Home / YA/TEEN / The Stupidos (Bahasa Malaysia) / Chapter 41 - Chapter 50

All Chapters of The Stupidos (Bahasa Malaysia): Chapter 41 - Chapter 50

77 Chapters

39

-The best apology ischanged behavior-_______Hazel mencelikkan matanya. Kepalanya yang pening diurut perlahan. Pandangannya matanya cuba dijelaskan. "Kau dah sedar?" Hazel berpaling memandang kanannya. Terdapat Jayden di situ dengan riak risaunya.Hazel memalingkan wajahnya ke kiri. Jayden merasa serba salah. Dia mengemam bibirnya."Sorry" ujar Jayden. Hazel hanya diam sahaja. Siapa yang tidak terasa hati dengan tingkah Jayden tempoh hari? Lelaki itu agak kasar dengannya."Aku tahu aku buat kau terasa hati dengan aku" sambung Jayden. Wajahnya benar-benar menunjukkan riak serba salah."Pukul berapa?" tanya Hazel. Dia langsung tidak melayan permintaan maaf Jayden itu. Biar Jayden rasakan."2.30 petang" balas Jayden. Hazel bangkit dari pembaringan. Kasutnya dipakai. Dia berjalan ke pintu bilik kesihatan. Sudah waktu pulang dari sekolah.
Read more

40

-You simply are the best.Never spend a moment doubtingit. Keep shining, my bright star-______Hazel mengeliat malas. Dia menutup mulutnya dengan tangan kanannya apabila menguap. Selimut diselak ke tepi. Dia sudah sihat sepenuhnya. Selama 3 hari dia bercuti, 4 jejaka itu rajin menjenguknya termasuk Antalya.Hazel melihat tarikh pada hari ini. Dia tersenyum lebar. Dia berdiri di atas katil lalu melompat-lompat."Happy birthday Hazelizz Zachary!" jeritnya kepada diri sendiri. Siap dia menari-nari lagi dengan penuh teruja. Dia turun dari katil lalu mengemas katilnya. Tuala yang tersangkut dicapai. Dia berlari masuk ke dalam bilik air.Usai mandi, dia memakai uniform sekolah. Hazel berdiri dihadapan cermin. Rambutnya dirapikan. Dia membuat flying kiss. Hazel tergelak sendiri.Terlihat di atas meja belajarnya terdapat sekotak hadiah bersama kad. Kad
Read more

41

-Every day, you have adecision to make: give up,give in, or give it your all-______"Argh!" Antalya mengerang sakit apabila dia ditolak kasar ke locker yang terdapat di hallway itu. Berdesing kuat bunyi locker akibat hentaman badannya."Asal kau lari semalam?" marah Que, si pembuli tegar Antalya. Owen, Iris dan Elise ialah pengikut setia Que."Mana ada aku lari" balas Antalya perlahan. "Sakit!" Antalya memegang tangan Elise yang menarik rambutnya. Beberapa pelajar yang masih belum pulang hanya menyaksikan Antalya dibuli tanpa ada rasa ingin menolongnya."Makin berani kau sekarang!" Elise menolak kasar Antalya ke dinding. Antalya mengerang sakit."Pukul saja, Elise" Owen sengaja mengapi-apikan Elise. Iris tergelak sahaja. Baru sahaja Elise ingin melangkah mendekati Antalya, dia dihalang oleh Que."Aku nak
Read more

42

-There's always a person thathate you for no reason-______Hazel memandang mukanya melalui pantulan di cermin itu. Sudah 4 hari berlalu. Lebam dimukanya juga sudah semakin baik.Bermacam-macam soalan yang ditanya oleh Puan Rozy dan Encik Zachary. 4 jejaka itu yang membantunya untuk menjawab. Disimpan cermin kecil itu ke dalam poket blazer.Antalya pula. Wajah itu sentiasa memaparkan riak serba salah. Antalya juga semakin pendiam. Sedangkan Antalya merupakan sosok yang ceria dan banyak bercakap. Cuma kerana dia dibuli sahaja membataskan dia menonjolkan diri dia yang sebenar.Tidak tahu apa yang disorokkan gadis itu. Ada juga Hazel bertanya tetapi Antalya sentiasa mengatakan tiada apa-apa.Mereka juga sudah jarang berjumpa. Antalya sentiasa cuba mengelak. Apabila berjumpa tidak sampai 5 minit Antalya terus ingin pulang. Hazel cuba
Read more

43

-People cry, not becausethey're weak. It's because they'vebeen strong for too long-______Antalya duduk memeluk lutut di dalam biliknya. Gelap sahaja bilik itu tanpa ada cahaya yang menerangi. Hanya sedikit cahaya matahari menerjah masuk melalui celahan langsir."Lya. Buka pintu ini sayang. Lya tak keluar pun dari semalam. Hari ini Lya pun tak pergi sekolah. Kenapa sayang?" Antalya hanya diam sahaja. Terdengar ketukan pintu diselang-seli dengan suaraibunya, Puan Amy."Lya kenapa ini? Kalau ada masalah bagitahu ibu. Lya. Buka pintu ini sayang" "Mati""Mati""Mati"Perkataan itu yang sering didengarnya sepanjang minggu ini. Semua orang ingin dia mati. Antalya menggigit ibu jarinya. Wajahnya basah dengan air mata. Dia takut. Dia trauma. Dia teringat apa yang berlaku sepanjang mi
Read more

