"ARGH!" pekik Ian lalu jubah dan beg briefcase dilempar dengan kuat. Beg terbuka dan segala isi habis terkeluar bergeletakan atas lantai.
"Tak guna, aku dah hampir-hampir mahu.. Argh tak guna!" tempiknya memandang cermin. Kembang-kempis hidung menahan ledakan api dan larva kemarahan.
"Aku yakin itu memang dia. Dan seharusnya itulah tempat paling sesuai untuk perempuan sial macam dia. Kau pembunuh Nea, kau bunuh abang aku. Kau jangan ingat aku akan berdiam diri!"
"Argh!" jerit Ian sambil menumbuk cermin sinki.
Pang!
Kaca berkecaian dan ada yang tertusuk pada kulit tangan Ian yang telah merah dengan darah.
"Tangan aku tak sakit. Tapi hati aku lagi sakit mengenangkan wajah dia. Kau patut mati Nea. Kau patut ikut abang aku. Dia separuh mati cintakan kau. Tapi kau pilih Iskandar, lelaki tak guna itu. Kau memang bodoh Nea!"
"Hutang darah dibayar darah!" tegas Ian tetap menyengetkan senyuman walau darah semakin deras pengalirannya.
"Nea.. Nea .. Hahahaha!" tawanya meletus lalu membingitkan kawasan kecil kubikel bilik. Tajam matanya merenung imbasan wajah pada cermin yang telah separuh itu akibat tumbukan melulu.
"Aku harus cari jalan bagaimana aku dapat menemui dia lagi. Nea, Nea .. Kenapa aku boleh tak tahu kau dah berada di bilik itu? Kalau aku tahu sudah lama aku jadi pakar sakit mental kau hahahaa!"
"Apa kau dah buat hah?" tegur satu suara membuatkan wajah Ian terus berpaling ke arah kiri. Senyuman mekar terus menguncup pabila lelaki yang berwajah kelat itu menapak ke arahnya.
"Aku tanya kau, apa kau dah buat hah?"soal sosok tubuh yang telah pun menutupi bahagian tubuh Ian. Wajah merah Ian semakin jelas kelihatan dek mahu menahan amarah yang masih lagi berbisa.
" Aku buat apa yang patut aku buat," ujar Ian tanpa rasa gementar pada abangnya, Jeffry. Spontan tangan digenggam dan dibuka secara berulang. Berbunyi-bunyi rahangnya.
"Bukan itu yang patut kau buat Ian!" herdik sosok itu lagi dan kali ini jari telunjuknya menekan dada Ian.
"Dia kekasih aku, Nea cinta hati aku kau tahu tak? Kenapa kau berkasar dengannya? Kau lupa siapa aku, aku ada dalam tubuh kau!" ujar sosok yang berwajah Jeffry itu garang.
"Sebab aku tahu aku buat begitu, abang.." terang Ian lalu menyunggingkan senyuman. Ian terus bangun lalu membuka pili air dan tangan yang telah hampir kering darah juga alirannya terus dia lalukan bawah hujan air tersebut.
Sosok yang sama masih lagi merenung segala tingkah Ian. Ian pula masih lagi membasuh tangannya yang hampir kering darahnya namun luka tersebut agak dalam.
"Aku tak mahu kau buat dia begitu. Dia milik aku dan aku takkan benarkan sesiapa pun mengasari apatah lagi menyakiti hati.."
" Hati dia abang jaga, hati abang? Abang cintakan dia tapi dia? Kalau betul dia cinta dan sayangkan abang dia takkan pilih Is..."
"Diam kau. Siapa aku pada kau?" sanggah sosok itu mulai memerah matanya. Ian sekadar memerhati muka sosok tersebut tanpa sebarang perasaan.
"Nea cintakan aku. Aku tahu itu dia terpaksa!" cantas sosok berwajah mirip Jeffry itu. Dari bersuara bernada tinggi dan penuh yakin kini sosok itu seakan bergumam sesuatu.
"Nea cintakan aku.. Nea tak mungkin tinggalkan aku.." bisiknya berulangkali. Dan dari kelainan suara sosok itu telah membuatkan Ian kembali merasa kasihan pada nasib abangnya itu.
"Sampai hati Nea kau buat abang aku menderita. Aku tak boleh lepaskan kau Nea!!" tekad Ian dengan kerlingan matanya terhinggap pada pisau lapah atas meja.
