Share

HASRAT | BAB 1

Penulis: Iqmal Izzat
last update Terakhir Diperbarui: 2021-06-29 23:29:06

BEBAS, itulah yang Nadzmi Saad sentiasa harapkan dalam hidupnya. Bebas daripada segala derita yang memeritkan, yang telah memusnahkan kebahagiaan hidupnya, angkara kisah duka yang telah berlaku, tujuh tahun dahulu.

Pulang sahaja dari sekolah pada tengah hari itu, Nadzmi terus memasuki biliknya. Beg diletakkan di atas meja belajar. Batang tubuhnya dihempaskan ke atas katil. Dia mahu berehat seketika untuk menyirnakan kepenatan yang masih menguasai diri. 

Dia berbaring, bersama uniform sekolah yang masih membaluti tubuh, tidak pula kelopak matanya tertutup. Setelah penatnya hilang, barulah Nadzmi bangkit semula dari pembaringannya.

Seketika kemudian pintu biliknya terkuak. Wajah adik tirinya tersembul di muka pintu. Namanya Khairy, umurnya dua tahun lebih muda daripada Nadzmi. 

"Hoi Nadzmi. Kau siapkan kerja sekolah aku ni. Pastikan siap. Petang nanti aku nak." Selamba Khairy mencampak buku-buku latihannya kepada Nadzmi. 

"Kau ingat aku ni hamba kau, sesuka hati je kau nak mengarah aku?" Nadzmi mula naik berang. Dicampak semula buku-buku latihan itu kepada Khairy. Dia berdiri lalu menarik langkah menghampiri Khairy. 

"Kau kena ingat, kau tak akan pandai kalau aku yang buatkan kerja sekolah kau. Kalau kalau nak pandai, usaha sendiri," kata Nadzmi sambil menekan dada Khairy dengan jari telunjuknya.

Nadzmi menutup pintu biliknya, kemudian bersandar di belakang pintu. Segugus keluhan kecil diluahkan dari dada. Itulah jadinya bila si Khairy itu terlalu dimanjakan sangat.

Di luar, Khairy memungut buku-buku latihan yang berselerak di kakinya bersama segarit senyuman yang terbit di bibirnya. 'Tak apa, tunggu nasib kau sekejap lagi. Tengoklah.' 

Petang itu, Nadzmi ralit menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru. Meskipun tangan dan retina matanya sudah lelah menelaah dan menulis selama satu jam tanpa henti, dia tetap mengagahkan diri supaya tugasan yang perlu disiapkan tidak tertangguh.

Tanpa sebarang angin dan ribut, tiba-tiba ibu tirinya menyerbu masuk ke dalam biliknya. Nadzmi terkesima, tetapi kehadiran Kamelia tanpa sebarang khabar itu dia buat tidak endah saja. 

"Kau nak apa? Nak cari gaduh?" Spontan Nadzri melontarkan pertanyaan itu tanpa berkalih melihat Kamelia, sambil menyusun buku-buku di atas meja. 

"Amboi, sudahlah aku masuk kau tak sambut, selepas tu biadap pula dengan aku, huh!" Kamelia mendengus kecil. Tangannya menyilang di dada.

Nadzri menoleh ke kanan. Bibir tayang sengih sumbing. Sambut? Bila masa pula ada istilah menyambut ibu tiri dalam kamus hidupnya? Istilah barukah itu? 

"Aku? Nak sambut kau? Boleh, dalam mimpi." Setiap patah perkataan ditekankan. Dia kembali menghadap meja belajarnya. 

"Makin lama, makin melampau budak ni," Kamelia menggerutu sendiri.

"Apa? Melampau? Yang melampau tu sebenarnya kau, bukannya aku. Dasar betina tak bermaruah." Selamba mulut Nadzmi bersuara.

"Hei! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!" Suara Kamelia agak menekan. Hampir sahaja api kemarahannya tercetus.

"Mummy, kenapa bising-bising ni. Khairy nak tidurlah," tanya Khairy yang baru bangun tidur. Segera Kamelia menarik lengan anaknya untuk menjauhi pintu bilik Nadzmi.

"Abang tiri kamu itulah. Biadap dengan mummy. Ada ke patut dia kata mummy ni betina, dia ingat mummy ni binatang ke apa," Kamelia berbisik pada Khairy. 

