Share

Part 6: Misi Spy

Author: Pink Rose
last update Last Updated: 2021-06-24 23:01:39

"Eh, Riz. Tak kerja ke hari ni?"

Tanya pn sri bila kelibat pemuda itu dikesan diruang tamu rumahnya pada hari isnin ini. Beberapa shopping bag ditangannya juga diperhatikan oleh Pn. Sri.

    "Kerja, mak ngah. Ambil leave sekejap nak hantar barang barang Puteri yang dia beli semalam ni, dia lupa nak ambik. Handphone pun tertinggal dalam kereta Riz." 

Bilang Riz sambil meletakkan bag-bag kertas berlogo jenama terkemuka itu diatas meja kopi. 

    iphone11 milik Puteri yang telah terpadam akibat tidak bercas juga tidak ketinggalan turut di letakkannya. Kelihatan lalu pemuda itu merehatkan punggungnya di sofa mewah ruang tamu itu.

    Pn. Sri yang masih berdiri kini berpeluk tubuh sambil memberi renungan tajam kearah Riz.  membuat pemuda itu seakan dapat rasa aura gelap melatar belakangi ibu saudaranya itu. 

     Riz juga seakan dapat meneka apa akan jadi dengan nasibnya selepas ini. Habisla aku!

Riz menekur dan tidak berani memandang wajah Mak Ngahnya lagi.

    "Apa dah jadi, Riz?" Suara Pn sri datar menyapa telinganya. wajah ketat tanpa senyum juga membuat perutnya terasa senak. Riz menelan air liur yang kesat bagaikan berus dawai ditekaknya.

    Pemuda itu masih memandang kedua kakinya yang menyentuh lantai. 

     "Errr.. Tak, tak ada, mak ngah." gugup Riz untuk berkata. bahkan hampir langsung tak berani membuka suara.

    "Apa yang tak ada? kalau tak macam mana Puteri boleh balik dengan Spy ayah ngah sedangkan dia keluar dengan Riz? Siap menangis lagi. Dah la tu siap kena marah lagi dengan daddy dia."

     Air liur sekali lagi terasa kesat masuk kedalam kerongkongnya. Riz kembali menekur, jari jemarinya bermain sesama sendiri. Baru pertama kali dia melihat wajah Mak Ngahnya seketat itu. 

    "Riz..... Riz mintak maaf, mak ngah. Riz bertindak diluar kawalan."

   

    "Sanggup Riz buat macam tu kat adik kan? bukannya Riz sepatutnya lindungi dia, bukan malah buat dia rasa terancam macam tu?" perlahan namun tegas suara Pn Sri memarahi Riz.

    "Sekali lagi Riz minta maaf, mak ngah. Riz tak sengaja buat Puteri macam tu." jawap Riz tanpa mengangkat wajah. 

    "Minta maaf dengan Mak Ngah tak mengubah apa apa, Riz. Riz kena minta maaf sendiri pada tuan badan."

    "Sebab itu Riz datang ni, Mak Ngah. Riz nak jumpa Puteri, dan minta maaf dengan dia."

   "Lepas apa kamu dah buat, Riz rasa Puteri nak ke jumpa Riz?"

    Riz bungkam. suaranya begitu terhad saat ini. 

    "Riz balik lah. sebelum ayah ngah tahu Riz datang sini, lagi haru nanti. Nasib baik semalam mak Ngah halang dia, kalau tidak, sampai dah ayah ngah tu kerumah kamu, selepas menerima laporan dari Spy-nya tentang apa Riz dah buat pada Puteri."

    Riz kerutkan kening selepas mendengar kata-kata Puan Sri kali ini. Dia lalu mengetap rahang terasa geram. wajah Pn Sri dilirik tanpa mengangkat kepala. perasaan cuak kini bertukar kesal.

    Spy? Jadi lelaki semalam tu Spy Ayah Ngah? SIAL! 

Maki Riz dalam hati. 

   Lantas pemuda itu mula mengangkat punggung dari sofa. tangannya menggosok lengan sebelum menghulur kedua tangan itu pada Pn Sri. 

    

    "Kalau macam tu, Riz mintak diri dulu, mak ngah. sekali lagi Riz minta maaf. sampaikan permintaan maaf Riz pada Puteri."

    Pn sri menyambut salam Riz dengan hanya menghulur hujung jari, sebelum tangan itu ditarik cepat dan kembali masuk kedalam lipatan lengan.

    Wajah tanpa senyum Puan Sri yang sedang mencuba menahan kata kata lebih pedas terhambur itu membuat Riz tidak sanggup berlama lama di rumah itu. Segera Riz memusing badan dan mengorak langkah menuju pintu tanpa menoleh lagi.

    Puan sri menghela nafas melihat pemuda itu berlalu keluar. Tangan yang sedari tadi bersilang sesama sendiri lantas dibawa untuk menyelak sedikit bag-bag kertas berjenama diatas meja.

