BILIK GELAP, PUSAT QASEH.
WAKTU TAK DIKETAHUI.
MISI ALYA merenung jam di tangan dan ternyata masih lagi awal. Dia datang dahulu kerana ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum dia dan Dr Nad sama-sama menemui pesakit 1583.
Sedang Misi Alya menunggu dengan mengambil tempat duduk atas kerusi besi tempat yang seringkali para Warden duduk ketika menunggu, telinganya seakan terdengar sesuatu. Dia terus berpaling lalu mendekatkan lagi sisi wajahnya ke permukaan pintu tanpa mahu membuka peephole atau petak kecil yang dikhaskan untuk memantau keadaan pesakit sebelah dalamnya.
Nea Felisya menggoyangkan tubuhnya makin laju sambil mulut pula mengomel sesuatu yang dia saja fahami. Badan tetap terpasung dengan baju pasung atau lebih dikenali sebagai straitjacket. Dia tidak menghadap hadapan tetapi mendepani dinding tembok.
Tersentak kala rambut dicekak secara tiba-tiba, Nea mendongak dengan wajah lugu. Jefri tersenyum sinis. Iskandar pula tertawa lucu melihat keadaan Nea sebegitu rupa. Nea dengar akan suara kekekan Iskandar.
“Sakit lepaskan. Tolong sakit!” pinta Nea terlalu sakit kala tangan Jefri menarik cekakan rambutnya makin tinggi. Nea terasa bagaikan mahu tercabut kepala. Iskandar juga ketawa. Manakala Jefri pula sengaja meletakkan pisau ke wajah Nea lalu dilalu-lalukan sambil tersenyum sinis. Rambut seraya dilepaskan membuatkan Nea seakan mahu terhenyak. Nea kembali menggoyangkan tubuhnya. Dari mendongak terus pandang depan dan tertumpu pada wajah Iskandar pula.
“Sayang...” panggil Iskandar pula sambil melambaikan tangan sekali lalu sebelum dia tarik pula pinggang seorang wanita jelita agar tubuhnya dan wanita saling berhimpitan mesra. Wanita itu juga turut tersenyum mengejek pada Nea sambil meraba dada bidang milik Iskandar sebelum dia labuhkan kepalanya ke bahu Iskandar. Nea kebam bibir dan mata terasa penuh dengan cecair.
“Nea nak balik. Nea nak balik” omelnya masih pada perkara yang sama. Nea seakan tak menghiraukan kewujudan insan-insan di hadapannya itu.
“Nak balik mana sayang? Ini rumah Nea, sayang. Abang hantar Nea pulang ke rumah Nea lah ni. Hhahaha!” sindir Iskandar. Gadis jelita di sisi juga ketawa dan menjeling meluat pada Nea yang pada pandangannya langsung tak sesuai dengan Iskandar. Dasar gadis kampung ada hati mahu bercinta dengan Iskandar!
“Nea kata Nea nak balik. Nea kata Nea nak balik” ujar Nea lagi dan lagi. Tubuh makin laju goyangannya. “Nea nak balik Is, Nea nak balik. Kenapa Is bawa Nea ke sini,hah ? Nea tak gila. Sini bukan tempat Nea. Nea nak balik. Nea tak balik!!!” Tutur suara makin lama makin meninggi.
“Lea, kenapa tinggalkan adik di sini. Adik nak balik kakak. Adik nak balik!” pintanya amat lirih sekali pada seorang perempuan jelita seiras wajahnya. Namun perempuan jelita itu sekadar tegak berdiri tanpa mahu berbuat apa-apa. Bibir makin dia koyakkan dengan senyuman sarkastik. Sambil tersenyum dia bergerak ke arah Nea yang duduk memaku atas para simen. Di tangannya pula ada pisau bersinar terang.
“Pergi. Jangan ganggu Nea. Pergi jangan kacau Nea. Nea nak balik. Nea nak balik. Nea nak balik!!” ulangnya dengan goyangan badan. Perempuan wajah iras Nea itu terus memegang kepala gadis lugu itu sebelum dia hentakkan ke permukaan dinding.
“Kau patut mati. Kau patut mati. Kau patut mati, Nea. Hahahaha!” Mereka bertiga mendekati Nea Felisya sambil mengulangi ungkapan yang sama. Dahi merah dengan darah begitu juga pada dinding. Nea dengar ada bunyi tapak kaki sedang berlari walau mata makin gelap dek darah yang banyak keluar.
