Home / Romance / Kerana Kau Milikku / Chapter 11 - Chapter 20

All Chapters of Kerana Kau Milikku: Chapter 11 - Chapter 20

50 Chapters

Bab 11

   Arhan memandang sepi beg kertas yang diberikan oleh adik perempuannya, Aila. Pemberian dari isteri keduanya itu langsung tidak menarik perhatian Arhan. Dia sudah berjanji dengan Naura untuk makan tengahari bersama.     Pintu bilik diterjah oleh seseorang tanpa diketuk terlebih dahulu. Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan wajah bengis.     "Apa kau buat ni, Arhan?  Semuanya salah! " tengkingnya. Fail yang dibawa bersama dicampak ke atas meja Arhan.     Arhan mengeluh berat. Fail dicapai lalu disemak.     "Salah apa pula ni Mir? Dah lebih sepuluh kali aku check lah. " ujar Arhan. Berkerut-kerut wajahnya menyemak semula fail itu.     "Kalau kau ada semak, asal banyak salah ni. Aku tak nak kau buat kerja sambil lewa
last updateLast Updated : 2021-07-07
Read more

Bab 12

     Sudah seminggu berlalu, selama seminggu itulah Arhan dan Naura tidak pulang ke rumah Asmah. Mungkin mereka ingin meluangkan masa bersama. Suha masih bertahan sebagaj isteri nombor dua dalam keluarga itu. Dengan harapan, Suha diterima dalam keluarga itu.  .    Dalam masa seminggu itu, Suha menerima bermacam hinaan dan makian dari Asmah dan Zariff. Meskipun Zariff bukanlah seorang yang banyak bicara tetapi jika dia merasa meluat, dia pasti akan mengingatkan Suha mengenai kata-kata Asmah.     "Aku takkan terima kau sebagai menantu sampai bila-bila."    Kata-kata itu segar diingatan Suha. Tidak pernah sedetik pun dia melupakan kata-kata itu.     "Puan."    Hampir terlepas senduk yang dipegang Suha akibat terkejut dijerkah oleh pembantu rumah Asmah. 
last updateLast Updated : 2021-07-11
Read more

Bab 13

  Tangan naik memegang palang besi balkoni. Palang dicengkam kuat. Jika boleh mahu sahaja dia melepaskan amarahnya yang sedang membuak-buak ini. Bayangan wajah gadis itu bermain di mata.     "Suha, kenapa? Bukankah aku suruh kau tunggu aku? " gumamnya perlahan. Bibir diketap.     "Kau aku punya. Selamanya milik aku Suha. "     Senyuman sinis terbit pada bibir. Tubuh disandarkan pada palang besi. Otaknya ligat memikirkan sesuatu rencana yang harus dia lakukan.     "Hurm…bingo." Senyuman senget terukir. Akhirnya, satu idea muncul bagaikan sebiji mentol menyala terang di kepalanya     Hidangan makan malam pada malam itu dimasak oleh Naura Naqila. Tidak dinafikan Naura seorang gadis yang sempurna. Mempunyai adab yang baik dan sangat bersopan santun. M
last updateLast Updated : 2021-07-18
Read more

Bab 14

    Suha membelek kiriman bunga dari seseorang yang tidak dikenali. Senyuman terbit di bibir berserta kerutan di dahi. Hairan. Pada petang hari begini dapat bunga daripada seseorang yang tidak dikenali sememangnya agak menakutkan. Tapi macam mana kalau itu pemberian dari Arhan? Kad yang diselitkan di dalam jambak bunga ros merah itu Suha ambil. Mata meliar memandang sekeliling sebelum kad itu Suha baca.     You're are my red rose in his garden.    Rose? His Garden? Bingung dengan ucapan yang terdapat pada kad itu. Suha memasukkan semula kad itu ke dalam jambak bunga ros mekar dengan indah itu. Perasaan takut mula menyerbu diri. Ini semestinya bukan pemberian dari Arhan. Takkan nak buang bunga cantik seperti ini.     "Suha. "    Suha terkebil sendiri saat melihat Arhan sedang berdiri di hadapannya. Sejak b
last updateLast Updated : 2021-07-25
Read more

Bab 15

   Jam di pergelangan tangan dikilas beberapa kali. Sudah hampir dua jam dia menunggu kemunculan seorang gadis yang sudah lama meninggalkan tanah air kelahiran mereka. Si gadis kecil molek itu menyambung pengajiannya di Korea dalam bidang fesyen. Lama dah dia tunggu, tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung gadis itu? Dia kena prank ke apa sekarang ni?     “Bah! Annyeonghaesayo, oppa!” Nara menyergah dari belakang tubuh Zayyan, si abang kesayangannya. Tekun sangat tengok jam sampaikan tak sedar dia sebenarnya dah lalu depan mata Zayyan tadi.     “Hah, budak. Kau ni terkejut abanglah. Bila masa muncul ni? Tak nampak pun.” Cebik Zayyan sambil menggosok kepala adik perempuannya itu.     Nara menepis laju. “Sakitlah. Hish.”     Zayyan tersengih. Tanpa berlengah la
last updateLast Updated : 2021-07-28
Read more