********
PUSAT QASEH,
1400 PM."DR IAN!" panggil Dr Nad tatkala mata terpandang sosok tubuh yang ingin dia cari sedari semalam. Ada beberapa soalan yang Dr Nad perlukan jawapan.
Terutama sekali mengenai kejadian di dalam bilik gelap. Memang Dr Nad berasa pelik bagaimana dan siapa yang telah membenarkan Dr Ian masuk ke bilik itu sedangkan dia bukan doktor psikiatri Nea Felisya.
"Dr Ian tunggu! Saya mahu jumpa doktor sekejap!" laung Dr Nad juga melajukan langkah kakinya. Fail pesakit makin erat didakap. Dr Nad agak mengah mengejar lelaki tanpa jubah putih itu.
Manakala Dr Ian pula tersungging senyuman sinis apabila dia lihat doktor penyibuk itu terpaksa menghentikan lariannya memang Dr Ian sengaja berbuat tidak dengar. Mana mungkin dia mahu bertemu dengan doktor itu apatah lagi rahsianya sedikit lagi mahu terbongkar.
"Aduh!" aduh Dr Nad berlanggar dengan seseorang yang juga di masa yang sama sedang menuju ke arah Dr Nad. Dr Ian berpaling dan semakin lebar senyuman. Ternyata jururawat praktikel lelaki itu pandai juga melakukan tugas berbayarnya.
Dr Ian lah orangnya yang telah mengupah lelaki tersebut.
"Maafkan saya Dr Nad, saya betul-betul tidak sengaja kerana mahu cepat. Ini pun dah lambat, Dr Nad betul tak apa-apa ke ni?" lakonnya dengan bersungguh.
"Ya, ya saya tak apa-apa. Tak apa saya juga bersalah juga menonong je tadi.." terang Dr Nad sempat lagi matanya meliar untuk melihat sosok Dr Ian tetapi mungkin kerana perlanggaran ini doktor muda itu dapat melarikan dirinya.
"Kalau begitu tak mengapalah.. Saya kena pergi dahulu ni. Maaf ya sekali lagi," pinta lelaki dalam lingkungan belasan tahun itu kelihatan tulus. Dr Nad terangguk-angguk.
"Erm... Tak apa Nadya, tak lari gunung dikejar. Tapi itu gunung memanglah tak boleh lari ini manusia!" omel Dr Nad ketidakpuasan hati. Tangan pula masih lagi mengibas pakaian dan bahagian punggung.
"Aduh luka pula lutut ni," sungutnya tatkala lensamata terarah pada setompok warna merah yang menjelma di bahagian bawah paha seluarnya yang berwarna pink.
Mahu tak mahu Dr Nad terpaksa menapak dengan terjengkot-jengkot sambil mendesah kesakitan.
"Dr Ian aku tak dapat, katak pula aku dapat," omelnya seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Sedang dia terjengkot-jengkot melangkah dengan amat perlahan, Dr Nad terhenti langkahnya seketika apabila dia terpandang seseorang yang diketika itu juga berjalan di laluan sama.
Dr Nad kini berkedut dahi bukan kerana sakit tetapi kerana seraut wajah itu.
"Itu... bukan ke... Ish, takkanlah!" omelnya seorang diri. Makin dekat figura itu melangkah menuju ke arah Dr Nad, makin tajam talaan bolamata Dr Nad pada sosok yang bertubuh sederhana itu dan tinggi itu.
Sosok berambut panjang dan beralun yang sedang menapak perlahan itu juga memandang Dr Nad. Ternyata langkah keduanya telah diperlahankan. Hampir terjegil mata Dr Nad merenung seraut wajah yang saling tak tumpah wajah salah-satu pesakitnya itu.
"Dr Nad!" jerit satu suara.
"Hah, iya?" Dr Nad yang baru tersedar menyoal semula. Misi Alya pula melopong dan terkebil-kebil. Sempat juga mata Dr Nad memandang laluan itu. Seakan mencari seseorang.
"Doktor kenapa masih di sini? Siapa yang doktor cari atau sedang tunggu? Doktor sepatutnya ada psikoanalisis dengan Nea sekarang, dah lewat ni," pinta Misi Alya terpaksa memberi arahan.