Dengus kesalnya kedengaran, dan membiarkan saja barang barang itu disitu. 

Pn. Sri pun beredar meninggalkan ruangan itu.

                                 ***

      Puteri berdiri ditepi tingkap, menyelak sedikit langsir dan membuang pandangan kebawah.

Nafasnya dihembus lega selepas melihat Mazda Rx9 milik Riz telah berlalu dari perkarangan rumahnya. Perkara semalam telah membuat gadis itu serasa jijik untuk melihat wajah sepupunya itu lagi. 

     Belum lagi kesalnya akibat kena marah oleh daddy kerana mempertikai tindakan orang tuanya itu mengirim spy untuknya.

     Semalam...

"Apa ni daddy? Kenapa perlu ada spy-spy semua ni? Daddy tak percaya Puteri ke?"

Bantah Puteri.

"Bukan daddy tak percaya anak daddy ni. Tapi daddy tak percaya dengan benda disekeliling Puteri." Dijawap tenang oleh Tan Sri.

"Jadi daddy lebih percayakan Spy tulah?"

"Sekurang-kurangnya, dia hantar Puteri balik dengan selamat kan. Sudahlah. Puteri tak payah pertikai tindakan daddy kali ini. Ini semua daddy buat untuk kebaikan Puteri. Selama ini daddy dan mommy ikut saja apa Puteri lakukan. Keluar pergi kelab malam, balik lewat. Daddy ikut saja. Sebab Puteri dah janji Puteri hanya lepak saja disana dengan kawan-kawan perempuan. Daddy percaya Puteri tak buat benda tak baik disana. Daddy pun semakin yakin bila Puteri balik tiada ada bau alkohol menempel dibadan Puteri. Okey, daddy percaya. Tapi sampai bila Puteri akan bertahan bila tanpa pengawasan? Lambat laun daddy risau Puteri akan terjebak juga dengan benda benda itu."

    "Daddy. Takkan ada sesiapa yang boleh mempengaruhi Puteri. Puteri ada prinsip sendiri. Walaupun Puteri suka bersosial, tapi Puteri tak mahu rosakkan badan dengan benda-benda macam tu. Daddy tolonglah percaya Puteri. Tak payahlah ber-spy spy semua ni. Semak lah."

   "Kalau daddy tak hantar spy tu, daddy rasa Puteri boleh tahu apa nasib Puteri tadi kan?"

Puteri terdiam kali ini. Meski dia tidak menafi yang kata-kata ayahnya itu benar, namun dia tetap tidak mahu mengakui. Gadis itu hanya merengus memandang ayahnya yang mula meninggi suara. Tak pernah-pernah lelaki itu bersikap setegas ini kepadanya sepanjang 23tahun usianya. Namun, sedikit pun gadis itu tetap tidak menunjukkan tanda setuju dengan tindakan ayahnya itu.

    "Jadi, ini adalah keputusan daddy. Kalau Puteri boleh berbuat sesuka hati tanpa mahu mendengar nasihat daddy, maka Puteri pun tiada hak untuk mempertikai tindakan daddy mengupah spy untuk memerhatikan Puteri. Faham?"

    Bahu Puteri terhinjut mendadak apabila lelaki itu menekan kata-katanya dengan sedikit kuat.

Wajahnya yang sedari ketat itu kini mula mendung dan sayu. Bibirnya menggeletar, anak mata juga mula berkaca-kaca.

"Da-daddy,,, marah,,, Puteri ke?"

   Tan Sri seolah baru tersedar dengan ucapannya yang agak keras itu bila mendengar suara anaknya sudah tersekat sekat oleh sebak yang hampir tumpah. Perlahan lelaki itu menghulur tangannya untuk menyentuh wajah sang anak kesayangan.

   

    "Ark.. err... Puteri,,, daddy tak maksud...."

Kata kata Tan Sri terhenti disitu bila mana gadis telah itu menarik muka yang sudah lenjun oleh air mata. Gadis itu lantas berlari menuju tangga tanpa menoleh padanya lagi.

    "Puteri... Sayang... Daddy minta maaf."

Kata pujuknya sudah tidak dihirau lagi. Puteri sudah terlanjur merajuk. Kakinya laju meniti anak tangga menuju biliknya yang terletak d tingkat atas sana.

   Tan Sri mendesah kecil. Tangan kanannya mencekak pinggang, manakala tangan kiri pula memicit dahi. Macamtu pun boleh merajuk? Bukannya marah kuat sangat pun. Anak siapa lah? Haihhh! 

   Tan Sri lalu menoleh kesamping apabila perasan bahunya disentuh oleh seseorang. Puan Sri sudah berada disitu, tersenyum dan memandang redup kepadanya.

    "Dah la tu bang. Jangan berkeras sangat dengan dia." Pn. Sri cuba menenangkan hati suaminya yang sedang kusut itu.