"Ala mummy ni, apa susah-susah. Rotan kan ada, belasah je dia sampai lebam. Sampai mati pun tak apa, senang sikit hidup kita," balas Khairy. Ada leretan sengih di ulas bibirnya.

"Kalau katakan dia mati, kita nak cakap apa dengan bapak dia? Tak fasal-fasal kita pula kena masuk penjara nanti," tanya Kamelia bersama secalit kerisauan yang mula membelit dirinya.

"Ala, bab ni Khairy nombor satulah, mummy ... Kita campak sajalah mayat dia dalam tong sampah, kalau bapak dia tanya, jawablah dia kena pukul dengan orang. Senang kan?" jelas Khairy. Kening sebelah kanannya dijungkit sekali dua.

"Betul juga. Pandai anak mummy ni," Puji Kamelia, mencuit hidung anaknya.

NADZMI mengemas buku-buku yang perlu dibawa ke sekolah pada keesokkan harinya. Setiap kali pergi dan pulang sekolah, dia akan berjalan kaki atau berbasikal sahaja. Tidak mahunya dihantar dan diambil oleh perempuan itu. 

Pintu biliknya terbuka, wajah yang sama tersembul di muka pintu. Tidak lain tidak bukan, ibu tirinya Kamelia.  

Betina tu lagi ... Apa lagi dia nak? Keluhnya dalam hati. 

"Siang tadi aku lupa nak tanya kau. Kenapa anak aku suruh kau buatkan kerja sekolah dia, kau tak nak?" soal Kamelia.

"Kenapa pula aku kena buatkan kerja sekolah dia sedangkan dia ada mata, ada tangan, boleh membaca, boleh melihat. Oh yalah, lupa pula. Anak manja, semua benda orang lain kena buatkan ..." sindir Nadzmi dengan nada sinis. Sengaja mahu mengoyakkan kesabaran Kamelia.

"Hei, cakap sajalah kau tu kedekut ilmu, berlagak pandai. Kan senang!" Kamelia menggetus geram. 

"Ya, memang aku kedekut ilmu, memang aku berlagak pandai, tapi cuma dengan anak kau. Sebab dia dengan kau, serupa. Dua-dua aku anggap binatang!" Meletus ungkapan tersebut dari bibir Nadzmi.

"Kau memang kurang ajar!" Wajah Kamelia merah padam. Kemarahannya sudah tidak terkawal lagi. Disebatnya Nadzmi menggunakan rotan semahu-mahunya sehingga badan, kaki dan tangan Nadzmi habis calar-balar dan kemerahan akibat sebatan yang melampau. 

Hampir melayang nyawa Nadzmi dibuatnya. Mujurlah dia seorang yang amat kuat meskipun sakit dalam derita yang dialami begitu kuat mencengkam dirinya. 

Beberapa minit berseleng, setelah Kamelia pergi meninggalkannya, Nadzmi menanggalkan t-shirt berwarna hitam yang dipakainya di hadapan kaca muka, menampakkan kesan calar-balar di sariranya akibat disebat sebentar tadi. Sakit tetap menyengat, tetapi Nadzmi sepertinya telah terbiasa dengan kesakitan itu.

Sakit itulah yang dialaminya sejak ayahnya Mifzar berkahwin dengan Kamelia. Sakit yang selalu menguasai saraf tubuhnya sehingga Nadzmi sudah kebal akan kesakitan itu semua. 

Baginya, sakit disebat itu biasa. Tetapi ada satu sakit yang paling perit, sakit yang hampir sahaja memisahkan roh dengan tubuhnya. Sakit itu jugalah penyebab dia amat menderita ketika itu. Dan, dia hampir sahaja menjadi cacat akibat kesakitan itu. 

     Perit mengingatnya, perit lagi kesakitan ketika menanggungnya ketika itu. Usianya ketika itu masih mentah dan kesakitan itu dirasakan bagai dirinya diseksa di 'neraka dunia'. Neraka untuk insan yang tidak berdosa sepertinya.

FAJAR kian menyinsing menandakan waktu malam sudah berakhir. Seawal jam lima setengah pagi, Nadzmi terlebih dahulu sudah bangun. Waktu ini sahajalah paling aman untuknya bersiap-siap sebelum ibu dan adik tirinya pula bangun. 