“Ya Allah Nea. Apa Nea buat ini?” Jerit Dr Nad bergegas masuk setelah pintu dibukakan oleh Warden. Misi Alya terpaksa menelefon Dr Nad dan menggesanya cepat datang memandangkan Nea makin agresif apatah lagi seorang diri. Risiko untuk dia mencederakan dirinya amat besar.
Dr Nad terpaksa minta bantuan Warden dengan Misi Alya. Nea sukar untuk ditenangkan. Dr Nad mahu menyuntik lengannya juga sukar walaupun terpasung dengan jaket putih bertali banyak itu. Bahu bergerak tanpa kawalan.
“Aku bunuh kamu semua. Aku bunuh kamu semua. Hahaha, aku bunuh orang. Aku bunuh papa, aku bunuh Reza, suami konon. Aku... Aku tak sengaja bunuh kau, sayang. Maafkan Nea, Is. Nea cintakan Is sebab tulah Nea bunuh Is, Is curangkan? Jawab sayang, Is curangkan? Jawablah bodoh. Hhahahahah...” bebelnya tanpa mengetahui apakah yang dia sedang perkatakan itu.
“ Visual hallucination and auditory hallucination” bisik Dr Nad tetap dapat di dengar oleh Misi Alya. Terutama halusinasi visual kerana dia juga nampak akan perkara tersebut. Hanya tadi sahaja dia tak nampak apa-apa.
“Kau semua siapa hah? Hei, kenapa pasung aku. Lepaskan akulah. Apa, kenapa kau panggil aku Nea hah? Aku Lea lah. Hahahah!” ujar Nea kini berubah semula. Suara dan segalanya turut berubah. Kemudian Nea menggelengkan kepalanya. Mata dia bukakan sebelum dia nampak wajah Jeff, Iskandar serta Laila kekasih Iskandar. Dia mulai menderam pula. Makin lama dengar makin seram kerana deramannya itu seakan deraman sang harimau.
Nea kembali tersenyum senget lalu dia palingkan wajahnya ke arah Misi Alya kemudian Dr Nad pula.
“Kau doktor Nad kan?” soal Nea membuatkan kesemua mereka yang ada tercengang. Kali pertama. Nea mengenali siapakah si perawatnya selama ini.
“Argh, aku bunuh kau. Aku bunuh kau!” tengkingnya cuba bangun dan mahu menyerang Dr Nad. Segala apa yang berlaku dalam bilik itu sedang diperhatikan oleh seseorang juga sedang mengukirkan senyuman sengetnya. Tangan seraya disilangkan pada dada.
“Bila kau nak bunuh dia? Aku sudah tidak tertahan lagi mahu menanggung rindu” ujar satu suara dari arah belakang. Dan suara itu pula terus memunculkan dirinya dengan berfigurakan Jeffri.
BUKANNYA dia sengaja hadir tanpa masuk ke dalam pusat itu, tetapi buat masa terdekat ini dia tidak boleh kerana dia sedang diburu. Dia tahu dia sedang dikejar walau bukti masih tidak menunjukkan ke arahnya. Namun naluri kuat menyatakannya. Kerana itulah dia hanya mampu memandang keadaannya adik dari jauh sahaja. Nea dalam setiap seminggu akan ada satu petang untuk dia dibawa keluar bagi mengambil udara luar. Tubuh tidak elok juga jikalau tidak mengenai udara mahupun mentari apatah lagi mentari pagi yang cukup elok untuk kesihatan kulit manusia. Dia terpaksa duduk dalam kerusi roda kerana tubuhnya terpaksa bergari walau straitjacket telah dibukakan buat seketika dan tak elok juga tubuh serta tangan khasnya terlalu lama berada dalam keadaan terlipat ketat begitu.
ZCK CLUB, WAKTU TIDAK DIKETAHUI. “LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender. Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
DI SEBUAH BILIK SEPI,2300 PMTERGAMAM. Pisau ditangan diangkat sambil mulut dipekup. Segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tidak dirancang. Aliran darah yang ada pada hujung runcing pisau berterusan menitis ke tanah."Awak..." "Apa salah saya awak?" Soalnya lagi sambil mengerekot kesakitan. Perut masih lagi dipekup agar darah tidak mengalir pun begitu bajunya semakin lencun dan warna putih kemeja tersebut bertukar ke warna merah."Tidak, bukan aku yang lakukan!" Tukasnya mengeleng-gelengkan kepalanya selaju yang mungkin. Pisau terus dicampak jauh ke dalam semak."Awak!" Pekiknya dan terus meluru ke arah lelaki yang telah terduduk itu. "Ma... Ma.. Maafkan saya awak. Sumpah saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Saya.. Saya ingat awak dia..." Ujar gadis itu pilu. Tubuh lelaki itu didakap seerat yang mungkin."Awak... Saya dah tiada masa lagi..."
