

"Uncle nak cari Fio. Uncle dapat rasakan yang dia masih ada di sini. Cuma kita saja yang tidak nampak."

Mendengarkan kata-kata itu, Ezz turut sama membantu pak ciknya untuk mencari Fio.

*****

KELUHAN berat bercampur kerisauan yang menggunung terluah jua dari bibir Ezz.

"Uncle Riz, macam mana ni? Tak jumpa pun... Fio."

Lelaki tadi masih melakukan aktivitinya. Tidak kisah akan penat lelah yang hampir setengah hari menyelongkar segala perkakas serta susun atur vila berkenaan.

Uncle Riz menghentikan aktivitinya apabila gear otak dihinggapi dek sebuah ilham. Dia berlalu ke bilik air.

Seusai air sembahyang membasahi kulit, lelaki yang berusia 30 tahun itu masuk kembali ke dalam bilik Fio.

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Suara azan berkumandang.

Ezz pula memerhati ke sekitar ruangan. Belum lagi selesai pak ciknya mengazan, muncul titisan merah likat dari salah satu sudut bilik.

"Uncle Riz, tengok tu!" Ezz menutup mulutnya pantas. Matanya terbeliak.

Lelaki tersebut turut terperanjat apabila melihat 'kemunculan' Fio yang telah bersimbah darah.

"Ya Allah, Fio!" ucapnya lantang sebelum membalut tubuh Fio dengan gebar.

Perigi benaknya puas digali untuk mencari tahu apa sebenarnya yang telah terjadi terhadap gadis tersebut.

Related chapters

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   03

    Perkara aneh dan pelik itulah menyebabkan diri terpancing keluar dari zon selesa untuk mencari tahu. Persoalannya... apa yang telah terjadi sebelum ini?FAJAR menyinsing membentangi cakerawala. Tatapan si gadis seolah-olah menembusi lapisan langit. Fikirannya menerawang keluar dari atmosfera bumi.Dia bukan berkhayalkan kisah dongeng persis putera dan puteri yang menemui cinta sejati mereka. Namun, kejadian yang terjadi kepadanya sejak semalam sehingga ke pagi tadi amat memberi pukulan impak yang berbekas."Tolong aku. Aku tak nak mati lagi!"Begitulah raungannya sebaik ditarik masuk ke dalam peti misteri.Ingin meratap. Malang sekali, kolam airmatanya seumpama gersang dek dibelenggubayangan yang sungguh menakutkan.Kelopak mata dipejam celik beberapa kali, tetapi bayangan ngeri dan se

    Last Updated : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   04

    Makanan yang paling enak adalah daging manusia dan sirap yang sangat sedap pula adalah... darah.BUNYI ekszos kereta bergema ke serata rumah menandakan pak ciknya telah kembali pulang.Uncle Riz keluar dari kenderaannya dan dia melihat kelibat Fio yang sedang duduk santai pada sebuah kerusi rotan."Eh, Fio? Dah lewat malam ni. Kenapa tak masuk dalam bilik kamu?" tanya Uncle Riz kehairanan. Dahinya sekaligus berlapis."Sekejap lagi Fio masuklah," balas Fio pendek tanpa memandang si lelaki."Anak dara tak elok duduk di luar rumah malam-malam. Em... Ezz mana? Dia dah tidur?""Entah. Dari tadi siang Fio tak nampak dia. Tak tahulah dia dekat mana."Kenyataan itu mengakibatkan Uncle Riz menjadi panik dan bergegas menuju ke bilik anak buahnya.Fio yang ditinggalkan di beranda vila hanya beriak bia

    Last Updated : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   05

    Keseronokan yang hanya dirasai seketika cuma. Maka, selebihnya pula adalah derita nan menyeksa..."CARI Fio, uncle dan bawa dia balik ke sini...""Eh, tapi kenapa pula Ezz? Dia kan ada dalam villa ni?""Bawa... dia... balik... uncle. Sebab... 'dia' bukanlah Fio...""Ha?" Uncle Riz terperanjat. Dia mengerti akan makna di sebalik ucapan itu."Cepat pergi cari Fio, uncle! Dia sedang dalam kesusahan.""Baik. Kita akan pergi mencari Ezz bersama-sama tapi kita nak cari dia dekat mana? Sekarang ni kan dah lewat malam.""Mungkin Fio masih berada di sana, uncle. Kita kena pergi selamatkan dia sebelum semuanya terlambat.""Di sana? Maksud kamu, Ezz?""Mahligai Seri Pelangi..."Lelaki tersebut lantas memapah

    Last Updated : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   06

    Cinta menjurus kepada kebahagiaan. Dek kerana cinta demi si dia, semuanya sanggup diberikan.Namun yang tersilapnya di sini adalah apabila cinta murni yang disuakan malah dibalas pula dengan racun tuba. Natijahnya, pihak sebelah membungkus balas kesumat yang menghantui sehingga hidup si kesayangan... tamat.BEBERAPA BULAN SEBELUMNYA..."APAKAH benar kau sayangkan aku, Riz?" soal si gadis yang terdesak dengan sebuah kepastian.Seperti selalunya, lelaki yang bernama Riz itu akan melebarkan senyumannya."Sudah tentu, sayang. Dalam hati Riz, hanya ada nama Shida seorang.""Betul ni?" Shida masih ragu-ragu dengan pengakuan sang kekasih."Demi Allah, Shida saja di hati Riz. Eh, da