Selepas beruniform, Nadzmi segera menggapai beg sekolahnya untuk berlalu keluar dari rumah itu. Sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik, tanpa dipinta dia terserempak dengan ayahnya. 

"Nadzmi, awalnya kamu bersiap.  Sekarang ni baru pukul berapa," kata Mifzar pada Nadzmi.

"Suka hati Nadzmilah nak bersiap pukul berapa sekalipun, kenapa pula ayah nak peduli? Dah memang Nadzmi akan bersiap sebelum pukul enam, lagi cepat siap lagi cepat boleh keluar." Nadzmi kemudiannya membuka langkah untuk meninggalkan ayahnya. 

"Nadzmi,"

Serta-merta langkah Nadzmi terhenti tatkala Mifzar menyeru namanya. Nadzmi segera memusing tubuh, memandang ayahnya yang tercegat hampir dengannya.

"Nadzmi. Dah tujuh tahun berlalu, kamu masih tak boleh terima ibu tiri kamu tu? Tujuh tahun bukannya sekejap ..." tanya Mifzar bersama pandangan yang terdampan pada raut wajah Nadzmi. 

Manakan tidak, tujuh tahun dia membiarkan Nadzmi membiasakan diri bersama Kamelia dengan harapan hatinya terbuka untuk menerima ibu tirinya itu, tetapi usaha itu langsung tidak membuahkan hasil. 

"Sekalipun Nadzmi tak akan terima perempuan itu. Disebabkan dialah, ayah ceraikan mak, pisahkan Nadzmi dengan mak sehinggakan hidup Nadzmi sentiasa menderita atas alasan ayah dia lebih baik daripada mak. Tapi mana baiknya kalau sepanjang tujuh tahun ni dia seksa Nadzmi dengan derita, pukul, maki hamun Nadzmi macam binatang. Ayah mungkin tak tahu, sebab dunia ayah cuma kerja dan outstation sampaikan anak ayah ni hampir mati disebabkan perempuan itu pun ayah tak tahu!"

Nadzmi segera membelakangi Mifzar. Langkahnya diatur pantas meninggalkan Mifzar yang masih tercegat di situ. Dia tidak tahan untuk menghadap wajah ayahnya itu lama-lama. Perasaan benci, marah, dendam, semuanya membuatkan dirinya berkecamuk.

Nadzmi terus melangkah tanpa berpaling ke arah belakang lagi. Dia membawa diri, ke gerai Cik Azimah yang terletak bersebelahan surau al-Karim. Tidak jauh dari kawasan perumahannya.

"Nadzmi, kau dah sampai? Marilah sini," panggil Luqman, mengajak Nadzmi duduk bersarapan bersamanya.

"Kau okey, Nadzmi?" soalan itu terus diajukan sebaik Nadzmi melabuhkan punggung di kerusi. 

"Macam biasalah, Luqman ... Perempuan tu sebat aku lagi. Kali ni kaw kaw dia belasah aku, nasib baiklah nyawa aku tak melayang," jawab Nadzmi. 

"Aku kasihan sangat dengan kau, tapi aku tetap kagum sebab kau sangat-sangat kuat. Kalau aku di tempat kau, dah lama rasanya aku ke jannah," ujar Luqman sambil merenung Nadzmi.

"Apa boleh buat, dah nasib aku. Terima sajalah," kata Nadzmi. Sepertinya reda akan segala ketentuan Ilahi terhadapnya.

"Tapi kan, kau tak pernah terfikir ke untuk lari? Tak akanlah kau nak menanggung derita tu sampai akhir hayat kau," Luqman seakan musykil.

"Ya, dari dulu lagi aku dah berhasrat untuk lari. Masa umur aku sebelas tahun, aku dah berjaya lepas dari rumah tu, tapi apakan daya, dia ternampak aku kat simpang jalan sini. Masa itu dia baru balik selepas bawa anak dia ke klinik. Tunggu apa lagi, teruslah perempuan tu tangkap aku masuk kereta. Sampai rumah, terus dia seksa aku, bantai aku teruk-teruk. Kesakitan tu aku masih teringat sampai ke hari ni." Panjang lebar Nadzmi berceloteh. 

"Sabarlah, Nadzmi. Allah yang aturkan segalanya. InsyaAllah, satu hari nanti kau pasti akan kecapi bahagia. Bila? Itu Allah sahaja yang tahu." Luqman menasihati.