    "Mana ada abang berkeras, Kiah. Abang cuma cakap je. Dah merajuk." Balas Tan Sri dengan nada lemah.

   "Abang bukan tak tahu, dia tu anak manja kita. Mana pernah abang meninggi suara macam tu selama ini. Memang la merajuk budak itu."

Kata Puan Sri yang kini telah berada dihadapan suaminya.

    "Abang cuma taknak dia pertikai khidmat spy yang abang hantar untuk memerhatikan dia, itu je. Dah la abang tak dapat nak perhatikan dia 24jam. Suruh si Saad yang hantar pun dia tak nak. Apalagi yang abang boleh buat selain meminta khidmat spy?"

   "Abang yakin ke dengan spy-spy tu? Abang tak fikir ke yang mereka itu mungkin akan mengambil kesempatan terhadap anak kita?"

   Tan Sri lorek senyum sambil mencari anak mata isterinya.

"Abang kenal mereka, Kiah. Mereka bukan jenis orang macam tu."

    "Macam mana abang boleh begitu yakin?" Soal Puan Sri.

    "Kiah tahu tak, kat mana pertama kali abang jumpa mereka?"

    Pn Sri hanya menjongkit bahu serta mencebik. Mana la Kiah tahu abang oii.. Usai itu, dilihat Tan Sri mula tersenyum sebelum memulakan cerita.

    "Waktu itu abang pergi Shah Alam nak jumpa client waktu lunch hour. Selepas perjumpaan itu, abang tergesa-gesa mengejar waktu zohor di masjid Shah Alam. Abang sedikit kecewa kerana terlepas solat berjemaah disebabkan berjumpa client itu. Lalu abang melihat, ada tiga orang lelaki muda ini sedang solat berjemaah sesama sendiri. Maka abang pun join mereka sebagai Masbuk. Usai solat, kami pun berbual-bual. Katanya, mereka ini juga terlepas solat berjemaah, sebab itu mereka mendirikan solat berjemaah sendiri kerana mahu mengejar 27pahala. Hati abang sangat tersentuh melihat anak muda yang begitu menitik berat tentang ibadah sebegitu sekali. Selepas berbual-bual, kami pun saling bertukar nombor telifon. Rupa-rupanya, mereka ini adalah penyiasat persendirian. Setakat ini, abang percaya dengan mereka, Kiah."

   Panjang lebar huraian Tan Sri itu, dan didengari dengan seksama oleh isterinya yang tersenyum- senyum sambil menongkah dagu itu. Mereka kini telah beralih duduk disofa supaya perbualan lebih selesa. 

    Entah kenapa seronok pula dia mendengar suaminya bercerita. Kalau begitulah kisahnya, maka dirinya juga turut tidak meragui lagi. 

***

    Puspa Nur Qashidah binti Adnan. Umur 28tahun. Alamat Taman Gombak Ria. Status bujang. Pekerjanaan owner of 'Nur Kasih islamic Pre-school'.

Done!

Memang dasar spy. Laju aje tangannya mendapat maklumat lengkap. Senyum mahalnya disungging dibibir kaku itu. Didepan Pc matanya dipejam seketika. sambil menyentuh dada, nafas dihembus perlahan.

Ya Allah. Kalau dialah orangnya, aku dahpun lebih dari bersedia. Permudahkanlah wahai Yang Maha Pengasih. Amin!

Sebaris doa dan harapan sempat disemat dalam hening seketika.

"Pooommm" 

Ranap segala lamunan Maleek serta merta. Suara itu kuat tiba-tiba muncul menampar pendengarannya. Tidak hanya itu, badannya juga turut digegar dari belakang. 

Perkara pertama yang harus dia lakukan apabila menyedari akan kehadiran Aryan adalah, memadam skrin Pc. Risau kantoi nanti yang dia tengah stalk orang.

"Bengong betul la kau ni. kalau jantung aku ni tercabut, memang aku tak cari jantung orang lain tau. aku operate kau, ambik jantung kau, lepastu bagi anjing makan." Makinya, GERAM! tak lupa tangannya bertindak pantas menutup skrin.

Aryan sudah berdekah dengan tawanya apabila melihat wajah Maleek tak ubah seperti ayam mengeram yang kena kacau. Tulah, siapa suruh berkhayal. kena sergah sikit dah menggelabah. Maleek, Maleek!

Maleek menjeling sepupunya itu atas bawah atas bawah. serasa mahu di telan pun ada. Kalau ada pertandingan mengenakan orang, memang dia ni aku suruh register dulu.

"Kau buat apa sampai terkejut macam tu sekali hah? mesti kau tengah tengok benda tak senonoh kan?" 

Usik Aryan menyakat Maleek.