    Last Updated : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   07

    Kekasih yang telah mati bersama kekasihnya...SENYUMAN si gadis lenyap dari bibir tatkala khabar yang kurang enak telah menusup masuk ke corong telinganya."Cikgu tak salah dengar, kan... Fio?"Fio menunduk. Dia menjadi serba-salah."Fio?""Maafkan saya dan adik-adik yang lain, cikgu. Kami terpaksa berdiam diri. Kalau tak, Kak Shita ugut kami-""Dia ugut apa?" pintas Shida pantas.Fio memejamkan matanya. Takut untuk bertentangan mata dengan penjaga terbaik mereka."Fio, cikgu tanya ni. Bagitahulah cikgu akan hal sebenarnya. Biar cikgu yang akan ambil tindakan."Kelopak mata Fio terbuka dan dia perlahan-lahan melihat anak mata kepunyaan Shida.

    Last Updated : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   08

    Tidak semua misteri itu harus terpecahkan. Kadang kala, ia lebih baik kekal menjadi sesuatu yang misteri...BUNGA kemboja putih ditaburnya seketika sebelum sejag air pula dia siram di atas tanah bertiang dua.Setelah selesai, Darwisy termenung di tepi kubur arwah Dafi Arbain, adiknya.Dia terkenang akan sepotong memorinya bersama dengan salah seorang penghuni Mahligai Seri Pelangi.SETAHUN YANG LALU..."Aku tahu bukan kau yang bunuh Iman, Fio."Fio berpaling apabila suara seseorang kedengaran."Eh, Darwisy? Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"Terkejut Fio dengan kemunculan budak lelaki yang sedang mengenakan hoddie coklatnya di Tanah Perkuburan Seri Pelangi itu.

    Last Updated : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   09

    Dari penglihatan mata kasar, semuanya telah tiada. Diri bersendirian.Namun ternyata, ada yang masih 'tertinggal' di lorong-lorong kegelapan.Tiada siapa yang tahu dan sedar akan ia. Perigi akal manusia sahaja gersang gara-gara asyik menggali logiknya.SELEPAS dua tahun peristiwa kelam itu berlaku, kini Darwisy secara rasminya menjadi anak angkat dalam keluarga Pak Talip.Pak Talip memiliki sebuah bengkel motosikal yang diusahakan secara turun-temurun. Hasil menampi pengalaman serta mengasah kemahirannya di Juvana sebelum ini, Darwisy boleh hidup berdikari sambil mencari rezeki."Khai, Bakri, mari sini. Kita makan tengah hari sama-sama." Darwisy mengajak kedua teman sekerjanya itu untuk mengisi perut.Bakri dan Khai merupakan bekas pelajar Juvana juga seperti Darwisy. Tetapi ada satu tragedi berda

    Last Updated : 2021-07-22
  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   10

    Hidup di dunia ini, cinta selalu bersalutkan pengorbanan walaupun akhirnya, bukan dirinya yang meraih kebahagiaan.Kerana sayang, diri terbuang,terbuang jauh dari jurang,jurang dipenuhi kesumat berang.berang ditolak cinta dan sayang.SEGALA alatan untuk membaiki motosikal dia kemaskan kembali ke dalam tool box apabila muncul seseorang yang teramat dia kenali.Dia cuba untuk mengelak untuk tidak bersua muka."Assalamualaikum," sapa Kopral Annuar dari kejauhan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki."Wa'alaikumsalam. Eh, Abang Annuar, Abang Khairil. Dari mana?"Darwisy menyahut sambil bersalaman dengan kedua lelaki tersebut. Bakri juga sama."Kita orang ada kerja sikit dekat sekitar sini, tu sebab singgah sekejap."Darwisy dan

    Last Updated : 2021-07-22

Latest chapter

  • Shh... ( BAHASA MALAYSIA )   02

    Kaki terasa berat seperti ada rantai besi yang terikat ketat di situ. Sehingga ingin melangkah pergi sahaja, tidak boleh...UNCLE RIZ sedang meningkatkan nada pembesar suara agar lebih lantang lagi. Dia ingin mengenal pasti maklumat dan juga informasi berkaitan dengan Mahligai Seri Pelangi itu."Hari ini, secara rasminya Mahligai Seri Pelangi ditutup serta-merta. Segala kejadian misteri yang berlaku dan kematian 28 orang penghuni rumah berkenaan masih dalam siasatan..."Seseorang yang memanggil namanya telah memancing fokus dari kaca televisyen."Uncle Riz, Fio dah mula bercakap...'Lelaki itu mengajak Ezz untuk duduk di sofa sebelah kiri sambil menanti sambungan ceritanya."Fio cakap apa saja pada kamu, Ezz?""Hmm. Dia tak banyak kata. Cuma dia asyik ulang ayat yang sama..."

DMCA.com Protection Status