Nadzmi melarik senyum. Dia sangat bersyukur kerana mendapat rakan yang baik seperti Luqman. Begitu jugalah Cik Azimah, yang saban hari memberikannya semangat untuk meneruskan hidup meskipun perlu melalui banyak ujian yang mendatang. 

Bab terkait

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 2

    NADZMI tekun menyiapkan latihan komsas yang diberikan oleh Cikgu Ruzaini berkaitan sajak 'Pesan Ibu Beribu-ribu'. Latihan itu disiapkan bersama satu perasaan yang telah sekian lama dipendamnya, yakni rindu.Sungguhpun sajak itu tiada kaitan dengan kisah derita hidupnya, tetapi sajak itu secara tidak langsung telah menggamit memori indah disaat mereka masih hidup bahagia bersama ketika dahulu, sebelum segalanya berubah angkara kemunculan Kamelia dalam hidup mereka.Hampir sahaja air mata jantannya jatuh mencemari pipi tatkala dia semakin hanyut dibawa arus khayalan, tetapi khayalan itu akhirnya terpancung apabila Cikgu Ruzaini menegurnya."Nadzmi, kamu ada apa-apa masalah?" tanya Cikgu Ruzaini, merenung tampang wajah Nadzmi."Tak ada, cikgu," Nadzmi cuba berlagak tenang meskipun sisa-sisa khayali tadi masih berlegar-legar di sanubari.Nadzmi ditenung oleh Cikgu Ruzaini. Dia dapat melihat kesan-kesan sebatan di tubuh badan Nadzmi kerana a

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-07
  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 3

    LAPTOPNYA dimatikan lalu dilipat. Izzah bersandar selesa di kerusinya, kemudian menghembuskan segugus nafas berat. Pandangannya menebak dada jam yang tergantung di dinding biliknya, 10.30 malam. Padanlah terasa kantuk dan penat.“Izzah, kau tak tidur lagi?” tanya Sha, kepalanya terjengul di muka pintu.“Belum, aku baru siap semak slide yang pelajar aku hantar untuk tugasan PBL,” jawab Izzah, berkalih melihat Sha yang tercegat di muka pintu biliknya.“Oh, baguslah kalau begitu. Selepas ni kau berehatlah ya, takut esok kau tak ada tenaga pula nak mengajar,” kata Sha kemudian berlalu pergi.“Yalah,” Izzah sekadar mengiakan pesanan Sha, kemudian tubuhnya yang kelenguhan itu dihempaskan ke atas tilam.Izzah tercenung, siling putih menjadi renungan matanya. Sedar atau tidak, sudah hampir sedekad rupanya dia mengendon di rumah Sha sejak dia diistiharkan 'janda' pada tujuh tahun lalu. Pantas sungguh mas

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-16
  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 4

    PAGI itu seperti hari-hari sebelumnya. Mentari tetap bersinar gagah. Calar-calar awan di kaki langit terlihat indah. Burung-burung juga melayang bebas membelah angkasa. Suasana di sekolah tetap meriah dikala sesi pembelajaran masih berjalan seperti biasa. Langkah diatur penuh kemas ketika menuju ke tandas. Khairy menaikkan ekor tengkuk kemeja sekolahnya seperti dracula, acah-acah gangsterlah kononnya. Sehari jika tak singgah ke tandas memang tak sah, mesti mahu membuang punya. Secara kebetulan, Arman, Daniel dan Arsyad baru sahaja selesai membantu guru membawa buku-buku latihan ke bilik guru. Ketika itu mereka dalam perjalanan kembali ke makmal Sains. “Arsyad. Kau nampak apa yang aku nampak?” Daniel menyinggung lengan Arman. Pandangannya terpanah tepat ke arah Khairy yang sedang melangkah masuk ke dalam tandas. “Nampak ... Bahkan, sudah terang lagikan bersuluh. Mata aku ni masih belum rabun, bro.” Leretan sengih tersungging di bibir Arman. Korne

    Terakhir Diperbarui : 2021-07-30
  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 5