Tidak tahu kenapa, pemuda itu cukup minat mengusik sepupunya yang satu ini. mungkin kerana wajah seriusnya yang kerap dipamer hampir 24 jam, membuatkan Aryan rajin mengusiknya berbanding Zd.

"Pala hotak kau tengok benda tak senonoh? Aku buat kerja la. Kau ingat aku macam kau ke?"

Tempik Maleek tidak puas hati.

"Ala, relek la. Itupun nak melenting. Eh, jap. kau nak ole-ole dari Penang tak?"

Kata Aryan lagi.

"Ape dia?"

"Marka. Nak tak?"

"Marka? Markah? Amende tu?"

Maleek yang kurang faham telah mencerlung alis matanya. Wajahnya serius menagih penjelasan dari Aryan.

Sebentar Aryan melepaskan keluhan sebelum menjawap soalan Maleek.

"Haihh.. Kalau aku kata kau ni lembap, kau jangan mengamuk pulak eh."

Maleek sudah mengecilkan matanya sungguh-sungguh kali ini. Aryan ditenungnya seperti mahu dicekik saja sepupunya itu.

"Marka tu dalam logat Penang bermaksud awek, perempuan. Paham?"

Kening Maleek terangkat serta merta. Aryan ni dah gila ke ape?

"Kau bawak perempuan datang rumah ke ape?"

"Ish, hei.. tengok tu, muka je hensem, badan tegap, otak lembap nak mampus." 

Aryan membidas laju tanggapan Maleek itu. Jelas baginya, Maleek ini terlalu polos bila menyinggung hal berkenaan perempuan.

Aryan tidak sedar, kata-katanya itu telah mengundang gunung lahar dihati Maleek mula pecah dan hampir meledak bila-bila masa sahaja. Tapi kerana memandangkan mamat jambu ini sepupunya, ianya cuba juga untuk dikawal.

"Sekali lagi kau cakap aku lembap, chager laptop ni masuk kedalam mulut kau, aku tak kira."

Ugut Maleek yang teramat geram, sambil mengangkat pengecas kompiuter riba yang sedang dipegangnya setinggi dada.

Langsung Aryan menyeringai bersama sengihan kerang busuknya. 

"Hehehe. Ala, gurau pun tak boleh! Aku bawa balik nombor telifon diorang jelah! Ada Syasya, Juliana, Nazira, Ayu. Mana satu kau nak? Aku kasi kau free of charge. Hehehe!"

Maleek mengeluh sekali lagi sambil menunduk memicit dahi. Haihh. Boleh tak aku tak nak mengaku mamat ni sepupu aku? Boleh gila dia lama-lama melayan kemerepekan si Aryan ini.

Lantas Maleek pun bangkit dari tempat duduk. Malas sudah dia mahu melayan malaun seekor ini. Dia juga telah mengorak langkah menuju ke pintu dan berhajas mahu meninggalkan Aryan.

"Wei, kau nak gi mana?"

Pekik Aryan pada Maleek yang sudah membelakanginya.

"Nak turun makan lah. Layan kau membebel bukan boleh buat kenyang."

Jawap Maleek selamba sambil terus melangkah menuju pintu.

"Sampai hati kau nak makan tak ngajak aku. Weh, tunggu!"

***

   Tingkap sebuah bilik yang terletak dibahgian atas rumah banglow tiga tingkat itu dipandang tak lepas. Lampu bilik itu sudah menyala, berharap dia dapat melihat walau sekadar bayangan si pencuri hati. Namun sudah hampir satu jam keretanya diparkir dibawah pokok yang terletak agak tersembunyi dihadapan kediaman itu, yang diharap tetap tak kunjung muncul.

Riz mendengus jengkel. Teringat kembali dia akan lelaki bersut hitam yang telah menggagalkan niatnya semalam. Giginya berlaga sesama sendiri, penumbuk di genggam sebelum dihentak pada stering keretanya.

"Sial...! Kalau bukan sebab mamat tu muncul, mesti aku dah miliki Puteri. Walau kena marah dan kena maki sekalipun masih berbaloi kalau dah dapat. Ini sudahla tak dapat apa, siap kena marah lagi. Ayah Ngah dan Mak Mgah pun dah tak kasi aku datang rumah dia. Puteri lagi lah, langsung tak nak tengok muka aku. Kalau aku jumpa mamat bajed bagus tu, memang aku letup muka dia. Tengok lah!"

Riz mengamuk seorang diri didalam kereta. Kesal kerana gagal mendapatkan Puteri yang kian mencuri hatinya. Riz meletakkan genggamannya dibibir, seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Aku tak boleh berdiam diri. Aku mesti lakukan sesuatu. Puteri harus jadi milik aku."

Kembang kempis nafasnya dihembus. Matanya meruncing memikir pelbagai cara. Puteri sudah terlajur mencuri hatinya. Apapun caranya, Puteri tetap harus dia miliki.

