Share

Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)
Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)
Author: KenHendri Writter

Prolog

last update Last Updated: 2021-06-20 19:53:39

Langkah kaki terhenti di pintu pagar sekolah. Mata mereka terlopong luas. Fikiran mereka diserang pelbagai persoalan. Tanda tanya bermain di minda. Ada yang ketakutan. Ada juga yang bingung dengan keadaan. Waktu itu, hanya mereka sahaja yang ada di sekolah. Perbincangan aktiviti kelab berubah menjadi perbincangan akan sesuatu yang di luar jangkaan.

Persoalan yang sentiasa terdetik di hati mereka; apa yang sedang terjadi? Mengapa ianya berlaku? Apa yang sedang dilihat? Di bawah langit yang mendung. Angin kencang seakan-akan ingin ribut. Mata mereka hanya terarah kepadanya. Di seberang jalan raya, ianya menenggelami kawasan perumahan. Di seluruh perkampungan, ianya menggelami kawasan sekitar sekolah.

Waktu itu, mata mereka hanya tertumpu ke arah kabus gelap yang seakan-akan awan mendung. Ianya sangat tebal sehingga menutupi seluruh permandangan di sekitar sekolah. Bahkan, langit juga tidak terlihat kerana ditenggelami kabus itu. Hanya kawasan sekolah yang masih terselamat. Mereka sedar yang mereka tidak boleh tinggal selamanya di sekolah sebagai tempat untuk hidup. Mereka perlu keluar tetapi apa yang ada di bawah kabus yang gelap?

Semua persoalan ini bermula selepas tamatnya sesi persekolahan pada tengahari tadi.

Ketika itu, Ahli Jawatan Kuasa Kelab Pembimbing Rakan Sebaya sedang mengadakan suatu perbincangan akan masalah disiplin di sekolah. Hanya lima orang yang memiliki jawatan terpenting dalam kelab sahaja. Sudah menjadi kebiasaan mereka pulang lewat di saat semua guru dan pelajar sudah ke balik ke rumah. Pengawal keselamatan juga sudah faham dengan mereka.

Di meja bulat, menghadap antara satu sama lain, agenda dimulakan. Perbincangan akan masalah buli di sekolah sudah semakin parah. Itulah yang dikatakan oleh Fikri, ketua Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Lelaki berambut gelap, berkulit cerah berkening tebal itu memandang serius akan isu tersebut. Bukan sekali, tetapi sudah berkali-kali dia menerima aduan daripada pelajar akan kejadian buli. Namun, apa yang menghairankannya, mangsa buli tidak pula bersuara. Bahkan, dia sentiasa mengelak apabila bertemu dengan Fikri.

Kes yang kedua pula ialah kecurian. Sejak seminggu yang lalu, Shiro iaitu penolong ketua mendapat aduan ini daripada kebanyakan pelajar. Bukan barangan sekolah yang hilang tetapi wang saku. Sudah disiasat tetapi tidak menemui pula si pelaku. Mungkin pelakunya sangat licik dan bijak dalam membersihkan bahan bukti. Lelaki bermata lebar dan berhidung mancung itu sudah berjanji dengan para pelajar untuk menangkap si pelaku dengan segera sebelum kes kecurian menjadi lebih teruk.

Setiausaha kelab iaitu Hara, seorang gadis cantik, berkulit cerah itu sedia mencatat semua perkara penting dalam perbincangan. Dia tidak dilantik sebagai setiausaha jika tidak tajam akal. Telinganya bagaikan perakam suara, dapat menangkap dan mengingati setiap bait kata. Sudah tentu gadis secantik itu menjadi kegilaan ramai lelaki di sekolah tetapi sifat Hara berlawanan dengan kecantikannya. Dia nampak sahaja ayu dan sopan tetapi dia seorang yang tegas dan garang.

Hara selalunya dibantu oleh Wani yang juga merupakan penolong setiausaha. Kadang-kadang, ada sahaja perkara yang terlepas di telinga Hara, berjaya ditangkap oleh Wani. Gadis pendek yang berketinggian hanya 159 sentimeter itu selalu diejek oleh Ren, bendahari kelab. Bukan sekali malah sudah berkali-kali dia dipnggil dengan panggilan ‘pendek’ oleh Ren.

