1990, KAMPUNG SERIWANGI,
"LIS!!!" jerit seorang perempuan bersanggul tinggi dan kebaya hitam ketat sambil bercekak pinggang.
Daud makin melebarkan senyuman apabila matanya telah terjatuh pada seraut wajah yang amat dia rindui. Bukan pada hatinya tapi kegebuan tubuhnya.
"Kau ke mana hah? Aku bukan main jerit kau langsung tak datang, kau ke mana hah sial?" herdik Saleha menunjal-nunjal dahi remaja berusia dua belas tahun itu.
Lis tidak melawan dan dia hanya redha bukannya dia tidak biasa di kasari sebegitu rupa. Dimalukan di depan orang juga sudah acapkali sehingga Lis mangli.
Daud makin geram apabila melihat betis putih Lis apabila dia terjatuh akibat ditolak Saleha. Saleha tersenyum puas tanpa mahu menolong.
Saleha perasan akan pandangan Daud seraya dia menyepak kaki Lis.
"Kau nak tunjuk pada siapa betis kau tu,hah?" sindir Saleha. Daud dengan pantas membawa pandangannya ke arah lain sambil menelan liur.
"Kau tunggu apa lagi, kau nak tunggu aku terajang kau lagi ke baru nak kemas tempat ini. Kau memasak ke apa ni? Kalau nak masak buatlah cara nak masak..."
Saleha menarik tinggi cuping telinga Lis walau remaja itu menjerit kesakitan.
"Sakit mak cik lepaskan.." rayu Lis. Saleha dipanggil mak cik kerana wanita berpewatakan sombong itu bukanlah ibu kandungnya tetapi mak tiri. Ayah pula telah lama pergi menghadap Illahi tanpa remaja itu sedar Saleha punca kematian bapanya.
"Kau ni memang..." Saleha tidak jadi memarahi Lis apabila hadirnya seorang perempuan baya umur bertudung menegah tindakan Saleha mengherdik Lis.
"Kamu ni Leha. Apa salah budak tu pada kau sampai begitu sekali kau marahkan dia?" tanya wanita itu sambil membantu Lis untuk bangun. Berkerut-kerut dahi Lis menahan sakit.
"Kamu jangan sibuklah teha. Kamu jaga saja anak kamu kat rumah tu. Ini antara aku dengan anak aku, aku rasa kau tak perlulah nak masuk campur Teha. Ala, cakap sajalah nak tengok Daud ni ha.."
Daud merenung Teha dan Saleha silih-berganti. Namun ia tidak bertahan lama apabila tunakkan mata helangnya terjatuh semula ke wajah Lis.
Sempat lagi Daud memberi isyarat lucah menggunakan gerakan bibir pada remaja belasan tahun itu. Lis yang masih lagi berada di sebelah tubuh besar Teha terus menyorokkan mukanya.
Memang Lis amat takut pada suami baru mak tirinya itu. Daud telah banyak kali mahu merogol Lis pabila Saleha tiada di rumah. Nasib masih lagi berpihak pada Lis.
"Aku bukan datang sini sebab laki tak guna kamu tu, Leha. Aku ke mari sebab Lis" terang Teha seraya membelai rambut Lis. Lis makin erat memeluk pinggang Teha.
Bagi kanak-kanak berusia dua belas tahun itu, Teha sahajalah yang boleh dia percayai dalam kampung itu. Yang lain kebanyakannya mahu mengambil kesempatan.
Terutama sekali Saleha dan Daud. Mereka tahu anak kecil itu berharta kerana arwah suami Saleha telah mewasiatkan keseluruhan hartanya pada Lis walau dia masih belum mencapai umur lapan belas tahun.
"Apa hak engkau hah?" soal Saleha cuba mempertikaikan. Dan juga memprovokasi. Dalam masa yang sama, mata tajamnya sempat menjeling ulah Daud yang nampak gayanya semakin menghampiri Lis.
"Aku mungkin bukan siapa-siapa pada Lis, Leha. Tapi kau lupa kau juga siapa?" kecam Teha balik sambil hujung bibir ternaik sedikit. Lis makin erat memegang pinggang Teha.
Apatah lagi Saleha cuba menarik dirinya keluar balik tubuh Teha. Lis menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidal mahu. Namun rayuan Lis tiada sedikit pun Saleha endahkan malah rambut dicekak.