    SIANG dan malam bersilih ganti seperti biasa. Mentari tetap meluaskan cahayanya ke seluruh pelosok alam, sementara awan sisik ikan menghiasi dada langit. Indah bila dijenaki, ia juga mampu menghadirkan ketenangan bagi yang melihatnya. Itulah kebesaran Allah SWT yang berkuasa menciptakan alam ini. Luqman duduk meneleku dagu di mejanya. Kelmarin dia dan semua warga sekolah sudah menerima warita tentang Nadzmi. Rakannya itu telah dibawa ke hospital dan telah disahkan stabil. Benarlah tekaan mereka sebelum ini, Nadzmi didera lagi. “Wei, kau termenungkan apa tu?” Satu suara menegur datangnya dari arah belakang. Luqman berpaling ke arah suara itu, melihat Aleyna yang sedang merenungnya. Anak mata mereka saling bersabung pandang. Kedudukan kerusinya diubah sedikit. “Termenung apa lagi kalau bukan fasal Nadzmi ...” jawab Luqman, melemparkan sekilas senyuman sebelum riak wajahnya kembali seperti sebelumnya. “Itulah, aku pun asyi

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-12
  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 6

    NADZMI merenung tingkap biliknya yang terdedah, memerhatikan persekitaran yang lenggang di kawasan perumahannya. Termenung, itu sahaja aktivitinya sedari tadi. Dia bukannya tidak punya kerja lain untuk dilakukan, cuma hatinya begitu terusik akan suatu perasaan. Belum pernah hatinya dijelajah oleh perasaan sedemikian, dan ianya mula dirasai sejak hadirnya Cikgu Izzah di sekolahnya. Ya, hati dan perasaannya begitu kuat mengatakan guru itu adalah sebahagian daripada hidupnya. “Izzah Noraini ...” Nama itu kembali meniti di ulas bibirnya. Sijil kelahirannya dikeluarkan. Nama Izzah Noraini binti Yahya jelas terpampang di sijil itu sebagai insan yang telah melahirkannya. Dan, cikgu barunya itu juga mempunyai nama yang serupa. ‘Adakah benar dia ibu kandungku? Atau sekadar nama sahaja yang menyerupai?’ Persoalan itu terkutik di mindanya. Dia mengelamun lagi sementara di luar sana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-

    Terakhir Diperbarui : 2021-08-31
  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 7

    GAMBAR berukuran pasport di tangan ditenung lama. Tidak dihiraukan guru-guru lain yang sedang rancak berbual sambil menyiapkan kerja masing-masing. Suasana itu tidak sekelumit pun mengganggu ketenangannya kerana ia tidak serancak dalam bilik darjah.“Izzah, termenung apa tu?” Lari mencicit kelekaan Izzah apabila bahunya disapa seseorang.Dipanggung kepala ke arah si empunya suara, melihat Cikgu Zarina yang sedang tersenyum memandangnya, “Termenung memikirkan masa hadapan. Eh, bukan, bukan. Termenung memikirkan ...”“Ha, termenung apa? Memikirkan apa? Pakwe? Kerja? Anak murid? Nak makan apa sekejap lagi?” Cikgu Zarina cuba meneka, bertalu-talu.“Bukan termenung memikirkan, termenung tengok gambar ni ha ...” Disuakan gambar itu supaya Cikgu Zarina dapat melihatnya. “Itu gambar anak saya,” tokoknya memberitahu.“Oh, Izzah ada anak rupanya.

    Terakhir Diperbarui : 2021-12-12
  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 8

    PENYATUAN kembali antara Nazmi dan Izzah setelah berpisah selama tujuh tahun, meleraikan ikatan rindu yang melilit kuat dalam ruang lipatan sukma. Gembiranya sukar ditafsir, terlupa segala derita yang memayungi selama ini.Di pondok itu, mereka bersama-sama mengisi kekosongan perut. Cahaya kegembiraan tak lepas-lepas memancar dari rona wajah. Bahagia kini dikecapi, meskipun sebentar nanti mereka akan berpisah untuk seketika. Membawa haluan sendiri.Perjuangan Nadzmi masih belum tamat. Dia masih terpenjara dalam cengkaman itu. Dia masih belum bebas.“Ibu, esok kita jumpa lagi ya? Nadzmi kena balik walaupun sebenarnya Nadzmi terseksa dalam neraka dunia tu, kalau tak ‘betina’ tu akan cari dan seksa Nadzmi macam dulu,” ucap Nadzmi kepada ibunya seusai mereka mengerjakan solat Zuhur berjemaah di Surau Al-Karim, berdua.Kedudukan Nadzmi agak statik, yakni betul-betul di hadapan tirai ruang solat wanita. Izzah mengesat pipinya yang