Ada sahaja hal yang ditimbulkan oleh Ren yang membuatkan ahli kelab yang lain naik angin terutamanya Wani. Pernah sekali dia menggunakan tabung kelab untuk membeli permainan video dalam talian. Nasib baiklah dia sudah ganti. Kadang-kadang, Fikri bingung dengan cikgu Fawis, mengapa Ren yang juga merupakan bekas ‘pembuli’ itu disuruh untuk menyertai kelab. Sehingga sekarang, guru kelab PRS itu tidak menjawab.

“Sudah habis ke? Aku nak balik pula. Tak tenang aku main permainan video di sini. Sudah la talian tersangkut-sangkut. Kalau di rumah aku ni sudah lancar macam sabun. Sabun pun menang rasanya,” rungut Ren. Sejak perbincangan dimulakan, matanya hanya menatap skrin telefon.

“Jangan cakap permainan video yang kau beli pakai duit kelab haritu?” soal Wani dengan tegas.

“Sudah tentu. Kau ingat aku ada duit nak beli semahal itu?”

“Kau ni tak habis-habis dengan permainan video. Hebat sangat ke kau main?” soal Wani lagi.

“Kau pernah tengok aku main? Tak pernah kan? Sebab kau tak pernah nampak. Lupa pula yang kau ni pendek, macam mana nak nampak. Terpaksalah aku pandang ‘rendah’ kau. Rendah dan rendah.”

Wani mengetap gigi, geram. Dia mencubit bahu Ren sehingga lelaki itu mengerang kesakitan. Ren pula mengosok-gosok bahunya yang pedih. Ingin sahaja membalas tetapi dia masih waras. Tidak patut bertindak kasar terhadap perempuan apatah lagi menyentuhnya. Setakat ini, Ren tidak pernah membalas apa-apa yang dilakukan oleh Wani selain cakap mulut.

“Sudah pukul lima petang. Cikgu Fawis tak datang lagi ke?” soal Hara. Mereka sudah lama menunggu kedatangan cikgu Fawis sementara perbincangan akan kes yang berlaku di sekolah membunuh waktu. Tetapi, sehingga sekarang wajah lelaki itu masih tidak kelihatan.

“Mungkin dia lewat sikit. Apa-apapun, lebih baik kita kemaskan barang. Kalau cikgu tak datang juga, kita hubungi saja dia. Cakap yang kita sudah bersurai. Esok saja kita bagi laporan harini,” cadang Fikri. Cadangan itu dituruti oleh Shiro, Hara dan Wani. Ren pula masih asyik dengan permainan video di dalam telefon pintarnya.

Namun, wajahnya nampak marah. Tidak seperti biasa. Keningnya sudah menggambarkan yang kemarahannya sedang membuak-buak. Dia mendengus kuat sebelum bingkas bangun daripada kerusi. Kepala yang tidak gatal digaru laju. Nafasnya ditarik dan dihembus kencang. Kelakukannya hanya diperhati oleh rakan-rakannya. Kali ini, Ren nampak marah benar.

Siapa yang tidak marah, isyarat telefonnya tiba-tiba sahaja terputus. Permainan video yang dimainkan pula dalam talian. Sudah tentu dia membentak. Tatkala membuka tingkap, untuk mencari isyarat data, matanya terlopong. Kali ini, dia tidak berkelip. Sudah jelas, marahnya sudah hilang, diganti dengan kejutan.

“Hey, kalian. Cepat datang ke sini sekarang,” panggil Ren tanpa mengalih pandangan walau sedikitpun.

“Kau sudah kenapa, Ren?” soal Shiro dengan hairan.

“Datang sajalah!”

Tatkala suara Ren ditinggikan, Shiro dan lain mula mengikut arahan. Mereka berjalan ke arah Ren. Cuba mengetahui apa yang ingin disampaikan olehnya. Tetapi, Ren tidak perlu membuka mulut. Pandangan mata mereka sudah memberi jawapan. Shiro, Hara, Fikri dan Wani terkejut besar. Pada masa yang sama, mereka tertanya-tanya.