BILIK DR NAD, PUSAT QASEH.1000 AM."DOKTOR, doktor sibuk ke sekarang? Saya ada bawa beberapa buah buku dan fail rujukan yang doktor perlukan," terang Misi Alya berdiri ditengah pintu dalam dakapan ada beberapa fail berkulit keras. Dr Nad yang agak ralit dengan laporan pemeriksaan Nea terus mendongak langsung mengarahkan jururawat senior pusat itu untuk masuk ke dalam. Misi Alya mengangguk lalu melangkah masuk sambil mata terarah pada fail yang masih lagi terbuka dan gambar Nea juga terpapar dalam isi fail. "Duduk sebentar Lya, saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanya mengenai Nea. Yelah sebelum ini pesakit ini dibawah penyeliaan Dr Ayda sebelum dia berhijrah ke Amerika..." Sambung Dr Nad terdongak seraya menarik ke atas kacamata yang telah melorot ke hidung. "Ok aje. Tapi apa ya? Sebabnya tak semua juga saya tahu dokto
ZOUC CLUB, SEKITAR METRO KL.2330 PM.DIA sekadar memberikan satu anggukan pada dua orang bouncer yang mengawal pintu kelab malam eksklusif tersebut. Tiada segarit senyuman pun yang terukir pada wajah tanpa emosi dan rahang bersegi itu. Pintu terus dibuka dan dia melangkah masuk. Lantai tari kelihatan amat meriah dengan muzik, lampu berwarna yang berputaran sana dan sini mengiringi para penari tak bertauliah tersebut. Dj wanita berpakaian seksi terangguk-angguk sambil menggesek cakera padat dan sesekali dia bersuara lantang. Mata terus terpandang sebuah bangku kosong di meja panjang mendepani bartender yang diketika itu sedang mengemas gelas-gelas berkaki tirus. Ada tiga kesemuanya namun dia memilih yang tiada berpelanggan itu. Seraya menapak ke arahnya. "Hai" Ucapan pertama dari fi
BANGLO USANG PINGGIR BANDAR,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.TUCK! TUCK! TUCK!Begitulah keadaan bunyi yang kedengaran dari arah koridor tingkat dua banglo yang terlalu usang dan amat seram tersebut. Bunyi makin kuat dan bergema memandangkan di dalam banglo itu tiada berperabot. Hanya sebuah bangku yang mendepani meja tempat figura berbadan kekar itu menakik seekor ayam mentah yang hampir lumat. Darah berpercikan bukan sahaja atas meja tanpa pelapik itu malahan terkena juga pada bahagian abdomen serta muka figura yang dilitupi kegelapan tersebut.Sudah pasti bagi siapa yang tidak mampu melihat keadaan di situ saat itu akan muntah dan mungkin juga pengsan terus. Namun tidak bagi figura itu. "Ian.." panggil satu suara yang telah dibawa oleh tiupan angin. Figura itu masi
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
ZCK CLUB, WAKTU TIDAK DIKETAHUI. “LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender. Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
BUKANNYA dia sengaja hadir tanpa masuk ke dalam pusat itu, tetapi buat masa terdekat ini dia tidak boleh kerana dia sedang diburu. Dia tahu dia sedang dikejar walau bukti masih tidak menunjukkan ke arahnya. Namun naluri kuat menyatakannya. Kerana itulah dia hanya mampu memandang keadaannya adik dari jauh sahaja. Nea dalam setiap seminggu akan ada satu petang untuk dia dibawa keluar bagi mengambil udara luar. Tubuh tidak elok juga jikalau tidak mengenai udara mahupun mentari apatah lagi mentari pagi yang cukup elok untuk kesihatan kulit manusia. Dia terpaksa duduk dalam kerusi roda kerana tubuhnya terpaksa bergari walau straitjacket telah dibukakan buat seketika dan tak elok juga tubuh serta tangan khasnya terlalu lama berada dalam keadaan terlipat ketat begitu.
