Share

Zafrael Shah (Malay Novel)
Zafrael Shah (Malay Novel)
Author: hasyaqurratu

BAB 1

Author: hasyaqurratu
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

ZAFRAEL hanya menatap telefon bimbitnya tanpa memandang ke arah lain. Biskut yang berintikan coklat disuap ke mulutnya sendiri. Tiada rasa dia untuk turun ke bawah dan memandang wajah mama dan papanya. Dia tak suka jika dia dipaksa. Pindah kolej yang dekat dengan sekolah menengah. Maksudnya, bukan dekat tapi ibarat satu bumbung! 

Sekolah orang kaya itu lain dari yang lain. Zafrael tak suka. Zafrael suka disekolahnya yang ini. Di sekolah, ini dia sudah ibarat bernama. Semua orang kenal akan seorang Tengku Zafrael Shah. Namun, jika disekolah baru? Argh! Stress Zafrael memikirkannya.

Zafrael bukan berumur 17 tahun lagi. Tetapi sudah 19! Kenapa mama dan papanya selalu mengongkong kehidupan dia? Dia dah besar. Kenapa? 

"Shah... turun sayang... meh makan, mama ada masak kan kamu ayam masak merah kegemaran kamu. Janganlah merajuk. Kan, Gabriel ikut kamu sekali. Datin Wardah nak hantar anak cina jerman dia tu ikut kamu sayang..." Datin Maria masih tidak berputus asa untuk memujuk anak teruna dia yang kedua ini. 

Jika yang pertama agak gangster, yang kedua pulak terlebih manja! 

Tengku Zahrael Syah. 

Nama sama hampir sama, rupa hampir sama, umur jarak setahun, perangai lain! Datin Maria menggeleng-geleng kepalanya mengenangkan seorang anak terunanya ini. 

"Tak nak! Orang tak nak pindah sekolah lah mama! Tolonglah faham!" jerit Zafrael dari dalam bilik. Sesekali dia merengus kasar tidak suka dipaksa. 

"Ok, bagi mama alasan kenapa anak handsome mama yang sorang ni tak mau pindah sekolah? Bagi mama lima alasan. Kalau lima-lima alasan tu tak kukuh mama tak mau batalkan!" jerit Datin Maria dari pintu. Zafrael mengeluh perlahan. 

Mamanya jika itu keputusannya itulah dia. Jika dia kata A,A lah perlu dikut tak boleh B, C, D dah. Kalau B, B lah. Tak boleh melawan pasti ditanya alasan kukuh dahulu barubdia akan tukar atau benarkan pilih C atau D. 

Ah! Sudah! Main abcd pulak dah. 

"Ok, pertama... Shah ramai peminat dekat sekolah ni, cikgu-cikgu semua minat Shah, sayang pulak nak tinggalkan peminat kita... kedua, Shah ramai kawan kat sini... jangan cakaplah ramainya berapa, memang ramai! Ketiga, nanti Shah rindu kat mama... macam mana? Nanti rindu masakan mama... kelima, erk... nanti... Shah rindu kat awek Shah..." 

Namun tidak sempat Zafrael mahu menyambung patah perkataannya pintu bilik terbuka. Wajah Datin Maria yang merah kemerahan itu membuatkan Zafrael terkedu. 

Bukan merah kerana terharu tetapi... 

"Kamu sini! Kecik-kecik dah miang awek-awek! Kamu sini Tengku Zafrael Shah! Miang!" jerit Datin Maria pada anak lelakinya yang bercakap ikut sedap mulut saja! Geram pulak dia! 

"Alalalala, sorry mama... sorrylah... gurau aje! Mama!" 

Terjengkit-jengkit Zafrael apabila kedua belah dada bidangnya dicubit kuat oleh Datin Maria. Dia meringis kesakitan sambil memegang kedua belah tangan kecil mamanya itu. Itulah miang sangat, kan dah kena cabul dengan mak sendiri! 

"Alasan kamu tak boleh diterima! Keputusan mama muktamad! Kamu kena pergi juga asrama tu! Esok mama nak kamu pergi! Kalau tidak mama lempang muka kamu! Bukan ni aje mama cubit yang bawah tu mama potong bagi kat rimau makan!" bicara Datin Maria garang seraya melepaskan dada anaknya. 

Jelingan tajam diberikan pada Zafrael. 

"Aduh! Alasan Shah sayang mama tu? Tak boleh diterima ke?" 

"Tak." 

"Kenapa pulak? Shah kan anak mama..." 

"Tak. Kamu anak pungut." ujar Datin Maria selamba lalu melangkah keluar dari bilik anak terunanya yang kuat berdrama itu. Zafrael pula memegang dada gaya tersentap sampai maut! 

"Mama!!!!" 

"Sampainya hati mama!" jeritan Zafrael dari tingkat atas itu membuatkan Datin Maria yang baru sampai ke bawah itu melepaskan tawanya. 

"Anak... anak. Boleh aku cakap dia anak pungut? Haih... kesian anak mama... hahahaha..." Datin Mari ketawa lagi mengingatkan reaksi wajah anaknya yang tersentap itu. 