“Apa benda tu?” soal Wani.

“Itu awan gelap? Hujan lebat ke? Kalau hujan lebat, memang ianya datang ke sini,” soal Hara pula.

“Tapi, kita tak dengar pun bunyi hujan. Benda tu nampak macam kabus,” teka Fikri.

Shiro pula menelan air liur sendiri sebelum membuka mulut, “semakin dalam aku tengok kabus tu semakin aku tidak sedap hati. Ianya nampak macam bukan kabus biasa. Ianya sangat tebal. Ianya kabus yang gelap. Kita kena balik ke rumah sebelum apa-apa terjadi!”

Related chapters

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 1

    Kabus tebal misteri mengelilingi kawasan persekolahan. Perkampungan di sekitar, hutan kecil dan kawasan perumahan sudah tidak kelihatan. Hanya kawasan sekolah yang masih terselamat. Cuaca pada waktu itu mendung membuatkan pandangan mereka seakan-akan keliru untuk membezakan awan mendung dan juga kabus tebal. Adakah ianya muncul secara tiba-tiba? Tidak ada yang menyedari kehadirannya.Kabus tebal itu bagaikan membawa berita buruk. Awan gelap diikuti dengan angin kencang membuatkan mereka terfikir bahawa itu hanya kejadian alam. Mungkin hari hendak hujan. Tetapi, adakah mereka pernah melihat kabus setebal itu? Kabus sebesar itu? Sudah tentu tidak pernah tetapi disebabkan mereka tidak pernah melihatnya, mereka menganggap ianya hanyalah kejadian alam yang ganjil.Shahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Shiro mencadangkan agar mereka segera pulang ke rumah. Walaupun jalan sudah ditenggelami dan dikaburi kabus tebal, tetapi mereka perlu

    Last Updated : 2021-06-22
  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 2

    Lampu dewan dibuka. Cahaya menerangi segenap ruang. Dewan yang kosong itu bakal menjadi tempat tidur mereka. Makanan pula sudah disediakan oleh cikgu Fawis. Mereka sudah berbincang untuk tinggal di sekolah buat sementara waktu memandangkan hari pun sudah senja. Tempat tidur lelaki di pintu masuk dewan manakala tempat tidur perempuan di sebalik tirai pentas. Mereka akan diawasi oleh Abang JadPada mulanya jaga sekolah itu tidak bersetuju tetapi setelah dia sendiri masuk ke dalam kabus gelap itu, dia percaya. Tidak ada apa yang ditemuinya melainkan rumah yang kosong tanpa penghuni, kereta tanpa pemandu dan jalan raya yang lengang. Anak dan isterinya juga hilang. Entah ke mana semua orang sudah pergi. Tidak ada yang mengetahuinya.“Kalau ada apa-apa masalah, kalian boleh beritahu Abang Jad. Cikgu akan cuba cari seseorang di luar sana. Manalah tahu cikgu akan jumpa seseorang yang boleh tolong kita. Sebelum malam nanti cikgu akan balik semula ke sini. Jadi, kamu semua

    Last Updated : 2021-06-24
  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 3

    Di saat siang melabuhkan tirai malam. Mereka menunggu satu kedatangan yang dijanjikan. Namun, ianya hanya sia-sia. Kedatangan yang dinanti, dihancurkan dengan sebuah berita. Sebuah kejutan yang tidak disangka datangnya daripada mulut seorang dewasa. Kelu. Terkaku. Terkejut dengan berita tersebut. Ada yang sudah menjangka akan hal itu dan ada juga yang masih tidak percaya. Percaya ataupun tidak itulah realitinya. Realiti yang tidak boleh dielak.“Abang … abang bergurau kan?” soal Ren. Hatinya masih dibelenggu tidak percaya. Menganggap bahawa itu hanya sebuah senda. Tetapi, lelaki dewasa itu bukan jenis yang suka berjenaka di saat serius.Abang Jad yang masih tidak cukup nafas cuba menenangkan diri. Dia menarik nafas dalam, menghembus nafas perlahan sebelum memulakan cerita untuk meyakinkan semua orang. Katanya, tatkala dia sedang mencari susuk tubuh cikgu Fawis di tempat kali terakhir dia melihat lelaki itu, dia menjumpai k