" Argh, sakit. Sakit mak cik!" aduh Lis cuba melepaskan diri. Teha juga cuba merampas semula anak kecil yang kurus itu dari menjadi mangsa seksaan. Daud pula sekadar menjadi penonton drama petang itu.
BILIK SEPI,
WAKTU TIDAK DIKETAHUI."ARGH sakit!!" pekik Nea terteleng-teleng mahu bergerak masih tidak boleh lagi memandangkan tubuhnya yang berbalut straitjacket.
Krek...
Pintu terbuka tetapi dengan gerakan yang perlahan. Nea masih lagi ralit melayan perasaannya. Langkah diatur sebaik yang mungkin sambil bolamata terhala tepat ke belakang tubuh seorang insan yang dibaluti straitjacket.
"Aku sakit.." lirih Nea tanpa mempedulikan si pelawat. Airmata semakin berlinangan dan meninggalkan kesan tanpa diseka.
Kerusi ditarik agak kuat sehingga mengeluarkan bunyi geseran yang mengilukan. Figura berjubah putih juga berkacamata itu bukan Dr Nad tetapi merupakan seorang lelaki.
Punggung dihenyakkan atas pelapik kerusi dan spontan kaki diangkat untuk menyilangkannya. Figura itu hadir tanpa sebarang fail dan juga perakam.
"Nea Felisya.." serunya agak perlahan. Sengaja dia tidak menguatkan nada suaranya.
"Aku datang Nea. kau tak rindukan aku ke?" soal figura itu sambil menyengetkan senyuman. Senyuman kian melebar saat gadis yang dalam psikoanalisis itu mendongakkan wajahnya dan lalu memalingkan muka ke arah figura di sebelah.
Nea mengerutkan dahinya dan mata makin dia perkecilkan. Lama dia menalakan pandangannya. Tanpa mahu membazirkan lagi masa, figura yang merupakan seorang lelaki itu terus mengenggam rambut atas Nea.
"Sakit mak tolong jangan buat Lis begini ... Sakit mak!" rintih Nea meronta apabila tubuh diseret ke bawah seperti mana yang pernah dia rasai sewaktu kecil dahulu. Dia tahu betapa sakitnya dia waktu itu.
Hanya airmata sebagai peneman. Dan kali ini...
"Hei perempuan gila, siapa mak kau engkau? Aku bukan mak engkau, tapi aku malaikat maut engkau!" tekan lelaki yang memakai jubah seorang doktor itu.
"Lepaskan aku tolong.. Aku sakit!" rayu Nea lagi. Lelaki berjubah putih masih lagi berdegil dan tidak mahu melepaskan cengkaman rambut Nea malah dengan sengaja ditarik- tarik.
Dan dia berasa puas mendengar rayuan Nea Felisya. Pun begitu, dendamnya pada Nea Felisya masih lagi utuh dan membara. Tak mungkin untuknya lupa.
"Apa lagilah pesakit bilik ini pun. Hari-hari bisingnya!" omel Warden seraya mengumpil penutup petak kecil yang ada pada setiap pintu sebagai tempat untuk melihat luar dalam tanpa membuka pintu.
Mata agak membulat dengan pantas dia menunduk. Tangan kanan membetulkan letak duduk jam dipergelangan.
"Aik, ni bukan waktu melawat?" soalnya kembali mendongak dan memandang petak kecil itu kembali. Dahi semakin berkerut apabila mengenang doktor yang sedang berdepan dengan pesakit bernama Nea itu bukan Dr Nad.
"Nak panggil ke tak ni? Kalau aku panggil kang kata aku menyibuk pula, tak panggil betul ke itu doktor atau?" sungutnya berkira-kira sambil tangan telah pun diletakkan atas gugusan kunci.
Lelaki berjubah yang telah bangun itu terus mengarahkan muka ke pintu. Rambut Nea telah pun dia lepaskan namun dia ada niat lain tetapi mungkin terbantut apabila dia dapat rasakan ada yang sedang memerhati dari balik pintu.
Nea pula makin menarik kedua belah kaki agar dekat pada dada. Tangisan Nea masih lagi berlagu.
"Kenapa ini semua terjadi pada aku? Kenapa Is? Kenapa? Is, kenapa ia ulang lagi dan lagi?" lirih Nea tanpa menyedari yang setiap kata-katanya itu telah lelaki berjubah putih itu dengari.