    Terakhir Diperbarui : 2021-12-19
  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 9

    “SHA, esok pagi selepas Subuh boleh kau hantar aku ke surau semalam? Nanti pergi sekolah aku jalan kaki saja. Lagipun bukannya jauh sangat sekolah dengan surau tu,” pinta Izzah, membuyarkan kelekaan Sha terhadap telefonnya.“Kau nak jumpa dengan Nadzmi kat sana, ya?” Sha memandang Izzah.“Mestilah … Ibu mana yang tak rindukan anak, kan? Lagipun, aku nak sangat jumpa dengan Cik Azimah, mak kawan Nadzmi. Dia ada buka gerai dekat sebelah surau tu. Daripada Nadzmi tingkatan satu, Cik Azimah itulah yang selalu beri dia sarapan dan bekal ke sekolah.”Izzah berhenti seketika, mencari nafas.“… Aku dapat tahu gerai Cik Azimah tu selalu ramai orang. Kadang-kadang sampai dia terpaksa bungkus dan simpan untuk Nadzmi. Anak aku ada bercerita lagi, sejak dia kenal dengan Cik Azimah, itulah tempat dia menumpang kasih sayang sampailah kita orang dipertemukan.”“Alhamdulillah, masih ada orang yang

    Terakhir Diperbarui : 2021-12-24

Bab terbaru

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | EPILOG

    ZIYYAD menerima kunjungan seseorang yang amat dirinduinya, yakni Mei Lim. Wanita itu berpakaian putih, wajahnya berseri suci murni.Seraut senyuman memancar indah di laman wajah itu. “Ziyyad … jangan bersedih lagi, ya. Di sini, ibu bahagia. Ibu akan tunggu kamu di sini.”Sejurus itu, wanita berkenaan berpaling. Dia melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Ke satu arah yang tidak dipastikan hala tujunya.Terjaga dari lena, Ziyyad terus merebaskan air matanya yang tidak tertahan lagi. Air mata yang terkandung rasa syukur yang tidak terhingga, yang sarat rasa bahagia.~~~‘DAHULU aku berhasrat untuk bebas dan bahagia. Dan apabila aku sudah menge-capinya, aku berhasrat pula untuk men-yelamatkan ayahku daripada terus terperangkap dalam jerat yang diciptakan si Kamelia itu. Ini semua atas pertolongan-MU, YA ALLAH kerana engkau telah membantu hamba-MU ini dalam menunaikan hasratku. Aku gembira, aku juga bahagia. Terima kasih, YA ALLAH.Pecah lamunan Nadzmi tatkala Izzah menepuk bahun

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 20

    KAMELIA dihadapkan ke mahkamah. Kes culik yang membuatkan budak perempuan tempoh hari trauma dan penderaan terhadap Nadzmi Saad bin Mifzar.Mendengar namanya disebut ketika perbicaraan, Nadzmi berasa terkejut. Dipandang wajah ibunya. Rupanya sebelum ini Izzah telah melaporkan hal itu kepada pihak polis untuk dibicarakan bersama.“Jenayah ini jika disabitkan, pesalah akan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh sehingga tujuh ta-hun dan dikenakan sebatan sebanyak tiga kali men-gikut seksyen 326 kanun keseksaan kerana tertuduh pernah menggunakan pisau untuk mencederakan alat sulit mangsa selain memukul dengan objek keras dan yang lainnya. Hukuman yang dijatuhkan ini juga ter-masuk untuk kes culik yang dilakukan oleh tertuduh beberapa hari yang lalu.”Jeriji besi dan tembok batu yang tebal akan men-jadi dunianya selepas ini. Hanya kerana nafsu yang tidak terkawal. Yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.~~~HABIS perbicaraan, yang hadir kesemuanya mulai beredar.“Kamelia, aku ceraikan