    Last Updated : 2021-07-04
  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 4

    Kabus gelap dilihat sudah menutupi jalan di hadapan sekolah. Sunyi. Gelap. Tiada sebarang cahaya yang datang dari dalam kabus itu. Tiada sebarang bunyi juga yang kedengaran. Semua orang sudah ‘ditelan’. Tiada kereta yang lalu lintas seperti malam-malam biasa. Tiada perlumbaan motosikal yang selalu dilihat oleh orang awam. Dunia bagaikan terhenti. Penduduk bumi bagaikan sudah pupus. Satu-satunya kawasan yang masih bercahaya dan tidak ditenggelami kabus gelap hanya kawasan sekolah.Pencarian cikgu Fawis terhenti seketika apabila mereka bertemu dengan dua orang pelajar yang juga datang dari sekolah yang sama. Mereka ialah Yun dan Hendri. Yun merupakan rakan sekelas Kevin tetapi lelaki itu tidak begitu rapat dan jarang bercakap dengan Yun. Gadis itu tidak sedarkan diri dan dijaga oleh Wani di sebalik tirai pentas di dalam dewan. Dia dibawa pulang oleh Abang Jad menggunakan keret

    Last Updated : 2021-07-07
  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 5

    Matahari masih tidak kelihatan. Hanya cahaya merah mewarnai ufuk. Namun, dewan sekolah itu kecoh. Kecoh dengan kehilangan telefon pintar milik Wani dan dompet milik Ren dan juga Fikri. Kevin hanya mempersalahkan mereka kerana tersilap letak manakala Shiro dan Hendri berfikiran sama. Ya. Dua lelaki itu merasakan ada seseorang yang mencuri telefon serta dompet mereka. Sudah tentu ianya dalam kalangan mereka tetapi, siapa?Sedang asyik mencari di serata tempat, bahkan di celah-celah kerusi yang dikumpulkan di tepi dewan, mereka tidak menjumpainya. Sudah tentu tidak kerana ianya berada pada tangan seseorang. Tetapi, masih tidak tahu siapakah orang yang sanggup melakukan hal sedemikian. Hara dan Fasha pula masih tidak sedarkan diri. Sedang nyenyak tidur di sebalik tirai pentas. Masih tidak mengetahui situasi yang sedang berlaku. Atau mungkin Fasha sudah mengetahuinya setelah mendengar sendiri jeritan Wani sebelum ini. Cuma dia tidak ingin masuk campur.

    Last Updated : 2021-07-11
  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 6

    Untuk kali pertama, Fasha berani membuka mulut. Dengan nada suara yang sayu, dia mula menceritakan kisah hidupnya yang juga menjadi asbab kenapa dia bertindak sedemikian. Semuanya bermula sejak dia masih kecil. Kehidupan seorang kanak-kanak biasanya akan diisi dengan kasih sayang ibu bapa. Ada sahaja mainan baru yang dibeli tetapi zaman kanak-kanak Fasha jauh berbeza dengan kanak-kanak lain.Selalunya ibu bapa akan mengambil anak-anak mereka pulang dari tadika tetapi Fasha tidak. Dia sudah terbiasa. Sudah lali meredah kampung seorang diri untuk pulang ke rumah. Tatkala pintu rumahnya dibuka, hanya pertengkaran ibu dan bapanya melantun di gegendang telinga. Bukan sekali malah sudah setiap hari. Keluarganya tidak seperti orang lain.Ayahnya seorang penagih dadah. Ibunya pula bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah gerai makan. Entah apa yang membuatkan wanita itu tidak mahu meminta cerai atau fasakh. Sudah tahu suaminya pulang ke rumah

    Last Updated : 2021-07-11
  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 7