"Iskandar.." ujarnya spontan merenyukkan kertas yang baru dia ingin buka. Segala apa yang tertulis di dalam kertas berperonyokkan tersebut langsung dia tidak jadi untuk membacanya.
Semakin merah mata putihnya setelah dia terpaksa menahan telinga untuk menerima sebutan nama tersebut secara berulangan. Nama itulah punca pada segalanya.
"Iskandar! Iskandar! Iskandar! Hoi, kau tak boleh diam ke hah?" herdik lelaki itu lalu menanggalkan kacamata dan terus dia lemparkan ke arah Nea.
Nea yang sakit kerana balingan tersebut terus mendongak dan memberikan cerlungan matanya. Pinggir bibir digigit sekuat yang mungkin sehingga ada darah yang telah mengalir.
"Kau tengok apa? Kau jangan ingat aku takut dengan pandangan kau itu. Dasar perempuan gila!" sindir lelaki berjubah putih itu seakan mahu menghangatkan lagi hati Nea yang dia tahu semakin membara.
Nea terus menyeringai dan kelam-kabut ingin bangun dari tempat duduknya. Dia tetap berusaha untuk mengangkat tubuhnya itu yang masih dibaluti jaket putih bertali tak ubah gaya mumia.
Pintu terbuka secara hempasan. Lelaki berjubah itu terlopong dan agak terkejut kerana keberadaannya itu telah pun diketahui. Berlainan pula dengan Nea, wajah kelatnya telah berubah ke satu senyuman penuh menyeramkan.
Misi Alya perasan akan pandangan itu.
"Awak siapa?" soal Dr Nad benar-benar pelik. Siapa lelaki ini yang berani-berani masuk ke bilik yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan dan hanya yang telah diberi pelepasan sahaja yang dibenarkan untuk masuk.
"Dr Ian?" soal Ketua Warden sambil direnung oleh Dr Nad. Misi Alya pula mengangguk mengiyakan. Dalam masa yang sama, Misi Alya juga pelik macamana Dr Ian boleh masuk tanpa sekatan dan Nea pula bukanlah pesakitnya.
"Dr Ian kenapa awak ke sini ya? Awak minta kebenaran siapa untuk ke sini? Setahu saya Nea Felisya masih lagi dibawah pantauan Dr Nad..." ujar Misi Alya dengan berwaspada khuatir tersalah cakap.
Dr Nad pula masih lagi tertanya-tanya. Memang benar apa yang Misi Alya perkatakan itu. Nea masih lagi dia yang menjalankan proses hipnotis dan psikoanalisis.
"Kau dah terperangkap jeff. Kau tak boleh lari lagi.. Hahahahaha!" sindir Nea dengan tidak semena-semena dan telah membuatkan semua yang ada dalam bilik kelam itu memandangnya dengan penuh persoalan.
Dr Ian tahu apa yang gadis psiko itu nyatakan ada kebenarannya walau dia bukan Jeff.
Ketua Warden semakin ingin bergerak ke hadapan. Apa saja yang berlaku dalam kawasan larangan ini adalah di bawah tanggungjawabnya. Dan dia ada hak untuk melarang Dr Ian agar keluar dari situ, apatah lagi bukan doktor sebenar pada pesakit dalam bilik gelap ini.
"Kau tak boleh lari Jeff, kau lah pembunuh Iskandar..."
Dr Nad dan Misi Alya saling berpandangan. Dr Nad mulai membuka langkah, jika diikutkan ada baiknya juga Dr Ian ada dalam bilik itu.
"Apakah Nea mengenali Dr Ian, Dr Nad? Saya macam dapat hidu sesuatulah!"
"ARGH!" pekik Ian lalu jubah dan beg briefcase dilempar dengan kuat. Beg terbuka dan segala isi habis terkeluar bergeletakan atas lantai."Tak guna, aku dah hampir-hampir mahu.. Argh tak guna!" tempiknya memandang cermin. Kembang-kempis hidung menahan ledakan api dan larva kemarahan."Aku yakin itu memang dia. Dan seharusnya itulah tempat paling sesuai untuk perempuan sial macam dia. Kau pembunuh Nea, kau bunuh abang aku. Kau jangan ingat aku akan berdiam diri!""Argh!" jerit Ian sambil menumbuk cermin sinki.Pang!Kaca berkecaian dan ada yang tertusuk pada kulit tangan Ian yang telah merah dengan darah."Tangan aku tak sakit. Tapi hati aku lagi sakit mengenangkan wajah dia. Kau patut mati Nea. Kau patut ikut abang aku. Dia separuh mati cintakan kau. Tapi kau pilih Iskandar, lelaki tak guna itu. Kau memang bodoh Nea!""Hutang darah dibayar darah!"