*** 

"ALINA! Basuhkan kasut aku! Esok cuti!" jeritan dari tingkat atas bangunan aspuri itu membuatkan laju saja kaki kecilku naik ke tingkat atas. Tingkat 5. Baldi merah milik aku, aku capai. 

Ya, inilah rutin aku jika cuti menjelang tiba. Semua kerja mereka aku perlu lakukan. Aku ingat bila cuti bolehlah aku berehat, namun itu semua hanya mimpi. Mimpi indah dan realiti yang dibaluti ngerinya kehidupan.  

"Nah! Basuh tau! Bersih-bersih! Kalau aku tahu tak bersih... siap kau aku kerjakan!" ujar gadis berambut coklat itu. Pandangan tajam diberikan kepadaku. Aku hanya mengangguk faham. Namun, tidak lama selepas itu makin ramai yang datang ke arah aku sambil melemparkan kasut-kasut mereka ke dalam baldi. Ada juga yang seperti sengaja melempar ke atas kepalaku. 

"Si hodoh memang patut jadi hamba abdi kita yang cantik macam permaisuri dalam satu empayar tidak layak buat kerja seperti hamba." perkataan itu membuatkan aku hanya mampu tertunduk memandang lantai. Tidak berani aku mahu mengangkat wajah memandang panahan mata bak drakula mereka. Takut. Mereka ramai aku sorang. Aku tidak mampu melawan. Fizikal dan mental aku lemah. 

Terlalu lemah kerana itu maruah aku dipijak tanpa rasa kasihan. 

Selesai saja, mereka semua mengumpulkan kasut ke dalam baldi aku yang sedang itu aku terus bawa turun ke tingkat bawah sekali. Kasut lebih-lebihan yang jatuh itu aku letak pula dalam gayung dan baldi kecil aku. Sesekali aku memejam mata menahan tangisan yang mahu saja aku lepaskan. Mengapalah pakcik dan makcik masukkan aku ke sekolah ini? Mengapa tidak mahu masukkan aku disekolah biasa saja? 

Cikgu pula? Macam ambil tak ambil tahu saja pasal murid-murid di asrama. Warden? Warden hari-hari tidur di rumah. Jarang sekali menjenguk apa yang terjadi disini. Aku pasrah. Badanku yang gemok dan mukaku yang penuh jerawat ini memang patut dihina. 

Aku tidak dibenarkan tidur di bilik atas katil. Namun aku hanya dibenarkan tidur dibilik belajar beralaskan lantai yang sejuk. Setipa hari. Barang-barang aku juga. Aku hanya letak bawah meja supaya tiada siapa yang nampak dan curi tapi kalau diorang tak nampak pun diorang tahu dan diorang akan ambil sesuka hati mak bapak diorang. 

Aku tidak punya ibu ayah sejak kecil. Aku tidak sangka pula makcik dan pakcik mahu menjaga aku hanya kerana harta arwah ibu dan ayahku. Ya Allah... 

Aku memejam mata lagi. Bilik air ditingkat bawah itu adalah tempat aku mandi basuh baju dan menjadi hamba semua asrama. Aku hanya ada seorang kawan yang juga teruk dibuli dan sentiasa ada dengan aku. 

"Awak?" aku menoleh. Haa, itulah dia. Aleya. Dia juga sama seperti aku. Dibuli. Tapi bukan kerana dia tidak cantik atau gemok seperti aku tetapi dia pelik. 

Pelik yang sangat pelik. 

"Nak saya tolong awak?" soalku pada Aleya yang sibuk memikul dua baju dan ada lagi tiga baldi dihadapan pintu bilik air. Ya Allah, kesiannya dia... 

"Nak, tapi awak pun nampak macam banyak sangat je..." jawab Aleya sambil membawa baldi masuk ke dalam bilik air dan diletakkan di atas singki. 

"Tak apa, kita saling tolong ok?" 

Aleya mengangguk lalu tersenyum. 

Related chapters

  • Zafrael Shah (Malay Novel)    BAB 2

    ZAFRAEL dan Gabriel hanya berjalan bersama beg besar mereka yang diseret kasar. Pandangan terkejut dan gedik dari sejak mereka berdua masuk membuatkan sedikit sebanyak Zafrael tersenyum sumbing. Bangga mendapat perhatian para gadis."Kau tengok, semua tengok kita weh. Hahaha, bolehlah jadi playboy lagi lepas ni," ujar Gabriel bangga sambil mengenyitkan matanya ke arah para gadis yang sibuk berbisik-bisik gaya gedik. Sukalah tu."Betul tu. Tak sangka pula sekolah ni sama je dengan sekolah lama kita," Zafrael mengambil tempat duduk ditepi taman bersama barang-barangnya dan diikuti Gabriel. Mahu menunggu cikgu berjumpa mereka."Omenji! Handsomenya diorang! Budak baru ke tu!" jeritan teruja dari arah tepi itu membuatkan Zafrael dan Gabriel laju menoleh lalu senyuman manis dihadiahkan pada gadis berambut keriting perang itu. Macam besi kerinting karat."Diorang senyum kat aku