    Yun sedar daripada pengsan. Gadis itu meneguk sebotol air mineral sebelum mengunyah roti yang diberikan oleh Hara. Shiro dan yang lain mengerumuni Yun. Ingin tahu cerita sebenar yang berlaku terhadapnya. Ingin juga tahu kesan gigitan pada kaki kanannya. Tetapi, gadis itu pula terpinga-pinga sendiri tatkala dihadiri oleh mereka. Saat ditanya akan kejadian yang berlaku kepadanya, dia bingung. Sudah jelas yang dia sudah tidak ingat akan kejadian tersebut.“Kau tak ingat apa-apa? Tak ingat apa yang terjadi semasa kau pulang dari sekolah?” soal Kevin.“Tak. Aku ... tak ingat apa-apa. Perkara terakhir yang aku ingat, semasa aku pulang dari sekolah, aku berhenti di sebuah kedai runcit. Itu saja yang aku ingat,” balas Yun sambil tangan kanannya memegang kepala, cuba mengingati semula kejadian yang berlaku. Tetapi, otaknya tidak dapat memanggil semula memori itu.“Kau tahu tentang kabus gelap yang mu

    Last Updated : 2021-07-14
  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 8

    “Jumpa esok, Yun!” ucap seorang gadis seraya melambai tangan. Dia berjalan ke arah sebuah kereta yang sudah menunggunya di bahu jalan. Ingin pulang ke rumah setelah tamatnya waktu persekolahan.“Jumpa lagi, Sasya,” balas Yun dengan senyuman manis dan juga lambaian tangan. Dia hanya memerhati kawan baiknya membuka pintu kereta sebelum masuk ke tempat duduk belakang. Sasya merupakan satu-satunya kawan baik Yun. Walaupun gadis itu berasal daripada golongan berada tetapi dia tidak pernah berbangga dan sombong dengan harta yang ada. Disebabkan itulah, Yun amat menyayangi kawannya itu.Yun berjalan pulang. Rumahnya tidak jauh dari sekolah. Melangkah sahaja sudah sampai. Namun, langkah kakinya tidak membawanya ke rumah. Sebaliknya, dia menapak di hadapan kedai runcit. Sudah menjadi kebiasaan dia singgah di kedai runcit itu selepas pulang dari sekolah.“Kamu lagi, Yun?’ soal penjag

    Last Updated : 2021-08-01

Latest chapter

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 11

    Malam. Bulan purnama yang sepatutnya menerangi malam itu tidak kelihatan. Ianya tenggelam di dalam kabus yang gelap. Terlihat berpuluh-puluh orang zombie sedang berkeliaran di luar pagar sekolah. Terlihat juga sisa tulang manusia di pintu pagar. Sudah jelas, tubuh Abang Jad habis dimakan. Semua pelajar yang masih tersisa berkumpul di dewan yang gelap. Hanya diterangi sebatang lilin pendek yang bernyala yang dikelilingi oleh Shiro, Hara, Wani, Fikri, Kevin dan Fasha. Yun berada di sudut dewan, menundukkan kepala, memeluk lutut. Ren pula sedang bersandar pada dinding manakala Hendri sedang berdiri di pintu dewan, menyilangkan tangan ke dada dengan wajah yang serius. Selepas dikejutkan dengan kebenaran daripada mulut Yun tentang kejadian yang berlaku di bawah kabus yang gelap, kini mereka melihat dengan mata mereka sendiri. Abang Jad menj

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 10

    Cahaya mentari di langit seperti sudah mula hilang. Senja sudah pun tua. Tidak kelihatan jelas kerana kawasan sekeliling sudah ditenggelami kabus gelap. Sudah hampir separuh jalan di hadapan sekolah ditenggelami kabus. Tidak lama lagi, ianya bakal menyentuh pintu pagar. Cikgu Fawis yang sudah tidak waras masih terikat pada tiang lampu di luar sekolah. Dia menderam tanpa henti dan meronta-ronta cuba melepaskan diri. Abang Jad tidak sampai hati melihat keadaan cikgu sekolah itu tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubati Cikgu Fawis.Pengawal keselamatan sekolah itu sedang mengangkat telefon pintarnya ke hulu ke hilir, cuba mencari isyarat panggilan. Sejak semalam lagi dia berkelakuan seperti itu. Telefon juga dibiarkan terpasang walaupun tiada siaran. Sedang mundar-mandir di dalam pondok keselamatan, Abang Jad melangkah keluar. Cuba mencari isyarat di tempat lain. Langkah kakinya tidak sengaja membawa tubuhnya ke belakang pondok.Matanya ya