Related chapters

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 7: Papa Mike

    Skrin Iphone discroll keatas. Halaman Instagram, Twitter, Facebook serta beberapa laman sosial lainnya diselak laju. Dari semalam wajahnya tidak menghadap peranti itu. Boring gila!Nasib baik television serta kompiuter riba masih terdapat dibiliknya. Kalau tidak, mau mati kutu dia selama mengurung diri dibilik sejak semalam.Tadi mommy masuk serta menyerahkan bendalah itu padanya. Kata mommy, 'abang Riz kamu hantar' eeiii, geli dengar ayat tu. Bukan geli dengan kata-kata mommy, tapi dengan nama lelaki itu. Serasa mahu menyumpah pun ada.Puteri lalu masuk ke ruangan chat Whatsapp. Kumpulan 'Girls havoc' dipenuhi chat dengan men'tag' namanya. Tiga orang gadis didalam kumpulan itu menyeru Puteri untuk bergabung dalam perbualan kerana gadis itu menyepi sedari semalam.'hi girls... Ape cer? Mana Puteri ni?'-Amber'Puteri, jom lepak tempat biasa this night.'-Emily'Puteri Puteri Puteri Puteri Puteri Puteriiiii

    Last Updated : 2021-06-24
  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 8: Bodyguard Cool

    "Hello... Korang kat mana?"Maleek menyapa sebaik panggilan diaktifkan. Earphone diperkemas, sedang tangannya telah memegang stereng mengawal pemanduan."Kitorang masih kat Bandar Hilir. Kenapa Maleek?"Zd menjawap."Norah terpaksa aku hantar ke rumah kak Tinah dulu malam ni. Aku tiba-tiba ada kes urgent pula."Beri tahunya sambil terus bermain dengan stereng ditangan."Kes apa yang urgent sangat tu? Ke, kes Puteri Zaharah lagi?" Bersama tawa kecil, sempat Zd mengusik walau dari dalam talian.Maleek yang sudah berbulu asyik diusik begitu dapat didengar dengus nafasnya oleh Zd. Bengang ler tew!Pantas talian ditamatkan. Tidak sanggup lagi disakat begitu oleh sepupunya. Iman aku ni bukannya kuat sangat!*** Empat orang gadis telah memasuki bangunan yang isi di dalamnya adalah orang-orang yang sedang khayal menikmati muzik.Mereka berempat sememangnya menjadi per

    Last Updated : 2021-07-02
  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 9: Khidmat Untuk Tuan Puteri

    Hampir setengah jam berlalu, Puteri masih lagi duduk seorang diri mendongkol disudut sofa. Ajakan rakannya untuk menari juga tidak lagi dihirau. Moodnya sudah terlanjur kucar kacir. Daddy ni melampau tau!Nasib baik dia belum sempat menenguk minuman itu. Kalau tidak, mesti sudah masuk ke dalam rekod si Encik Spy itu untuk diserahkan laporannya pada daddy nanti. Dan sudah pasti daddynya akan sangat murka dengan hal itu."Babe. Come on, forget it. Orang tu dah bla pun. Jom lah kita enjoy."Emily menghulur tangan cuba mengajak Puteri bangun dan menari.Namun gadis itu masih cemberut lantaran moodnya sudah rosak. Akhirnya ketiga rakannya meneruskan saja menari tanpa Puteri."Hallo hallo hallo... Woww ladies night party. Can I join?"Puteri yang berpeluk tubuh terperanjat dengan sapaan yang tiba-tiba muncul itu. Wajah yang terpacul dihadapan dipandang kesal. Ketiga rakannya menyamb

    Last Updated : 2021-07-06
  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 10: Kenangan Silam

    Kemeja putih disingsing lengannya hingga bawah siku. Apron warna hitam yang bersangkut ditepi peti ais diambil lalu disarung kebadan.Dua bungkusan plastik supermarket yang diletakkan diatas table top lalu digeledah.Selepas menghantar Norah ke sekolah pagi tadi, Zd singgah kepejabatnya sebentar sebelum terus kepasar raya membeli beberapa barang dapur untuk dimasak hari ini.Udang segar, sayur, serta bahan bahan lain mula dikeluarkan dari plastik berkenaan.Udang didalam plastik kemudian disalin kedalam bekas, sebelum prosess selanjutnya.Dua buah mug kotor serta pinggan kecil yang bergolek didalam singki dipandang. Keluh dibuang lalu menggeleng kepala.Haih, cuba lah lepas makan minum tu basuh!Keluhnya. Lantas diperahnya span kedalam mangkuk yang telah dituang cecair pembasuh pinggan serta diisi sedikit air.Jam dilengan dilirik, 10:00am. Sebuah kelibat manusia pun belum dikesanya dilantai bawah i

    Last Updated : 2021-07-08
  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 11: Rindu Mr. Spy