KELAB MALAM SEKITAR METRO CITY,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.ISKANDAR masih lagi ralit meneguk air berbuih tanpa menghiraukan godaan pelayan atau perempuan seksi di sekitar tempat dia sedang duduk. Sesekali kerusi bar dia sengaja pusing-pusingkan.Setelah habis dia meneguk rakus minuman itu dia akan tunggang lagi air dari dalam botol bertulis Wine. Tersedu-sedu dia kini namun minuman tersebut dia tetap meneguknya."Siapa kau hah? Mustahil kau sudah keluar dari situ? Aku yang hantar kau, kau sakit hahahaha!" omelnya sendirian sambil diperhati oleh seseorang dari meja tepinya.Hanya dia yang sanggup menjadi pemerhati Iskandar yang sedang dalam keasyikan mabuk arak itu. Tiada berkelip lensamata si pemerhati.Matanya tajam memerhati dari dalam gelap. Dia masih tidak mahu melakukan sebarang tindakan lagi memandangkan keadaan dan waktu yang dia rasakan terlalu awal lagi.
WAD PEREMPUAN,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.DR NAD terus mengangkat tubuhnya untuk bangun. Lemas dan lemau badannya terasa memandangkan hampir seminggu dia berada dalam wad. Dia tiada sebarang kecederaan hanya lebam dileher akibat cekikan pesakitnya itu pun warna kebiruannya makin pudar."Apa sebenarnya yang dah berlaku pada masa silam Nea?" soal Dr Nad sendirian. Mata mulai melilau ke sana dan sini seakan ingin mencari sesuatu. Lalu matanya terjatuh pada kumpulan akhbar yang tersusun dibawah meja bunga.Dr Nad baru teringat sesuatu lalu dia memandang ke arah. Agar sukar dia mahu melakukan pergerakan selagi wayar tiub IVF belum dibuka. Dr Nad tetap memaksa dirinya kerana bila lagi dia mahu lakukan akan perkara itu.Berkerut-kerut dahinya semasa dia cuba bergerak agak jauh sedikit dari tiang IVF untuk ke meja yang berada di sebelah kiri katil. Tubuh yang tadinya menegak kini cuba direndahkan sedikit agar tan
BILIK GELAP, PUSAT QASEH.1000 AM.SESI psikoanalisis sekali lagi sedang dijalankan oleh Dr Nad pada pesakitnya yang bernama Nea Felisya. Sambil diperhatikan oleh Misi Alya dan seorang Warden seperti kebiasaan.Kali ini, Dr Nad meletakkan dua batang pen berlainan warna. Biru dan juga merah beserta sehelai kertas kosong. Nea yang sudah bebas dari ikatan straitjacket sekadar mempamerkan wajah lugunya.Dr Nad tersenyum setelah beberapa minit gadis itu tidak memberikan sebarang reaksinya. Perakam telah pun dia bukakan namun diletakkan agak jauh sedikit dari sisinya.Dr Nad terus mengambil pen merah lalu dia mulai menulis sesuatu atas kertas kosong tersebut. Nea masih lagi dengan goyangan badannya. Tangan kiri terpaksa digarikan pada penyandar hanya tangan kanan sahaja yang boleh digunakan untuk melakukan sebarang tugasan.Misi Alya juga terjengket sedikit kerana mahu tahu apakah
BILIK SEPI,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.DR NAD masih lagi sabar menanti. Begitu juga dengan Misi Alya dan Warden. Nea tetap dengan tingkahnya yang masih lagi ralit membelai dan berkata sesuatu pada patung tanpa kepala itu. Warden sesekali tersenyum melihat gelagat gadis yang pada persepsinya itu tidak waras. Dr Nad pula ada ketikanya cuba menafsirkan sesuatu dari gerak-geri gadis yang rambut makin panjangnya itu dan dia cuba untuk adaptasikan pada hipnotis yang telah dia lakukan pada Nea tempohari. "Nea, aku datang sayang.." bisik satu suara ditelinga Nea. Nea tergeleng-geleng sambil mata dipejamkan. Dia cuba untuk tidak mahu dengar akan bisikan tersebut. "Nea.. Aku datang sayang. Bukalah matamu sayang, Nea tidak rindu pada aku?" bisik suara yang sama. Nea semakin laju menggeleng. Dr Nad dan Mi
