LAPTOPNYA dimatikan lalu dilipat. Izzah bersandar selesa di kerusinya, kemudian menghembuskan segugus nafas berat. Pandangannya menebak dada jam yang tergantung di dinding biliknya, 10.30 malam. Padanlah terasa kantuk dan penat.“Izzah, kau tak tidur lagi?” tanya Sha, kepalanya terjengul di muka pintu.“Belum, aku baru siap semak slide yang pelajar aku hantar untuk tugasan PBL,” jawab Izzah, berkalih melihat Sha yang tercegat di muka pintu biliknya.“Oh, baguslah kalau begitu. Selepas ni kau berehatlah ya, takut esok kau tak ada tenaga pula nak mengajar,” kata Sha kemudian berlalu pergi. “Yalah,” Izzah sekadar mengiakan pesanan Sha, kemudian tubuhnya yang kelenguhan itu dihempaskan ke atas tilam.Izzah tercenung, siling putih menjadi renungan matanya. Sedar atau tidak, sudah hampir sedekad rupanya dia mengendon di rumah Sha sejak dia diistiharkan 'janda' pada tujuh tahun lalu. Pantas sungguh mas
Last Updated : 2021-07-16 Read more