  • Zafrael Shah (Malay Novel)    BAB 3

    PANDANGAN dari arah mata coklat kehitaman itu membuatkan aku hanya menunduk dan tidak mampu mengangkat wajah yang bagiku tidak setaraf langsung untuk menatap wajah lelaki kacak dan kaya dihadapan aku ini. Aku benar-benar tidak layak."Kau dah ok?"Aku hanya mengangguk masih lagi tertunduk menatap meja kayu hadapan rumah besar milik dia. Mungkin."Aku minta maaf sebab lambat selamatkan kau itu hari, aku baru sampai..."Untuk ayat itu aku terus mengangkat wajah memandang dia. Zafrael Shah. "Eah! Tak! Bukan salah awak pun. Haha, salah saya sebab lemah sangat tak boleh selamatkan diri." ujarku tak mahu beri dia rasa serbesalah. Dah memang tak salahkan? Nak bagi rasa serbesalah buat apa?Zafrael diam."Diorang tu siapa? Kenapa pukul kau dengan kawan kau tu?," soalan Zafrael kalini buat aku menelan liur banyak kali. Nafasku seperti tersekat."Er..."

  • Zafrael Shah (Malay Novel)    BAB 4

    AKU hanya memandang wajah Aleeya yang pucat lesi itu. Demam. Lalu tangan aku naik mengusap ubun-ubun dia. Sekejap-sekejap aku tuamkan kepalanya dengan kain yang sudah direndamkan air sejuk."Lina..." Suara Aleeya yang membantutkan pergerakkan aku, aku dia yang pandang bersama senyuman kecil."Awak pergilah berehat, saya ok je ni. Lagipun awak pun perlukan rehat, esok kita dah mula buat macam-macam..." bibir cantik dan pucat Aleeya itu mengambarkan dia benar-benar tidak sihat.Aku hanya mampu menggeleng saja."Tak. Tak boleh awak. Takpelah, tak penat pun. Saya ok saja. Lagipun, saya masih kuat. Awak tu tak sihat, tak apalah biar saya je yang buat kerja awak esok,"Aku terpaksa berbicara sedemikian demi tidak mahu Aleeya susah hati dengan kasihatan aku dan aku juga tidak cukup rehat sejak kebelakangan ini. Yelah, makin lama makin teruk pula mereka membuli aku. Aleeya juga dibuli cuma tidak seteruk aku.Mungk

  • Zafrael Shah (Malay Novel)    BAB 5

    Pandangan sinis pelajar lain yang dilemparkan ke arah aku benar-benar membuatkan aku seksa untuk bernafas. Bukan tak biasa dengan pandangan ini sudah biasa cuma sekarang bezanya kerana ada dua orang lelaki kacak yang berjalan disebelah aku bersama wajah dingin mereka.Aku tak sangka pula kelas mereka habis awal berbanding aku, tadi selepas aku melangkah beberapa tapak untuk keluar kelas dikiri kanan pintu bilik darjahku terjonggol wajah mereka berdua.Siapa?Zafrael Shah dan Gabriel lah! Allah...Boleh meninggal aku kalau macam ni."Kau nak makan apa? Biar aku belikan." Wajah dingin Zafrael membuatkan lutut aku disebalik kain terasa mengigil. Beg dompet doraemon aku yang berada didalam poket, aku capai bawa keluar. Zafrael hanya memerhati sambil mengangkat kening.Tunggu.Sekeping duit RM 5 aku keluarkan lalu aku hulurkan pada dia. "Nah, belikan saya air mineral sebotol dan... roti coklat," It

Latest chapter

  • Zafrael Shah (Malay Novel)    BAB 1

    ZAFRAEL hanya menatap telefon bimbitnya tanpa memandang ke arah lain. Biskut yang berintikan coklat disuap ke mulutnya sendiri. Tiada rasa dia untuk turun ke bawah dan memandang wajah mama dan papanya. Dia tak suka jika dia dipaksa. Pindah kolej yang dekat dengan sekolah menengah. Maksudnya, bukan dekat tapi ibarat satu bumbung!Sekolah orang kaya itu lain dari yang lain. Zafrael tak suka. Zafrael suka disekolahnya yang ini. Di sekolah, ini dia sudah ibarat bernama. Semua orang kenal akan seorang Tengku Zafrael Shah. Namun, jika disekolah baru? Argh! Stress Zafrael memikirkannya.Zafrael bukan berumur 17 tahun lagi. Tetapi sudah 19! Kenapa mama dan papanya selalu mengongkong kehidupan dia? Dia dah besar. Kenapa?"Shah... turun sayang... meh makan, mama ada masak kan kamu ayam masak merah kegemaran kamu. Janganlah merajuk. Kan, Gabriel ikut kamu sekali. Datin Wardah nak hantar anak cina jerman dia tu ikut kamu sayang..." Datin Maria masih tidak berput

DMCA.com Protection Status