BILIK TERAPI,1000 AM."DOKTOR betul ke apa yang doktor nak lakukan ini?" soal Misi Alya sedikit seriau apatah lagi melihat keadaan Nea yang terbaring kaku dan berikat pada kerusi tersebut. Dr Ian masih lagi asyik dengan segala punat yang ada pada permukaan mesin terapi elektromagnet tersebut tanpa menyedari mimik muka gelisah Misi Alya. Tanpa doktor lelaki itu sedari, Misi Alya perlahan-lahan menarik keluar telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi WHATSAPPS. Dia perlu mesej Dr Nadya Shaqira, entah kenapa hatinya berasa kurang yakin dengan keterangan Dr Ian mengenai Dr Nad yang dikatakan tidak akan hadir dan meminta pertolongannya untuk mengadakan sesi terapi. Dah tu pula bukan sekadar terapi biasa tetapi terapi elektromagnet yang amat jarang di gunapakai dewasa ini. Misi Alya ternganga tatkala telefon pintarnya kini telah berada di genggaman Dr Ian yang sedang menalaka
THE CAGEPSIKOLOGI THRILLERBAB 12DIA masih lagi berada dalam bilik gelap, sepi hanya bertemankan lampu bar bulat warna kuning. Jenuh sudah dia menegakkan kebenaran bahawa dia tak bersalah tetap tengkingan serta kekerasan yang dia terima. Sampaikan papanya mahu ikat jamin pun payah. Aduhai... Pintu terbuka. Iskandar dah tahu siapa malas mahu dongak. Apa nak jadi jadilah. Kali ini seorang pula. Wajah seperti biasa ketat memanjang. “Iskandar, awak memang bernasib. Ada orang terpengaruh sanggup ikat jamin awak walaupun pada dasar memang tidak dibenarkan memandangkan kes awak bukan kes biasa tapi tuduhan membunuh.
TIKAMAN demi tikaman. Wajah dipenuhi percikan darah tidak dia peduli kerana sudah biasa malah dia akan jadi tak selesa sekiranya tidak dapat menghidu bau darah. Sebelah tangan mencengkam bahu manakala tangan kanan berterusan merodok perut yang kian lencun dengan cecair pekat merah itu. Lelaki itu dari berteriakan kini menjadi sepi sesepinya. Tiada lagi kedengaran raungan kesakitan. Dan di belakang susuk tubuh pembunuh berhud itu, ada lagi satu susuk tubuh sedang memerhatikan dirinya. Dia sekadar jadi pemerhati sambil bersilang tangan ke dada tanpa mahu menolong atau sebaliknya. Tubuh terus diseret menuju ke arah susunan kotak yang tersandar tepi dinding bercontengan itu. Seretan darah juga menemani tubuh tersebut. Lea terus mengangkat kedua belah tangan mayat lalu diikatkan pada dawai yang sememangnya t
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
ZCK CLUB, WAKTU TIDAK DIKETAHUI. “LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender. Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
BUKANNYA dia sengaja hadir tanpa masuk ke dalam pusat itu, tetapi buat masa terdekat ini dia tidak boleh kerana dia sedang diburu. Dia tahu dia sedang dikejar walau bukti masih tidak menunjukkan ke arahnya. Namun naluri kuat menyatakannya. Kerana itulah dia hanya mampu memandang keadaannya adik dari jauh sahaja. Nea dalam setiap seminggu akan ada satu petang untuk dia dibawa keluar bagi mengambil udara luar. Tubuh tidak elok juga jikalau tidak mengenai udara mahupun mentari apatah lagi mentari pagi yang cukup elok untuk kesihatan kulit manusia. Dia terpaksa duduk dalam kerusi roda kerana tubuhnya terpaksa bergari walau straitjacket telah dibukakan buat seketika dan tak elok juga tubuh serta tangan khasnya terlalu lama berada dalam keadaan terlipat ketat begitu.