    Mata itu dipejam, lalu dibuka. Pejam lagi, dan buka semula. Posisi terlentang tidak selesa, mengereng pula dicuba. Bantal empuk sudah tidak memberi kenyamanan pada tengkuknya.Dia bangun. Telifon bimbit diatas cadar gebu lalu diambil. Nafasnya mendengus melihat skrin telifon yang memapar beberapa laman sosial yang digeledahnya. Semuanya tidak mendatangkan keseronokan baginya.Buku serta majalah sudah lusuh dilacak, kemudian dicampak saja kelantai.Boring!Sudah hampir seminggu gadis itu terperap dirumah. Sesekali dia turun makan, lalu naik semula kebilik. Ada juga dia bersiar-siar disekitar taman di halaman rumah banglow itu, lepak di tepi kolam dan sebagainya. Tetapi itu semua tidak dapat membuatnya rasa seronok.Selepas kes bertemu Riz dikelab tempoh hari, sudah cukup membuatnya serik untuk mengunjungi tempat itu lagi. Bahkan mahu keluar berjalan jalan pun dia sudah malas.Mesej dari rakan-rakan yang m

    Last Updated : 2021-07-08
  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 1: Permulaan

    Tan Sri Baharudin bersama Puan Sri Zakiah sedang menikmati makan malam berdua di meja makan kediamannya. Dua orang maid telah berlalu kedapur setelah mereka selesai menghidang juadah juadah lazat diatas meja. Suami pandang muka isteri, isteri pandang muka suami. Begitulah setiap hari. Walaupun rumah besar bak istana, meja makan megah dengan hidangan lazat diatasnya, tetapi hidup mereka sungguh sunyi. Manakan tidak, ada anak seorang saja. Itupun serupa tak ada anak langsung. Dengan pakaian yang menjolok mata, gadis itu menuruni anak tangga dari tingkat tiga biliknya menuju lantai bawah yang menghubungkan dengan pintu utama.Begitu selamba gadis itu melintas dihadapan mommy dan daddynya yang sedang menikmati makan malam tanpa sedikitpun rasa mahu menegur kedua orang tuanya itu.Jangan kan nak join makan sekali, tegur Hi, Mommy. Hi, Daddy pun tak.Terus saja dia meluru keluar menuju sebuah kereta yang sedang men

    Last Updated : 2021-06-05
  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 2: Misi Bermula

    Kemeja putih disarung kebadan. Didepan cermin ia berdiri memandang wajah kembar dihadapan. Handsome jugak! Pujinya bersama senyum senget.Dan kesemua butang telah selamat disemat. Kini giliran kemeja itu diTuck-in kedalam seluar slack hitam yang melingkar dipinggang. Tali leher bercorak jalur hitam+silver diikat kemas. Coat hitam pula sedia disarung. Ok, cun! Jam tangan diatas meja solek dicapai dan disarung pada lengan.Oh, tidak lupa trade-mark sebagai seorang ahli penyiasat persendirian, Kaca mata hitam. Bersebelahan sepasang sarung tangan hitam benda itu berada diatas meja. Turut dicapai kesemuanya, sebelum barang barang itu dipakaikan pada tempat yang bersesuaian dibadannya. Sentuhan terakhir, botol Hugo Boss diangkat dan dibuka penutupnya.Semburan cecair itu mengenai tubunya yang telah kemas bersarung pakaian. Wangian Maskulin itu begitu sensual bagi setiap hidung yang

    Last Updated : 2021-06-08
  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 3: Bahagi Tugas

    Seawal pukul 11 pagi, Maleek sudahpun terpacak dihadapan Tan Sri Baharudin yang kini sedang berada di pejabat. Senyum kemenangan menghiasi bibir apabila terkenang perbualannya bersama kedua sepupunya awal pagi tadi. 3am. Mereka tidak langsung pulang kerumah. Mereka terus kepejabat untuk menyalin beberapa dokumen kedalam pendrive untuk diserah pada Tan Sri esok.Pukul 3pagi datang office? Nasib baiklah pejabat mereka ini tiada pekerja. kalau tak, mau mengamuk mintak naik gaji. Agak-agak lah pukul 3pagi bukak office. Pejabat yang hanya menempatkan mereka bertiga untuk menyimpan barang-barang penyiasatan, dokumen, serta tempat mereka munyusun strategi selalunya akan dilakukan dipejat itu.Size yang tidak terlalu besar namun cukup selesa untuk mereka membuat kerja. Badan yang mereka tubuhkan ini merupakan agensi rahsia. Jadi buat apa

