Chapter: BAB 5Pandangan sinis pelajar lain yang dilemparkan ke arah aku benar-benar membuatkan aku seksa untuk bernafas. Bukan tak biasa dengan pandangan ini sudah biasa cuma sekarang bezanya kerana ada dua orang lelaki kacak yang berjalan disebelah aku bersama wajah dingin mereka.Aku tak sangka pula kelas mereka habis awal berbanding aku, tadi selepas aku melangkah beberapa tapak untuk keluar kelas dikiri kanan pintu bilik darjahku terjonggol wajah mereka berdua.Siapa?Zafrael Shah dan Gabriel lah! Allah...Boleh meninggal aku kalau macam ni."Kau nak makan apa? Biar aku belikan." Wajah dingin Zafrael membuatkan lutut aku disebalik kain terasa mengigil. Beg dompet doraemon aku yang berada didalam poket, aku capai bawa keluar. Zafrael hanya memerhati sambil mengangkat kening.Tunggu.Sekeping duit RM 5 aku keluarkan lalu aku hulurkan pada dia. "Nah, belikan saya air mineral sebotol dan... roti coklat," It
Last Updated: 2021-08-03
Chapter: BAB 4 AKU hanya memandang wajah Aleeya yang pucat lesi itu. Demam. Lalu tangan aku naik mengusap ubun-ubun dia. Sekejap-sekejap aku tuamkan kepalanya dengan kain yang sudah direndamkan air sejuk."Lina..." Suara Aleeya yang membantutkan pergerakkan aku, aku dia yang pandang bersama senyuman kecil."Awak pergilah berehat, saya ok je ni. Lagipun awak pun perlukan rehat, esok kita dah mula buat macam-macam..." bibir cantik dan pucat Aleeya itu mengambarkan dia benar-benar tidak sihat.Aku hanya mampu menggeleng saja."Tak. Tak boleh awak. Takpelah, tak penat pun. Saya ok saja. Lagipun, saya masih kuat. Awak tu tak sihat, tak apalah biar saya je yang buat kerja awak esok,"Aku terpaksa berbicara sedemikian demi tidak mahu Aleeya susah hati dengan kasihatan aku dan aku juga tidak cukup rehat sejak kebelakangan ini. Yelah, makin lama makin teruk pula mereka membuli aku. Aleeya juga dibuli cuma tidak seteruk aku.Mungk
Last Updated: 2021-07-08
Chapter: BAB 3 PANDANGAN dari arah mata coklat kehitaman itu membuatkan aku hanya menunduk dan tidak mampu mengangkat wajah yang bagiku tidak setaraf langsung untuk menatap wajah lelaki kacak dan kaya dihadapan aku ini. Aku benar-benar tidak layak."Kau dah ok?"Aku hanya mengangguk masih lagi tertunduk menatap meja kayu hadapan rumah besar milik dia. Mungkin."Aku minta maaf sebab lambat selamatkan kau itu hari, aku baru sampai..."Untuk ayat itu aku terus mengangkat wajah memandang dia. Zafrael Shah. "Eah! Tak! Bukan salah awak pun. Haha, salah saya sebab lemah sangat tak boleh selamatkan diri." ujarku tak mahu beri dia rasa serbesalah. Dah memang tak salahkan? Nak bagi rasa serbesalah buat apa?Zafrael diam."Diorang tu siapa? Kenapa pukul kau dengan kawan kau tu?," soalan Zafrael kalini buat aku menelan liur banyak kali. Nafasku seperti tersekat."Er..."
Last Updated: 2021-07-04
Chapter: BAB 2 ZAFRAEL dan Gabriel hanya berjalan bersama beg besar mereka yang diseret kasar. Pandangan terkejut dan gedik dari sejak mereka berdua masuk membuatkan sedikit sebanyak Zafrael tersenyum sumbing. Bangga mendapat perhatian para gadis."Kau tengok, semua tengok kita weh. Hahaha, bolehlah jadi playboy lagi lepas ni," ujar Gabriel bangga sambil mengenyitkan matanya ke arah para gadis yang sibuk berbisik-bisik gaya gedik. Sukalah tu."Betul tu. Tak sangka pula sekolah ni sama je dengan sekolah lama kita," Zafrael mengambil tempat duduk ditepi taman bersama barang-barangnya dan diikuti Gabriel. Mahu menunggu cikgu berjumpa mereka."Omenji! Handsomenya diorang! Budak baru ke tu!" jeritan teruja dari arah tepi itu membuatkan Zafrael dan Gabriel laju menoleh lalu senyuman manis dihadiahkan pada gadis berambut keriting perang itu. Macam besi kerinting karat."Diorang senyum kat aku
Last Updated: 2021-07-04
Chapter: BAB 1 ZAFRAEL hanya menatap telefon bimbitnya tanpa memandang ke arah lain. Biskut yang berintikan coklat disuap ke mulutnya sendiri. Tiada rasa dia untuk turun ke bawah dan memandang wajah mama dan papanya. Dia tak suka jika dia dipaksa. Pindah kolej yang dekat dengan sekolah menengah. Maksudnya, bukan dekat tapi ibarat satu bumbung!Sekolah orang kaya itu lain dari yang lain. Zafrael tak suka. Zafrael suka disekolahnya yang ini. Di sekolah, ini dia sudah ibarat bernama. Semua orang kenal akan seorang Tengku Zafrael Shah. Namun, jika disekolah baru? Argh! Stress Zafrael memikirkannya.Zafrael bukan berumur 17 tahun lagi. Tetapi sudah 19! Kenapa mama dan papanya selalu mengongkong kehidupan dia? Dia dah besar. Kenapa?"Shah... turun sayang... meh makan, mama ada masak kan kamu ayam masak merah kegemaran kamu. Janganlah merajuk. Kan, Gabriel ikut kamu sekali. Datin Wardah nak hantar anak cina jerman dia tu ikut kamu sayang..." Datin Maria masih tidak berput
Last Updated: 2021-07-04