"Aha iya, iya marilah.." ujar Dr Nad seraya menyambung kembali langkahnya tanpa mempedulikan mata Misi Alya yang masih lagi merenung luka lututnya.
"Kenapa dengan kaki tu doktor?" soal Misi Alya setelah melangkah seiringan dengan Dr Nad. Dr Nad menyatakan tiada apa-apa namun Misi Alya masih lagi tidak berpuas hati.
"Ha, Alya boleh saya tanya sesuatu tak?" soal Dr Nad lalu merenung wajah ayu milik Misi Alya. Misi Alya mengangguk dan bertanya kembali apakah ia.
Dari jauh, telah kelihatan bangunan yang menempatkan sebuah bilik asing dan sepi serta jauh dari orang lain. Kawasan yang kena menempuhi lorong kawat berduri.
"Saya ingin keterangan lanjutan mengenai pesakit saya yang bernama Nea Felisya..." jawab Dr Nad dengan tenang biar pun hatinya kian berdebaran apatah lagi wajah tadi masih lagi segar diingatan.
"Boleh saja doktor tapi mengenai apa ya? Doktor nak tahu tentang apa ya rasanya semua saya sudah terangkan pada..."
"Nea ada kembar?" Dr Nad menghentikan langkahnya sebentar sebelum menggerakkan tubuhnya supaya menghadap Misi Alya. Misi Alya pula hampir terlanggar tubuh Dr Nad sambil menelan liur.
********
ISKANDAR masih lagi memerhati. Dia masih lagi sukar mahu mempercayainya. Benarkah itu dia? Bagaimana dia boleh keluar dari tempat itu, sedangkan dia baru sahaja masuk lagi pula penyakitnya lagi, mustahil.. Memang mustahil!
"Apa yang mustahil bro? Awek mana lagi kau usyar tu?" sindir satu suara sambil tersenyum dan kacamata Aviator Rayban diangkat ke atas kepala.
Iskandar terus memandang ke arah Dani rakan sepejabatnya yang baharu saja tiba ke situ. Iskandar kembali melakukan tugasnya walau hati masih penuh dengan persoalan. Nasib juga dia tidak jadi masuk ke pusat itu tadi, kalau tidak tentu akan bertembung.
Sekejapan tadi wajah itu kembali lagi dan dia juga tetap bernasib baik kerana berada di tempat dia sedang berdiri sekarang ini. Tetapi dek sebab kemunculan Dani dia tidak dapat melihat ke manakah arah figura itu pergi.
"Hoi kau ni dah kenapa bro? Awek tu cun sangat ke sampai kau khayal macam high je ni? Mana dia mana dia meh aku pula tengok? Takkan nyonya jual air tebu tu pun kau nak try bro..."
Iskandar juga mengarahkan pandangan matanya ke nyonya seperti yang Dani perkatakan. Tersenyum seraya menggeleng dan masih lagi berfikir sama ada mahu memberitahu pada Dani atau pun tidak tentang perkara itu.
"Actually what's wrong with you? I know you brother if doesn't have matter you did not being like this," sela Dani sedari tadi memerhati keanehan tingkah Iskandar.
Dani yakin ini bukan ada kaitan dengan perempuan dan jika perempuan sekali pun sudah tentu telinganya menjadi penadah pada luahan hati Iskandar Syah. Sudah tentu-tentu tentang Rika!
"Aku nampak dia Dan!" ujar Iskandar akhirnya. Dia merasakan bahawa bersuara itu merupakan jalan yang terbaik. Dani yang tersengih-sengih kini terdiam dan wajah berubah.
"Kau nampak siapa Is?" soal Dani.
"Aku nampak dia.." jawab Iskandar.
"Yelah tapi siapa?"
b
KELAB MALAM SEKITAR METRO CITY,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.ISKANDAR masih lagi ralit meneguk air berbuih tanpa menghiraukan godaan pelayan atau perempuan seksi di sekitar tempat dia sedang duduk. Sesekali kerusi bar dia sengaja pusing-pusingkan.Setelah habis dia meneguk rakus minuman itu dia akan tunggang lagi air dari dalam botol bertulis Wine. Tersedu-sedu dia kini namun minuman tersebut dia tetap meneguknya."Siapa kau hah? Mustahil kau sudah keluar dari situ? Aku yang hantar kau, kau sakit hahahaha!" omelnya sendirian sambil diperhati oleh seseorang dari meja tepinya.Hanya dia yang sanggup menjadi pemerhati Iskandar yang sedang dalam keasyikan mabuk arak itu. Tiada berkelip lensamata si pemerhati.Matanya tajam memerhati dari dalam gelap. Dia masih tidak mahu melakukan sebarang tindakan lagi memandangkan keadaan dan waktu yang dia rasakan terlalu awal lagi.