    Last Updated : 2021-06-08

Latest chapter

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 11: Rindu Mr. Spy

    Mata itu dipejam, lalu dibuka. Pejam lagi, dan buka semula. Posisi terlentang tidak selesa, mengereng pula dicuba. Bantal empuk sudah tidak memberi kenyamanan pada tengkuknya.Dia bangun. Telifon bimbit diatas cadar gebu lalu diambil. Nafasnya mendengus melihat skrin telifon yang memapar beberapa laman sosial yang digeledahnya. Semuanya tidak mendatangkan keseronokan baginya.Buku serta majalah sudah lusuh dilacak, kemudian dicampak saja kelantai.Boring!Sudah hampir seminggu gadis itu terperap dirumah. Sesekali dia turun makan, lalu naik semula kebilik. Ada juga dia bersiar-siar disekitar taman di halaman rumah banglow itu, lepak di tepi kolam dan sebagainya. Tetapi itu semua tidak dapat membuatnya rasa seronok.Selepas kes bertemu Riz dikelab tempoh hari, sudah cukup membuatnya serik untuk mengunjungi tempat itu lagi. Bahkan mahu keluar berjalan jalan pun dia sudah malas.Mesej dari rakan-rakan yang m

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 10: Kenangan Silam

    Kemeja putih disingsing lengannya hingga bawah siku. Apron warna hitam yang bersangkut ditepi peti ais diambil lalu disarung kebadan.Dua bungkusan plastik supermarket yang diletakkan diatas table top lalu digeledah.Selepas menghantar Norah ke sekolah pagi tadi, Zd singgah kepejabatnya sebentar sebelum terus kepasar raya membeli beberapa barang dapur untuk dimasak hari ini.Udang segar, sayur, serta bahan bahan lain mula dikeluarkan dari plastik berkenaan.Udang didalam plastik kemudian disalin kedalam bekas, sebelum prosess selanjutnya.Dua buah mug kotor serta pinggan kecil yang bergolek didalam singki dipandang. Keluh dibuang lalu menggeleng kepala.Haih, cuba lah lepas makan minum tu basuh!Keluhnya. Lantas diperahnya span kedalam mangkuk yang telah dituang cecair pembasuh pinggan serta diisi sedikit air.Jam dilengan dilirik, 10:00am. Sebuah kelibat manusia pun belum dikesanya dilantai bawah i

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 9: Khidmat Untuk Tuan Puteri

    Hampir setengah jam berlalu, Puteri masih lagi duduk seorang diri mendongkol disudut sofa. Ajakan rakannya untuk menari juga tidak lagi dihirau. Moodnya sudah terlanjur kucar kacir. Daddy ni melampau tau!Nasib baik dia belum sempat menenguk minuman itu. Kalau tidak, mesti sudah masuk ke dalam rekod si Encik Spy itu untuk diserahkan laporannya pada daddy nanti. Dan sudah pasti daddynya akan sangat murka dengan hal itu."Babe. Come on, forget it. Orang tu dah bla pun. Jom lah kita enjoy."Emily menghulur tangan cuba mengajak Puteri bangun dan menari.Namun gadis itu masih cemberut lantaran moodnya sudah rosak. Akhirnya ketiga rakannya meneruskan saja menari tanpa Puteri."Hallo hallo hallo... Woww ladies night party. Can I join?"Puteri yang berpeluk tubuh terperanjat dengan sapaan yang tiba-tiba muncul itu. Wajah yang terpacul dihadapan dipandang kesal. Ketiga rakannya menyamb

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 8: Bodyguard Cool

    "Hello... Korang kat mana?"Maleek menyapa sebaik panggilan diaktifkan. Earphone diperkemas, sedang tangannya telah memegang stereng mengawal pemanduan."Kitorang masih kat Bandar Hilir. Kenapa Maleek?"Zd menjawap."Norah terpaksa aku hantar ke rumah kak Tinah dulu malam ni. Aku tiba-tiba ada kes urgent pula."Beri tahunya sambil terus bermain dengan stereng ditangan."Kes apa yang urgent sangat tu? Ke, kes Puteri Zaharah lagi?" Bersama tawa kecil, sempat Zd mengusik walau dari dalam talian.Maleek yang sudah berbulu asyik diusik begitu dapat didengar dengus nafasnya oleh Zd. Bengang ler tew!Pantas talian ditamatkan. Tidak sanggup lagi disakat begitu oleh sepupunya. Iman aku ni bukannya kuat sangat!*** Empat orang gadis telah memasuki bangunan yang isi di dalamnya adalah orang-orang yang sedang khayal menikmati muzik.Mereka berempat sememangnya menjadi per

