Chapter: Bab 11Malam. Bulan purnama yang sepatutnya menerangi malam itu tidak kelihatan. Ianya tenggelam di dalam kabus yang gelap. Terlihat berpuluh-puluh orang zombie sedang berkeliaran di luar pagar sekolah. Terlihat juga sisa tulang manusia di pintu pagar. Sudah jelas, tubuh Abang Jad habis dimakan. Semua pelajar yang masih tersisa berkumpul di dewan yang gelap. Hanya diterangi sebatang lilin pendek yang bernyala yang dikelilingi oleh Shiro, Hara, Wani, Fikri, Kevin dan Fasha. Yun berada di sudut dewan, menundukkan kepala, memeluk lutut. Ren pula sedang bersandar pada dinding manakala Hendri sedang berdiri di pintu dewan, menyilangkan tangan ke dada dengan wajah yang serius. Selepas dikejutkan dengan kebenaran daripada mulut Yun tentang kejadian yang berlaku di bawah kabus yang gelap, kini mereka melihat dengan mata mereka sendiri. Abang Jad menj
Last Updated: 2021-10-11
Chapter: Bab 10Cahaya mentari di langit seperti sudah mula hilang. Senja sudah pun tua. Tidak kelihatan jelas kerana kawasan sekeliling sudah ditenggelami kabus gelap. Sudah hampir separuh jalan di hadapan sekolah ditenggelami kabus. Tidak lama lagi, ianya bakal menyentuh pintu pagar. Cikgu Fawis yang sudah tidak waras masih terikat pada tiang lampu di luar sekolah. Dia menderam tanpa henti dan meronta-ronta cuba melepaskan diri. Abang Jad tidak sampai hati melihat keadaan cikgu sekolah itu tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubati Cikgu Fawis.Pengawal keselamatan sekolah itu sedang mengangkat telefon pintarnya ke hulu ke hilir, cuba mencari isyarat panggilan. Sejak semalam lagi dia berkelakuan seperti itu. Telefon juga dibiarkan terpasang walaupun tiada siaran. Sedang mundar-mandir di dalam pondok keselamatan, Abang Jad melangkah keluar. Cuba mencari isyarat di tempat lain. Langkah kakinya tidak sengaja membawa tubuhnya ke belakang pondok.Matanya ya
Last Updated: 2021-08-16
Chapter: Bab 9Yun duduk bersandar pada pintu kaca. Pada tangannya dipegang sebatang kayu yang dicabut daripada penyapu. Masih menunggu Qayyum yang sedang mencari cangkul besi tiga mata untuk dijadikan alat mempertahankan diri. Tidak lama kemudian, Qayyum datang membawa alat tersebut. Yun bangun. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk serentak tanda sudah bersedia untuk keluar. Pintu kedai runcit dibuka. Mereka yang sudah lengkap dengan topeng penutup muka memandang ke kiri dan ke kanan. Setelah yakin tidak ada sesiapa, langkah mula diatur untuk bergerak ke arah sekolah. Sebelum itu, mereka harus bergerak ke arah kereta Qayyum dahulu. Sampai sahaja, pintu kereta pantas dibuka. Yun dan Qayyum melangkah masuk. Penutup muka dibuka. Enjin kereta dihidupkan. “Arah sekolah kau dekat mana?” “Pusing saja ke sebelah kanan. Nanti aku tunjukkan.” Qayyum menekan minyak. Kereta itu melalui jalan kanan. La
Last Updated: 2021-08-10
Chapter: Bab 8“Jumpa esok, Yun!” ucap seorang gadis seraya melambai tangan. Dia berjalan ke arah sebuah kereta yang sudah menunggunya di bahu jalan. Ingin pulang ke rumah setelah tamatnya waktu persekolahan.“Jumpa lagi, Sasya,” balas Yun dengan senyuman manis dan juga lambaian tangan. Dia hanya memerhati kawan baiknya membuka pintu kereta sebelum masuk ke tempat duduk belakang. Sasya merupakan satu-satunya kawan baik Yun. Walaupun gadis itu berasal daripada golongan berada tetapi dia tidak pernah berbangga dan sombong dengan harta yang ada. Disebabkan itulah, Yun amat menyayangi kawannya itu.Yun berjalan pulang. Rumahnya tidak jauh dari sekolah. Melangkah sahaja sudah sampai. Namun, langkah kakinya tidak membawanya ke rumah. Sebaliknya, dia menapak di hadapan kedai runcit. Sudah menjadi kebiasaan dia singgah di kedai runcit itu selepas pulang dari sekolah.“Kamu lagi, Yun?’ soal penjag
Last Updated: 2021-08-01
Chapter: Bab 7Yun sedar daripada pengsan. Gadis itu meneguk sebotol air mineral sebelum mengunyah roti yang diberikan oleh Hara. Shiro dan yang lain mengerumuni Yun. Ingin tahu cerita sebenar yang berlaku terhadapnya. Ingin juga tahu kesan gigitan pada kaki kanannya. Tetapi, gadis itu pula terpinga-pinga sendiri tatkala dihadiri oleh mereka. Saat ditanya akan kejadian yang berlaku kepadanya, dia bingung. Sudah jelas yang dia sudah tidak ingat akan kejadian tersebut.“Kau tak ingat apa-apa? Tak ingat apa yang terjadi semasa kau pulang dari sekolah?” soal Kevin.“Tak. Aku ... tak ingat apa-apa. Perkara terakhir yang aku ingat, semasa aku pulang dari sekolah, aku berhenti di sebuah kedai runcit. Itu saja yang aku ingat,” balas Yun sambil tangan kanannya memegang kepala, cuba mengingati semula kejadian yang berlaku. Tetapi, otaknya tidak dapat memanggil semula memori itu.“Kau tahu tentang kabus gelap yang mu
Last Updated: 2021-07-14
Chapter: Bab 6Untuk kali pertama, Fasha berani membuka mulut. Dengan nada suara yang sayu, dia mula menceritakan kisah hidupnya yang juga menjadi asbab kenapa dia bertindak sedemikian. Semuanya bermula sejak dia masih kecil. Kehidupan seorang kanak-kanak biasanya akan diisi dengan kasih sayang ibu bapa. Ada sahaja mainan baru yang dibeli tetapi zaman kanak-kanak Fasha jauh berbeza dengan kanak-kanak lain.Selalunya ibu bapa akan mengambil anak-anak mereka pulang dari tadika tetapi Fasha tidak. Dia sudah terbiasa. Sudah lali meredah kampung seorang diri untuk pulang ke rumah. Tatkala pintu rumahnya dibuka, hanya pertengkaran ibu dan bapanya melantun di gegendang telinga. Bukan sekali malah sudah setiap hari. Keluarganya tidak seperti orang lain.Ayahnya seorang penagih dadah. Ibunya pula bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah gerai makan. Entah apa yang membuatkan wanita itu tidak mahu meminta cerai atau fasakh. Sudah tahu suaminya pulang ke rumah
Last Updated: 2021-07-11