WAD PEREMPUAN,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.DR NAD terus mengangkat tubuhnya untuk bangun. Lemas dan lemau badannya terasa memandangkan hampir seminggu dia berada dalam wad. Dia tiada sebarang kecederaan hanya lebam dileher akibat cekikan pesakitnya itu pun warna kebiruannya makin pudar."Apa sebenarnya yang dah berlaku pada masa silam Nea?" soal Dr Nad sendirian. Mata mulai melilau ke sana dan sini seakan ingin mencari sesuatu. Lalu matanya terjatuh pada kumpulan akhbar yang tersusun dibawah meja bunga.Dr Nad baru teringat sesuatu lalu dia memandang ke arah. Agar sukar dia mahu melakukan pergerakan selagi wayar tiub IVF belum dibuka. Dr Nad tetap memaksa dirinya kerana bila lagi dia mahu lakukan akan perkara itu.Berkerut-kerut dahinya semasa dia cuba bergerak agak jauh sedikit dari tiang IVF untuk ke meja yang berada di sebelah kiri katil. Tubuh yang tadinya menegak kini cuba direndahkan sedikit agar tan
BILIK GELAP, PUSAT QASEH.1000 AM.SESI psikoanalisis sekali lagi sedang dijalankan oleh Dr Nad pada pesakitnya yang bernama Nea Felisya. Sambil diperhatikan oleh Misi Alya dan seorang Warden seperti kebiasaan.Kali ini, Dr Nad meletakkan dua batang pen berlainan warna. Biru dan juga merah beserta sehelai kertas kosong. Nea yang sudah bebas dari ikatan straitjacket sekadar mempamerkan wajah lugunya.Dr Nad tersenyum setelah beberapa minit gadis itu tidak memberikan sebarang reaksinya. Perakam telah pun dia bukakan namun diletakkan agak jauh sedikit dari sisinya.Dr Nad terus mengambil pen merah lalu dia mulai menulis sesuatu atas kertas kosong tersebut. Nea masih lagi dengan goyangan badannya. Tangan kiri terpaksa digarikan pada penyandar hanya tangan kanan sahaja yang boleh digunakan untuk melakukan sebarang tugasan.Misi Alya juga terjengket sedikit kerana mahu tahu apakah
BILIK SEPI,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.DR NAD masih lagi sabar menanti. Begitu juga dengan Misi Alya dan Warden. Nea tetap dengan tingkahnya yang masih lagi ralit membelai dan berkata sesuatu pada patung tanpa kepala itu. Warden sesekali tersenyum melihat gelagat gadis yang pada persepsinya itu tidak waras. Dr Nad pula ada ketikanya cuba menafsirkan sesuatu dari gerak-geri gadis yang rambut makin panjangnya itu dan dia cuba untuk adaptasikan pada hipnotis yang telah dia lakukan pada Nea tempohari. "Nea, aku datang sayang.." bisik satu suara ditelinga Nea. Nea tergeleng-geleng sambil mata dipejamkan. Dia cuba untuk tidak mahu dengar akan bisikan tersebut. "Nea.. Aku datang sayang. Bukalah matamu sayang, Nea tidak rindu pada aku?" bisik suara yang sama. Nea semakin laju menggeleng. Dr Nad dan Mi
BILIK TERAPI,1000 AM."DOKTOR betul ke apa yang doktor nak lakukan ini?" soal Misi Alya sedikit seriau apatah lagi melihat keadaan Nea yang terbaring kaku dan berikat pada kerusi tersebut. Dr Ian masih lagi asyik dengan segala punat yang ada pada permukaan mesin terapi elektromagnet tersebut tanpa menyedari mimik muka gelisah Misi Alya. Tanpa doktor lelaki itu sedari, Misi Alya perlahan-lahan menarik keluar telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi WHATSAPPS. Dia perlu mesej Dr Nadya Shaqira, entah kenapa hatinya berasa kurang yakin dengan keterangan Dr Ian mengenai Dr Nad yang dikatakan tidak akan hadir dan meminta pertolongannya untuk mengadakan sesi terapi. Dah tu pula bukan sekadar terapi biasa tetapi terapi elektromagnet yang amat jarang di gunapakai dewasa ini. Misi Alya ternganga tatkala telefon pintarnya kini telah berada di genggaman Dr Ian yang sedang menalaka
THE CAGEPSIKOLOGI THRILLERBAB 12DIA masih lagi berada dalam bilik gelap, sepi hanya bertemankan lampu bar bulat warna kuning. Jenuh sudah dia menegakkan kebenaran bahawa dia tak bersalah tetap tengkingan serta kekerasan yang dia terima. Sampaikan papanya mahu ikat jamin pun payah. Aduhai... Pintu terbuka. Iskandar dah tahu siapa malas mahu dongak. Apa nak jadi jadilah. Kali ini seorang pula. Wajah seperti biasa ketat memanjang. “Iskandar, awak memang bernasib. Ada orang terpengaruh sanggup ikat jamin awak walaupun pada dasar memang tidak dibenarkan memandangkan kes awak bukan kes biasa tapi tuduhan membunuh.