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 7: Papa Mike

    Skrin Iphone discroll keatas. Halaman Instagram, Twitter, Facebook serta beberapa laman sosial lainnya diselak laju. Dari semalam wajahnya tidak menghadap peranti itu. Boring gila!Nasib baik television serta kompiuter riba masih terdapat dibiliknya. Kalau tidak, mau mati kutu dia selama mengurung diri dibilik sejak semalam.Tadi mommy masuk serta menyerahkan bendalah itu padanya. Kata mommy, 'abang Riz kamu hantar' eeiii, geli dengar ayat tu. Bukan geli dengan kata-kata mommy, tapi dengan nama lelaki itu. Serasa mahu menyumpah pun ada.Puteri lalu masuk ke ruangan chat Whatsapp. Kumpulan 'Girls havoc' dipenuhi chat dengan men'tag' namanya. Tiga orang gadis didalam kumpulan itu menyeru Puteri untuk bergabung dalam perbualan kerana gadis itu menyepi sedari semalam.'hi girls... Ape cer? Mana Puteri ni?'-Amber'Puteri, jom lepak tempat biasa this night.'-Emily'Puteri Puteri Puteri Puteri Puteri Puteriiiii

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 6: Misi Spy

    "Eh, Riz. Tak kerja ke hari ni?"Tanya pn sri bila kelibat pemuda itu dikesan diruang tamu rumahnya pada hari isnin ini. Beberapa shopping bag ditangannya juga diperhatikan oleh Pn. Sri. "Kerja, mak ngah. Ambil leave sekejap nak hantar barang barang Puteri yang dia beli semalam ni, dia lupa nak ambik. Handphone pun tertinggal dalam kereta Riz."Bilang Riz sambil meletakkan bag-bag kertas berlogo jenama terkemuka itu diatas meja kopi. iphone11 milik Puteri yang telah terpadam akibat tidak bercas juga tidak ketinggalan turut di letakkannya. Kelihatan lalu pemuda itu merehatkan punggungnya di sofa mewah ruang tamu itu. Pn. Sri yang masih berdiri kini berpeluk tubuh sambil memberi renungan tajam kearah Riz. membuat pemuda itu seakan dapat rasa aura gelap melatar belakangi ibu saudaranya itu. Riz juga seakan dapat meneka apa akan jadi dengan nasibnya selepas ini. Ha

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 5: Lelaki Misterius

    EvoX meluncur laju membelah jalan. Waktu sudah menginjak pukul tujuh petang. Puteri yang masih mengigil kekal dalam posisi merengkot di tempat duduk belakang. Nasib baik kereta ini jenis memiliki empat pintu. bukan macam kereta Riz, mahal je lebih, tapi hanya boleh memuat dua orang penumpang sahaja. Bagaimanapun, Puteri masih belum tahu kereta ini mahu membawanya kemana. Dari tadi fikirnya hanya mahu melepaskan diri dari Riz. Sampaikan sanggup naik kereta orang yang tidak dikenalinya. Perlahan kepalanya menjengah dan melihat kearah sipemandu yang membatu ditempat duduk hadapan sambil mengawal stereng ditangannya. Walau hanya dapat melihat dari sisi, tapi Puteri lihat orang itu begitu serius memandu. Suasana didalam kereta dicekam sunyi. Baik Puteri mahupun lelaki itu masing-masing mengunci mulut. Tetapi... Puteri tidak boleh berdiam saj

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 4: Sepupu

    Ting....Lif berbunyi sebelum pintunya terkuak. Sekujur tubuh berjalan longlai keluar dari perut lif pribadi rumah banglow tiga tingkat itu. Mata yang masih mengantuk digosok perlahan. Rambut panjangnya yang serabai dibiarkan terlepas. Dia berjalan dengan mata masih belum terbuka sepenuhnya menuju ruang tamu rumah untuk mencari seseorang yang teramat memanjakannya. "Mommy..." Suara manjanya yang masih serak memanggil orang pertama yang akan dia cari sebaik dirinya membuka mata. Sambil mencari kelibat ibunya, gadis yang masih dibaluti pajamas pink bercorak Hallokitty itu terus melangkah sambil tergosok gosok mata. "Morning mommy..." Sebatang tubuh menghalang langkahnya dihadapan. terus saja kedua tangannya melilit tubuh itu dari belakang. "Mommy ma

  • Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]   Part 3: Bahagi Tugas

    Seawal pukul 11 pagi, Maleek sudahpun terpacak dihadapan Tan Sri Baharudin yang kini sedang berada di pejabat. Senyum kemenangan menghiasi bibir apabila terkenang perbualannya bersama kedua sepupunya awal pagi tadi. 3am. Mereka tidak langsung pulang kerumah. Mereka terus kepejabat untuk menyalin beberapa dokumen kedalam pendrive untuk diserah pada Tan Sri esok.Pukul 3pagi datang office? Nasib baiklah pejabat mereka ini tiada pekerja. kalau tak, mau mengamuk mintak naik gaji. Agak-agak lah pukul 3pagi bukak office. Pejabat yang hanya menempatkan mereka bertiga untuk menyimpan barang-barang penyiasatan, dokumen, serta tempat mereka munyusun strategi selalunya akan dilakukan dipejat itu.Size yang tidak terlalu besar namun cukup selesa untuk mereka membuat kerja. Badan yang mereka tubuhkan ini merupakan agensi rahsia. Jadi buat apa

DMCA.com Protection Status