BILIK GELAP, PUSAT QASEH. WAKTU TAK DIKETAHUI. MISI ALYA merenung jam di tangan dan ternyata masih lagi awal. Dia datang dahulu kerana ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum dia dan Dr Nad sama-sama menemui pesakit 1583. Sedang Misi Alya menunggu dengan mengambil tempat duduk atas kerusi besi tempat yang seringkali para Warden duduk ketika menunggu, telinganya seakan terdengar sesuatu. Dia terus berpaling lalu mendekatkan lagi sisi wajahnya ke permukaan pintu tanpa mahu membuka peephole atau petak kecil yang dikhaskan untuk memantau keadaan pesakit sebelah dalamnya. Nea Felisya menggoyangkan tubuhnya makin laju sambil mulut pula mengomel sesuatu yang dia saja fahami. Bada
BILIK PATOLOGI, 1000 AM. KEHADIRAN ASP Zaif ke bilik yang bersuhu sejuk sememangnya di nantikan oleh Dr Ann. Ketika ASP Zaif masuk ke kubikel sederhana luas itu, mata tajam menghala ke katil kiri serta katil kanan yang kelihatan menghimpit katil tengah. Dr Ann sedang ditemani oleh tiga mayat dari berlainan kes kematian. Namun hatinya tiada sedikit pun rasa seriau atau terencat kerana dia sudah terbiasa dikelilingi mayat-mayat. ASP Zaif menjatuhkan gerakan bola mata ke ibu jari kaki di mana ada tergantungnya sekeping kad kecil bertanda nama mayat tersebut. Namun sayangnya hanya bertulis anynomous. “Hai ASP” sapa Dr Ann melemparkan senyuman dari balik pelitup
TIKAMAN demi tikaman. Wajah dipenuhi percikan darah tidak dia peduli kerana sudah biasa malah dia akan jadi tak selesa sekiranya tidak dapat menghidu bau darah. Sebelah tangan mencengkam bahu manakala tangan kanan berterusan merodok perut yang kian lencun dengan cecair pekat merah itu. Lelaki itu dari berteriakan kini menjadi sepi sesepinya. Tiada lagi kedengaran raungan kesakitan. Dan di belakang susuk tubuh pembunuh berhud itu, ada lagi satu susuk tubuh sedang memerhatikan dirinya. Dia sekadar jadi pemerhati sambil bersilang tangan ke dada tanpa mahu menolong atau sebaliknya. Tubuh terus diseret menuju ke arah susunan kotak yang tersandar tepi dinding bercontengan itu. Seretan darah juga menemani tubuh tersebut. Lea terus mengangkat kedua belah tangan mayat lalu diikatkan pada dawai yang sememangnya t
THE CAGEPSIKOLOGI THRILLERBAB 12DIA masih lagi berada dalam bilik gelap, sepi hanya bertemankan lampu bar bulat warna kuning. Jenuh sudah dia menegakkan kebenaran bahawa dia tak bersalah tetap tengkingan serta kekerasan yang dia terima. Sampaikan papanya mahu ikat jamin pun payah. Aduhai... Pintu terbuka. Iskandar dah tahu siapa malas mahu dongak. Apa nak jadi jadilah. Kali ini seorang pula. Wajah seperti biasa ketat memanjang. “Iskandar, awak memang bernasib. Ada orang terpengaruh sanggup ikat jamin awak walaupun pada dasar memang tidak dibenarkan memandangkan kes awak bukan kes biasa tapi tuduhan membunuh.
BILIK TERAPI,1000 AM."DOKTOR betul ke apa yang doktor nak lakukan ini?" soal Misi Alya sedikit seriau apatah lagi melihat keadaan Nea yang terbaring kaku dan berikat pada kerusi tersebut. Dr Ian masih lagi asyik dengan segala punat yang ada pada permukaan mesin terapi elektromagnet tersebut tanpa menyedari mimik muka gelisah Misi Alya. Tanpa doktor lelaki itu sedari, Misi Alya perlahan-lahan menarik keluar telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi WHATSAPPS. Dia perlu mesej Dr Nadya Shaqira, entah kenapa hatinya berasa kurang yakin dengan keterangan Dr Ian mengenai Dr Nad yang dikatakan tidak akan hadir dan meminta pertolongannya untuk mengadakan sesi terapi. Dah tu pula bukan sekadar terapi biasa tetapi terapi elektromagnet yang amat jarang di gunapakai dewasa ini. Misi Alya ternganga tatkala telefon pintarnya kini telah berada di genggaman Dr Ian yang sedang menalaka