Tan Sri Baharudin bersama Puan Sri Zakiah sedang menikmati makan malam berdua di meja makan kediamannya. Dua orang maid telah berlalu kedapur setelah mereka selesai menghidang juadah juadah lazat diatas meja. Suami pandang muka isteri, isteri pandang muka suami. Begitulah setiap hari. Walaupun rumah besar bak istana, meja makan megah dengan hidangan lazat diatasnya, tetapi hidup mereka sungguh sunyi. Manakan tidak, ada anak seorang saja. Itupun serupa tak ada anak langsung. Dengan pakaian yang menjolok mata, gadis itu menuruni anak tangga dari tingkat tiga biliknya menuju lantai bawah yang menghubungkan dengan pintu utama. Begitu selamba gadis itu melintas dihadapan mommy dan daddynya yang sedang menikmati makan malam tanpa sedikitpun rasa mahu menegur kedua orang tuanya itu.Jangan kan nak join makan sekali, tegur Hi, Mommy. Hi, Daddy pun tak.Terus saja dia meluru keluar menuju sebuah kereta yang sedang men
Read more