TIKAMAN demi tikaman. Wajah dipenuhi percikan darah tidak dia peduli kerana sudah biasa malah dia akan jadi tak selesa sekiranya tidak dapat menghidu bau darah. Sebelah tangan mencengkam bahu manakala tangan kanan berterusan merodok perut yang kian lencun dengan cecair pekat merah itu. Lelaki itu dari berteriakan kini menjadi sepi sesepinya. Tiada lagi kedengaran raungan kesakitan. Dan di belakang susuk tubuh pembunuh berhud itu, ada lagi satu susuk tubuh sedang memerhatikan dirinya. Dia sekadar jadi pemerhati sambil bersilang tangan ke dada tanpa mahu menolong atau sebaliknya. Tubuh terus diseret menuju ke arah susunan kotak yang tersandar tepi dinding bercontengan itu. Seretan darah juga menemani tubuh tersebut. Lea terus mengangkat kedua belah tangan mayat lalu diikatkan pada dawai yang sememangnya t
BILIK PATOLOGI, 1000 AM. KEHADIRAN ASP Zaif ke bilik yang bersuhu sejuk sememangnya di nantikan oleh Dr Ann. Ketika ASP Zaif masuk ke kubikel sederhana luas itu, mata tajam menghala ke katil kiri serta katil kanan yang kelihatan menghimpit katil tengah. Dr Ann sedang ditemani oleh tiga mayat dari berlainan kes kematian. Namun hatinya tiada sedikit pun rasa seriau atau terencat kerana dia sudah terbiasa dikelilingi mayat-mayat. ASP Zaif menjatuhkan gerakan bola mata ke ibu jari kaki di mana ada tergantungnya sekeping kad kecil bertanda nama mayat tersebut. Namun sayangnya hanya bertulis anynomous. “Hai ASP” sapa Dr Ann melemparkan senyuman dari balik pelitup
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
ZCK CLUB, WAKTU TIDAK DIKETAHUI. “LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender. Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
BUKANNYA dia sengaja hadir tanpa masuk ke dalam pusat itu, tetapi buat masa terdekat ini dia tidak boleh kerana dia sedang diburu. Dia tahu dia sedang dikejar walau bukti masih tidak menunjukkan ke arahnya. Namun naluri kuat menyatakannya. Kerana itulah dia hanya mampu memandang keadaannya adik dari jauh sahaja. Nea dalam setiap seminggu akan ada satu petang untuk dia dibawa keluar bagi mengambil udara luar. Tubuh tidak elok juga jikalau tidak mengenai udara mahupun mentari apatah lagi mentari pagi yang cukup elok untuk kesihatan kulit manusia. Dia terpaksa duduk dalam kerusi roda kerana tubuhnya terpaksa bergari walau straitjacket telah dibukakan buat seketika dan tak elok juga tubuh serta tangan khasnya terlalu lama berada dalam keadaan terlipat ketat begitu.