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 19

    Yayasan Ar-Rahman,PAGI itu cerah lagi menyenangkan. Cicipan bu-rung yang melayang bebas di angkasa, menjadi melodi indah di halwa telinga. Terorak senyu-man tipis di wajah Ziyyad, hatinya serba sedikit be-rasa terhibur.Sejak dia menumpang teduh di yayasan ini, dia sering mendiamkan diri. Suka menyendiri dan kurang bergaul dengan penghuni yayasan yang lain.Kerinduan terhadap ibu angkatnya masih berbekas di hati. Ibarat pungguk rindukan bulan, hanya mam-pu mendambakan ia tetapi tiada daya untuk men-gecapinya.Di kejauhan, Amir memerhatikannya. Dia mafhum akan perasaan yang sedang berkalung dalam diri re-maja itu kerana dia juga pernah melalui situasi sama.Sementara Helena yang sedang membantu mema-yang bawang di dapur, terhiris tangannya. Wajahnya berkerut-merut, darah mulai tumpah. Padah melanda bilamana dia hanyut ke arus lamunan tika sedang melakukan kerja.Suasana menjadi huru-hara seketika.Cepat-cepat dicuci di singki, kemudian jarinya yang terluka dibalut dengan cebisan kain

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 18

    ZULMAT malam pekat menyaluti alam. Cecair mudah terbakar disimbah ke seke-liling rumah itu. Niatnya mahu Nadzmi dan Izzah mati. Pemetik api dinyalakan. Rumah itu mula rakus dijilat api.Kamelia yang berhodie hitam dan berpelitup muka segera melarikan diri. Sejurus sahaja men-yelusup masuk ke perut kereta, dia tersenyum puas hati. Terhibur melihatkan api yang marak membakar itu.Adnan, sekali lagi menjadi hero. Dia yang terlihat kebakaran itu, berlari mendapatkan ayahnya.Perasaan cemas terus menyerbu Pak Saidi, dan sejurus itu dia terus memekik ke sekitar kejiranan. Bomba segera dihubungi, sambil-sambil beberapa orang lelaki berusaha memadamkan api supaya ia tidak merebak dan memamah kediaman mereka pula.Jiran-jiran lain turut dilanda cemas. Mereka langsung tidak nampak kelibat dua beranak itu. Masih hidupkah mereka? Adakah mereka sudah rentung atau masih terperangkap?Kemunculan trak bomba menyelamatkan keadaan supaya tidak bertambah parah. Setelah itu, pemeriksaan dilakukan dan pih

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 17

    ‘Setiap manusia akan salah dan berbuat dosa sama ada sedar atau tidak. Yang beruntung adalah mereka yang segera menyedari kemudian bertaubat.’~KHAIRY termenung panjang seusai sahaja membaca baris ayat yang terpampang di satu siaran yang lalu di ‘fyp’ ketika dia leka melayari Instagram.Dia merasa seakan ditegur.Adakah itu hidayah daripada-NYA?Nafas dihela perlahan, terasa bergetar bila dikenang akan segala dosa yang dilakukannya selama ini. Di usia setahun jagung, dikala masih ‘rebung’. Keinsafan mula menyerkup jiwanya.Galeri dibuka, sebelum album ‘private’ yang lengkap dengan kata laluan pula dibuka. Sungguh banyak kandungan yang penuh noda di dalamnya. Yang dirakam menggunakan gajet itu sendiri. Mujurlah ia tidak dimuatnaik dalam laman web. Jika tidak, pasti ‘akaun dosanya’ lebih berganda jumlahnya berbanding ‘akaun pahala’.Dipadam kesemuanya tanpa meninggalkan satu pun video atau gambar yang menghairahkan itu.~KAMELIA bengang apabila mendapat tahu orang upahannya sudah dita

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 16

    DAUN pintu digegar kuat. Nadzmi masih bertahan, segala kudrat yang dia punya diguna semampu mungkin untuk menahan pintu. Dia tidak mahu rumahnya diceroboh, dia tidak mahu diculik!Pintu dirempuh kuat. Nadzmi akhirnya tercampak, terjelupuk menyembah lantai. Dua lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.“Mantap! Buka pintu mangsa terus ada depan mata. Siap ada pakej ‘jackpot’ lagi tu … Berbaloi gila job yang kita dapat kali ni!” Si lampai yang mengenakan singlet hitam herot senyum jahat.Pagi nan sepi ini nampaknya akan jadi pagi yang paling membahagiakan. Sudah lama dia tidak ‘menebuk’ tubuh wanita sejak bekerja dengan ‘Man Boss’. Manakan tidak, prosedur kerjanya hanyalah menculik budak-budak!Melihatkan sekujur tubuh yang sedang berbaring di sofa itu sahaja sudah cukup menaikkan syahwat nafsunya.Nadzmi segera bangkit, ingin melarikan diri. Tetapi lelaki yang bertubuh sedikit sasa dan bertatu ringkas di tangan itu lebih cekap. Disilang kaki Nadzmi. Remaja itu tersembam jatuh, terlantar