44

-The worst feeling is sayinggoodbye to someone you wantto spend every minute with-______Lucas, Theo, Ethan dan Jayden melangkah keluar dari bilik pengetua. Begitu juga 8 orang pelajar lelaki semalam. 8 orang pelajar itu berlalu pergi."Kau orang" Hazel mendapatkan sahabat-sahabatnya itu. Lucas dan Theo menarik senyuman."Hai, Hazel. Dah balik sekolah baru jumpa" ujar Lucas. Ditarik pipi Hazel perlahan."Kau dah okey ke? Tak demam kan?" tanya Theo. Hazel mengangguk."Dah okey. Tak demam pun" Hazel memandang Ethan dan Jayden. Ethan hanya diam. Jayden juga begitu."Kenapa kau orang kena panggil masuk bilik Mr. Freddie?" tanya Hazel ingin tahu. Dipandang satu persatu wajah 4 jejaka itu."Err kita orang" Theo hilang kata. Hazel memandang Theo."Sebab semalam ke? Kau orang kena gantung ke?" tanya Hazel. Lucas mengeluh lal
Read more

45

-The tragedy of life is not thatit ends so soon, but thatwe wait so long to begin it-______Hazel berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Minggu ini dia akan berseorangan. 4 sahabatnya itu digantung sekolah.Hazel teringat Antalya. Air matanya ditahan daripada mengalir. Dia mengeluh. Dia berjalan ke locker. Buku-buku yang ingin di bawa ke kelas diletakkan ke dalam beg.Sebaik sahaja dia menutup pintu locker dan memandang kanannya, seseorang menyimbah wajahnya dengan air. Nasibsahaja air mineral."Sebab kau Lucas, Theo, Ethan dengan Jayden kena gantung" Serang seorang pelajar perempuan. Hazel langsung tidak mengenali pelajar perempuan tersebut."Kau ini menyusahkan betul lah" Ditolak-tolak bahu Hazel menggunakan jari telunjuknya. Hazel terundur setapak ke belakang.Hazel memandang sekilas pelajar perempuan itu lalu menuju ke kelas. Diraup
Read more

46

-Pain will end, maybenot now but soon-______Hazel mengesat wajahnya yang dibasahi air yang disimbah salah seorang pelajar perempuan. Untuk 4 hari ini, dia sudah lali dilakukan seperti itu. Hatinya langsung tidak terusik dengan tingkah pelajar-pelajar sekolah itu yang boleh dikatakan membulinya. Bukan dia tidak pernah kena sebelum ini dengan rakan sekelasnya."Hai" Hazel mendongak memandangLucy dan gengnya. "Aku duduk eh?" Lucy mengambil tempat duduk di hadapan Hazel.Sabrina dan Victoria berdiri di sisi Hazel manakala Natalie dibelakang Lucy. Lucy tersenyum sinis. Badannya di dekatkan ke meja. Dia menopang dagu."Aku nak bagitahu sesuatu ini" ujar Lucy. Hazel memandang Lucy tanpa riak. Apa yang dikata oleh Lucy akan diakhiri dengan perbuatan yang sengaja ingin memalukannya."Aku dah lama tunggu saat itu. Saat di mana kau
Read more

47

-The secret to happinessis low expectations-______Hazel merasa gementar. Dia memandang pintu wad kakaknya di tempatkan itu. Pintu dikuak dari dalam. Doktor yang merawat Hailey itu tersenyum sebelum berlalu pergi bersama 2 orang jururawat di belakangnya.Hazel menarik nafas. Pintu wad itu dikuak. Dia memandang ke arah Puan Rozy dan Encik Zachary yang memeluk Hailey. Mata Hazel berkaca-kaca. Saat dia kehilangan sahabat-sahabatnya, Hailey hadir sebagai pengganti.Hailey memandang ke arah pintu wad tempat Hazel berdiri. Alat bantuan pernafasan di mulutnya di buka. Puan Rozy dan Encik Zachary turut memandang ke arah Hazel.Hailey menarik senyuman dibibirnya. Tangannya didepakan. Hazel terus berlari lalu memeluk erat kakaknya itu."Kenapa lama sangat kau nak sedar?" tanya Hazel. Dia menangis teresak-esak. "Aku rindu kau" bisik Hailey
Read more

48

-It is sad when you gethurt so much, and people say'i'm deserve it'-_____Langkah Hazel terhenti melihat Lucas, Theo, Ethan dan Jayden. Pasti keempat-empat jejaka itu hendak pergi rehat. Hazel pula hendak ke kelas.Hazel memejam matanya lalu menarik nafas perlahan. Dia boleh hadapi semua ini. Bukunya dipeluk erat. Buka sahaja mata, matanya bertembung dengan 4 jejaka itu. Sebentar sahaja sebelum mereka mengalihkan pandangan. Mereka sudah kembali ke sekolah hari ini selepas di gantung.'Kau yang nak semua ini Hazel. Kenapa kau nak terasa hati?' detik hatinya. Mereka berlima berselisih ketika berjalan. Hazel menunduk. Rasanya lain apabila sahabat sendiri telah menjadi orang asing. Hazel jatuh terduduk di atas lantai apabila seseorang menolaknya dari belakang. Victoria menuang sampah di dalam bakul sampah ke atas kepala Hazel. Sabrina d
Read more
PREV
1
...
345678
DMCA.com Protection Status