BILIK GELAP, PUSAT QASEH. WAKTU TAK DIKETAHUI. MISI ALYA merenung jam di tangan dan ternyata masih lagi awal. Dia datang dahulu kerana ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum dia dan Dr Nad sama-sama menemui pesakit 1583. Sedang Misi Alya menunggu dengan mengambil tempat duduk atas kerusi besi tempat yang seringkali para Warden duduk ketika menunggu, telinganya seakan terdengar sesuatu. Dia terus berpaling lalu mendekatkan lagi sisi wajahnya ke permukaan pintu tanpa mahu membuka peephole atau petak kecil yang dikhaskan untuk memantau keadaan pesakit sebelah dalamnya. Nea Felisya menggoyangkan tubuhnya makin laju sambil mulut pula mengomel sesuatu yang dia saja fahami. Bada
BILIK PATOLOGI, 1000 AM. KEHADIRAN ASP Zaif ke bilik yang bersuhu sejuk sememangnya di nantikan oleh Dr Ann. Ketika ASP Zaif masuk ke kubikel sederhana luas itu, mata tajam menghala ke katil kiri serta katil kanan yang kelihatan menghimpit katil tengah. Dr Ann sedang ditemani oleh tiga mayat dari berlainan kes kematian. Namun hatinya tiada sedikit pun rasa seriau atau terencat kerana dia sudah terbiasa dikelilingi mayat-mayat. ASP Zaif menjatuhkan gerakan bola mata ke ibu jari kaki di mana ada tergantungnya sekeping kad kecil bertanda nama mayat tersebut. Namun sayangnya hanya bertulis anynomous. “Hai ASP” sapa Dr Ann melemparkan senyuman dari balik pelitup
TIKAMAN demi tikaman. Wajah dipenuhi percikan darah tidak dia peduli kerana sudah biasa malah dia akan jadi tak selesa sekiranya tidak dapat menghidu bau darah. Sebelah tangan mencengkam bahu manakala tangan kanan berterusan merodok perut yang kian lencun dengan cecair pekat merah itu. Lelaki itu dari berteriakan kini menjadi sepi sesepinya. Tiada lagi kedengaran raungan kesakitan. Dan di belakang susuk tubuh pembunuh berhud itu, ada lagi satu susuk tubuh sedang memerhatikan dirinya. Dia sekadar jadi pemerhati sambil bersilang tangan ke dada tanpa mahu menolong atau sebaliknya. Tubuh terus diseret menuju ke arah susunan kotak yang tersandar tepi dinding bercontengan itu. Seretan darah juga menemani tubuh tersebut. Lea terus mengangkat kedua belah tangan mayat lalu diikatkan pada dawai yang sememangnya t
THE CAGEPSIKOLOGI THRILLERBAB 12DIA masih lagi berada dalam bilik gelap, sepi hanya bertemankan lampu bar bulat warna kuning. Jenuh sudah dia menegakkan kebenaran bahawa dia tak bersalah tetap tengkingan serta kekerasan yang dia terima. Sampaikan papanya mahu ikat jamin pun payah. Aduhai... Pintu terbuka. Iskandar dah tahu siapa malas mahu dongak. Apa nak jadi jadilah. Kali ini seorang pula. Wajah seperti biasa ketat memanjang. “Iskandar, awak memang bernasib. Ada orang terpengaruh sanggup ikat jamin awak walaupun pada dasar memang tidak dibenarkan memandangkan kes awak bukan kes biasa tapi tuduhan membunuh.
BILIK TERAPI,1000 AM."DOKTOR betul ke apa yang doktor nak lakukan ini?" soal Misi Alya sedikit seriau apatah lagi melihat keadaan Nea yang terbaring kaku dan berikat pada kerusi tersebut. Dr Ian masih lagi asyik dengan segala punat yang ada pada permukaan mesin terapi elektromagnet tersebut tanpa menyedari mimik muka gelisah Misi Alya. Tanpa doktor lelaki itu sedari, Misi Alya perlahan-lahan menarik keluar telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi WHATSAPPS. Dia perlu mesej Dr Nadya Shaqira, entah kenapa hatinya berasa kurang yakin dengan keterangan Dr Ian mengenai Dr Nad yang dikatakan tidak akan hadir dan meminta pertolongannya untuk mengadakan sesi terapi. Dah tu pula bukan sekadar terapi biasa tetapi terapi elektromagnet yang amat jarang di gunapakai dewasa ini. Misi Alya ternganga tatkala telefon pintarnya kini telah berada di genggaman Dr Ian yang sedang menalaka