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 15

    NADZMI termangu di dapur. Izzah yang kebetulan hendak minum air, mengham-piri anaknya yang sedang menongkat pipi di meja makan.“Nadzmi, buat apa sorang-sorang kat dapur ni?” Lembut itonasi suaranya menegur. Dia tidak mahu menyapa secara terjah. Tak fasal-fasal, gugur pula jantung anaknya nanti.“Tu, tengah panaskan minyak.” Nadzmi menoleh, terjuih bibirnya ke arah kuali di dapur.Berkerut kening Izzah, “Nadzmi nak masak apa tu?”“Adalah. Kalau ibu nak tolong, ambilkan tepung gandum dengan tepung jagung.”Senyum Izzah, dia ikutkan sahaja. Nadzmi keluarkan ayam yang telah diperap, setelah itu masukkan tepung ke dalam satu pinggan. Disalut sebelum dimasukkan dalam kuali.“Bau pun dah sedap. Siapa yang ajar resepi ni pada Nadzmi?” Izzah bertanya mahu tahu.“Arwah ibu angkat Ziyyad, seminggu sebelum dia meninggal.” Nadzmi menjawab.“Innalillahiwainnailaihiroji’un …” Kesepian meratapi suasana buat seketika tatkala kehibaan mula bertandang. Tiada sebarang kata yang terungkap, hanya hati ya

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 14

    ZIYYAD mengangkat beg berisi barang-barang dapur untuk diberikan kepada jiran mereka. Mei Lim sekadar mengangkat yang ringan-ringan, tidak mahu menambah beban pikulan anak angkatnya.“Terima kasih banyak-banyak, Mei … Kau dari dulu sampai sekarang tak pernah berhenti tolong kami sekeluarga. Tak dapat aku balas semua kebaikan kau,” kata Mak Milah dalam sebak yang menyendat dada.“Tak apalah … kita kan duduk berjiran, mestilah kena saling bantu-membantu.” Mei Lim tersenyum.Apa ertinya dikurniakan kesenangan hidup tetapi lupa kepada nikmat-nikmat yang diberikan kepada manusia. Harta kekayaan yang banyak dan melimpah-ruah boleh menyebabkan seseo-rang itu sombong dan lupa diri.Uhuk, uhuk!“Kau okey?” Mak Milah menyoal pantas, wajahnya beriak cemas.“Aku okey, kau jangan risaulah. Aku batuk sikit saja. Mungkin sebab dah berusia, selalu datang sakit,” balas Mei Lim sambil menahan perit yang merodok anak tekaknya.“Jaga kesihatan ya, Mei. Kalau perlu pergilah jumpa doktor, nanti melarat Ziy

  • HASRAT (BAHASA MALAYSIA)   HASRAT | BAB 13

    SUKAR untuk Izzah melelapkan mata, fikirannya berserabut. Meronta-ronta perasaannya dihambat perasaan marah dan geram yang bersilih ganti. Kamelia, dahulunya sahabat baik semasa zaman sekolah. Tetapi kini, sudah menjadi musuh ketat.‘Aku akan heret kau ke mahkamah untuk aku rampas balik rumah pusaka arwah ayah aku, yang secara mutlaknya telah ditukar ke nama aku, hak aku!’Terngiang-ngiang di pelusuk pendengaran akan kata-kata yang dihamburkannya ketika itu. Hak mutlak. Ya, hak mutlaknya itulah yang akan dia rampas kembali nanti. Di mahkamah.Pada keesokan hari, dia menghubungi Nurain Rashiela yang merupakan seorang peguam merangkap rakan seuniversitinya untuk berbincang tentang ‘kes yang dihadapinya’. Mereka bertemu di sebuah kafe pada waktu petang.“Untuk kau punya kes, mereka yang tinggal di rumah kau sekarang ni akan diperintahkan untuk keluar dari rumah itu dengan kadar segera. Dan jika mereka berkeras tak nak keluar, pi

Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status