Bab 16

   Suha hanya memerhati keadaan Naura Naqila dari luar bilik sahaja. Itu adalah cadangan Arhan kerana takut Asmah mengamuk lagi jika melihat Suha datang bersama Arhan.     "Jom, kita makan dulu."ajak Arhan lalu melangkah meninggalkan Suha. Suha terkebil-kebil mengejar langkah Arhan.     Suha mengambil tempat di sisi Arhan sebelum beg plastik berisi makanan dihulurkan kepada Suha.     "Kau dah lama ke kenal Emiir tu? Macam mana kau boleh kenal dia?"soal Arhan memecah kesunyian antara mereka berdua.     Air mineral diteguk Suha untuk membasahkan tekaknya sebelum dia berdehem beberapa kali. Otaknya ligat berfikir jawapan apa harus dia berikan kepada soalan Arhan. Jujur, Suha belum bersedia untuk bercerita mengenai hubungannya dan Emiir pada masa lalu.      "Susah sangat ke soalan aku tu? Sampai kau
last updateLast Updated : 2021-08-01
Read more

Bab 17

   Sebulan telah berlalu semenjak bunga yang menyebabkan Naura dimasukkan ke dalam hospital. Tiada apa yang berubah Asmah masih melayaninya dengan sangat teruk. Malahan sekarang Asmah sentiasa membuat jarak antara Naura dan Suha kerana takut Suha akan mencederakan cucu pertamanya.     Suha menatap ruangan bayi yang telah disediakan di dalam satu bilik di tingkat atas rumah agam milik keluarga Arhan. Keluhan dilepaskan. Fikirannya mula bercelaru. Kesemua permainan milik cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak lama lagi Suha lihat satu persatu.     Suha mengusap lembut perutnya. Mata mula terasa hangat. Suha memejamkan matanya rapat dan air mata mengalir perlahan.     Apa yang akan terjadi agaknya kalau dirinya mengandung anak Arhan? Apa bayinya akan ditendang keluar rumah ini atau bayinya akan merasakan kasih sayang daripada semua orang yang be
last updateLast Updated : 2021-08-01
Read more

Bab 18

   Zayyan membelek fail yang di serahkan oleh Nara padanya. Dengan sangat teliti, dia membaca isi fail itu. Kepala dianggukkan beberapa kali.     "Abang, apa yang abang angguk-angguk kan tu?"soal Nara berasa sedikit hairan dengan kelakuan Zayyan. Sungguh dia berasa rimas bila melihat Zayyan seperti itu. Tak lenguh ke leher tu? Nara menepuk lembut dahinya.    Sudahlah aku banyak kerja nj. Dia boleh bermain.      "Apa? Abang sedang menilai kerja yang Arhan dan Emiir bagi ni hah. Salah ke?"soal Zayyan kembali sambil menjongketkan keningnya sebelah kiri.     "Tak salah. Tapi abang ni kalau yea pun fokus sangat. Janganlah macam tu."omel Nara perlahan.     Zayyan tertawa kecil. Seronok sangat mendengar adiknya membebel.    "Abang! Ee benci laa macam ni." Nara menghentakkan kakinya
last updateLast Updated : 2021-08-06
Read more

Bab 19

   Suha memulas tombol pintu bilik. Mata memandang ke arah Arhan yang sedang berdiri membelakangi dirinya. Suha melangkah masuk ke dalam. Pintu bilik di tutup semula.Perasaan takut menyerbu dirinya. Dia tahu semestinya Arhan akan memarahinya.     "Ab.. Abang."      Suha mendekati Arhan dengan langkah yang perlahan. Bahu Arhan ditepuk lembut. Sedikit pun Arhan tidak berganjak. Arhan menyilang tangannya. Suha mengigit lembut bibirnya. Wajah ditundukkan.     "Apa hubungan kau yang sebenarnya dengan Emiir?"soal Arhan memecahkan kesunyian di antara mereka.     "Bukan ke saya dah cakap dengan abang. Saya dan Emiir dah macam adik beradik abang."ujar Suha cuba menyakinkan Arhan. Arhan tak percaya pada aku ke?     Arhan memusingkan tubuhnya mengadap Suha. Wajah
last updateLast Updated : 2021-08-06
Read more

Bab 20

     Daun pintu bilik dibuka oleh Arhan. Mata meliar mencari kelibat Suha. Suha yang baru saja keluar dari bilik air terkejut melihat Arhan kini berada di hadapannya.      "Kenapa kau pandang aku macam kau nampak hantu ni?" Arhan membuka tali lehernya. Tubuh berasa sungguh letih. Terlalu banyak meeting yang kena dia handle.     "Erk tak.. Saya cuma terkejut je awal abang balik hari ni."ujar Suha perlahan. Pakaian di atas meja dicapai. Suha menyarungkan pakaiannya ke tubuh.     "Kenapa kaki kau lebam tu?"soal Arhan yang tadinya terlihat kesan lebam yang ada apa kaki kiri Suha.     Suha mengaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh, apa aku nak jawab ni. Riak wajahnya mula gelisah.     "Erk saya.. Saya jatuh."bohong Suha sambil mengemam bibirnya. 
last updateLast Updated : 2021-08-06
Read more
PREV
12345
DMCA.com Protection Status