BILIK GELAP, PUSAT QASEH. WAKTU TAK DIKETAHUI. MISI ALYA merenung jam di tangan dan ternyata masih lagi awal. Dia datang dahulu kerana ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum dia dan Dr Nad sama-sama menemui pesakit 1583. Sedang Misi Alya menunggu dengan mengambil tempat duduk atas kerusi besi tempat yang seringkali para Warden duduk ketika menunggu, telinganya seakan terdengar sesuatu. Dia terus berpaling lalu mendekatkan lagi sisi wajahnya ke permukaan pintu tanpa mahu membuka peephole atau petak kecil yang dikhaskan untuk memantau keadaan pesakit sebelah dalamnya. Nea Felisya menggoyangkan tubuhnya makin laju sambil mulut pula mengomel sesuatu yang dia saja fahami. Bada
BILIK PATOLOGI, 1000 AM. KEHADIRAN ASP Zaif ke bilik yang bersuhu sejuk sememangnya di nantikan oleh Dr Ann. Ketika ASP Zaif masuk ke kubikel sederhana luas itu, mata tajam menghala ke katil kiri serta katil kanan yang kelihatan menghimpit katil tengah. Dr Ann sedang ditemani oleh tiga mayat dari berlainan kes kematian. Namun hatinya tiada sedikit pun rasa seriau atau terencat kerana dia sudah terbiasa dikelilingi mayat-mayat. ASP Zaif menjatuhkan gerakan bola mata ke ibu jari kaki di mana ada tergantungnya sekeping kad kecil bertanda nama mayat tersebut. Namun sayangnya hanya bertulis anynomous. “Hai ASP” sapa Dr Ann melemparkan senyuman dari balik pelitup
TIKAMAN demi tikaman. Wajah dipenuhi percikan darah tidak dia peduli kerana sudah biasa malah dia akan jadi tak selesa sekiranya tidak dapat menghidu bau darah. Sebelah tangan mencengkam bahu manakala tangan kanan berterusan merodok perut yang kian lencun dengan cecair pekat merah itu. Lelaki itu dari berteriakan kini menjadi sepi sesepinya. Tiada lagi kedengaran raungan kesakitan. Dan di belakang susuk tubuh pembunuh berhud itu, ada lagi satu susuk tubuh sedang memerhatikan dirinya. Dia sekadar jadi pemerhati sambil bersilang tangan ke dada tanpa mahu menolong atau sebaliknya. Tubuh terus diseret menuju ke arah susunan kotak yang tersandar tepi dinding bercontengan itu. Seretan darah juga menemani tubuh tersebut. Lea terus mengangkat kedua belah tangan mayat lalu diikatkan pada dawai yang sememangnya t
THE CAGEPSIKOLOGI THRILLERBAB 12DIA masih lagi berada dalam bilik gelap, sepi hanya bertemankan lampu bar bulat warna kuning. Jenuh sudah dia menegakkan kebenaran bahawa dia tak bersalah tetap tengkingan serta kekerasan yang dia terima. Sampaikan papanya mahu ikat jamin pun payah. Aduhai... Pintu terbuka. Iskandar dah tahu siapa malas mahu dongak. Apa nak jadi jadilah. Kali ini seorang pula. Wajah seperti biasa ketat memanjang. “Iskandar, awak memang bernasib. Ada orang terpengaruh sanggup ikat jamin awak walaupun pada dasar memang tidak dibenarkan memandangkan kes awak bukan kes biasa tapi tuduhan membunuh.
BILIK TERAPI,1000 AM."DOKTOR betul ke apa yang doktor nak lakukan ini?" soal Misi Alya sedikit seriau apatah lagi melihat keadaan Nea yang terbaring kaku dan berikat pada kerusi tersebut. Dr Ian masih lagi asyik dengan segala punat yang ada pada permukaan mesin terapi elektromagnet tersebut tanpa menyedari mimik muka gelisah Misi Alya. Tanpa doktor lelaki itu sedari, Misi Alya perlahan-lahan menarik keluar telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi WHATSAPPS. Dia perlu mesej Dr Nadya Shaqira, entah kenapa hatinya berasa kurang yakin dengan keterangan Dr Ian mengenai Dr Nad yang dikatakan tidak akan hadir dan meminta pertolongannya untuk mengadakan sesi terapi. Dah tu pula bukan sekadar terapi biasa tetapi terapi elektromagnet yang amat jarang di gunapakai dewasa ini. Misi Alya ternganga tatkala telefon pintarnya kini telah berada di genggaman Dr Ian yang sedang menalaka