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 9

    Yun duduk bersandar pada pintu kaca. Pada tangannya dipegang sebatang kayu yang dicabut daripada penyapu. Masih menunggu Qayyum yang sedang mencari cangkul besi tiga mata untuk dijadikan alat mempertahankan diri. Tidak lama kemudian, Qayyum datang membawa alat tersebut. Yun bangun. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk serentak tanda sudah bersedia untuk keluar. Pintu kedai runcit dibuka. Mereka yang sudah lengkap dengan topeng penutup muka memandang ke kiri dan ke kanan. Setelah yakin tidak ada sesiapa, langkah mula diatur untuk bergerak ke arah sekolah. Sebelum itu, mereka harus bergerak ke arah kereta Qayyum dahulu. Sampai sahaja, pintu kereta pantas dibuka. Yun dan Qayyum melangkah masuk. Penutup muka dibuka. Enjin kereta dihidupkan. “Arah sekolah kau dekat mana?” “Pusing saja ke sebelah kanan. Nanti aku tunjukkan.” Qayyum menekan minyak. Kereta itu melalui jalan kanan. La

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 8

    “Jumpa esok, Yun!” ucap seorang gadis seraya melambai tangan. Dia berjalan ke arah sebuah kereta yang sudah menunggunya di bahu jalan. Ingin pulang ke rumah setelah tamatnya waktu persekolahan.“Jumpa lagi, Sasya,” balas Yun dengan senyuman manis dan juga lambaian tangan. Dia hanya memerhati kawan baiknya membuka pintu kereta sebelum masuk ke tempat duduk belakang. Sasya merupakan satu-satunya kawan baik Yun. Walaupun gadis itu berasal daripada golongan berada tetapi dia tidak pernah berbangga dan sombong dengan harta yang ada. Disebabkan itulah, Yun amat menyayangi kawannya itu.Yun berjalan pulang. Rumahnya tidak jauh dari sekolah. Melangkah sahaja sudah sampai. Namun, langkah kakinya tidak membawanya ke rumah. Sebaliknya, dia menapak di hadapan kedai runcit. Sudah menjadi kebiasaan dia singgah di kedai runcit itu selepas pulang dari sekolah.“Kamu lagi, Yun?’ soal penjag

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 7

    Yun sedar daripada pengsan. Gadis itu meneguk sebotol air mineral sebelum mengunyah roti yang diberikan oleh Hara. Shiro dan yang lain mengerumuni Yun. Ingin tahu cerita sebenar yang berlaku terhadapnya. Ingin juga tahu kesan gigitan pada kaki kanannya. Tetapi, gadis itu pula terpinga-pinga sendiri tatkala dihadiri oleh mereka. Saat ditanya akan kejadian yang berlaku kepadanya, dia bingung. Sudah jelas yang dia sudah tidak ingat akan kejadian tersebut.“Kau tak ingat apa-apa? Tak ingat apa yang terjadi semasa kau pulang dari sekolah?” soal Kevin.“Tak. Aku ... tak ingat apa-apa. Perkara terakhir yang aku ingat, semasa aku pulang dari sekolah, aku berhenti di sebuah kedai runcit. Itu saja yang aku ingat,” balas Yun sambil tangan kanannya memegang kepala, cuba mengingati semula kejadian yang berlaku. Tetapi, otaknya tidak dapat memanggil semula memori itu.“Kau tahu tentang kabus gelap yang mu

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 6

    Untuk kali pertama, Fasha berani membuka mulut. Dengan nada suara yang sayu, dia mula menceritakan kisah hidupnya yang juga menjadi asbab kenapa dia bertindak sedemikian. Semuanya bermula sejak dia masih kecil. Kehidupan seorang kanak-kanak biasanya akan diisi dengan kasih sayang ibu bapa. Ada sahaja mainan baru yang dibeli tetapi zaman kanak-kanak Fasha jauh berbeza dengan kanak-kanak lain.Selalunya ibu bapa akan mengambil anak-anak mereka pulang dari tadika tetapi Fasha tidak. Dia sudah terbiasa. Sudah lali meredah kampung seorang diri untuk pulang ke rumah. Tatkala pintu rumahnya dibuka, hanya pertengkaran ibu dan bapanya melantun di gegendang telinga. Bukan sekali malah sudah setiap hari. Keluarganya tidak seperti orang lain.Ayahnya seorang penagih dadah. Ibunya pula bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah gerai makan. Entah apa yang membuatkan wanita itu tidak mahu meminta cerai atau fasakh. Sudah tahu suaminya pulang ke rumah

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 5

    Matahari masih tidak kelihatan. Hanya cahaya merah mewarnai ufuk. Namun, dewan sekolah itu kecoh. Kecoh dengan kehilangan telefon pintar milik Wani dan dompet milik Ren dan juga Fikri. Kevin hanya mempersalahkan mereka kerana tersilap letak manakala Shiro dan Hendri berfikiran sama. Ya. Dua lelaki itu merasakan ada seseorang yang mencuri telefon serta dompet mereka. Sudah tentu ianya dalam kalangan mereka tetapi, siapa?Sedang asyik mencari di serata tempat, bahkan di celah-celah kerusi yang dikumpulkan di tepi dewan, mereka tidak menjumpainya. Sudah tentu tidak kerana ianya berada pada tangan seseorang. Tetapi, masih tidak tahu siapakah orang yang sanggup melakukan hal sedemikian. Hara dan Fasha pula masih tidak sedarkan diri. Sedang nyenyak tidur di sebalik tirai pentas. Masih tidak mengetahui situasi yang sedang berlaku. Atau mungkin Fasha sudah mengetahuinya setelah mendengar sendiri jeritan Wani sebelum ini. Cuma dia tidak ingin masuk campur.

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 4

    Kabus gelap dilihat sudah menutupi jalan di hadapan sekolah. Sunyi. Gelap. Tiada sebarang cahaya yang datang dari dalam kabus itu. Tiada sebarang bunyi juga yang kedengaran. Semua orang sudah ‘ditelan’. Tiada kereta yang lalu lintas seperti malam-malam biasa. Tiada perlumbaan motosikal yang selalu dilihat oleh orang awam. Dunia bagaikan terhenti. Penduduk bumi bagaikan sudah pupus. Satu-satunya kawasan yang masih bercahaya dan tidak ditenggelami kabus gelap hanya kawasan sekolah.Pencarian cikgu Fawis terhenti seketika apabila mereka bertemu dengan dua orang pelajar yang juga datang dari sekolah yang sama. Mereka ialah Yun dan Hendri. Yun merupakan rakan sekelas Kevin tetapi lelaki itu tidak begitu rapat dan jarang bercakap dengan Yun. Gadis itu tidak sedarkan diri dan dijaga oleh Wani di sebalik tirai pentas di dalam dewan. Dia dibawa pulang oleh Abang Jad menggunakan keret

  • Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)   Bab 3

    Di saat siang melabuhkan tirai malam. Mereka menunggu satu kedatangan yang dijanjikan. Namun, ianya hanya sia-sia. Kedatangan yang dinanti, dihancurkan dengan sebuah berita. Sebuah kejutan yang tidak disangka datangnya daripada mulut seorang dewasa. Kelu. Terkaku. Terkejut dengan berita tersebut. Ada yang sudah menjangka akan hal itu dan ada juga yang masih tidak percaya. Percaya ataupun tidak itulah realitinya. Realiti yang tidak boleh dielak.“Abang … abang bergurau kan?” soal Ren. Hatinya masih dibelenggu tidak percaya. Menganggap bahawa itu hanya sebuah senda. Tetapi, lelaki dewasa itu bukan jenis yang suka berjenaka di saat serius.Abang Jad yang masih tidak cukup nafas cuba menenangkan diri. Dia menarik nafas dalam, menghembus nafas perlahan sebelum memulakan cerita untuk meyakinkan semua orang. Katanya, tatkala dia sedang mencari susuk tubuh cikgu Fawis di tempat kali terakhir dia melihat lelaki itu, dia menjumpai k

DMCA.com Protection Status